CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

[MERGED] Matematik dan Sains in BM or in BI

[Copy link]
Post time 7-6-2009 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by jimbait at 2-6-2009 08:35
Ni ada satu contoh simple kenapa ppsmi wajar diteruskan.
Bayangkan korg seorang student,korg belajar dlm bm jer semua sains n math..
korg nk cari maklumat psl substances yg bernama "natrium klo ...


Sodium Chloride -> NaCl ,bkn SoCl
Potassium chloride -> KCl ,bkn PoCl

besides kalu bdke bandar pon konpius ngk mende ni...apetah lagi bdk2 kampung...
PPSMI kalu implement, dia implement satu Malaysia...ni smua bende baru bagi diorang..apetah lagik anak2 org kg /anak org asli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2009 04:25 PM | Show all posts
sapa nak ajar ppsmi kat pedalaman 3 tuh weh?aku cabar korang yang pakar sgt tuh kalau setakat cikgu2 bandar or kg y ng ckp,t  bukan cikgu pedalaman 3 SABAH n SARAWAK,tak usahla....org asli semenanjung pon maju sikit dr pedalaman 3 sabah sarawak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 01:37 PM | Show all posts
Anwar: Scrap use of English for Science and Maths

PETALING JAYA: Scrap the policy of teaching Science and Mathe-matics in English and bring back Bahasa Melayu as the medium of instruction in the education system, said Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He also called for the return of Bahasa Melayu’s status as the supreme language, which includes using it as the medium to teach Science and Maths in national schools and also strengthening its usage in Chinese and Tamil schools.

“This issue has become a controversy for far too long.

“We consider this policy a betrayal of Bahasa Melayu as our official language,” he told a press conference yesterday.

Anwar, however, conceded that it was important to master English and agreed that there should be constructive steps taken to improve the usage and understanding of the language.

“But how we do it should be decided by educationists and with consideration towards the national education policy.

“This includes not forcing our children to pass English as a compulsory subject in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) as this will result in many students, especially in rural areas, to fail,” added Anwar.

On another matter, Anwar questioned Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s sincerity when announcing the government’s plan to introduce a new category of Public Service Department (PSD) scholarships which would be based purely on merit.

“The last time when I suggested the plan, I was called a Chinese agent and a traitor to the Malays,” he said.

Anwar also lauded PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat’s proposal to have a debate with Najib.

He said an open debate would be the best way to clear up the accusations against the Kelantan Mentri Besar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 08:08 AM | Show all posts
DSAI....nie semua benda jadi isu pakcik nie
mana2 saja isu yg nak glamour kan dia....semua dia belasah:kant:..bosan!

PPSMI nie sesuai utk anak2 bandar dan mak/ayah yg educated saja
malangnya ramai melayu miskin dan merempat takde pendedahan duk kpg
yg buat benda nie pikir tentang nasib peratusan kecik melayu2 yg duk bandar
sedangkan yg susah2 nie masih berlambak2 kat kpg....
i duk bayangkan, kalo benda nie dibuat masa zaman 70/80 an dulu
sebahagian drp kita kat sini tak kenal erti UNIVERSITY....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 08:13 AM | Show all posts
sapa nak ajar ppsmi kat pedalaman 3 tuh weh?aku cabar korang yang pakar sgt tuh kalau setakat cikgu2 bandar or kg y ng ckp,t  bukan cikgu pedalaman 3 ...
cintajc Post at 7-6-2009 16:25


reality bites ekk....
cakap dlm kertas senang laa.....yg nak buat nie, payah nak pitam
bukan pendalaman serawak saja cinta....org kpg belah kedah tu pun sama
kesian kat depa.....kalo pendidikan dlm negara nak mendiskriminasikan anak2
seawal mungkin...supaya anak2 yg duk bandar saja yg berjaya...

boleh tak sesapa bagi negara contoh kat dunia nie yg guna bahasa asing
dan berjaya jadi negara pencipta terhebat didunia?........
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 07:54 PM | Show all posts
sumber aku mengatakan...keputusan ppsmi akan diteruskan...hhhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2009 03:57 PM | Show all posts
Sabtu Julai 4, 2009
PPSMI: Kementerian Pelajaran beri jaminan berita gembira dalam sehari dua?

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi memberi jaminan keputusan berhubung kedudukan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menggembirakan semua pihak.

Katanya, beliau percaya kerajaan akan bertindak responsif dalam isu PPSMI yang menjadi polemik sehingga hari ini.

"Kita berharap sesuatu yang positif akan dikemukakan kerana perkara ini sudah pun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu lalu.

"Apa pun keputusannya, ia akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) kerana perkara ini melibatkan dasar kerajaan dan kita harap ia dapat diselesaikan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Ke-38 di sini malam ini.

Katanya, hasil kajian menyeluruh mengenai PPSMI dijangka diumumkan dalam masa terdekat memandangkan Muhyiddin pada minggu lalu berkata, ia akan diumum pada awal Julai.

"Mungkin dalam masa satu dua hari ini akan umum... saya pun tak pasti.

"Malam ini pun, saya akan menemui Tan Sri untuk taklimat akhir mengenai hal itu," katanya.

Berhubung isu mewajibkan lulus Bahasa Inggeris (BI) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Puad berkata, pihaknya telah menerima banyak pandangan mengenai hal itu namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan jika ia dilaksanakan.

"Ada cadangan-cadangan dan perkara-perkara yang perlu diselesaikan.

"Kita perlu pastikan guru BI mencukupi di luar bandar, kualiti guru BI tinggi, menambah masa pengajaran subjek dan pengambilan guru untuk mengajar BI dari luar negara," katanya.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, kerajaan perlu menjalin hubungan yang lebih erat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Gapena supaya pandangan mereka dapat diambil kira dalam membuat dasar kerajaan.

"Kesilapan kerajaan sebelum ini adalah kita terpisah dengan golongan ini termasuk budayawan dan kaum Melayu yang berpengaruh dan ini harus diperbetulkan.

"Pandangan mereka harus didengar supaya kerajaan mempunyai pelbagai sumber maklumat," katanya.

Katanya, untuk tujuan itu, kerajaan mungkin boleh memanggil NGO Melayu untuk mengadakan perbincangan bersama.

"Selain itu, resolusi yang diserahkan oleh badan-badan ini perlu dipertimbangkan dalam menentukan dasar dan membuat keputusan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:33 AM | Show all posts
emm...macam mana ye nasib PPSMI?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2009 11:47 AM | Show all posts
hmmm 2.30 pm nnti akan diumumkan...kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 02:45 PM | Show all posts
Sama-sama kita nantikan ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 03:12 PM | Show all posts
update dar bh
Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 03:13 PM | Show all posts
update dari utusan

PPSMI dimansuh
08/07/2009 2:37pm

PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

- Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 03:13 PM | Show all posts
lagi dari utusan
PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 04:56 PM | Show all posts
kalau dah pegang prinsip satu malaysia,kenapa tak buat sjkc dan sjkt bljr dalam bm,ttp belajar dalam bahasa ibunda mereka?sepatutnya semua diajar dalam bahasa malaysia, mcmmana nanti dr segi peperiksaan, pemeriksa,buku teks dll wujud 3 bahasa plak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 06:35 PM | Show all posts
bagus...bagus...I LIKE..........:pompom:

lagi senang mengajar....nak pantau dgn pengetua pun aku tak kisah..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 06:41 PM | Show all posts
974# ungu_violet191

tu la pasal...apa la salahnya SJKC dan T tu utk sains dan matematik diajar dalam BM. utk bahasa ibunda kan depa dah ada kelas bahasa mereka sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2009 09:36 PM | Show all posts
976# CharlieDale

diaorang cakap mana cukup kelas bahasa cina tu..

ni diaorg cakap
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 09:54 PM | Show all posts
977# fiyass

minta maaf saya cakap..bagi kaum cina dan india yang kelas pertengahan tu..kebanyakannya mana selesa dah nak cakap dalam bahasa depa kat rumah atau di mana sahaja.. tak percaya cuba tgk gelagat depa kat luar..99% cakap dalam BI. tak hairan la kalau depa kata kelas POL tak cukup...

kalau depa kata sedemikian...cukup ke kelas BM utk anak depa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 09:56 PM | Show all posts
Pemansuhan PPSMI jejas masa depan anak-anak - Dr.M
08/07/2009 9:15pm


PUTRAJAYA 8 Julai — Pemansuhan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.

“Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai pemansuhan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran berkuatkuasa 2012 di sekolah-sekolah kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengumumkan bahawa berikutan keputussan itu, subjek sains dan matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:04 PM | Show all posts
979# CharlieDale

takdenya terjejas masa depan.........dalam kubur sok kalau malaikat soal jawab la dalam BI..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.098504 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list