CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 26-11-2009 04:38 PM | Show all posts
tahniah......... semoga menjadi pembakar semangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 11:45 AM | Show all posts
Empat pemain ikat kontrak dengan Kedah

ALOR SETAR - Empat pemain sah menjadi milik Kedah setelah mengikat kontrak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2010.

Pemain berkenaan ialah, Zamri Chin, Azmin Muslim, Shahril Faizal Sharifuddin dan Azlan Ismail.

Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof berkata, pemilihan keempat-empat pemain itu adalah bagi memantapkan bahagian serangan dan pertahanan sang kenari untuk memastikan kemenangan pada musim depan.

“Mereka menandatangani kontrak perjanjian bermain dengan Kedah baru-baru ini. Kita yakin dengan adanya empat pemain berpengalaman ini, kita mampu kembalikan kegemilangan pasukan,” katanya.

Ahmad berkata, dua bekas pemain UPB-My Team, iaitu Zamri dan Azmin menunjukkan prestasi yang konsisten dan yakin dengan kemampuan dua pemain itu untuk menajamkan bahagian serangan dan pertahanan.

“Dua lagi pemain, iaitu Shahril dan Azlan sebelum ini adalah pemain pasukan Pahang dan Terengganu. Mereka juga tak kurang hebatnya dan kesinambungan pemain baru dan lama akan dapat memantapkan lagi pasukan,” katanya.

Ditanya siapa lagi pemain yang diintip sang kenari bagi meneruskan perjuangan musim depan, Ahmad berkata, buat masa ini Kedah belum berhasrat untuk menambah pemain baru dan yakin dengan kolaborasi pemain sedia ada dan empat pemain baru.

“Rasanya cukuplah buat masa ini, jika ada keperluan pada masa depan, kita akan pertimbangkan,” katanya.

Menurutnya , penyerang Kedah yang direhatkan berikutan kecederaan, Khairil Muhaimeen akan kembali beraksi Mac depan, manakala seorang lagi pemain, Wan Zaim kembali menyertai pasukan Januari ini.

“Wan Zaim telah pun turun padang untuk melakukan latihan ringan, namun belum boleh beraksi kerana ototnya masih lemah. Mungkin penghujung bulan ini atau Januari depan, barulah kita dapat menggunakan khidmatnya,” katanya.

Ahmad berkata, kesemua pemain kecuali Azmin sudah memulakan latihan awal sebagai persediaan musim 2010, Azmin hanya akan menyertai latihan bersama skuad Kedah sekembalinya dari Laos kerana mewakili negara di Sukan Sea.

Walaupun berjaya menggunakan khidmat pemain-pemain berbakat besar, namun Ahmad enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi sebelum pasukan Kedah diuji dalam mana-mana pertandingan.

“Masih terlalu awal untuk saya buat penilaian. Biarlah keempat-empat pemain itu menyesuaikan diri bersama pasukan Kedah terlebih dahulu, dan diuji kehebatan masing-masing, sebelum kita meletakkan harapan kepada mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 11:45 AM | Show all posts
go kedah go.........

nak 3 pela lagi ka tahun nih........
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 05:20 PM | Show all posts
berita PERR plak..........

Kedah Janjikan Kejutan Berdepan Singapura

ALOR SETAR, 10 Dis (Bernama)-- Skuad bola sepak Piala Emas Raja-Raja Melayu Kedah yang berjaya melayakan diri ke peringkat separuh akhir perlu berusaha bersungguh-sungguh jika berhasrat menjulang piala itu sebagai hadiah buat peminat di negeri ini.

Pasukan itu akan bertemu Singapura pada perlawanan separuh akhir pertama di Singapura Sabtu ini dan mereka harus menundukkan pasukan itu untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Ketua jurulatihnya, Mohamad Ramlee berkata walaupun skuadnya dijangka menghadapi laluan sukar menentang Singapura di gelanggang lawan, namun beliau tetap menaruh keyakinan anak buahnya mampu membuat kejutan.

"Singapura adalah sebuah pasukan yang mantap dan jika kita mampu seri, itu sudah memadai sebagai bekalan untuk perlawanan separuh akhir kedua di hadapan penyokong sendiri," katanya selepas sesi latihan skuad itu di sini Khamis.

Ramlee berkata, skuad itu juga telah mendapatkan khidmat empat orang pemain Liga Super Kedah iaitu Mohd Faizal Abu Bakar, Mohd Syafiq Jamal, Mohd Fazliata Taib dan juga penjaga gol Mohd Al-Hafiz Hamzah untuk memantapkan pasukan.

Tahun lepas, Kedah tersingkir pada pusingan awal dan beliau menganggap pencapaian mara ke separuh akhir adalah satu peningkatan besar bagi pasukan itu.

Pada suku akhir kedua Sabtu lalu, Kedah menumpaskan juara bertahan, Kelantan, 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 2-2 dalam masa tambahan.

--BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 05:20 PM | Show all posts
go kedah go............. bila ntah kedah jora perr?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 05:37 PM | Show all posts
harap2 makin mantap la kedah musim depan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2009 08:33 AM | Show all posts
perlawanan2 yg melibatkan pasukan kedah........

12/12/2009 - Kedah VS Singapura (AWAY) (Separuh Akhir Piala Emas Raja-Raja)
15/12/2009 - Kedah VS Kelompo (AWAY)
16/12/2009 - Kedah VS Selangoq (AWAY)
19/12/2009 - Kedah VS Singapura (HOME) ( Separuh Akhir Piala Emas Raja-Raja)
26/12/2009 - Kedah VS Pulau Pinang (HOME)
29/12/2009 - Kedah VS KL PLUS (HOME)

p/s : Tertakluk kepada perubahan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 11:46 AM | Show all posts
perlawanan2 yg melibatkan pasukan kedah........

12/12/2009 - Kedah VS Singapura (AWAY) (Separuh Akhir Piala Emas Raja-Raja)
15/12/2009 - Kedah VS Kelompo (AWAY)
16/12/2009 - Kedah VS Selangoq (AW ...
jofizo Post at 11-12-2009 08:33


nak stat dah ka liga super? awai sungguh noo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 02:33 PM | Show all posts
tuh perlawanan persahabatan tim liga super dgn tim piala emas raja2........
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 12:42 PM | Show all posts
tahniah skuad PERR Kedah seri 1-1 ngan S'pore 1st round kat S'pore........

jaringan faizal abu bakar
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 10:12 AM | Show all posts
Kedah 2-1 Singapore

FINAL lawan Perlis
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 11:49 AM | Show all posts
kedah masuk final tuu piala raja2 emas tahniah..ni sbb pemain2 muda kita dah ada dlm skuad senior bagus2
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 11:02 AM | Show all posts
mlm ni kita balas dendam kat perlis, jurad dok ada tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 07:08 PM | Show all posts
azlan ismail hatrik..bagus2..:pompom:

sapa2 tau link nk tgk skuad kedah 2010?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 01:03 PM | Show all posts
kaloh...dok rok cetong....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 03:48 PM | Show all posts
hancoq kedah kalah 2x kat tmpar sendri..apa jadi nii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2010 04:43 PM | Show all posts
mng kat tmpat lwn kelate..seb bek xdak rusuhan
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 10:27 AM | Show all posts
kedah on fire la ni, pasni lawan kelantan Piala FA lak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 10:20 AM | Show all posts
haish... teruknya kedah main musim nih.... cam takde sistem jerk..... tak mcm zaman azrai dulu....  klu menang pon mungkin sbb tim lawan 2x5 ngan dorang gak....... jurulatih cap ayam mana nih.... tahun lepas walau kalah tp seronok tengok game dorang.... tahun nih cam takde harapan jerk.... player mcm takde idea dan motivasi.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 03:28 AM | Show all posts
dngaq kata azlan kena ban 7 game kes aritu,
nasib baik meen dah recover, harap perform la

bad pon on form la ni keep it up
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.260989 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list