CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23490|Reply: 82

Misteri Naga Chini

[Copy link]
Post time 16-12-2007 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Aku sebenarnya dah lama tertanya2 tentang perkara ni... Pakcik aku dulu pernah cerita la yang kawan2 dia askar ke renjer hutan pernah pergi ke kawasan kat situ ni...jumpa  memang dah berlumut...masing2 cuba ikat badan ular tu pada pick up yang diorang bwak...tapi tak bergerak.... sebenarnya panjang lagi tapi aku tak pasti betul ke tidak..

korang ada pengalaman yang lain ke....

ni yang aku dapat dari wikipedia malaysia...dalam wikipedia pun ada tu
Tasik Chini merupakan salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.

Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.

Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba Khmer yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2007 12:32 PM | Show all posts


Tasik Chini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2007 12:34 PM | Show all posts
ni banjir besar ni..ada possibility keluar ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 12:41 PM | Show all posts
Ada ke naga lcoh ness ni dalam tasik, mitos aja rasanya tak?  sampai sekarang belum ada yang ditemui...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 12:42 PM | Show all posts
member pakcik ko jumpe naga ke?

hoh.. aku teringin tengok naga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 10:38 AM | Show all posts
naga tasik cini dikatakan berasal dari naga di sungai muor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2007 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 17-12-2007 10:38 AM
naga tasik cini dikatakan berasal dari naga di sungai muor


eh? ye ke?
apsal aku org muor x tau ek?
ingatkan mmg warga negeri pahang naga tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 02:30 PM | Show all posts

Reply #7 fariepari's post

tu cite dongeng jerk... kalo aku cakap tanggang tu berlaku kat bukit treh ko tau tak?
atau name teluk dalam.. ko tau tak teluk dalam tu kat ner?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 04:00 PM | Show all posts
tapikan aku dah pergi tempat nie... tasik dia menyeramkanlah... tapi anak2 org asli nie selamba jer naik sampan...... kalau gi sana pakcik yang bawa boat nie akan cerita pasal nenek kebayan dgn history tempat...pakcik tu siap buat topi lagi pakai daun keladi tu...pengalamant yang tidak dpt dilupai...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 03:27 PM | Show all posts
Firstly...naga wujud ke tak? kalau naga hidop pon tak penah jumpa, inikan pulak dalam tasik...

By the way, setiap kawasan ada mitos sendiri...untuk menarik pelancong...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 06:14 PM | Show all posts
aku selaku anak pahang memang ader dgr citer pasal naga tasik chini ni.
kalo ikut orang2 tua,thn 1971 masa banjir besar jadi tu,tu disebabkan naga tasik chini nak kuar.
maser tu sultan abu bakar yang memerintah pahang.kalo ikut mitos ader 2 ekor dalam tasik tuh.yang 1st dah kuar masa thn 1971 maser banjir besar tu.orang2 tua ckp,lepas je naga yang 1st tu lepas ke lautan,sultan abu bakar sound naga sekor lagi tu dok diam2.kesian orang pahang kena banjir besar.jadi tinggalla sekor dalam tasik tu...
aku tak tau nak percaya ke tak... aku konpius bkn aper,kalo betul naga nak kuar,takkan dia tak serang orang...tapi..ntah aa...aku tak tau la kebenarannya...
tapi,dari tok nenek moyang aku citer,sultan abu bakar ni daulat tinggi.saper2 yang mengutuk dia,dapat balasan.pernah dulu ader orang yang mengutuk sultan abu bakar ni.sultan abu bakar hentak kaki ke tanah,orang yang kutuk tu trus muntah darah.aku tak taula hya cerita ke atau benda betul.ader rakyat jati pahang lain yang bleh cerita pasal ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2007 06:51 PM | Show all posts

Reply #11 elnor_81's post

biasala...dulu sultan2 ni daulat dia tinggi....mungkin ada jugak kebenaran dia...macam aku dengar dia ada dua...satu kata dah mati dan ada di kebumikan nama dia kubur tok panjang...kalau tak silapla..(kalau silap sori). Lepas tu dia ada anak buah nama sri gumun...ni yang kata sampai sekarang ni...tak taula ada lagi..

memang kat tasik chini ke Bera memang la menyeramkan pasal dia punya tasik tu semulajadi...

alangkai yang tasik kenyir yang buatan sendiri tu pun kata ada ikan toman besar tong dram inikan pula yang memang dah semulajadi ada....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 08:39 PM | Show all posts
hah,yang kubur tok panjang tu aku dgr orang biasa yang ader cam ilmu2 ni..aku tak pernah terniat nak g tasik chini ni...very creepy...
Reply

Use magic Report

poshbabe08 This user has been deleted
Post time 19-12-2007 12:57 AM | Show all posts

Reply #7 fariepari's post

ala sebok je org johor ni .naga tu warga negara pahang punya
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 02:03 AM | Show all posts

Reply #14 poshbabe08's post

dah berebut naga pulakk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 09:32 AM | Show all posts

Reply #14 poshbabe08's post

amek lah.. kitaorang tak nak dah... heheheh dedulu kalo banjir kat muor tu sebab naga tu ler.. kekeke (ni cite bohong jerk) pastu org muor halo dia lari ke pahang... takut dia ngan org muor... mase tu zaman malim demam.. tp mase tu muor dipanggil teluk dalam
kekekkekek jgn takut kite org tak tuntut balik... dan takkan berlaku tuntutan bertindih cam pulau batu putih... heheheheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2007 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 17-12-2007 02:30 PM
tu cite dongeng jerk... kalo aku cakap tanggang tu berlaku kat bukit treh ko tau tak?
atau name teluk dalam.. ko tau tak teluk dalam tu kat ner?


hehe..bukit treh ekk?
kg aku tu..masa kekecik selalu la p memain kt situ..petik buah ceri kat bawah bukit tu..
lumbe lari turun bukit..
arwah atuk aku dulu pun keje kat situ..
masa kekecik dulu ada gak dgr citer bukit tu kapal si tanggang..
nenek aku penah citer, kat situ dulu tempat org kg pinjam pinggan mangkuk org bunian time nk kenduri..

hehe..off topic la plak..ilang citer nage tasik cini..
tp tasik cini mmg best la..ingt nnt nk cuti2 mesia kt sana..
stay kt chalet 2-3 ari sambil teman hubby mancing best gak ek

[ Last edited by  fariepari at 19-12-2007 09:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 11:00 AM | Show all posts

Takut

Aku tengok tasik tue memang menyeramkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 11:17 AM | Show all posts
x pernah sampai ke tasik chini tapi citer tuan umah ni aku pernah dengar cuma kurang percaya laa... aku rasa  mitos jer tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 12:28 PM | Show all posts
citer nih aku ambik dr paper berita harian..
tarikh x ingat..tp dlm thn '07 nih la jugak..

Misteri: Sumpah Seri Gumum di Chini
Oleh Sariha Mohd Ali

Empat pancang di kawasan seluas 30 meter persegi dicacak di Laut Gumum sebagai tanda tempat tinggal naga.

KETENANGAN suasana di Tasik Chini, Pekan tidak boleh dipisahkan dengan keindahan pemandangan kuntuman teratai yang mekar memenuhi permukaan tasik ketika musimnya tiba antara Ogos hingga September setiap tahun. Tarikan Tasik Chini yang juga tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera itu, bukan setakat keunikan flora dan fauna yang dimilikinya, malah cerita lagendanya yang penuh misteri turut mempopularkan kawasan berkenaan.

Walaupun cerita seumpama itu sukar dipercayai dan dibuktikan kebenarannya, tetapi penduduk tempatan tetap menganggapnya sebagai sesuatu yang akan terus kekal dalam ingatan dan diturunkan daripada generasi ke generasi. Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.

Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.

Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk. Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.

Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik.

Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Bagi Ismail Awang Karim, 70, dari Kampung Melayu, Kuala Chini, cerita naga Tasik Chini diketahuinya daripada datuknya, Beah Itam yang meninggal dunia pada 1950.

"Mengikut cerita orang tua dulu, Naga Seri Gumum ini mempunyai ibu dikenali sebagai Naga Sri Kemboja tetapi mati selepas bergaduh dengan naga lain di Laut China Selatan.

"Dikatakan Naga Sri Kemboja ini ditanam di Kampung Pasir Panjang dekat Tasik Chini dan nama kampung itu diambil sempena kubur naga itu yang panjang," katanya.

Penghulu Mukim Penyor 1, Mohd Bakri Abu Talib, berkata cerita misteri naga Tasik Chini seakan diakui penduduk kawasan itu sehingga mereka mencacak empat pancang kayu di kawasan Laut Gumum.

Kawasan yang dipancang dengan ukuran kira-kira 30 meter kali 30 meter itu menjadi tanda kepada semua pemandu bot supaya tidak melalui kawasan berkenaan kerana dasar tasik di situ dikatakan menjadi tempat tinggal Naga Seri Gumum.

"Pancang kayu itu dicacak sejak 50 tahun lalu dan akan diganti apabila kayu berkenaan sudah rosak.

"Mengikut cerita lama, naga itu sepanjang kira-kira enam kilometer berdasarkan gambaran yang kepalanya pernah dilihat di Kampung Charuk Kekura, manakala ekornya di Kampung Mempelas," katanya.

Mohd Bakri berkata, kewujudan naga Tasik Chini menjadikan kawasan di situ sebagai `keras' dan mereka yang melakukan sesuatu di luar batasan akan ditimpa bencana. "Saya sendiri melihat keadaan itu apabila ribut besar berlaku pada 1988 apabila tiga warga asing mandi berbogel di tasik itu.

"Ketika itu, saya menaiki bot menuju ke Tanjung Jerangkung dan melihat tiga warga asing mandi bogel, lalu menegur perbuatan mereka itu.

"Tiga warga asing berkenaan bergegas naik atas calet terapung di situ dan serta merta berlaku ribut kuat yang menyebabkan ombak besar sehingga semua tali calet berkenaan putus dan hanyut hingga ke Gumum," katanya.

Sementara itu, bagi peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986. Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya.

"Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya. "Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati. "Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.

Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.

"Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. "Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.

Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu. "Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir.

"Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya. Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya.

Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri. "Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu.

"Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. "Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.091164 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list