|
Dalam satu kejadian yang susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 orang penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.
Penumpang pertama berkata,"Aku Dr.Syed Muzzafar. Malaysia perlukan aku, kalau aku tiada, siapa wakil Malaysia yang akan naik ke bulan?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.
Penumpang kedua pula berkata,"Aku Condolozza Rice, orang penting US. Aku seorang yang paling bercita-cita tinggi. Aku
juga berpotensi menjadi seorang presiden." Dia pula mengambil 1 beg dan terus terjun.
Penumpang ketiga menyampuk,
"Ah,aku presiden US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yang berat menjaga sebuah negara yang kuat, tambahan pula akulah presiden yang terpandai dalam sejarah US. Orang Amerika mane yang nak melihat aku mati?" Dia terus
menyentap 1 beg dan terjun.
Penumpang keempat, Osama bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun,"Saya
seorang Muslim dan saya berserah kepada kepada Allah untuk menentukan hidup mati saya. Adik ambillah beg parachute terakhir tu." Budak 10 tahun itu menjawab,"Jangan bimbang. Ada 1 lagi beg parchute untuk pak cik. Presiden yang terpandai dalam sejarah US tu...terambil beg sekolah saya." |
|