CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: dexa

Kurikulum Subject Sejarah Di Sekolah : Update - Akan Diajar Di Sekolah Rendah

[Copy link]
 Author| Post time 12-12-2008 08:40 AM | Show all posts

update -

Sistem sekolah rendah dirombak

Oleh NOR ZAINAH NORDIN

KUALA LUMPUR 11 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2008 06:54 PM | Show all posts
hehehehe
kesian budak2 tuh
kang mati kebosanan plak dlm klas
huuhuhuhuhuh
sbnrnya sejarah ni besh
tp kalo bljr sejarah msia mesti boring
ak pn xtau napa
sbb ak time f4 dulu sejarah tu mmg score la
tp bila f5,sej ak statik je dpt c
sbb sej msia bosan
pastu byk pasal politik je
n, ada fakta yg x dijelaskan scr tepat
ak xtau la kalo pengarang tu ada tujuan yg len ka
tp URUSAN POLITIK XLEH CAMPOR NGAN PELAJARAN BUDAK2
bg ak itu satu pencabulan hak utk mengetahui kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 02:01 PM | Show all posts
MP sejarah yang akan diperkenalkan di Sekolah Rendah tidak akan sama dengan MP sejarah dulu. Dengan adanya Kemahiran Berfikir yang telahpun didedahkan kepada bakal guru sejarah maka ia akan menjadi suatu MP yang menarik kerana ia akan melibatkan murid2 secara aktif. Ia bukan lagi setakat menghafal fakta2 tapi bermatlamat juga untuk menerapkan nilai murni dan nilai patrotisme agar menjadi seorang yang sedar akan kedudukannya dalam negara Malaysia ini serta menjadi seorang warganegara yang baik.
Terpulang kepada guru agar mempelbagaikan teknik dan kaedah supaya penerapan nilai ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 05:51 PM | Show all posts

Reply #43 Oranggunung's post

mungkin pendekatan baru pnp subjek sejarah tu bagus berbanding dulu tapi bagaimana pula dengan kedudukan subjek KT yang sememangnya adalah subjek sejarah dan geografi? kekal? dihapuskan? atau bagaimana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 11:05 PM | Show all posts
14 Disember, 2008  

Buta Sejarah Boleh Lemahkan Perpaduan Kaum, Kata Shafie

SEMPORNA, 14 Dis (Bernama) -- Masalah buta sejarah di kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, jika tidak dibendung dari awal boleh melemahkan perpaduan kaum dan mengganggu keharmonian hidup rakyat di negara ini, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Sehubungan itu, beliau berkata penekanan pembelajaran sejarah terutama di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi membimbing pelajar untuk mengetahui sejarah negara sendiri secara jelas amat sesuai dilaksanakan seawal yang boleh.

"Langkah Kementerian Pelajaran untuk mewajibkan subjek sejarah di peringkat sekolah rendah amat tepat pada masanya bagi memberi pengetahuan tentang sejarah negara lebih awal kepada pelajar, katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan untuk mewajibkan mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah.

Beliau berkata demikian selepas menutup Karnival Rukun Tetangga sempena kempen "Jiranku Keluargaku" peringkat negeri Sabah di sini malam tadi.

"Kebimbangan saya ialah terhadap anak-anak yang tidak tahu menahu bagaimana negara ini merdeka pada tahun 1957, bagaimana kejayaan rundingan dilakukan, bagaimana pembentukan negara Malaysia dan bagaimana pemufakatan dicapai untuk meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"(Anak-anak juga harus dibimbing) tentang bagaimana negara ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan agama Islam sebagai agama rasmi.

Semua ini perlu diketahui oleh anak-anak kita di peringkat sekolah supaya mereka tidak mudah dipesongkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang boleh memecah belahkan keadaan yang sedia ada di negara kita," katanya.


Menurut Shafie melalui kefahaman yang mendalam mengenai sejarah negara sendiri, pelajar yang merupakan pelapis kepada kepimpinan masa depan negara tidak akan terkeliru dan sewenang-wenang melakukan sesuatu perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum.

Shafie berkata di negara maju seperti Britain, mata pelajaran sejarah diberi penekanan sehingga pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan tidak hanya terhad di sekolah malah di media-media elektronik negara itu.

Terdahulu, dalam ucapannya Shafie mengajak semua lapisan rakyat supaya terus mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama dengan kerajaan untuk menghadapi krisis kewangan gobal yang sedang melanda dunia.

Katanya rakyat tidak seharusnya mudah percaya dengan sebarang dakyah dan hasutan jahat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memecah belahkan mereka kerana hanya melalui perpaduan usaha membawa kemajuan dapat dilakukan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2009 08:13 AM | Show all posts

update -

Wujud semula subjek sejarah

Oleh HARIS FADILAH AHMAD


JERANTUT 28 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Jerantut menyarankan kerajaan mewujudkan semula subjek sejarah di sekolah rendah bagi memberi pengetahuan kepada generasi muda terhadap institusi raja-raja Melayu.


Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, langkah tersebut bertujuan menanam taat setia mereka kepada institusi raja-raja Melayu di negara ini bermula di peringkat awal.

''Kembalikan semula subjek Sejarah di peringkat sekolah rendah dengan memperincikan pengetahuan mengenai raja-raja Melayu sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan konsep Raja Berperlembagaan selepas merdeka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Amizan berkata, mengembalikan semula subjek sejarah dalam sukatan pelajaran bermula di peringkat sekolah rendah dapat menyuntik jati diri dan taat setia terhadap institusi Raja Berperlembagaan.

''Pelajar perlu mengenali institusi raja-raja Melayu bermula sejak 600 tahun lalu termasuk kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu di negara ini," katanya.

Beliau berkata, kurangnya pengetahuan golongan remaja dan belia terhadap kepentingan institusi raja- raja Melayu menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu untuk menentang kedaulatan pemerintah.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan meminta rakyat di negeri ini mempamerkan gambar Sultan Pahang di rumah masing-masing termasuk di pejabat kerajaan, balai raya, pejabat jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta dewan orang ramai.

''Apabila mengenali wajah raja atau sultan, timbul perasaan taat setia sekali gus membolehkan institusi istana semakin kukuh di sesebuah negeri tanpa ada pihak cuba menderhaka," katanya.

Beliau berkata, generasi muda hari ini perlu menyedari bahawa kekuatan pentadbiran sesebuah negeri yang membawa kesejahteraan rakyat adalah menerusi peranan raja-raja Melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2009 03:19 PM | Show all posts
'Primary' history takes off 2010?

By : Hamidah Atan





Tan Sri Alimuddin Mohd Dom says a pilot project
involving 500 schools is under way


PUTRAJAYA:
Primary school pupils may be studying Malaysian history as early as January.

This is part of the Education Ministry's move to restructure the curriculum to make schooling more fun, said Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

At the latest, he said, the subject would be taught in Year One by 2011.

The ministry's School Inspectorates' Division will carry out a thorough assessment of the matter by the end of the year before deciding on the introduction of the subject.

" Previously, History was part of Kajian Tempatan but following a suggestion by former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi that it be made a subject on its own, we agreed to give it a try," Alimuddin told the New Sunday Times.
He said nearly 500 primary schools, in both rural and urban areas, had been chosen under a pilot project to test the teaching of the subject.

"This is part of the educational transformation we are committed to carrying out to take our education system to a higher level."

He said learning History at such an early age was also part of the ministry's aim to make learning a fun and exciting process.

Alimuddin said the ministry also intended to reduce the number of subjects learned by primary school pupils to put an end to the problem of heavy bags endured by schoolchildren.

He also said the move to have fewer subjects was in line with the government's vision to promote a school-based assessment instead of the current examination-oriented system.

"We do not want our young learners to be pressured into learning so many things at one time. While not foregoing the basic elements of education, we want the learning process to be fun and lively and, hopefully through this, more all-rounders could be produced."

Primary school pupils take a minimum of five subjects for the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah examination, with those in the vernacular schools allowed to take additional four subjects related to their mother tongue.

The compulsory subjects are Bahasa Malaysia Pemahaman (comprehension), Bahasa Malaysia Penulisan (writing), English, Science and Mathematics.

On the move to make English a compulsory passing subject in the Sijil Pelajaran Malaysia examination, Alimuddin said he would be briefing Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also education minister, next week on the feedback received from the public.

"The ministry's Corporate and Public Affairs Division is compiling the responses.

"As Tan Sri Muhyiddin had said, we will conduct an analysis before making English a must-pass subject. The teachers and students have to be mentally prepared before anything else. We also have to make available the infrastructure and equipment."





kecik sgt lagi nak belajar sejarah mesia nih... bukannyer depa leh appreciate mana pung.....

nak belajar... setakat sejarah ringkas doniya punya wokey ler....  kenal nama2 besaq doniya... tu baru interesting mate!!!!  kalu nak belajar  terbentuknyer  malayan union... fight against portugis sumer.... zzzz zzzz ler jawabnyer... pshawwwwww

[ Last edited by  amazed at 14-6-2009 15:20 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 04:31 PM | Show all posts
subjek sejarah utk sekolah rendah ni agak berat laa sbg subjek akademik.. tp kalau utk persatuan sejarah tu boleh laaa..
kesian tgk budak-budak sekolah rendah skrg.. pg sekolah biasa.. ptg ada koku & sekolah agama.. bila masa entah depa rehat & main-main.. tu psl depa byk bermain-main dlm kelas masa P&P..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 11:11 AM | Show all posts
Setuju subjek sejarah di sekolah rendah sebab start thn 4-6 memang telah diserapkan sejarah dan geo dlm subjek KT.
Tetapi biarlah sukatan pelajarannya yg menarik dan sesuai mengikut tahap pembelajaran bagi budak-budak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 08:58 PM | Show all posts
At the latest, he said, the subject would be taught in Year One by 2011.


oh tidak....tahun 1? macam ni la..saya bagi situasi. kalau di sekolah bandar murid tahun 1nya ramai yang dah masuk pra sekolah, TADIKA, TASKA, Pusat asuhan dari seawal umur 5 tahun dan bila masuk ke darjah 1 sudah boleh membaca dan mengeja (walaupun tak 100% tapi sebilangan besar) tapi bagaimana pula murid di sekolah pedalaman? yang tiada kemudahan ini hatta prasekolah? masuk darjah 1 baru nak mengenal huruf..terpaksa satu kelas masuk program KIA2M. jadi nak tambah lagi dengan subjek sejarah? takkan la subjek sejarah tahun 1 warnakan gambar Hang Tuah? (sekadar contoh) apa pun saya masih menanti sebarang panggilan kursus utk PnP subjek ini. namun saya masih barharap agar subjek Kajian Tempatan dimurnikan dan bukannnya di buat satu lagi subjek baru yang secara tidak langsung akan tambah satu lagi beban buat murid (sudah pasti tambah satu lagi buku teks, buku latihan bukan?)
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 11:04 PM | Show all posts

tambah lagi...

Eloklah tu tambahkan Sejarah start djh 1. Biar beg diorang yang dah berat tu bertambah sekilo dua lg. jadual yg makin pnjg sejak adanya j-QAF ni pun akan ld lebih panjang, balik sekolah pukul 7.30-8.00 mlm pun ok jugak kan!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 25-11-2008 13:32
camner depa nak buka satru lagi subjek sejarah sebagai satu lagi subjek di sekolah rendah sedangkan subjek kajian Tempatan itu adalah gabungan sejarah dan geografi. bagi sayaa sepatutnya mata pel ...


setuju! murnikan lagi subjek KT menjadikan salah satu subjek wajib tapi dalam silibus mana tak penting buangkan je. satu
lagi panjangkan masa KT sebab 2 kali seminggu terlalu skit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 03:36 PM | Show all posts
yup.. fakta. bukan auta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.082020 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list