View: 15354|Reply: 5
|
[Tempatan]
Nak healing di Genting Sempah, sakit mata sampah merata-rata
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Niat mahu menikmati suasana berkabus di Genting Sempah, Pahang namun yang dapat adalah sampah dibuang merata-rata oleh individu tidak bertanggungjawab.
Itu yang digambarkan suasana di satu tempat di Genting Sempah pada video TikTok rulfarhan apabila kelihatan sampah dipercayai ditinggalkan orang ramai yang mengunjungi tempat itu.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak memaklumkan secara spesifik lokasi tersebut, hanya memberitahu ia terletak di Genting Sempah.
“Nak ‘healing’ pun sakit mata,” katanya pada kapsyen video.
Perkongsian itu turut mengundang kemarahan orang ramai terhadap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan berkenaan.
“Sedih, tahun 2012 saya pernah riadah di sana, tak sangka tempat tu jadi macam tu,” komen seorang pengguna TikTok.
“Tak ada sivik, dah puluh-puluh tahun dah,” kata seorang lagi individu.
“Rasa nak datang sekarang bawa plastik sampah sekali penyapu,” ujar pengguna TikTok yang lain.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni jalan lama hala Bentong-Gumbak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti port favourite ni. Kalau tengah2 hutan takde siapa tahu pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jalan lama ke Gumbak tu dulu² laa.... memang ada spot lepak tepi tebing nampak heiway Karak nunnnn kat bawah tu.
Dan spot tempat buang sampah domestik.
Now tatau laa, dah lama tak lalu situ. |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku rasa belah-belah petron-geo hotel tu
sebab situ je ramai lepak, bukan sebab nak masuk genting, tapi nak lepak kat puncak, tapi belah luar je
sendiri buang sampah merata, sendiri complain, lulz |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat kelantan buang kot? |
|
|
|
|
|
|
| |
|