CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unggas

Sapa orang Teluk Intan.. ..

[Copy link]
Post time 26-4-2008 06:24 PM | Show all posts

Reply #180 neeziee's post

dah tak de penghuni ke
apa dah jadi ngan bangunan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 12:13 PM | Show all posts
bunge org teluk intan...chenderong balai...rindunyer nk balik kg..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 04:56 AM | Show all posts
Originally posted by srida at 18-4-2008 03:45 PM
aku................ lepas dengar citer akunyer biras...... langsung tak makan dah kat gulam nih


gulam ade branch baru....agak besor gak...dekat
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:59 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by ecomoda012 at 1-5-2008 04:56 AM


gulam ade branch baru....agak besor gak...dekat
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 09:36 PM | Show all posts
tp tmpt tu pns la..bunge penah g sekali...tgh hr...tp pns sgt suh ayah g mkn kt teluk intan
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 12:10 PM | Show all posts

Reply #184 shahx's post

tempat tu tak sibuk kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2008 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by ianho at 2-5-2008 12:10 PM
tempat tu tak sibuk kot

aku selalu ulang alik kat jln tu.. lori2 besor parking tepi jln je.. kene slow lalu jln tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 11:11 AM | Show all posts
sayaaaa!!! :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2008 04:44 AM | Show all posts
Menara berusia 123 tahun

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI


menara Condong Teluk Intan menyimpan banyak sejarah silam.

TELUK INTAN 6 Jun - Menara Condong Teluk Intan yang kini berusia 123 tahun merupakan menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali. Menara ini juga merupakan satu-satunya keanehan warisan tinggalan sejarah yang menjadi kebanggaan penduduk daerah Hilir Perak.

Terletak di Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, Menara Condong Teluk Intan masih berdiri teguh.

Bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti bangunan Pagoda di China ini dibina pada tahun 1885 oleh seorang pemborong tempatan, Leong Choon Cheong.

Ia dibina atas arahan penjajah British bagi menempatkan sebuah tangki air untuk kegunaan kecemasan memandangkan bandar Teluk Intan tidak mempunyai perkhidmatan bomba pada masa itu.

Pada masa itu, menara ini dikenali sebagai Jam Tinggi oleh penduduk setempat kerana menempatkan sebuah jam loceng yang masih berfungsi sehingga kini, tetapi mula mendapat jolokan sebagai Menara Condong selepas struktur bangunan ini condong ke arah barat daya akibat dilanda banjir besar antara tahun 1889 hingga 1895.

Apa yang anehnya, binaan menara setinggi 25.5 meter ini kelihatan seperti lapan tingkat, tetapi apabila memasukinya, anda akan terkejut kerana ia sebenarnya cuma tiga tingkat.

Bangunan ini juga memiliki 110 anak tangga dan mercu tandanya diperbuat daripada batu dan kayu, manakala tiangnya kayu cengal gayung yang masih kukuh dan utuh sehingga hari ini.

Setiap tingkat bangunan ini dilengkapi lorong jalan berdindingkan tembok rendah yang dihiasi dengan batu berwarna hijau.

Kewujudan menara itu juga boleh dilihat sebagai simbolik kepada penjajahan Inggeris ke atas orang Melayu kerana ia dibina di atas terusan yang dibina oleh Mak Intan dan pengikutnya untuk tujuan aktiviti perdagangan.

Terusan tersebut dikambus oleh penjajah Inggeris kerana ingin membesarkan bandar ini yang pada masa itu dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Mak Intan yang merupakan saudagar dari Mandailing, Sumatera, Indonesia adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19.

Selain itu, bangunan tersebut pernah digunakan oleh tentera Jepun sebagai menara peninjau antara tahun 1942 hingga 1945 kerana lokasinya berhampiran Sungai Perak.

Kini selepas 123 tahun, Menara Condong Teluk Intan berwajah baru selepas menjalani proses baik pulih dan pembangunan yang siap sepenuhnya pada Mei 2002.

Kerja-kerja membaik pulih itu melibatkan hampir keseluruhan struktur bangunan tersebut dengan melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM350,000 menerusi peruntukan Jabatan Muzium dan Antikuiti, Muzium Negara.

Bagi mengekalkan keasliannya, atap genting diimport dari China termasuk bunga hijau yang menjadikan menara tersebut tampak lebih menarik dan gagah.

Bangunan itu kini menjadi pusat kegiatan seni budaya dan riadah selepas Majlis Daerah Hilir Perak membina sebuah dataran di sekeliling menara tersebut yang dilengkapi lampu berwarna-warni.

Bagi menambah tarikannya, kawasan tersebut turut dilengkapi perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar secara percuma bagi kemudahan orang ramai.

Kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai terutamanya golongan muda mudi pada malam minggu dan hari cuti umum untuk beriadah, di samping melawat Menara Condong.

Hari ini, Menara Condong Teluk Intan tetap berdiri teguh sebagai binaan hebat yang terus menggamit kedatangan pelancong dari luar dan dalam negara ke bandar ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by ecomoda012 at 7-6-2008 04:44 AM
Menara berusia 123 tahun

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0607/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
menara Condong Teluk Intan menyimpan banyak sejarah sila ...



Nostalgia sungguh nengok gambo jam tinggi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by ianho at 26-4-2008 06:24 PM
dah tak de penghuni ke
apa dah jadi ngan bangunan tu


kat tingkat atas tak tau jadi apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by srida at 21-4-2008 09:42 AM
tadik dah tulis........... tak kuar la plak...

biras aku citer direct ke aku... dia kat masa dato hassan or harun din (tak hengat yg mana satu) wat ceramah kat teluk intan ngan kor agama tente ...


seingat aku ..ustaz haron din mmg leh nampak semua tu..orang kata dia ade bukak kelas utk blaja hal2 mcm nih..ade syarat nak masuk kelas dia..seingat aku..antara ujian dia..akan diletakkan bersendirian ditempat yg dipercayai 'keras'. utk membiasekan diri dgn  makhluk2 nih.. tapi sebelum tu..mmg dah penuh ilmu didada.

dari ape yg mike cite tu ..mmg teman percaya la,kalau ustaz harun din or hassan din yg ade kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 23-6-2008 11:38 AM


kat tingkat atas tak tau jadi apa.



kat atas tu dah tak der aper2 dah rasenyer..............ada la 2-3 kedai games kot, tapi yang pasti bau hancing tetap ada.....
kalu lalu kat koridor bawah tu, selalu nampak bebudak muda sekumpulan atau sorang berdua, bawa helmet turun tangga..... ngan ada aweks kat sebelah....
tak tau la wat aper kat atas tu.........

aku selalu gi situ sebab nak gi BSN jer kat ujung tu, tak pun nak terus gi Arked Man..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 03:40 PM | Show all posts

Reply #193 srida's post

port best ponteng skolah kat atas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 04:04 PM | Show all posts

Reply #194 neeziee's post

hang ka nizi....
tak rasa panas ker dok kat atas tu.................. gelap jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 10:46 AM | Show all posts
aku dulu sekolah sultan dan sekolah horley ... ahhh nostalgianya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2008 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by anti_aktivis at 18-4-2008 02:44 PM
Kabare wong teluk intan , eneng wong jowo?

Aku selepas Ipoh , Teluk Intan , second best town . Sebab banyak makanan makanan sedap.

Kat Teluk Intan , pilihan makanan yang pasti aku jamah kal ...



nop.. ..wa orang banjar.. ..tapi duk kampung selabak.. ..reti gak laaa sket ngomong jawo.. ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 11:16 AM | Show all posts

Balas #180 neeziee\ catat

balik baru nie.. ..wa tengok bangunan atas tue dah jadi tempat ternakan burung layang.. ..

wa tiap kali balik teluk intan.. ..hubby mesti ajak makan mastan ghani.. ..pas tue lepak kat dataran teluk intan.. ..

ingat lagi masa form 3.. ..wat folio sejarah pasal jam condong tue.. ..1st time jejak kaki kat merana condong tue sampai tingkat 3.. ..time tue belum baik pulih lagik.. ..mmg tangga dia reput2 dah.. ..rasa ngeri jerk nak sampai ke tingkat atas sekali.. ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:19 AM | Show all posts
udah lama x ke Teluk Intan

asyik jem2 je maleh nak pergi:@ :@ :@

balik Bgn Datoh singgah Sg Besar Sabak Bernam pi shoping je
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #198 unggas's post

aku masa masuk scout dulu buat folio pasal jam tinggi ni ... masa tu kat situ ada pejabat jabatan perancang keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.112623 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list