CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5249|Reply: 45

jimat petrol cara conventional

[Copy link]
Post time 16-2-2008 05:24 AM | Show all posts |Read mode
Jimat cara konvensional

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


Ramai yang mengambil mudah teknik konvensional untuk menjimatkan minyak. Percaya atau tidak cara ini amat berbaloi.




KRISIS harga minyak dunia membawa kepada pengenalan pelbagai jenisteknologi baru dalam bidang automotif. Kereta hibrid adalah antarakereta hijau yang paling menonjol.

Namun, dengan harga yang sangat mahal, pemilik kenderaan tidak mempunyai cara lain selain kembali kepada kaedah konvensional.

Tetapi, apakah langkah permulaan yang boleh kita lakukan? Pertamasekali ialah memastikan persediaan kenderaan anda sempurna daripadasegenap aspek. Apa yang tidak disedari tapi sebenarnya penting dankritikal pada bahagian faktor penjimatan adalah tekanan udara di dalamtayar.

Di samping menjamin keselamatan kenderaan, tayar juga merupakanmedium yang menentukan tahap penjimatan yang mampu dihasilkan olehsesebuah kenderaan.

Tayar yang lembik atau kurang tekanan udara menghasilkan geseranyang berlebihan serta menjadikan pergerakan kenderaan lebih berat.

Ini akan menjejaskan jarak perjalanan yang sepatutnya bolehdiperolehi dengan tayar yang baik tekanannya dan memerlukan lebih dayaenjin untuk mengerakkan kenderaan.

Bukan sahaja penjimatan bahan api terjejas, malah jangka hayat tayar juga semakin susut.


Manakala kajian daripada pihak ejen Perlindungan Alam SekitarAmerika (EPA) menunjukkan penyusutan 20 psi pada tekanan tayar denganmudahnya menyebabkan anda kehilangan perjalanan 1.6 kilometer (km) bagisetiap gelen bahan api.

Perlu diketahui bahawa tekanan tayar tidak kekal selamanya dalamtayar kenderaan. Sejumlah satu psi udara akan susut setiap 30 hari danpenyusutan ini akan lebih drastik ketika cuaca sejuk. Oleh kerana udarasejuk kurang padat, tekanan akan menurun dengan kadar satu psi bagisetiap 10 darjah celsius.

Masa yang paling baik memeriksa tekanan tayar adalah ketika keadaantayar sejuk. Ini kerana ketika keadaan tayar panas, udara di dalamnyasedang memadat dan akan memberikan bacaan tekanan yang kurang tepat.

Sebaik-baiknya tayar diperiksa tekanannya setiap 30 hari. Kebanyakankenderaan baru hari ini telah dilengkapi dengan sistem pemerhatiantekanan udara tayar. Teknologi ini adalah sangat ringkas tetapi iamampu menyelamatkan nyawa dan kos.

Rekaan bunga pada tayar juga mampu mempengaruhi penjimatan bahanapi. Tayar yang direka lebih ringan serta mempunyai bunga yang lebihhalus dan rapat mampu memberikan tahap penjimatan bahan api lebih baikberbanding tayar yang bunganya lebih kasar.
Pastikan kenderaan anda sentiasa membawa muatan yang perlu sahaja.Muatan yang berlebihan menambahkan bebanan pada kenderaan anda sekaligus menjejaskan penjimatan.

Setiap berat berlebihan sebanyak 45 kilogram akan menjejaskanpenjimatan bahan api sehingga empat peratus. Aksesori tambahan padabahagian dalaman mahupun luaran kenderaan sememangnya merupakan tradisibagi sesetengah pemilik kenderaan.

Apa sahaja aksesori yang mengganggu struktur laluan udara pada badankenderaan boleh menyebabkan geseran udara berlebihan pada badankenderaan, lalu menjejaskan nilai Coefficient Of Drag (COD) asal pada kenderaan. Ini akan hanya menambah daya rintangan kenderaan yang sedang bergerak terhadap udara.

Elakkan terus memandu kenderaan sejurus selepas menghidupkan enjinapatah lagi apabila kenderaan telah dibiarkan lama dan enjin dalamkeadaan sejuk.

Enjin yang belum mencapai tahap suhu operasi yang baik akanmenggunakan lebih bahan api untuk mempercepatkan proses pemanasanenjin.

Jika keadaan ini sedang berlaku dan pemandu terus sahaja memandutanpa menunggu takat suhu enjin yang sesuai, awal pemanduan akanmenggunakan lebih bahan api daripada sepatutnya sehinggalah enjinberada dalam keadaan suhu operasi.

Selain itu, jika tidak perlu, jangan isikan tangki dengan minyakyang penuh. Tangki minyak penuh hanya akan menambah beban berat padakenderaan.

Tabiat mengisi minyak pada awal pagi iaitu ketika cuaca sejuk jugadisarankan. Ini kerana ketika cuaca panas jumlah bahan api di dalamtangki akan mengembang sedikit dan anda sebenarnya telah berjayamendapatkan lebih nilai daripada pembelian minyak ketika awal pagi.

Gaya pemanduan juga banyak mempengaruhi hal ini. Elakkan daripadamemijak pendikit sepenuhnya terutamanya ketika kenderaan baru berganjakuntuk bergerak, kecuali ketika perlu.

Kenderaan hanya memerlukan daya kilasan yang lebih untuk mulabergerak, pembukaan pendikit yang kecil serta sederhana mampu menjanadaya kilasan yang baik dengan menyalurkan udara yang lebih deras darikebuk ketika awal pembukaan berbanding pembukaan yang besar secaratiba-tiba. Ini hanya akan menjejaskan penjimatan bahan api.

Perbaiki gaya penukaran gear jika perlu. Penukaran gear yang lambatatau kerap mencapai rpm tinggi menyebabkan penggunaan bahan api yangberlebihan akan berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2008 10:43 AM | Show all posts
kalau free gear masa turun bukit jimat minyak tak? maksud aku bukan bukit curam, atau kata lainnya jalan menurun......
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:24 PM | Show all posts

Reply #2 sedondon's post

kalau mampu kawal, apa salahnya

Selain itu, jika tidak perlu, jangan isikan tangki dengan minyakyang penuh. Tangki minyak penuh hanya akan menambah beban berat padakenderaan.


hum..ada petua kata isi penuh lebih baik dari isi sikit2,sebabnya aku dah lupa pula
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:48 PM | Show all posts
Gaya pemanduan juga banyak mempengaruhi hal ini. Elakkan daripadamemijak pendikit sepenuhnya terutamanya ketika kenderaan baru berganjakuntuk bergerak, kecuali ketika perlu.

Pendikit tuh amender erk???

Kenderaan hanya memerlukan daya kilasan yang lebih untuk mulabergerak, pembukaan pendikit yang kecil serta sederhana mampu menjanadaya kilasan yang baik dengan menyalurkan udara yang lebih deras darikebuk ketika awal pembukaan berbanding pembukaan yang besar secaratiba-tiba. Ini hanya akan menjejaskan penjimatan bahan api.


aku tak paham ler perenggan nih....saper2 leh terangkan???

[ Last edited by  blue^panther at 16-2-2008 12:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 16-2-2008 10:43 AM
kalau free gear masa turun bukit jimat minyak tak? maksud aku bukan bukit curam, atau kata lainnya jalan menurun......


aku pon slalu wat camtuh.....free gear time turun bukit... tp ader efek baik ke buruk...

pehtu kl nak stop keta pon awl2 lagi dah free gear....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 01:35 PM | Show all posts

Reply #5 True-X's post

turun bukit tu berpada2 lah bg aku. Jgn ler turun bukit genting tu ko free gear. Cari nahas beb!!!! aku biasa buat kalau jalan tu condong ke bawah, free gear cruise mcm biasa, rpm pun turun dari 3000 ke 1000 ajer masa tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2008 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 16-2-2008 12:24 PM
hum..ada petua kata isi penuh lebih baik dari isi sikit2,sebabnya aku dah lupa pula

Memang betul ada petua tu, dan memang makes sense pun... sebab utama dier ialah untuk mengurangkan pembaziran minyak akibat sejatan. Kalau isi full tank, ruang udara dalam tank cuma sikit, so udara tu akan tepu dan susah laa minyak petrol nak menyejat berbanding kalau time minyak kurang laa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 16-2-2008 10:43 AM
kalau free gear masa turun bukit jimat minyak tak? maksud aku bukan bukit curam, atau kata lainnya jalan menurun......


Dari segi keselamatannya, mmg tindakan kau tu salah..waima jalan yg hanya sedikit sahaja curam/jalan mendatar.
Sebabnya bila kereta dlm keadaan ber-gear, ia bertindak sebagai supplementary brake...
Tak kan kau nak ambil risiko kemalangan vs berapa sen sgt yg kau jimat bila gear dlm keadaan Neutral?
Secara logiknya juga, bila kau letak free gear(neutral), kau akan lebih byk tekan brek...so, wear&tear brake pad akan bertambah cepat kalau kau praktiskan cara pemanduan mcm ni selalu...
All in all, kalau kau nak kira berapa sen yg kau jimat VS risiko kemalangan + wear&tear brake pad....make your own calculation & decision.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2008 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 16-2-2008 02:46 PM

Memang betul ada petua tu, dan memang makes sense pun... sebab utama dier ialah untuk mengurangkan pembaziran minyak akibat sejatan. Kalau isi full tank, ruang udara dalam tank cuma sikit, so u ...



Dan disebabkan cuaca di Malaysia ni, kalau boleh isi petrol diwaktu pagi/malam.Elakkan waktu tengahari/panas berdenting.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by RedDevils at 16-2-2008 03:39 PM


Dari segi keselamatannya, mmg tindakan kau tu salah..waima jalan yg hanya sedikit sahaja curam/jalan mendatar.
Sebabnya bila kereta dlm keadaan ber-gear, ia bertindak sebagai supplementary b ...


kl atas jaln mendatar...

aku slalu kl laju pastu dah nak berenti.. nnt aku free gear.. tekan brake sampai stop.. err efek tak elok gak ek..?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 05:04 PM | Show all posts

Balas #10 True-X\ catat

biasa damai pun wat cm tu... ada efek ker? mana pakar auto ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2008 06:43 PM | Show all posts

Reply #2 sedondon's post

aku biar neutral kalu turun bukit.. tak tahu jimat ke idak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2008 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 16-2-2008 12:24 PM
kalau mampu kawal, apa salahnya



hum..ada petua kata isi penuh lebih baik dari isi sikit2,sebabnya aku dah lupa pula


tu macam bercanggah lak kan.  tapi aku rasa kalu isi penuh ko guna all the way, wokey la, tapi kalu isi penuh pastu ko just bawak berapa km aje then ko simpan buat pekasam 2-3 minggu  tu yang tak jimat tu;  aku rasa la.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 07:14 PM | Show all posts
kalau auto caner lak nak free gear...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 09:36 PM | Show all posts
perhatian ye......pada pemandu begiiner tak payah ler cuba free gear tu. Kaedash tu hanya sesuai utk pemandu yg berpengalaman sahaja. Aku alert bahaya memandu mcm tu, mcm aku katakan tadi, BUKAN pada bukit yg curam....masa cruise pun aku tak tekan brake, maknanya memang tak laju dan tak curamlah jalan yg aku cruise tu. Pada pemanduan biasa kalau ambik selekoh atau turun bukit genting aku guna gear rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 09:36 PM | Show all posts

Reply #14 skyzero's post

ko letak lah kat N
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2008 09:39 PM | Show all posts
oo itu la kot sbbnye kawan aku ckp lg byk isi minyak lg byk die makan..so isi RM10 jela cukup
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 10:18 PM | Show all posts
aku rasa isi banyak minyak lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 11:29 PM | Show all posts

Reply #4 blue^panther's post

pendikit = throttle..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by True-X at 16-2-2008 03:52 PM


kl atas jaln mendatar...

aku slalu kl laju pastu dah nak berenti.. nnt aku free gear.. tekan brake sampai stop.. err efek tak elok gak ek..?


ni cam soalan ala prekey jerr.. hehee.e.
jawapan aku: takde efek apa ape pongg.g... sumer ikut gaya pemanduan memasinggg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.073507 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list