CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: scorpio_mmiv

Animasi BARAT berbahasa Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 18-5-2008 09:03 PM | Show all posts
Check this out: Kim Possible Multilingual Intros!



Tak taulah versi BM kat Astro ada alih bahasa lagu skali...Wonder Pets di tv9 sudah berbuat demikian.

BTW, pernah difahamkan Filem Karya Nusa adalah di sebalik dubbing nick di 9, tp dengar mcm Wonder Pets bukan derang buat...saya cam watak si itik tu...pelakon suara tu memang bukan bersama FKN, seingat saya.

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 18-5-2008 09:19 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2008 10:52 PM | Show all posts
macam mana dengan keroro gunso??   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2008 06:17 PM | Show all posts

Reply #22 kroit92's post

ini kan tred kartun barat; bagi anime...nanti sy bukak tred baru utk pamerkan lagu op+ed anime antarabangsa, k?

btw...akhirnya saya cari op nicktoons bm kat youtube!

The Fairly OddParents - dlm lagu ni, cuma line watak2 yg dialih bahasa, selebihnya kekal dlm BI. Org kata lagu ni agak rumit utk dialih bahasa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 08:22 PM | Show all posts

Reply #23 scorpio_mmiv's post

ahaha bleh plak lagu je yang english...ehuehuheuheuhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2008 10:42 PM | Show all posts

Reply #24 zint3000's post

Nak cari lagi susah sikit krn dasar hakcipta amat ketat yg dikenakan sykt pengedar berkenaan.

oh sblm sy terlupa...ingat x filem Tarzan (Disney) yg dialihsuara ke BM pd thn 1999? Nikmatilah klip berikutnya


[ Last edited by  scorpio_mmiv at 2-6-2008 07:36 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2008 07:54 PM | Show all posts

FANDUBS!

Saya juga pernah terserempak dengan hasil kerja alih suara peminat (fandub) macam ni:

Keterangan pembikin: "disney films are never translated into malay language for reasons of lengthy translations (except for tarzan). however, this proves that it just might work."
(Poor Unfortunate Soul)
(Kiss the Girl) - sebijik mcm P Ramlee!
(Part of Your World)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2008 07:24 PM | Show all posts
lawaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 06:51 PM | Show all posts
pengalihan suara bahan berbahasa Inggeris ke bahasa Malaysia nampaknya lebih berupa percaturan perniagaan daripada usaha memartabatkan bahasa, cthnya Astro Ceria & TV9 merebut tempat teratas rancangan kanak2 Malaysia tahun lalu, itupun anime x banyak, cuma kartun barat yg dialih suara/bersiaran dwibahasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 08:41 PM | Show all posts
aku lagi ske Spongebob ckp omputeh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 05:38 PM | Show all posts
saya pun suka spongebob cakap omputih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 09:22 PM | Show all posts
kekadaang sy rasa kejayaan kartun barat dialihsuara ke bm ni tanda2 masyarakat x berkenan dgn sesetgh dasar2 kerajaan spt PPSMI yg 'mencabar kewibawaan bahasa kebangsaan'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 09:37 PM | Show all posts

on another note

sy difahamkan bhw animasi tempatan Bola Kampung disiarkan di Disney Channel, dialihsuara ke Bahasa Inggeris dan dinamakan Football Kidz. gua belum berpeluang tengok lagi, tp sy pernah lihat komen orang cakap JANGGAL, psl aper? alih suaranya pakai pelat amerika, nama watak tukar jadi omputeh pnyer....how odd.

ingaktan gua dengan beberapa episod get backers di ntv7: Ginji pesan tongkat ali?

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 16-8-2008 06:27 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2008 08:35 PM | Show all posts

Lagi2 dub bm disney

Camp Rock versi Melayu

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
http://utusan.com.my/utusan/arki ... =hi_01.htm&arc=hive

PENGHASILAN versi alih suara filem mahupun animasi bukanlah sesuatu yang baru. Ia seperti sudah menjadi trend terkini untuk menarik perhatian lebih ramai penonton untuk menonton sesebuah karya yang dihasilkan.

Terbaru, filem yang berjaya mencecah rating 8.9 juta penonton saluran Disney di Amerika Syarikat, Camp Rock dialih suara ke bahasa Melayu.

Bakal ditayangkan di saluran Disney (saluran 615, Astro) pada 7 September ini bermula pukul 7.30 malam, watak alih suara dijayakan oleh bintang-bintang popular Akademi Fantasia (AF) iaitu Adi Fashla (AF1) sebagai Jason Gray dan Farah (AF2) sebagai Tess Tyler.

Tidak ketinggalan, Amylea (AF3) sebagai Mitchie Torres, Shawal (AF5) sebagai Nate Gray dan Riz (AF6) sebagai Shane Gray.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Walt Disney Television International, Laura E. Wendt pada sidang media versi alih suara filem itu baru-baru ini berkata, pemilihan lima bintang AF itu sebagai memenuhi kehendak semasa penonton berdasarkan karakter dan suara.

Sementara itu, Pengarah, Jenama dan Pengiklanan Astro, Mohamed Adam Wee pada majlis yang sama menyatakan bahawa Disney dan Astro sentiasa berusaha untuk menyediakan hiburan yang terbaik untuk para peminat saluran itu di negara ini.

揝elain kerjasama, ia turut memberi pengalaman dan pendedahan kepada bintang-bintang AF yang terpilih untuk mengetengahkan bakat mereka sebagai penghibur.

揚ada masa akan datang, kerjasama seperti ini akan turut diberikan kepada bintang-bintang lain pula,
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 12:36 AM | Show all posts
cuba korang tgk wonder pets kat tv9.alih bahasa dia so not doraemon okay..sgt cute!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2008 09:49 PM | Show all posts

Balas #34 olaoli\ catat

kalo bleh letak OP Wonder Pets TV9 kat Youtube, kasi seluruh dunia tgk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 08:56 PM | Show all posts
terbaca laman web harian metro tadi, akhirnya CARTOON NETWORK mengikut jejak NICK + DISNEY, iaitu...tahulah tred ni kan

[quote]Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan Astro, Agnes Rozario, pula berkata pihaknya berbesar hati untuk bekerjsama dengan Cartoon Network dalam mengalihkan kandungan saluran ini ke Bahasa Malaysia sebagai menyokong usaha Astro ke arah menjadikan kandungan rancangannya lebih bersifat tempatan.

揗elalui pendekatan terbaru ini, penonton cilik kami di Malaysia kini mempunyai pilihan audio yang ditawarkan dalam tiga bahasa. Tayangan perdana Ben 10: Race Against Time pilihan tepat untuk mengetengahkan slot Bahasa Malaysia di Cartoon Network memandangkan ia rancangan yang amat popular di kalangan kanak-kanak di negara ini,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2008 08:47 PM | Show all posts

Aznil, Mawi, Nabil, Kieran Jadi Ninja Turtle!

Teks oleh Haswari Ali
Foto ihsan Star Movies
(Sumber: http://www.murai.com.my/article/ ... cle_id=2119&c=4&s=41)

KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER 2008:   Bakat serta kredibiliti selebriti tempatan nampaknya semakin mendapat tempat di hati beberapa saluran antarabangsa untuk menjayakan penerbitan filem bertaraf box-office di negara ini.


Sempena tayangan perdana filem animasi dwi bahasa, Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) yang akan disiarkan pada 28 September ini, saluran Star Movies (Astro, Saluran 413) mengambil peluang keemasan ini dengan menggunakan suara beberapa selebriti popular bagi versi Bahasa Melayu filem berkenaan.


Mereka adalah, Mawi, Aznil, Kieran dan Nabil Raja Lawak yang masing-masing memegang watak sebagai Leonardo, Raphael, Donatello dan Michelangelo iaitu 4 wirawan penyu menerusi animasi superhero kegemaran ramai ini. Turut membantu bagi menghangatkan lagi filem ini ialah jelitawan Sarimah Ibrahim yang memegang watak April O'Neil, manakala temannya, Casey pula meminjam suara Dafi.

TMNT versi Bahasa Melayu turut memperlihatkan kehandalan pelakon veteran Salih Yaccob yang akan menggunakan suara terlatihnya untuk menyuarakan watak Splinter, To Guru bijaksana bagi wira penyu-penyu tersebut.


Sementara itu, penyanyi sensasi Zahid AF2 akan menyelami watak gelap sebagai Max Winters yang kejam manakala Ekin pula memegang watak Karai, ketua pasukan Foot Clan yang kekal setia terhadap Winters.


Suara-suara terkenal lain termasuklah Dato' Jalaludin Hassan sebagai pencerita filem TMNT dan penampilan istimewa daripada Edlin (AF2), Zizan (Raja Lawak), Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Shawal, Nubhan, Awal Ashaari dan ramai lagi.


Akan ditayangkan buat pertama kalinya pada 28 September ini, jam 10 malam TMNT mengisahkan 4 penyu pencinta pizza - Leonardo, Raphael, Donatello dan Michelangelo, bergabung semula kala Max Winters adalah seorang usahawan jahat yang menghidupkan sekumpulan tentera yang terdiri daripada raksasa purba.


Turut sama dalam perjuangan mereka kali ini adalah sahabat lama kumpulan penyu tersebut, April O'Neil dan Casey Jones.


Ulangan TMNT dwi bahasa, Melayu dan Inggeris akan ditayangkan pada 11 Oktober 2008, jam 11 malam, 12 Oktober (3.15 petang), 16 Oktober (9.30 malam), 25 Oktober (1.15 petang), 28 Oktober (9.30 malam) dan 10 November (1.20 petang).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 12:19 AM | Show all posts

ha ha, mawi jadi kura2!

TMNT versi Melayu
Oleh Ramlah Zainal
(Harian Metro, 20/9)

Lebih menarik, versi Bahasa Malaysia TMNT menampilkan empat selebriti popular tempatan memegang watak utama kumpulan wira penyu berempat iaitu juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) Mawi (watak Leonardo), pengacara popular Aznil Nawawi (Raphael), juruhebah terkenal Era.fm, Kieran (Donatello) dan Nabil Raja Lawak (Michelangelo).

Barisan pelakon pembantu pula pengacara Sarimah Ibrahim (watak si manis April O扤eil), Dafi AF (Casey), Salih Ya'cob (Splinter), Zahid AF2 (Max Winters yang kejam), Ekin (ketua pasukan Foot Clan yang kekal setia kepada Winters, Karai), Datuk Jalaluddin Hassan ( pencerita filem TMNT), Ahmad Tarmimi Siregar, Awal Ashaari dan penampilan bintang realiti AF yang lain seperti Edlin, Zizan, Nubhan dan Shawal.

Tidak ketinggalan, penampilan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh (watak General Gato), Wartawan Eksekutif Metro Ahad, Abie Abdullah (Thug ), Penolong Pengarang Hiburan, New Straits Times, Faridul Anwar (Driver Solder), Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Mustapha, wartawan portal hiburan Murai.com.my, Haswari Ali serta wartawan dan pembaca berita Astro Awani Syazwan Zakaria.

Hadir sama di majlis sidang akhbar TMNT dan majlis berbuka puasa Star Movies di Le Meridean, KL Sentral di sini, baru-baru ini ialah pelakon Nicholas Saputra yang turut berlakon filem animasi TMNT versi Indonesia.

Ketika ditemui Rap, Mawi berkata, dia mengakui menimba pengalaman berharga berlakon dalam TMNT.

揗aklumlah, ini kali pertama saya menjayakan filem animasi TMNT. Mungkin orang nampak ia mudah tapi sebenarnya ia tidak semudah disangka. Watak Leonardo benar-benar mencabar kredibiliti saya.

揚roses rakaman memasukkan suara di studio juga membabitkan masa enam jam kerana dialog saya paling banyak. Saya juga menonton DVD TMNT beberapa kali untuk menghayati karekter sebelum proses rakaman bermula di studio.

揘amun, kerana minat buat filem animasi ini saya tidak serik buat filem animasi seperti ini pada masa depan. Seperti pelakon lain, saya juga tidak sabar melihat hasilnya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2008 07:59 PM | Show all posts

Cartoon Network berbahasa Melayu

Cartoon Network berbahasa Melayu
Oleh Zaidi Mohamad (Bharian)

Ben 10: Race Against Time jadi perintis mulai Jumaat ini

MULAI 26 September ini, saluran kegemaran kanak-kanak dan peminat kartun iaitu Cartoon Network berpeluang menontonnya di dalam bahasa Melayu selain bahasa Inggeris dan Mandarin yang sedia ada.

Pilihan untuk menonton dalam mana-mana audio tiga bahasa yang disediakan adalah hak mutlak penonton saluran ini. Simbolik bagi meraikan berita gembira ini, Cartoon Network akan menyiarkan tayangan perdana Ben10: Race Against Time pada jam 7.30 malam.

Filem ini sudah mendapat sambutan hebat dengan mencatat jumlah tontonan tertinggi di dalam sejarah Cartoon Network di Amerika Syarikat dan diharap kejayaan yang sama akan berlaku di Malaysia. Siri kartun Ben 10 mula disiarkan di Malaysia sejak tahun 2006 dan menjadi pilihan penonton kanak-kanak di Malaysia terutamanya kanak-kanak lelaki.

Satu sesi sidang media pelancaran filem adaptasi siri kartun popular, Ben 10: Race Against Time diadakan pada 10 September lalu di Hotel Mandarin Oriental dan turut hadir memeriahkan majlis ialah Lee Majors yang berlakon sebagai Grandpa Max di dalam filem itu.

Menurut Pengarah Eksekutif, Pengedaran Rangkaian, Asia Tenggara, Turner Broadcasting Sales Southeast Asia, Inc, Nirav Haji pihaknya berasa sangat teruja dapat menayangkan program hebat Cartoon Network di dalam bahasa Melayu.

"Salah satu dasar saluran ini adalah untuk menjadi saluran yang relevan kepada penonton di peringkat tempatan dengan mengalih suara kartun hebat ke dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara kita. Kerjasama kami dengan Astro membolehkan lebih ramai kanak-kanak dan penggemar saluran ini menikmati program yang ditawarkan," katanya sewaktu memberikan ucapan.

Kerjasama yang terjalin antara Cartoon Network dan Astro juga menyokong cita-cita Astro yang mahu menjadikan kandungannya bersifat tempatan. Ini diakui sendiri Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan Astro, Agnes Rozario.

"Kami sangat berbesar hati dengan kerjasama ini. Melalui pendekatan terbaru ini, penonton cilik kami di Malaysia mempunyai pilihan audio yang ditawarkan di dalam tiga bahasa, Mandarin, Melayu dan Inggeris," kata Agnes ringkas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 09:12 PM | Show all posts
jd........ada sesaper yg tgk tmnt berbahasa melayu? ok tak?

dan cartoon network berbahasa kita, ada x berita selanjutnya? dengarnya derang akan bawak anime terbaharu powerpuff girls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.079355 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list