CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3873|Reply: 42

NASIHAT BERGUNA BUAT SALAFI & KHALAFI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 19-1-2008 11:47 PM | Show all posts |Read mode

NASIHAT BERGUNA BUAT
SALAFI & KHALAFI MALAYSIA
( Diterbitkan oleh METRO AHAD, 24 Dis 06 dengan versi artikel)
Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman
( dengan sedikit tambahan)
SOALAN
soalan saya ustaz, ilmuan kaum tua dan kaum muda sekarang masih lagi berbeda pendapat hatta pada masalah yang furu'. mereka masih berfikiran sempit dan tidak mahu mengambil pengajaran atas dasar taqlid yang pernah dianuti masyarakat islam dahulu. bagaimana ustaz peranan para ilmuan muda ini untuk mendapat tempat dalam bidang intelektual sekarang?

-hidayah-

JAWAPAN

Sedar atau tidak sedar, perselisihan dan perbezaan pendapat antara golongan yang mengkaji dan mengamalkan agama Islam di Malaysia menjadi semakin hangat. Ia semakin mendapat perhatian ramai apabila muncul di akhir-akhir ini golongan kelas pertengahan dari masyarakat yang suka mendapatkan sesuatu hukum beserta dengan dalil-dalilnya, tanpa hanya mendengar 慼alal' atau 慼aram' dan kemudian menurutinya dengan selesa. Dengan pertambahan golongan masyarakat yang sebegini, maka pendapat mazhab Syafie yang sudah biasa didengari dan dikuti tanpa banyak soal sejak turun termurun sudah mula dibuka untuk perbandingan dengan pandangan-pandangan lain, demi mendapatkan satu hukum yang benar-benar selesa dipegang oleh golongan ini. Secara tidak lansgung, tindakan ini dilihat amat negatif oleh sebilangan golongan dan kelompok masyarakat yang lain, iaitu dalam keadaan mereka sudah amat selesa dengan satu pegangan itu sejak sekian lama tiba-tiba muncul perbincangan terhadap pegangannya. Hal seperti ini menjadikan perang mulut berlaku dan 憄erdebatan dari jauh' dan dekat juga tidak kurang banyaknya.
Hasil tinjauan dan pengamatan sederhana saya,  mendapati adakalanya perdebatan ini bertukar kepada perdebatan sihat kepada yang sebaliknya. Hasil dari itu, saya ingin mengambil peluang di ruang ini bagi berkongsi nasihat yang ebrguna buat sahabat-sahabat dari kedua-dua aliran. Diharap mereka sudi untuk membacanya tanpa prejudis.
Bagi saya, peranan golongan ilmuan muda hari ini antaranya :-

a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik
b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.
c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.
d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-慉ziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie.
e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.

Justeru, eloknya ilmuan muda dan dewasa meneliti di mana punca temu dan tembung antara dua aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua mereka bertemu dalam banyak perkara, terutamanya,  bertemu dalam niat baik yang ingin disumbangkan kepada masyarakat..
Kaum Muda yang di namakan juga 憇alafi', 憈ajdid', 憇unnah' atau dicop juga sebagai 憌ahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu  dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.
Kaum Tua atau dikenali sebagai 慘halafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak 慳lim.
Niat mereka ini lebih elok jika kita sedari dari asyik berbicara tentang perselisihan mereka. Selain itu, akibat peselisihan yang semakin buruk, muncul tuduhan dari kedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin menyesatkan dan memecah belahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara satu sama lain sebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah silap.
Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cuma mereka berbeza dalam target bentuk pergerakan, penentuan keutamaan dan pendekatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2008 11:49 PM | Show all posts
Peranan Penyokong

Malangnya dengan di'api'kan oleh penyokong masing-masing yang kurang 'ilmu' dan penghayatan, maka pertembungan menjadi serius, titik selisih menjadi utama menenggelamkan hasrat murni dan titik persamaan. Hinggakan guru-guru kedua kumpulan yang pada asalnya cukup lunak dan berbaik, menjadi keras, tuduh menuduh berlaku, remeh meremeh, balas membalas, lebih amat malangnya banyak pula si 'guru' yang bertindak balas bukan dalam isu yang sebenar, tapi hanya akibat mainan mulut si anak murid atau penyokong yang suka menokok tambah bagi menyedapkan perisa, kononnya orang sana menyebut itu ini.

Suka saya nasihatkan si murid agar mengingati kembali bab 'An-Namimah' iaitu mengadu domba yang amat dicela oleh Islam. Guru mana yang tidak 憁arah' apabila dilaporkan oleh si anak murid bahawa orang sana mengatakannya mengajar ajaran yang tidak benar, sesat, hujah cetek, menolak Usul Fiqh, tak mengetahui hadith dan lain-lain. Malah lebih buruk apabila kritikan hujjah merebak kepada kritikan peribadi, rupa wajah dan lain-lain.

Nabi SAW bersabda :

‏لا يدخل الجنة ‏ ‏نمام

Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat al-Bukhari)

Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik 憂iat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng.


Saya kerap berjumpa, pertempuran hujjah si 'guru', tetapi ia sebenarnya adalah hasil 'mulut' si anak murid, maka bertempurlah si 'guru' tanpa fakta yang sebenar tentang pihak sebelah sana, amat malang dan membuang masa. Inilah akibat kesimpulan sendiri dari kedua-dua belah pihak, sehingga mengadakan perkara yang tiada.


Peranan Syaitan

Dalam keghairahan menegakkan hujjah, pendekatan, keutamaan yang diletak oleh kumpulan dan perjuangan masing-masing, ramai yang tidak sedar bahawa Syaitan bertapak semakin hebat dalam diri. Sedarkah kita bahawa Syaitan pasti melontarkan rasa keakuan, ego, sombong, rasa diri 慳lim kerana hujjah mantap?. Ketika itu, secara sedar atau tidak, sekiranya hujjah di pihak lain adalah benar sekalipun , ianya tetap akan dilihat salah, sekaligus menolaknya dengan pantas, sambil merujuk ke guru masing-masing untuk mencari hujjah tambahan.

Kerap juga saya dengari di kalangan penyokong-penyokong ini merujuk kepada guru mereka sambil berkata "Ust , bagaimana saya nak jawab hujjah mereka yang ini, yang itu dan lain-lain" . Sedarkah kita bahawa kemungkinan hujjah itu benar?. Tetapi dalam hal ini, si penyokong seolah-olah sudah pasti ianya salah, cuma mereka kurang mahir menacri hujah menolaknya sahaja. Sang guru pula akan rasa tercabar apabila hujjahnya dipatahkan lalu dengan begitu bersemangat pula membawa 慴uah' baru untuk dilontarkan kepada 憃rang sana'.

Jika ini berlaku, tiada lagi usaha mencari kebenaran tulen, yang ada hanyalah usaha menunjukkan ke'alim'an masing-masing. Adakalanya, belum pun sesuatu hujah 憃rang sana' diamati sehingga habis ayat-ayatnya, telah digelengkan kepala, ditertawakan, diberikan senyuman sumbing tanda hinaan terhadap hujah orang lain.

Nabi SAW menyebut :

الكبر بطر الحق وغمط الناس

" Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia" ( Riwayat Muslim)

Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadith di atas :-

"Rasa 憉jub' atau keajaiban diri yang menyelubungi individu ketika diseliputi nikmat ( termasuk nikmat ilmu)"


Inilah yang pasti berlaku dalam pertempuran hujjah yang diapikan oleh para penyokong ini. Perlekehan akan berlaku, lalu timbulah ayat-ayat seperti " tak habis mengaji lagi tu" , " hidung masih berhingus nak berhujjah". " ni mesti tak faham bahasa arab dengan baik ni" , "depa ni bukan reti ilmu hadith" dan banyak lagi dari kedua-dua belah. Sihatkah ini? Benarkah perjuangan kebenaran yang didokongi atau telah terseleweng sedikit demi sedikit?.


Semoga Allah memberi rahmat buat kita semua dan mengampunkan saya dalam kesilapan pengamatan saya yang amat sederhana. Maaf buat semua jika ia mengguris anda tanpa hak. www.zaharuddin.com
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 11:55 PM | Show all posts
saya tak selalu masuk sini
tapi nak bagi pendapat la

bagi saya, bagus nasihat ini..
adapun pendapat saya hendak berdebat sekalipun bukan dalam forum
tetapi secara depan depanan dan berilmiah..
tidak menyimpan hasad selepas itu
yang betul kita benarkan
yang salah kita bincangkan
bukan bergaduh tak habis2
meretakkan hubungan Islam itu sendiri
maka tertawa seluruh musuh Islam

sekadar pendapat dari orang awam
yang mengharapkan kerahmatan dari Tuhannya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 11:59 PM | Show all posts
salafi ke wahabi???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 19-1-2008 11:59 PM
salafi ke wahabi???


Ust Zaharuddin pun kamu nak kafirkan juga kah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-1-2008 12:19 AM


Ust Zaharuddin pun kamu nak kafirkan juga kah?

siapa kafirkan siapa nih...??
sesiapa berakidah mujassim maka dia jatuh kafir... full stop...
tak kira dia siapa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2008 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 20-1-2008 12:33 AM

siapa kafirkan siapa nih...??
sesiapa berakidah mujassim maka dia jatuh kafir... full stop...
tak kira dia siapa...


Ust Zaharuddin sudah jatuh kafir nampaknya. dikafirkan oleh anak_pejuang.

Yusuf Al-Qharadawi pun sudah jatuh kafir nampaknya. dikafirkan oleh anak_pejuang juga.

yg tak kafir & akan masuk syorga ialah abu_syafiq & anak muridnya anak_pejuang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-1-2008 12:39 AM


Ust Zaharuddin sudah jatuh kafir nampaknya. dikafirkan oleh anak_pejuang.

Yusuf Al-Qharadawi pun sudah jatuh kafir nampaknya. dikafirkan oleh anak_pejuang juga.

yg tak kaf ...


kafirnya mujassim bukan haku yang kata tapi ulamak muktabar yang kata, haku nih hanya owang biase jerk nak sampaikan apa yang  ulama tuh katakan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2008 12:56 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 20-1-2008 12:43 AM


kafirnya mujassim bukan haku yang kata tapi ulamak muktabar yang kata, haku nih hanya owang biase jerk nak sampaikan apa yang  ulama tuh katakan....


sedapnya mulut anak_pejuang mengkafirkan Yusuf Al-Qharadawi & Ust Zaharuddin......hebat....memang hebat betul insan bernama anak_pejuang ini.

tak jemu2 mengfitnah mufti perlis kaki liwat, anak_pejuang juga sanggup mengkafirkan Ust Zaharuddin. hebat sungguh....orang lain semua habis masuk neraka. yg confirm tiket syorga ialah anak murid abu_syafiq ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 01:02 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-1-2008 12:56 AM


sedapnya mulut anak_pejuang mengkafirkan Yusuf Al-Qharadawi & Ust Zaharuddin......hebat....memang hebat betul insan bernama anak_pejuang ini.

tak jemu2 mengfitnah mufti perlis kaki liwat, ...

siapa berakidah mujassim dia yang kafir... haku tak kata plak Ust Zaharuddin tuh kafir...
diulang sekalik lagi... sesiapa berpegang kepada akidah Tuhan sama macam makhluk dia yang kufur...
mu jangan lerh plak nak pusing plak wahai Tobby weh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 01:14 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 20-1-2008 01:02 AM

haku tak kata plak Ust Zaharuddin tuh kafir...


kenapa? sudah terlajak katakah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-1-2008 01:14 AM


kenapa? sudah terlajak katakah?

terlajak tongkang pecah kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 01:33 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 20-1-2008 01:17 AM

terlajak tongkang pecah kot


habislah panel-panel al-ahkam online spt Ustz Maszlee, Ustz Hafiz Firdaus (penulis buku2 Islam), Ustz Zaharuddin Abd Rahman dll dikafirkan oleh kamu semata2 kerana mrk bersikap berlapang dada terhadap kedua2 aliran khalafi & salafi. sedangkan mrk mengajak supaya kita tidak bersikap taksub. al-ahkam menerbitkan artikel2 tentang islam oleh pemimpin2 PAS spt Hadi Awang, Nik Aziz, juga artikel dari ulama2 kerajaan, artikel2 Dr Asri, artikel Yusuf Al-Qharadawi, mengajak supaya jgn bersikap taksub tapi ada golongan yg ekstremes spt kamu yg tak senang hati lalu mengkafirkan mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 01:53 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-1-2008 01:33 AM


habislah panel-panel al-ahkam online spt Ustz Maszlee, Ustz Hafiz Firdaus (penulis buku2 Islam), Ustz Zaharuddin Abd Rahman dll dikafirkan oleh kamu semata2 kerana mrk bersikap berlapang dada ...

taksub kepada wahabi macam mana plak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 01:56 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 20-1-2008 01:53 AM

taksub kepada wahabi macam mana plak???


kafir ke tak kafir mrk nih? takutkah kamu nak menyatakan? kafirkah ustaz Zaharuddin dan kawan2nya?  kafirkah Yusuf Al-Qharadawi? sila jawab encik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 02:08 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-1-2008 01:56 AM


kafir ke tak kafir mrk nih? takutkah kamu nak menyatakan? kafirkah ustaz Zaharuddin dan kawan2nya?  kafirkah Yusuf Al-Qharadawi? sila jawab encik.

kalau mereka berakidah mujassim mereka golongan kafir...
dalam Islam perkara kufur kita tidak boleh berlapang dada sama sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2008 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 20-1-2008 02:08 AM

kalau mereka berakidah mujassim mereka golongan kafir...
dalam Islam perkara kufur kita tidak boleh berlapang dada sama sekali...


kenapa kalau kalau pulak........bukankah sebelum ni kamu begitu pasti ustaz2 di Al-Ahkam adalah yahudi mujassim? mana dia anak_pejuang yg terkenal dgn ringan mulut mengkafirkan muslim lain itu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 08:25 AM | Show all posts
kita harus berlapang dada utk menerima pakai apa yg kita yakini.......menyesatkan sesuatu kumpulan adalah tidak wajar......kalau Kaum Muda nak pakai pendapat derang sendiri dan menyisihkan pendapat Kaum Tua......itu adalah pilihan mereka....ttp jangan sampai melabelkan org yg tidak sehaluan dgn mereka sebagai bida'ah dan sesat......
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 10:09 AM | Show all posts
Berlapang dada tu boleh tapi sukar menerima hukum yang dah jelas dan terang salahnya dipertahankan mati matian.... jemaah macam mana yang selalu mengasingkan diri dan seolah bersembunyi dengan rahsia rahsia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-1-2008 02:11 AM


kenapa kalau kalau pulak........bukankah sebelum ni kamu begitu pasti ustaz2 di Al-Ahkam adalah yahudi mujassim? mana dia anak_pejuang yg terkenal dgn ringan mulut mengkafirkan muslim lain it ...

sendirik sudah dapat jawapan... kenapa perlu bertanya lagik....
baguih lah Al Ahkam tuh close...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.287621 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list