CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3359|Reply: 2

TAFSIRAN BANDAR..

[Copy link]
Post time 4-1-2008 10:48 AM | Show all posts |Read mode
BANDAR BERHADAPAN SUNGAI (RIVERFRONT SITY)

Konsep bagi sesuatu pembangunan yang dijalankan di mana ia menggunakan sungai sebagai tarikan utama dalam pembangunan tersebut. Pembangunan yang dijalankan menjadikan sungai sebagai paksi utama / pandangan utama kepada bangunan-bangunan yang dibina.

BANDAR BERLANDASKAN AIR (WATER FRONT CITY)

Konsep bagi sesuatu pembangunan yang dijalankan di mana ia menggunakan air/laut sebagai tarikan utama dalam pembangunan tersebut. Pembangunan yang dijalankan menjadikan air/laut sebagai paksi utama / pandangan utama kepada bangunan-bangunan yang dibina.

BANDAR BERSEPADU (INTERGRATED CITY)

Bandar yang dibangunkan dengan mengambil kira semua aspek perancangan Bandar yang lengkap.

BANDAR BESTARI (INTELLIGIENT CITY)

Bandar yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur teknologi terkini.

BANDAR DALAM TAMAN (GARDEN CITY)

Bandar yang dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim sumberjaya dan budaya tempatan dan kepadatan rendah, taman merupakan fokus pembangunan, fokus kepelbagaian kehidupan dan pengkayaan suasana semulajadi dalam kehidupan komuniti diperlihara, mengintegrasikan komponen alam bina dan landskap semulajadi. Sesuai bagi pembangunan bandar baru. Bandar yang dikelilingi oleh kawasan hijau yang menggabungkan ciri-ciri kehidupan.

BANDAR MADANI (MADANI TOWN)

Satu bandar yang berteraskan masyarakat berilmu,ikhsan, kreatif dan pemeliharaan. Disamping pembangunan sains dan teknologi.

BANDAR RAYA (CITY)

Bandar yang besar dan terpenting. Mempunyai ramai penduduknya dan telah diwartakan menurut perundangan negara. Kebiasaanya bandar ini mempunyai penduduk sejuta atau lebih.

BANDAR SATELIT (SATELLITE TOWN)

Bandar baru yang dibangunkan dengan keperluan pembangunan yang lengkap bagi mengurangkan tekanan terhadap kawasan petempatan utama sedia ada.

BANDAR SEJAHTERA (HEALTHY CITY)

Sebuah petempatan di mana suasana pembangunnya menerapkan nilai-nilai keselesaan, keselamatan, kesihatan, keharmonian dan kedamaian ke arah membentuk dan membangkitkan perasaan dan semangat masyarakat penyanyang di kalangan penduduk setempat.

BANDAR WARISAN (HERITAGE CITY)

Bandar yang mempunyai nilai sejarah, kebudayaan seni bina atau alam semulajadi untuk tujuan pemuliharaan.

BANDAR HADHARI

Belum ada taksiran yang jelas lagi..heheheh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 01:01 AM | Show all posts
attee, wehh!!!

bagaimana dgn Dato' Hajjah Siti ?

Siti Tanjong Perak ? Citibank ? CityBus ? Sitiawan ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2008 05:00 PM | Show all posts
INI APE KEHAINYEE NGUTUK ORG NIH!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.271590 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list