CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6764|Reply: 149

[MERGED] Bonus Peneroka FELDA : Update - Dapat Bonus RM144.44 juta -

[Copy link]
Post time 23-11-2007 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda
22-11-2007

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembayaran bonus insentif produktiviti berjumlah RM146,388,200 kepada 90,322 orang peneroka Felda di seluruh negara.

Timbalan Perdana berkata pembayaran bonus itu akan dibuat pada akhir Disember ini.

Beliau berkata peningkatan pembayaran bonus pada kali ini berbanding RM117,895,800 pada tahun lepas adalah disebabkan harga komoditi kelapa sawit dan getah yang bertambah baik di samping luas kawasan tanam semula yang mengeluarkan hasil semakin meningkat.

"Meskipun jumlah peneroka yang layak menerima bonus pada tahun ini berkurangan sedikit berbanding 90,880 orang pada tahun lepas namun jumlah bayaran telah meningkat sebanyak 24.2 peratus," katanya pada sidang akhbar di sini.

Katanya kadar bayaran bonus minimum telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 iaitu meningkat sebanyak 50 peratus manakala ganjaran maksimum ditingkatkan daripada RM1,500 kepada RM1,800 iaitu meningkat sebanyak 20 peratus.

Najib berkata jumlah keseluruhan peneroka Felda seluruh negara kini ialah seramai 112,635 orang.

Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum bayaran bonus ialah pengeluaran sebanyak 5.1 tan sehektar manakala ganjaran maksimum ialah yang menghantar hasil melebihi 12.1 tan sehektar.

Untuk peneroka getah pula, kelayakan minimum untuk penerimaan ganjaran bonus ialah 601kg sehektar dan ganjaran maksimum diberi kepada mereka yang menghantar hasil melebihi 1,200kg sehektar.

Najib berkata jumlah peneroka yang menerima bonus maksimum bertambah dari 21,417 orang pada tahun 2006 kepada 23,658 pada tahun ini yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus.

Katanya, secara purata harga sawit pada tahun ini ialah RM452.47 setan manakala getah RM6.47 sekilogram.

"Sebanyak 22,313 peneroka atau 19.8 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga hasil mereka yang kurang dari penghasilan minimum yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata peneroka yang menguruskan sendiri kebun dan mereka yang menyertai tanam semula Felda dalam tahun 2007 juga tidak mendapat bonus insentif ini.

"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan dapat merangsang peneroka di seluruh negara untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing," katanya.

Beliau berkata bonus insentif produktiviti peneroka diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai galakan kepada peneroka yang membawa hasil mereka kepada pengurusan Felda dan menyertai program tanam semula Felda.

Bonus insentif ini dibayar kepada peneroka dalam bentuk wang tunai dan sijil saham Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF), katanya.

Beliau berkata sejak tahun 2004, bonus yang dibayar kepada peneroka adalah berjumlah RM331.14 juta iaitu sebanyak RM116.150 juta pada 2004, RM97.09 juta (2005) dan 117.895 juta (2006).

Mengikut kemampuan pengeluaran, pencapaian hasil kebun peneroka bagi sawit ialah sebanyak 14.23 sehektar manakala pengeluaran getah agak baik iaitu mencapai 1,742 kilogram sehektar sehingga Oktober tahun ini, katanya.

Najib berkata potensi pengeluaran purata setahun bagi sawit ialah sebanyak 19 tan sehektar manakala bagi getah 1,800kg sehektar.

Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan pengarah besar Felda Datuk Ahmad Tarmizi Alias hadir pada sidang akhbar itu.



aiiiiiiiii kenape la wa tak jadik peneroka felda  banyak wooo  bonus tu   kaya pokcik!!!

mod - wa cari felda tak jumpa nak merge la mod  mahap sbb tu wa bukak aje kalau mod jumpa merge pun wa tarak kisah
thx mod

[ Last edited by  dexa at 22-10-2008 06:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


keptenmarbel This user has been deleted
Post time 23-11-2007 07:17 AM | Show all posts
wow!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 07:26 AM | Show all posts
Dapat bonus ja....ari tuh baru je dpt bonus...
lama duit bonus abih gak...kalau betul produktiviti keluaran naik bagus laa...
patutnya dah senang nk Malaysia.. minyak pun tak yah naik..
Pak Najib patut fikir .. tambahkan kemudahan kt felda tuh... slalu tak dak ayaq... kena catu...Pak Najib.. sila fikir long term laa
FELDA tuh banyak duit tapi kemudahan tahap dunia ke 3..
Tetiba kasik bonus ni ada ape2 ke...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 07:33 AM | Show all posts

Reply #1 car閒actor_z閞o's post


saya baru cari ni pun tak jumpa felda punya thread tu --
dah kena delete rasanya masa cleaning up -- saya remember
ada buka hal felda tu - tapi sebab tak digest --
admin dah buang  -

tak apa -- buka thread yang baru aje -
nanti semua mengenai felda akan saya merge kan
di sini -

thanks -
---------------------------------------------------------------------------------

memang untungnya peneroka felda ni ye --
tu lah dia - bila kita berbudi pada tanah --
berusaha bekerja keras sendiri ---  hasilnya memang
berbaloi sangat ---

eh  berapa banyak kali dah asyik dapat bonus aje --
murah rezeki  masing - masing!! --
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 07:43 AM | Show all posts
murah rezeki peneroka felda
itulah pulangan yg mereka dpt atas segala jeritperih selama ni

al-maklum aku anak felda
jadi tahulah susah payah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 08:00 AM | Show all posts
mmg berpadanan la bonus yg diberi...mmg patut pun...bukan senang nak uruskan ladang ni...aku pun penah rasa masuk kebun ngan parent aku.. masa tu idup susah sgt...syukur..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2007 08:05 AM | Show all posts
kerajaan sungguh prihatin dan suka berkongsi kekayaan bersama peneroka felda..alhamdulillah
baik sungguh...


bak dialog dlm madu 3

"baik..baik ada makna tu...."


tak rugi berbudi pada tanah...peneroka/pekebun/nelayan yang banyak mengeluarkan keringat demi sesuap rezeki...huh..
tapi sedih bila ada orang-orang yang mengambil kesempatan ke atas mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 08:42 AM | Show all posts
secara purata setiap seorang dapat RM1620.736919 setahun
banyak tuhhhh ada sepuluh angka
kerajaan sungguh prihatin dan suka berkongsi kekayaan bersama peneroka felda..alhamdulillah baik sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 08:57 AM | Show all posts
tajuk tu tertinggal huruh 'j'.... mahal huruf tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 09:29 AM | Show all posts
ape...BONUS!!!!!! kaya2
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 09:50 AM | Show all posts

Reply #3 csham's post

alahai...... cuba baca bebetul. Pi ambik calculator!

Originally posted by car閒actor_z閞o at 23-11-2007 07:07 AM
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda
22-11-2007

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembayaran bonus insentif produktiviti berjumlah RM146,388,200 kepada 90,32 ...


Soalan UPSR:
Berapakah jumlah bonus yg didapati oleh seorang peneroka Felda?

Akak ni anak Felda. Tiap2 thn bapak dpt bonus tp idaknya sampai kaya. Bolehlah bg yg nak beli motor baru.
Yg FELDA dpt lebih baaaanyak lg!
Tak heranla ada yg tak nak jual kat FELDA. Depa pi jual sendirik kat org lain yg lebih menghargai. ahakzzzz!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 10:20 AM | Show all posts
aku pun ank FELDA..syukurla..ble la parent aku buat blanja etc..

sbnarnya jual kt lua lg mahal..a month ble cecah almost 4k! kalah gaji pegawai..kekeke

TQ pd FELDA..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 05:47 AM | Show all posts
Originally posted by ibujarikaki at 22-11-2007 09:20 PM
aku pun ank FELDA..syukurla..ble la parent aku buat blanja etc..

sbnarnya jual kt lua lg mahal..a month ble cecah almost 4k! kalah gaji pegawai..kekeke

TQ pd FELDA..

exact, boleh nampak perbezaan sekarang camana taraf hidup orang felda..
asal rajin... tak mustahil boleh hidup senang lenang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 07:06 AM | Show all posts
diharapkan peneroka2 felda nih tak membazir laa...
pernah terjadi disebabkan harga sawit tinggi...diorg nyalakan api rokok ngan duit kertas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 07:19 AM | Show all posts
syukurlaa dpt bonus...sekadar leh beli honda cub cash buleh ler..nak beli yg luxury sket tak dapek kerajaan nak nolong eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 12:45 PM | Show all posts
aku rase ni gimik badawi je tu   bile dikira2 nti, sorang peneroka maybe dpt 100-200 je kot... yg lain2 tu lesap... hilang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 12:45 PM | Show all posts
aku rase ni gimik badawi je tu   bile dikira2 nti, sorang peneroka maybe dpt 100-200 je kot... yg lain2 tu lesap... hilang....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 12:48 PM | Show all posts
aku rase ni gimik badawi je tu   bile dikira2 nti, sorang peneroka maybe dpt 100-200 je kot... yg lain2 tu lesap... hilang....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 12:54 PM | Show all posts
annuar musa tengah jilat bibir je tengok berita ni..

"1 untuk KAFA, 99 untuk aku...
uhmmm... takleh takleh.. 0.5 untuk FELDA, 0.5 untuk KAFA, 99 untuk aku.."
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:20 AM | Show all posts

Felda menipu rakyat....

354 peneroka menang saman RM7.8j terhadap FeldaOleh TARMIZI ABDUL RAHIM

KOTA BHARU 13 Jan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.102561 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list