CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83434|Reply: 158

Daeng Parani 5 bersaudara

[Copy link]
Post time 14-1-2008 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Daeng Parani maut dibedil meriam Oleh Johari Ibrahim



PANDUAN Pelayaran berusia 300 tahun dipercayai digunakan Daeng Parani ketika menjelajah ke Tanah Melayu

Raja Kechil tolak cadangan damai menyebabkan berlaku peperangan selama setahun dengan Raja Kedah

PENEMUAN makam Daeng Parani, tokoh yang terbabit secara langsung dalam percaturan politik Kedah lama pada kurun ke-18 di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri dekat Sungai Petani, menambah satu lagi produk pelancongan bersejarah negeri itu.

Usaha menjejaki peninggalan Daeng Parani dikatakan dilakukan sejak lebih 30 tahun lalu oleh keturunannya yang ramai tinggal di kampung berkenaan.

Usaha lebih terancang dan agresif dengan kajian ilmiah berpandukan buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Raja Ali Haji, Tuhfat al-Nafis, hanya dilakukan oleh Persatuan Keturunan Opu Dahing Parani sejak kira-kira dua tahun lalu.

Selain itu, cerita mengenai Daeng Parani juga disebut dalam buku sejarah lama lain seperti Salasilah Melayu dan Hikayat Siak.

Setiausaha persatuan itu, Roshaliza Abdul Razak, berkata kajian agresif dan ilmiah dimulakan pada 6 Ogos 2006 dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keturunan tokoh berkenaan.


MAKAM Daeng Parani yang terletak di Kampung Lubuk Ekor dekat Sidam Kiri, Sungai Petani


Kemuncak kepada usaha menjejaki peninggalan Daeang Parani apabila forum yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Negeri Kedah (PSNK) pada 13 Mei 2007 bersetuju dan menegaskan makam Daeng Parani terletak di kampung berkenaan.

Forum berkenaan yang khusus untuk membincangkan lokasi makam tokoh itu dipengerusikan oleh pensyarah sejarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Mohd Isa Othman dan panel dianggotai oleh Pensyarah Sejarah Universiti Malaya (UM), Prof Abdullah Zakaria Ghazali dan Pengerusi PSNK, Datuk Wan Samsuddin Mohd Yusof.

Pembabitan Daeng Parani serta empat saudaranya, Daeng Marewah, Daeng Menambun, Daeng Celak dan Daeng Kemasi, dalam politik Kedah lama bermula apabila dia dipanggil oleh Raja Kedah pada 1720-an untuk membantu dalam isu perebutan takhta.

Misi Opu Bugis Lima Bersaudara itu ialah membantu mengambil alih takhta daripada adinda Raja Kedah ketika itu dengan sokongan kuat orang Bugis dan Mengkasar.





ARTIFAK lama dipercayai milik Daeng Parani.
Abdullah Zakaria dalam kertas kerjanya pada forum berkenaan menyatakan pembabitan Daeng Parani dan saudaranya dalam politik Kedah apabila dia mengutus surat kepada Raja Kechil mengenai cadangan pembahagian kuasa dan tugas bagi mengelak sengketa.

Bagaimanapun, Raja Kechil menolak cadangan itu dan berlaku peperangan yang berlarutan selama setahun antara gerombolan Raja Kedah dan Raja Kechil.

Daeang Parani terkorban dalam pertempuran kali kedua walaupun angkatan Raja Kechil tewas, yang dikatakan berlaku dekat Kampung Ekor Lubuk dan dikebumikan secara adat raja-raja di situ oleh saudaranya.

Dia dikatakan meninggal dunia apabila dibedil dengan meriam oleh Raja Kechil ketika mahu melabuhkan perahunya dekat Sungai Muda untuk berdepan dengan Raja Kechil.

Selain Kedah, Daeng Parani lima bersaudara itu yang dikatakan tinggi ilmu agama dan pelayaran juga terbabit secara langsung dalam politik Johor, Selangor, Negeri Sembilan yang disebut Linggi dan Perak ketika itu.

Roshaliza berkata, sehingga ini PSNK mengiktiraf bahawa makam itu adalah pusara Daeng Parani manakala Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dikatakan dalam proses untuk membaikpulih kawasan pusara supaya menjadi tapak lawatan orang ramai.

"Sehingga ini, kami berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 ahli keturunan Daeang Parani di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang," katanya.

Pahlawan Melayu gunakan baju, topi besi ketika berperang

DAENG Parani disifatkan sebagai pahlawan yang mempunyai ilmu agama dan pelayaran yang tinggi sehingga membolehkan dia dan empat saudaranya mengembara dengan kapal kecil dari Kepulauan Sulawesi ke Tanah Melayu.

Setiausaha Persatuan Keturunan Opu Dahing Parani, Roshaliza Abdul Razak, berkata perkara itu terbukti dengan kewujudan sekeping jadual pelayaran yang mempunyai gambar haiwan tertentu, kapal dan simbol tertentu dan bertulisan Jawi tetapi amat sukar difahami yang dipercayai ada kaitan dengan jadual pelayaran Opu Bugis Lima Bersaudara itu.

Malah, lima bersaudara itu juga dikatakan mula menggunakan baju dan topi besi ketika berperang, peralatan yang dianggap maju ketika itu dan menggerunkan lawan.

"Mereka juga adalah keturunan Raja di kepulauan itu dan kecuali Daeng Parani, semua empat adik-beradiknya pernah menduduki takhta di beberapa kawasan di Indonesia," katanya.

Berdasarkan catatan dalam Tuhfat al-Nafis, lima bersaudara itu amat rapat antara satu sama lain dan keempat-empat beradik, Daeng Chelak, Daeng Marewah, Daeng Menanbung dan Daeng Kemasi amat patuh kepada arahan Daeng Parani.

Bukti kepada kesepakatan itu apabila Daeang Parani berangkat ke Siak untuk berbincang dengan empat saudaranya itu mengenai strategi apabila dia menerima surat daripada Raja Kedah memohon bantuan berkaitan perselisihan takhta.

Lima bersaudara itu adalah anak kepada Raja Bugis, Opu Tendriburang Daeng Rilaga, putera kepada La Maddusalat, yang memerintah Luwuk, Indonesia ketika itu.

Roshaliza berkata, jadual pelayaran itu disimpan oleh keluarganya sehingga turun temurun selain beberapa artifak lain seperti tempayan dan pedang.

Lima bersaudara itu dikatakan datang ke Kedah pada 1724 sekali gus terbabit dengan politik negeri itu ketika itu.

Selepas mangkat, makam Daeng Parani di Kampung Ekor Lubuk dekat Sungai Petani dikatakan disembunyikan manakala ahli keluarganya di situ tidak dinamakan dengan Daeng bagi mengelakkan daripada dijadikan mangsa dendam oleh angkatan Raja Kechil yang ditewaskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2008 03:15 PM | Show all posts
Info Daeng Parani Lima Bersaudara

Mereka adalah anak kepada Raja Bugis, Daeng Rilaka (Opu Tanderi Burung)

Jalan utama di Kuala Lumpur seperti Raja Bot dan Raja Mahdi mengambil sempena keturunan lima bersaudara itu.

Kecuali Daeng Parani yang meninggal dunia di Kedah, empat lagi saudaranya meninggal dunia di Riau, Indonesia.

Buku Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya mencatatkan takhta kerajaan Johor sekarang adalah waris langsung daripada perkahwinan Daeng Parani dengan Tengku Tengah, anakanda kepada Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718)

Buku yang sama mencatatkan takhta Selangor sekarang adalah daripada keturunan Daeng Celak yang mangkat pada 1745.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-1-2008 03:15 PM
Buku Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya mencatatkan takhta kerajaan Johor sekarang adalah waris langsung daripada perkahwinan Daeng Parani dengan Tengku Tengah, anakanda kepada Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718)


Dasyat betul orang Bugis ni...
Selepas Selangor, Johor pun dah jadi milik dorang...
Maknanya Sultan Johor yang memerintah sekarang ni bersaudara dengan Sultan Selangor la kan?

Hebat la!! Raja-Raja Melayu di Malaysia ni memang unik...
Ada yang dari keturunan diraja Bugis..
Ada yang dari keturunan Srivijaya (Kesultanan Perak)
Ada yang dari keturunan Nabi Muhammad (Perlis)
Ada yang dari keturunan Kedah Tua (Kedah)

Di Indonesia sendiri pun dah tak ada raja-raja yang berdaulat seperti di Malaysia..

[ Last edited by  ijad_adiputera at 14-1-2008 03:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 03:35 PM | Show all posts
== Double Posting ==

[ Last edited by  ijad_adiputera at 14-1-2008 03:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 03:35 PM | Show all posts
== Double Posting ==

[ Last edited by  ijad_adiputera at 14-1-2008 03:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 03:49 PM | Show all posts

Reply #3 ijad_adiputera's post

Dari Siam pun ada....nun kat Kelantan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2008 03:57 PM | Show all posts
aku pun keturunan daeng jugak, sebab nama aku ada daeng kat pangkal.. tapi tak tau keturunan daeng mana.... tak berkesempatan nak siasat asal usul ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 04:12 PM | Show all posts
aku pon org bugis gak...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2008 04:20 PM | Show all posts
nenek moyang, johor+bugis..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 04:26 PM | Show all posts
saya pun dr keturunan Bugis tapi bkn dgn Daeng,keturunan saya dari Sultan Abdul Samad. menarik gak fakta ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 04:47 PM | Show all posts
cuma tinggalan Baju Zirah Bugis dan Pemuras Bugis ada banyak kat muzium tapi suku lain macam dan pupus jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 14-1-2008 04:26 PM
saya pun dr keturunan Bugis tapi bkn dgn Daeng,keturunan saya dari Sultan Abdul Samad. menarik gak fakta ni..


Orang ni cam pernah pi mesyuarat kat Jugra ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 06:38 AM | Show all posts
Originally posted by Pooja at 14-1-2008 10:10 PM


Orang ni cam pernah pi mesyuarat kat Jugra ni?



mesyuarat apa la pulak? sorry ye actually saya ni kalau boleh tak mau pg tempat diraja especilly bukit jugra,bukan apa sebenarnya darah Bugis yg masih kuat tu buat saya takut!zaman dulu byk sangat unsur mistik,sampai sekarang,brg peninggalan raja tak boleh pegang suka hati,hanya yg pure je,warna kuning pun mesti pakai warna kunig raja yg asli,.saya bukan kuat sangat dah campur macam2,cuma sebelah ayah je..Byk peristiwa yg menakutkan berkenaan keturunan ni yg saya rasa tak mau pegi tempat diraja.Mungkin konsep daulat tu dah sebati dalam raja bugis..muncul saka dan hal2 mistik..saudara mara saya ada jugak yang masih guna bahasa istana ,macam patik(saya)Enda(bonda)Encik, nama pun masih ada Raja,wan dll,.Mereka masih pegang adat2 ni semua..bagi saya ikutlah selagi tak mensyirikkan tapi kalau dah bertentangan dgn agama,tak jadi keturunan raja pun takpe!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 10:49 AM | Show all posts
Baju Zirah Bugis / Moro @ Baju Berantai Bugis / Moro










Dari Muzium Kota Ngah Ibrahim











Dari Muzium Negara

http://kr.blog.yahoo.com/durian32/9694.html?p=1











Dari Mindanao

http://www.eriksedge.com/









Dari Brunei

http://www.geoship.jp/BRUNEI/

[ Last edited by  HangPC2 at 15-1-2008 11:00 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:43 AM | Show all posts
Sejarah Bugis Di Malaysia


http://www.geocities.com/abangk/bugis.htm
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 12:34 AM | Show all posts
baju bugis dgn moro ada unsur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 12:33 PM | Show all posts

Reply #13 miftahuljamilah's post

Your story remind me of my friend's mum who came from Selangor royal families.Dia kata hanya ibunyasahaja yg dibenarkan masuk ke istana dan ibunya juga adalah satu2nya waris yg tinggal...like you said,saudara mara you guna bahasa istana talk among themselves...it happen same on her too.nnt kita check balik dgn my friend about her mother.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 12:44 PM | Show all posts
sebenarnya makam almarhum pernah dirasmikan oleh YTM Raja Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Idris Shah (Raja Kecil Besar Perak)
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 08:24 PM | Show all posts
korang kalau nak tau asal usul bugis korang,korang kene rujuk dari jenis bugis apa korang datang.bugis sememangnya berasal dari sulawesi,iaitu makassar......bugis nih tiga jenis,setau aku.ENDREKANG,BONE dan TURAJA.but,TURAJA nih kebanyakkannya beragama kristian dan ada mengatakan mereka nih bukanlah dari bangsa bugis,walaupun mereka menuturkan bahasa bugis.contoh,saya sememangnya berasal dari bugis endrekang.korang bugis apa plak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.122134 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list