CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: highlander07

perihal cermin sakti

[Copy link]
Post time 13-2-2008 12:53 PM | Show all posts
Adakah seperti Silver Surfer di dalam cerita Fantastic Four tu?

Originally posted by highlander07 at 13-2-2008 12:04 PM
Pada peringkat ini imej 'diri dalam pkgt 1' mula terzahir dlm pandanganiaitu rupa kita sendiri berwarna silver serta bertanda kalimah Allah didahinya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 13-2-2008 09:00 AM

7. adakah Aku sekarang berada dl cermin atau diluar atau kedua2nya
8. Hidup tanpa cermin?

9. Adakah perlu hidup luar cermin atau kedua-duanya
10. Alam zahir/batin/akhirat adakah masih dlm cermin?
11. contoh cermin2 yg terbaik/sempurna
12. Apakah bukti cermin dah berkilau/sempurna?


.


Apabila kita berfikir dan melihat segala yang ada didepan mata kita, sebenarnya segala yang kita fikirkan dan lihat tu, wujudnya bukan diluar diri kita, tetapi wujudnya adalah di dalam otak kita.. Otak kita menafsirkan apa yang kita lihat, maka bentuk2 materi alam yang kita sedang melihat ini, adalah hasil dari penafsiran otak kita.. Atau boleh jugak di katakan otak kita sedang melihat cermin alam dan menafsirkannya....?

Maka dimana letaknya cermin tu?

Mungkin dekat sekali dengan otak kita? Maksudnya ia ada didalam diri kita nih..

Atau mungkin juga berada terus di dalam otak kita?

Bagaimana jika kita buang saja cermin nih?

Jika otak kita membuang cermin, maksudnya tidak lagi dapat menafsirkan apa yang dilihat, di dengar, tidak lagi dapat memikirkan hal2 materi alam nih, apa akan jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by highlander07 at 13-2-2008 12:04 PM

Pada peringkat ini imej 'diri dalam pkgt 1' mula terzahir dlm pandangan iaitu rupa kita sendiri berwarna silver serta bertanda kalimah Allah di dahinya..pada ketika pembukaan diri ini kenikmatan yg amat sangat ( mencapai sekurang-kurang 70x klimax bersetubuh) dan mengikut pada peringkat ini dilindungi Allah SWT dari godaan syaitan dan nafsu prgkt rendah ..



kata seorang pengamal Qigong;

engkau tidak akan bisa mencapai Qigong tanpa meningkatkan Xinxing.....


maksudnya;

Engkau tak kan dapat mencapai 'jiwa yang tenang' tanpa mempertingkatkan amalan mu, yakni membuang sifat2 buruk yang ada dalam dirimu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 13-2-2008 12:53 PM


Apabila kita berfikir dan melihat segala yang ada didepan mata kita, sebenarnya segala yang kita fikirkan dan lihat tu, wujudnya bukan diluar diri kita, tetapi wujudnya adalah di dalam otak k ...



terima kasih saudara kerana memberi sedikit pendapat..sekurang2nya ia dapat membantu saya untuk memahami konsep cermin sakti ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 01:16 PM | Show all posts

Reply #60 highlander07's post

bilalah diri ini mampu mencapai mutmainnah ini..?bermujahadah melawan nafsu..mudah ditulis tapi payah dilakukan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 05:13 PM | Show all posts
UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hatikamuadalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mestimembersihkannyadaripada debu dan kekotoran yang menutupinya.

Cermin hati kamuitu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahayarahsia-rahsia Ilahi.Bila cahaya dari "Allah adalah cahaya bagi semualangit dan bumi." mulamenyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akanmenyala. Lampu hati itu"berada di dalam kaca, kaca itu sifatnyaseumpama bintangberkilau-kilauan terang benderang." Kemudian kepadahati itu anak panahpenemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panahkilat akan mengeluarkandaripada awan petir maksud

"bukan dari timur atau barat,dinyalakan dari pohon zaitun yangdiberkati." dan memancarkan cahaya keatas pokok penemuan, sangat tulen,sangat lutsinar sehingga ia"memancarkan cahaya walaupun tidak disentuholeh api".

Kemudianlampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyalasendiri. Manamungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allahmenyinarinya?Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langitmalam kepadarahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuanbintang-bintang

".danberpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu).".Bukanlahbintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah "

.menghiaskanlangit rendah dengan keindahan bintang-bintang". Sekiranyalampurahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lainakandatang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamutelahketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini.

Baca,dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yanggelapakan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian sertakeindahanbulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan"cahaya diatas cahaya" berterusan meninggi di langit, melepasiperingkat yangditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagikerajaan-Nya,sehingga ia bersinar penuh

kemuliaan di tengah-tengah langit,menghambat kegelapan kelalaian. "(Akubersumpah) demi malam apabila iasenyap sepi.dengan cuaca pagi yangcemerlang." malam ketidaksedarankamu akan melihat terangnya hari siang.

Kemudian kamu akanmenghirup air wangi kenangan dan "bertaubat di awalpagi" terhadapketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yangdihabiskan didalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul dipagi hari dankamu akan mendengarnya berkata: Mereka tidur sedikitsahaja di malamhari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan AllahAllah bimbangkankepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki. Kemudiankamu akanmelihat di ufuk langit

peraturan Ilahi akan matahari ilmubatin mula terbit. Ia adalah mataharikamu sendiri, Lantaran kamuadalah "yang Allah beri petunjuk" dan kamu"berada pada jalan yangbenar" dan bukan "mereka yang Dia tinggalkan didalam kesesatan". Dankamu akan memahami rahsia: Tidak diizinkanmatahari mengejar bulan dantidak pula malam mendahului siang. Tiapsesuatu berjalan pada landasan(masing-masing). Akhirnya ikatan akanterurai selaras dengan"perumpamaan yang Allah adakan untuk insan danAllah mengetahui tiapsesuatu", dan tabir-tabir akan terangkat dan kulitakan pecah,mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar.

Kebenaran akanmembuka tutupan mukanya. Semua ini akan bermula bilacermin hati kamudipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancarPadanya jikakamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya,dengan-Nya.

PengenalanSegala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang Maha Pengasihlagi MahaPenyayang. Dia yang mengumpul segala pengetahuan di dalamZat-Nya danDia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan keabadian.Segalakewujudan bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji bagi Allah lantaranDiamenghantarkan Quran yang mulia yang mengandungi di dalamnyasebab-sebabia diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia tentangAllah.

Dihantarkan-Nya
kepadapembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar denganyangpaling Perkasa di antara agama-agama. Selawat dan salam ke atasNabiMuhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajaroleh-Nyasendiri. Baginda s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir,penyambungterakhir pada rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yangsedanghanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangannabi-nabi-Nya,dimuliakan dengan kitab suci yang paling suci dan palingmulia.Keturunan baginda s.a.w adalah pembimbing
bagi orang-orang yangmencari. Sahabat-sahabat baginda s.a.w adalahpilihan dari kalanganorang yang baik-baik dan murah hati. Semogakesejahteraan dankeberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan kepadaruh-ruh mereka.Tentu sekali yang paling berharga di antara yangberharga, palingtinggi, permata yang tidak ternilai, barang perniagaanyang palingmenguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan.

Hanya denganhikmah kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah,Tuhan sekalianalam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita bolehmengikutirasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan,yangbijaksana, adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilihuntukmenerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan mereka daripada yanglainsemata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang Dia curahkan kepadamereka.Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu mereka, yangdipiliholeh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada sekalianmanusia.Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amatseni dankebijaksanaan yang sangat tinggi. Allah Yang Maha Tinggimemujiorang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2008 05:14 PM | Show all posts
"Kemudian Kamiwariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripadahamba-hambaKami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai dirimerekasendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagiandaripadamereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah,yangdemikian adalah kurniaan yang besar". (Surah Fatir, ayat 32).

NabiMuhammad s.a.w bersabda, "Pemegang hikmah kebijaksanaan adalahpewarisnabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas mukabumi iniikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada harikiamat".Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Tidak takutkepadaAllah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yangberilmuPengetahuan" (Surah Fatir, ayat 2.

Nabi Muhammad s.a.wbersabda, "Pada hari pembalasan, Allah akanmengumpulkan sekalianmanusia, kemudian mengasingkan yang berilmu diantara mereka danberkata kepada mereka: 'Wahai orang-orang yangberilmu. Aku kurniakankepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali kamu.Tidak aku kurniakanhikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkankamu pada hari ini.Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telahampunkan kamu' ". Segalapuji milik Allah, Tuhan sekalian alam lantaranDia kurniakan makam yangtinggi kepada hamba-hamba-Nya yang taat danmemelihara mereka daripadadosa dan menyelamatkan mereka daripadadiseksa.

Dia berkatiahlul hikmah dengan menghampiri mereka. Sebahagian daripadamurid-muridkami meminta supaya kami sediakan sebuah buku yang memadaibuat mereka.Sesuai dengan permintaan dan keperluan mereka kami siapkanbuku yangringkas ini Semoga ia dapat mengubati dan memuaskan merekaserta yanglain juga. Kami namakan buku ini "Sirr al-asrar fi ma yahtajuIlahial-abrar" atau

"rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat diperlukan".

Dalampekerjaan ini kenyataan di dalam kepercayaan dan perjalanankamidibukakan. Setiap orang memerlukannya. Dalam menyampaikan hasilkerjaini kami bahagikannya kepada 24 bab kerana terdapat 24 huruf didalampengakuan scui

"La ilaha illah Llah, Muhammadun rasulu Llah"dan juga terdapat 24 jamdalam satu hari. 1: Permulaan Kejadian MakhlukSemoga Allah s.w.tmemberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamuyang disukai-Nyadan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan,tekankan kepadapemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan. AllahYang Maha Tinggipada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripadacahaya suciKeindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman: "Akuciptakan ruhMuhammad daripada cahaya Wajah-Ku".

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya:
"Mula-mulaAllah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nyasebagai ruhsuci". "Mula-mula Allah ciptakan qalam". "Mula-mula Allahciptakanakal". Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialahciptaanhakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammadyangtersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakannur,cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yangtersembunyi dibawah sifat jalal Allah. Allah

Yang Maha Tinggi berfirman:"Sesungguhnya telah datang kepada kamu dariAllah, cahaya dan kitabyang menerangkan". (Al-Maaidah, ayat 15) Diadinamakan akal yangmeliputi (akal universal) kerana dia telah melihatdan mengenalisegala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkanhikmah danilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf. RohMuhammad adalahzat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dankenyataan alammaya.

Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, "Akudaripada Allahdan sekalian yang lain daripadaku". Allah Yang MahaTinggi menciptakansekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalamalam kejadian yangpertama, dalam bentuk yang paling baik. 'Muhammad'adalah nama kepadasekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalahsumber, asal usuldan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya. Empatribu tahun selepasdiciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasydaripada cahaya mataMuhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripadaarasy. Kemudian Diahantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaanyang paling rendah,kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

"Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah".
(SurahTin, ayat 15) Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat iadiciptakan,dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagikeesaan,bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataansifat-sifatIlahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi(rohuniversal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaiancahaya.Roh-roh ini dinamakan 'roh pemerintah'. Dengan berpakaian cahayamerekaturun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan 'roh rohani'.

KemudianDia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alamjirim, air danapi, tanah dan angin dan mereka menjadi 'roh manusia'.Kemudiandaripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

"KemudianKami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikandan daripadanyakamu akan dibangkitkan sekali lagi". (Surah Ta Ha, ayat55)

Selepasperingkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supayamemasukibadan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk. "Makaapabila Akusempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku.".(Surah Shad,ayat 72) Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan,dengan darahdan daging dan lupa kepada asal usul kejadian danperjanjian mereka.Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alamarwah Dia telahbertanya kepada mereka:

"Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab ya, bahkan!." Mereka lupakepada ikrar mereka. Mereka lupakepada asal usul mereka, lupa jugakepada jalan untuk kembali kepadatempat asal mereka. Tetapi Allah MahaPenyayang, Maha Pengampun, sumberkepada segala keselamatan danpertolongan bagi sekalianhamba-hamba-Nya. Dia mengasihani mereka laluDia hantarkan kitab-kitabsuci dan rasul-rasul kepada mereka untukmengingatkan mereka tentangasal usul mereka.

"Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa(membawa) ayat-ayat Kami(sambil Kami mengatakan): hendaklah kamukeluarkan kaum kamu darikegelapan kepada cahaya, dan ingatkan merekakepada hari-hari Allah".(Surah Ibrahim, ayat 5) Iaitu 'ingatkanroh-roh tentang hari-hari dimana mereka tidak terpisah dengan Allah'.Ramai rasul-rasul telah datangke dunia ini, melaksanakan tugas merekadan kemudian meninggalkan duniaini. Tujuan semua itu adalah membawakepada manusia perutusan,peringatan serta menyedarkan manusia darikelalaian mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 05:14 PM | Show all posts
Tetapi mereka yangmengingati-Nya, yangkembali kepada-Nya, manusia yang ingin kembalikepada asal usul mereka,menjadi semakin berkurangan dan terusberkurangan ditelan zaman.Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suciberterusan sehingga munculroh Muhammad yang mulia, yang terakhir dikalangan nabi-nabi, yangmenyelamatkan manusia daripada kehancuran dankelalaian. Allah YangMaha Tinggi mengutuskannya untuk membuka matamanusia iaitu membukamata hati yang ketiduran. Tujuannya ialahmengejutkan manusia darikelalaian dan ketidaksedaran dan untukmenyatukan mereka dengankeindahan yang abadi, dengan penyebab, denganZat Allah. Allahberfirman:

"Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orangyang mengikutidaku kepada Allah dengan pandangan yang jelas(basirah)". (Surah Yusuf,ayat 108). Ia menyatakan jalan Nabi Muhammads.a.w. Baginda s.a.w dalammenunjukkan tujuan kita telah bersabda,"Sahabat-sahabatku adalah umpamabintang di langit. Sesiapa daripadamereka yang kamu ikuti kamu akantemui jalan yang benar". Pandanganyang jelas (basirah) datangnyadaripada mata kepada roh.

Mataini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir denganAllah,yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam dunia ini tidakakanmendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itumemerlukanpengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yangtersembunyipengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi. "DanKami telahajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)".(SurahKahfi, ayat 65). Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencariorangyang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik,dancetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalahperlu.Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain,mestilahseorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alammutlak.

Wahaianak-anak Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari! Bangunlahdanbertaubatlah kerana melalui taubat kamu akan memohon kepada Tuhanagardikurniakan-Nya kepada kamu hikmah-Nya. Berusaha dan berjuanglah.Allahmemerintahkan: "Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamudansyurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakanuntukorang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dansusah, danmenahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepadamerekayang berbuat kebajikan". (Surah Imraan, ayat 133 & 134).Masuklahkepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanianuntukkembali kepada Tuhan kamu. Pada satu masa nanti jalan tersebuttidakdapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut tidak adalagi.Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini. Kitadihantarke mari bukan untuk makan, minum dan berak. Roh penghulukitamenyaksikan kita. Baginda s.a.w berdukacita melihat keadaan kamu.

Bagindas.a.w telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hariapabilabaginda s.a.w bersabda, "Dukacitaku adalah untuk umat yang akukasihiyang akan datang kemudian". Apa sahaja yang datang kepada kamudatangdalam keadaan salah satu bentuk, secara nyata atau tersembunyi;nyatadalam bentuk peraturan syariat dan tersembunyi dalam bentukhikmahkebijaksanaan atau makrifat.

Allah Yang Maha Tinggimemerintahkan kita supaya mensejahterakanzahir kita dengan mematuhiperaturan syariat dan meletakkan batin kitadalam keadaan yang baik danteratur dengan memperolehi hikmahkebijaksanaan atau makrifat. Bilazahir dan batin kita menjadi satu danhikmah kebijaksanaan ataumakrifat dengan peraturan agama (syariat)bersatu, seseorang itu sampaikepada makam yang sebenarnya (hakikat)."Dia alirkan dua laut, padahalkedua-duanya bertemu. Antara dua itu adadinding yang kedua-duanyatidak mampu melewatinya". (Surah Imraan, ayat19 & 20).Kedua-duanya mesti menjadi satu. Kebenaran atau hakikattidak akandiperolehi dengan hanya menggunakan pengetahuan melalui

pancainderadan deria-deria tentang alam kebendaan. Dengan cara tersebuttidakmungkin mencapai matlamat, sumber, iaitu Zat. Ibadat danpenyembahanmemerlukan kedua-duanya iaitu peraturan syariat danmakrifat. Allahberfirman tentang ibadat:
"Dan tidak Aku jadikan jin danmanusia melainkan untuk mengabdikan dirikepada-Ku". (Surah Dzaariyat,ayat 56). Dalam lain perkataan, 'merekadiciptakan supaya mengenaliDaku'. Jika seseorang tidak mengenali-Nyabagaimana dia bolehmemuji-Nya dengan sebenar-benarnya, memintapertolongan-Nya danberkhidmat kepada-Nya? Makrifat yang diperlukan bagimengenali-Nyaboleh dicapai dengan menyingkap tabir hitam yang menutupicermin hatiseseorang, menyucikannya sehingga bersih dan menggilapkannyasehinggabercahaya. Kemudian perbendaharaan keindahan yang tersembunyiakanmemancar pada rahsia cermin hati. Allah Yang Maha Tinggitelahberfirman melalui rasul-Nya:

"Aku adalah perbendaharaan yangtersembunyi. Aku suka dikenali,lalu Aku ciptakan makhluk supaya Akudikenali". Tujuan suci diciptakanmanusia ialah supaya mereka mengenaliAllah, memperolehi makrifat. Adadua peringkat makrifat yang suci.Seseorang itu perlu mengenalisifat-sifat Allah dan dalil-dalil yangmenjadi kenyataan atau penzahiranbagi sifat-sifat tersebut. Satu lagiialah mengenali Zat Allah. Di dalammengenali sifat-sifat Allah manusiasecara zahirnya dapat menikmatikedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.Makrifat yang memimpin kepada ZatAllah tidak diperolehi dengan dirizahir manusia. Ia terjadi di dalamjiwa atau roh suci manusia yangberada di dalam dirinya yang zahir ini.

"Dan Kami telahperkuatkan dia (Isa) dengan roh kudus". (Surah Baqarah,ayat 87). Orangyang mengenali Zat Allah menemui kuasa ini melalui rohkudus (suci)yang dikurniakan kepada mereka. Kedua-dua makrifat tersebutdiperolehidengan hikmah kebijaksanaan yang mempunyai dua aspek;hikmahkebijaksanaan kerohanian yang di dalam dan pengetahuan zahirtentangbenda-benda nyata. Kedua-duanya diperlukan untuk mendapatkaankebaikan.Nabi s.a.w bersabda, "Pengetahuan ada dua bahagian. Satu padalidahyang menjadi dalil tentang kewujudan Allah, satu lagi di dalamhatimanusia. Inilah yang diperlukan bagi melaksanakan harapan kita".

Padaperingkat permulaannya seseorang itu memerlukan pengetahuansyariat.Ini memerlukan pendidikan yang mengenalkan dalil-dalil luartentang ZatAllah yang menyata di dalam alam sifat-sifat dan nama-namaini. Apabilabidang ini telah sempurna sampailah giliran pendidikankerohaniantentang rahsia-rahsia, di mana seseorang itu masuk ke dalambidangmakrifat yang murni untuk mengetahui yang sebenarnya (hakikat).Padaperingkat yang pertama seseorang itu mestilahmeninggalkansegala-galanya yang tidak dipersetujui oleh syariat malah,kesilapan didalam melakukan perbuatan yang baik mestilah dihapuskan.

Perbuatanyang baik mestilah dilakukan dengan cara yang betul,sebagaimanakeperluan pada jalan sufi. Keadaan ini boleh dicapai denganmelatihkandiri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dipersetujuioleh egodiri sendiri dan melakukan amalan yang bertentangan dengankehendakhawa nafsu. Berhati-hatilah di dalam beramal agar amalan itudilakukanbukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan kepada oranglain.Semuanya mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah, demimencarikeredaan-Nya. Allah berfirman:

"Barangsiapa berharap menemuiTuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalsalih dan janganlah diamempersekutukan sesuatu dengan Allah dalamibadatnya kepada Tuhannya".(Surah Kahfi, ayat 110). Apa yang dihuraikansebagai daerah makrifatitu adalah tahap penghabisan bagi daerahkejadian yang pertama. Iaadalah permulaan dan merupakan rumah yangsetiap orang kembali ke sana.Di samalah roh suci dijadikan. Apa yangdimaksudkan dengan roh suciadalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentukyang paling baik. Kebenaranatau hakikat tersebut telah ditanam ditengah-tengah hati sebagaiamanah Allah, diamanahkan kepada manusia agardisimpan dengan selamat.Ia bangkit dan menyata melalui taubat yangsungguh-sungguh dan usahasebenar mempelajari agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 05:15 PM | Show all posts
Keindahannya akan memancarkepermukaan apabila seseorang itu mengingati Allah terusmenerus,mengulangi kalimah "La ilaha illah Llah". Pada mulanya kalimahinidiucapkan dengan lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan didalam,dengan hati. Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang demikiandenganmenganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati,dibeladan dibesarkan di sana. Hati memainkan peranan sepertiibu,melahirkannya, menyusun, memberi makan dan memeliharanya.Jikaanak-anak diajarkan

kepakaran keduniaan untuk kebaikannya,bayi hati pula diajarkan makrifatrohani. Sebagaimana kanak-kanakbersih daripada dosa, bayi hati adalahtulen, bebas daripada kelalaian,ego dan ragu-ragu. Kesucian bayibiasanya menyata dalam bentuk zahiryang cantik. Dalam mimpi, kesuciandan ketulenan bayi hati muncul dalamrupa malaikat. Manusia berharapmendapat ganjaran syurga sebagaibalasan kepada perbuatan baik tetapihadiah-hadiah yang didatangi darisyurga didatangkan ke mari melaluitangan-tangan bayi hati. "Dalamkebun-kebun kenikmatan.melayani merekaanak-anak muda yang tidakberubah keadaan mereka". (Surah Waqi'ah, ayat12 - 17 ).

"Melayanimereka adalah anak-anak muda laksana mutiara yang tersimpan".(SurahTur, ayat 24). Mereka adalah anak-anak kepada hati, menurutyangdiilhamkan kepada sufi, dipanggil anak-anak kerana keelokandanketulenan mereka. Keindahan dan ketulenan mereka menyatadalamkewujudan zahir, dalam darah daging, dalam bentuk manusia. Olehkeranakeelokan dan kelembutan sifatnya ia dinamakan anak-anak hati,tetapidia adalah manusia sejati yang mampu mengubah bentuk kejadianatauciptaan kerana dia berhubung erat dengan Pencipta sendiri. Diaadalahwakil sebenar kemanusiaan.

Di dalam kesedarannya tidak adasesuatu malah dia tidak melihat dirinyasebagai sesuatu. Tiada hijab,tiada halangan di antara kewujudannyadengan Zat Allah. Nabi Muhammads.a.w menggambarkan suasana demikiansebagaimana sabda baginda s.a.w,"Ada masa aku dengan Allah di manatiada malaikat yang hampir dan tidakjuga nabi yang diutus". Maksud'nabi' di sini ialah kewujudan lahiriahyang sementara bagi Rasulullahs.a.w sendiri. Malaikat yang palinghampir dengan Allah ialah cahayasuci Muhammad s.a.w, kejadian pertama.Dalam suasana kerohanian itubaginda s.a.w sangat hampir dengan Allahsehingga wujud zahirnya danrohnya tidak berkesempatan menghijabkannyadengan Allah. Baginda s.a.wmenggambarkan lagi suasana demikian, "Adasyurga Allah yang tidak adamahligai dan taman-taman atau sungai madudan susu, syurga yang didalamnya seseorang hanya menyaksikan WajahAllah Yang Maha Suci". Allahs.w.t berfirman: "Beberapa muka pada hariitu berseri-seri. KepadaTuhannya dia memandang". (Surah Qiamat, ayat22 & 23).

Pada suasana atau makam tersebut jika seseorangmakhluk termasuklahmalaikat mendekatinya kewujudan badannya akanterbakar menjadi abu.Allah s.w.t berfirman melalui rasul-Nya: "JikaAku bukakan penutup sifatkeperkasaan-Ku dengan bukaan yang sangatsedikit sahaja, semua akanterbakar sejauh yang dilihat olehpandangan-Ku". Jibrail yang menemaniNabi Muhamamd s.a.w pada malammikraj, apabila sampai di SidratulMuntaha, telah mengatakan jika diamelangkah satu langkah sahaja lagidia akan terbakar menjadi abu.

ManusiaKembali Kepada Asal Usul Manusia dipandang daripada dua sudut;wujudlahiriah dan wujud rohani. Dalam segi kewujudan lahiriahkeadaankebanyakan manusia adalah berlebih kurang sahaja di antara satusamalain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang umumbolehdigunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka.Dalamsudut kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujudlahiriah,setiap manusia adalah berbeza. Jadi, peraturan yang khususmengenaidiri masing-masing diperlukan. Manusia boleh kembali kepadaasalnyadengan mengikuti peraturan umum, dengan mengambillangkah-langkahtertentu. Dia mestilah mengambil peraturan agama yangjelas danmematuhinya.

Dengan demikian dia boleh maju ke hadapan. Diaboleh meningkat dari satuperingkat kepada peringkat yang lebih tinggisehingga dia sampai danmemasuki jalan atau peringkat kerohanian, masukke daerah makrifat.Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji olehRasulullah s.a.w, "Adasuasana yang semua dan segala-galanya berkumpuldi sana dan ia adalahmakrifat yang murni". Untuk sampai ke peringkattersebut Perlulahdibuang kepura-puraan dan kepalsuan yang melakukankebaikan keranamenunjuk-nunjuk. Kemudian dia perlu menetapkan tigamatlamat.

Tiga matlamat tersebut sebenarnya adalah tiga jenissyurga. Yang pertamadinamakan Ma'wa - syurga tempat kediaman yangaman. Ia adalah syurgaduniawi. Kedua, Na'im - taman keredaan Allah dankurniaan-Nya kepadamakhluk-Nya. Ia adalah syurga di dalam alammalaikat. Ketiga dinamakanFirdaus - syurga alam tinggi. Ia adalahsyurga pada alam kesatuan akalasbab, rumah kediaman bagi roh-roh,medan bagi nama-nama dansifat-sifat. Kesemua ini adalah balasan yangbaik, keelokan Allah yangmanusia berjasad akan nikmati dalam usahanyasepanjang tiga peringkatilmu pengetahuan yang berturut-turut; usahamematuhi peraturan syariat;usaha menghapuskan yang berbilang-bilangpada dirinya, melawan penyebabyang menimbulkan suasanaberbilang-bilang itu, iaitu ego diri sendiri,bagi mencapai peringkatpenyatuan dan kehampiran dengan Pencipta;akhirnya usaha untuk mencapaimakrifat, di mana dia mengenali Tuhannya.

Peringkat pertamadinamakan syariat, kedua tarekat dan ketiga makrifat.Nabi Muhammads.a.w menyimpulkan keadaan-keadaan tersebut dengan sabdabaginda s.a.w,"Ada suasana di mana semua dan segala-galanya dikumpulkandan ia adalahhikmah kebijaksanaan (makrifat)". Baginda s.a.w jugabersabda,"Dengannya seseorang mengetahui kebenaran (hakikat), yangberkumpul didalamnya sebab-sebab dan semua kebaikan. Kemudian seseorangitu mestibertindak atas kebenaran (hakikat) tersebut. Dia juga perlumengenalikepalsuan dan bertindak ke atasnya dengan meninggalkan segalayangdemikian". Baginda s.a.w mendoakan,

"Ya Allah, tunjukkankepada kami yang benar dan jadikan pilihan kamimengikuti yang benaritu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidakbenar dan permudahkankami meninggalkannya". Orang yang kenal dirinyadan menentangkeinginannya yang salah dengan segala kekuatannya akansampai kepadamengenali Tuhannya dan akan menjadi taat kepadakehendak-Nya. Semua iniadalah peraturan umum yang mengenai diri zahirmanusia. Kemudian adapula aspek diri rohani atau diri batin manusiayang merupakan insanyang tulen, suci bersih dan murni. Maksud dantujuan diri ini hanyasatu iaitu kehampiran secara keseluruhan kepadaAllah s.w.t.

Satucara sahaja untuk mencapai suasana yang demikian, iaitupengetahuantentang yang sebenarnya (hakikat). Di dalam daerah wujudpenyatuanmutlak, pengetahuan ini dinamakan kesatuan atau keesaan.Matlamat padajalan tersebut harus diperolehi di dalam kehidupan ini. Didalamsuasana itu tiada beza di antara tidur dengan jaga kerana didalamtidur roh berkesempatan membebaskan dirinya untuk kembalikepadaasalnya, alam arwah, dan dari sana kembali semula ke sinidenganmembawa berita-berita dari alam ghaib. Fenomena ini dinamakanmimpi.

Dalamkeadaan mimpi ia berlaku secara sebahagian-bahagian. Ia jugabolehberlaku secara menyeluruh seperti israk dan mikraj Rasulullahs.a.w.Allah berfirman: "Allah memegang jiwa-jiwa ketika matinya danyangtidak mati, dalam tidurnya, lalu Dia tahan yang dihukumkan matiatasnyadan Dia lepaskan yang lain". (Surah Zumaar, ayat 42).

credit-harmony-my.org
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 05:16 PM | Show all posts
tentang cermin

- imej kita yg terhasil dicermin tidak sama dengan apa yg dilihat oleh orang lain
- jika kita tulis perkataan AYU pada sekeping kertas dan lihat ia dicermin, yg terpapar ialah UYA
- jika imej terbalik dari kiri ke kanan dlm cermin, mengapa ia tidak terbalik dari atas ke bawah pula?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2008 09:00 PM | Show all posts

Reply #69 disclaimer's post

Satu penjelasan yg sangat lengkap dan padat..meliputi :

1. Apa itu cermin=hati=conciousness utk melihat kebesaran Ilahi (imej dlm cermin)
2. Cahaya Ilahi (bukan spt cahaya biasa) memancar Nur Al-Haq agar AKU dapat memandang AKU bukannya Aku
3.Bayi hati=bayi maani=Spiritual Foetus=Diri dalam=Silver bertanda
   **mesti yg ada kalimah pada dahinya

Teruskan memberi sumbangan yg amat bermakna
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 10:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 12:39 AM | Show all posts
  thank dis teruskan

:tea: :tea: :tea:
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:56 AM | Show all posts
salam...

setakat ini, saya tiada ada penambahan, malahan tiada idea atau ilmu tentang cermin ini. mungkin di lain kali. saja nak nak naik kan topik ini ke atas, biar orang nampak HOT!!.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 01:19 PM | Show all posts

Reply #74 ketualanun's post

sama la kita..saya rasa imej kita pada cermin akan berubah jika kita tidak mengenal Pencipta dan diri kita..Ramai dikalangan kita berwajah manusia tapi imej yg terhasil berwajah binatang,jin dan syaitan..sama seperti harut dan marut mereka itu malaikat tapi bila diturunkan berwajah manusia dan mengajar ilmu sihir pada manusia..saya masih tercari2 imej sebenar diri..mungkin cermin yang terbaik ialah cermin yg tiada beza antara sisi depan dan belakang yg dicat gelap tu..(apa ni??? saya pun tak tau nak cakap!)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2008 08:09 PM | Show all posts
Ada satu kisah seorang murid sufi diminta gurunya bersuluk untuk mencapai peningkatan kerohanian..malam tu ketika murid sedang khusyuk berwirid spt mana yg diajar ole guru tiba2 susuk wajah dan tubuh seekor babi kala jengking terpacul di hadapan murid..murid amat takut dan meneruskan juga wirid sampai subuh..Selepas dhuha diceritakan kpd guru..Si guru minta anak muridnya meneruskan juga suluk beliau..Setiap malam hal yang sama berlaku tetapi wajah dan tubuh haiwan lain juga muncul yakni babi, harimau, ular, biawak dan lain2 jenis binatang lagi..

Sampai satu ketika si murid telah hilang sabar kerana malam2 berikutnya semua haiwan tsbt  datang serentak silih berganti muncul..Beliaumeminta guru memberi suatu petua untk menghalang kejadian tsbt berlaku..Diberi oleh sang guru sebatang kapur..dipesan setiap kali kemunculan binatang2 tsbt dicalit di dahi binatang2 itu..

Seperti biasa ketika berwirid muncul binatang2 berkenaan..setiap kali seekor muncul dicalit pada dahi dan binatang itu ghaib..muncul lagi binatang lain hal yg sama berlaku sehinggalah tiada seekor binantang muncul..setelah habis berwirid si murid tidur dgn nyenyaknya...selepas dhuha  dengan gembira diceritakan murid akan kejayaannya..sang guru tersenyum sambil meminta si murid menatap wajah beliau dalam cermin muka..
Alangkah terkejutnya anak murid melihat pada dahi beliau penuh dengan calitan kapur...


Binatang2 tsbt adalah imej ditunjukkan oleh cermin sakti/hati simurid...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 08:13 PM | Show all posts
kini........ umat Islam hilang tenggelam dlm kelebihan yg ada. Mereka tidak menyedarinya..malahan tidak terdetik untuk mengetahuinya. itulah rahsianya. KIta fikirkan.. bagaimana taadun Islam pada zaman dahulu begitu gemilang dgn khazanah ilmu...bagaimana mereka mendapatkannya. Juka dibandingkan dgn hari ini, dpatkah kita mencapai spt org2 yg terdahulu. tidak mungkin jika kita tidak kembali kepadaNya. Itulah rahsianya. Bila kita Hampir kepadanya pelbagai rahsia n kasih sayang dicurahkan dan dilimpahkan oleh NYa...fikir2kan.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by highlander07 at 14-2-2008 08:09 PM
Ada satu kisah seorang murid sufi diminta gurunya bersuluk untuk mencapai peningkatan kerohanian..malam tu ketika murid sedang khusyuk berwirid spt mana yg diajar ole guru tiba2 susuk wajah dan t ...




Ya Allah..takutnya dengan wajah diri sebenar..agak2nya binatang apa la yg keluar kalau saya bersuluk gitu!?takutnya nak tengok diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 08:46 PM | Show all posts

CIPAN...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 08:59 PM | Show all posts

Reply #79 disclaimer's post

ok lat tu! jinak je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.139746 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list