View: 5423|Reply: 34
|
Combat is back...........
[Copy link]
|
|
Info TV: RTM siar semula drama bersiri klasik
Oleh Rozdan Mazalan
BAGI memenuhi cita rasa penonton dalam mengimbas kembali nostalgia siri klasik, bermula Januari 2008 setiap Rabu, Khamis dan Jumaat, RTM menyiarkan semula rancangan bersiri popular seperti Mission Impossible, Combat dan Macgyver.
Ia disiarkan mengisi slot baru Best Of Retro di RTM2 bermula jam 12.30 malam.
Ketiga-tiga drama yang popular sekitar tahun 1962 hingga 1992 ini dilihat pengukur kepada mencetus kepuasan dan citarasa penggemar siri klasik hebat Inggeris ini.
Usaha dilakukan pihak RTM dalam mengimbas kembali nostalgia siri klasik ini nyata dianggap imbuhan istimewa kepada khalayak penonton setia siaran RTM di atas sokongan yang diberikan.
Justeru, Mission Impossible, drama bersiri 36 episod ini akan memulakan siaran setiap Rabu, mulai 16 Januari lalu. Antara daya penarik berkaitan siri ini pastinya tumpuan terhadap temanya yang cukup tersohor ciptaan Lalo Schifrin yang cuba ditampilkan sehingga dikenali ramai sekali gus diangkat sebagai ikon muzik tema televisyen.
Siri ini mengisahkan satu kumpulan ejen risikan elit yang yang dilantik kerajaan Amerika Syarikat dalam mencapai misi untuk menghalang kerajaan luar dan pertubuhan jenayah daripada menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Kumpulan ini mengetengahkan kepelbagaian skil mereka menerusi lakonan hebat aktor Barney Collier yang bertindak sebagai dalang penyamaran, Rollin Hand, Cinnamon Carter dan Willy Armitage beraksi mengawal ancaman keselamatan negara.
Sekali pun sebelum ini Steven Hill pernah melakonkan watak Dan Briggs pada musim pertama, namun watak itu berjaya dibawakan Jim Phelps (Peter Graves) pada musim berikutnya. Selain itu ia turut dibarisi aktor Barbara Bain, Martin Landau, Leonard Limoy, Peter Lupus dan ramai lagi.
Siri Combat yang akan disiarkan 32 episod pula menyaksikan babak hebat peperangan yang akan disiarkan setiap Khamis, bermula hari ini.
Penonton bakal dihidangkan dengan kehebatan lakonan Vic Morrow dan Rick Jason sebagai Sarjassn Saunders dan Leftenan Hanley. Drama perang ini bakal menyaksikan keupayaan skuad infantri Amerika bertempur di seluruh Eropah. Malah ia berkait pergolakan watak manusia mempertahankan identiti kemanusiaan ketika berdepan situasi peperangan.
Siri hebat ini dibintangi oleh Piere Jalbert, Jack Hogan, Dick Peabody dan Conlan Carter.
Macgyver pula akan disiarkan setiap Jumaat bermula esok sebanyak 33 episod. Siri drama ini dilakonkan Richard Dean Anderson sebagai adiwiranya. Macgyver berlegar sekitar latar cerita seorang lelaki yang bekerja di Yayasan Pheonix yang berjaya melepasi pelbagai halangan daripada pihak musuh yang sentiasa mengikut gerak-gerinya.
Kehebatannya terserlah kerana kejayaannya mempertahankan diri tanpa berbekalkan sebarang senjata selain alat perkakasan harian yang diciptanya. Turut menerajui siri ini ialah Dana Elcar, John Anderson dan Teri Hatcher.
Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan tiga drama bersiri siri klasik yang akan disiarkan setiap Rabu, Khamis dan Jumaat jam 12.30 malam di RTM2.
[ Last edited by tangopapa at 17-1-2008 04:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
combat 2 menatang yg busukkan |
|
|
|
|
|
|
|
combat tu ape?? |
|
|
|
|
|
|
|
citer yg ditunggu tunggu sejak sekian lame... last tayang kalo tak silap thn 80an dulu... pastu ade lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 kroit92's post
Combat tuh asykar US zaman dolu2 la dik, yg g perang pakai helmet kure2 tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg aku minatni...mengembalikan nostagia zaman budak2 dulu.....rasa aku perkataan "Combat" dan "Macgyver" dah sinonim dgn rakyat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BeskotCekelat at 17-1-2008 04:59 PM
Combat tuh asykar US zaman dolu2 la dik, yg g perang pakai helmet kure2 tuh...
owh... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita combat ni macam pernah ku tengok dulu.....arwah nyer Vic Morrow ker? |
|
|
|
|
|
|
|
huh3... sedih gak tengok last episod yang menamatkan riwayat vic morro coz kena blade helicopter... |
|
|
|
|
|
|
|
lebam bijik mata aku layan awal pagi tadi...0030hrs, oklah, mengembalikan hero2 lama |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2, dekat jalan Banting-Dengkil, ada warong Vic Morrow.. |
|
|
|
|
|
|
|
heheheheh best gak layan cite combat semalam... kat ner yerk nak dpt vcd ker dvd cite combat nih?
nak wat koleksi lah...
ermm siri semalam.. patutnye mase dorang tolak meriam tu naik bukit, dorang turunkan dulu barang lain cam peluru dll.. baru ler meriam tu ringan sket..
kan dah melelas tangan... heheheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba cari kat "Mitsuri Entertainment Sdn. Bhd." No. 19, Jalan Indah 16, Taman Cheras Indah, KL., Alamat Ni tercetak kat kotak VCD ceta Combat yg aku beli taun lepas, tapi cuma ada 20 series. Tajuknya 'COMBAT In Color' subtitles dlm bahasa cina,harga asal RM99 tapi mungkin tak laku diturun ke RM50 jadi aku kebaslah . Tak taulah kalo sykt ni masih hidup lagi sebab aku beli kat S'wak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 muor76's post
Dan kalau real life...dah lama bunker tu kena bom P-47...takyah nak usung meriam...dah le meriam ciput...(tu meriam 6-pounder/57mm) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 alphawolf's post
itu nak menunjukkan baru nampak susah payahnye mereka demi keamanan dunia |
|
|
|
|
|
|
|
cerita insurgensi biler lak nak tayang balik?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 mdmee's post
Bukan tua tapi more mature and wiser...ewahhhh
Termasuk hang la kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|