CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6812|Reply: 47

'Usah ulangi kesilapan zaman kegemilangan' - Pengerusi Proton

[Copy link]
Post time 17-2-2008 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Hello korang sumer...!!!

Dengan terlancarnya model2 Proton Persona dan Proton Saga baru yang bila digabungkan dua2 (setakat Julai 2007 - Januari 2008) dah cecah lebih 63,000 booking, alhamdulillah akhirnya Proton dapat gak kuar daripada zaman kegelapan dier sebelum ni. Untuk pastikan Proton tak akan lalui lagi zaman gelap macam tu, Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim dah pesan kepada sumer staf2 dier (dari orang atasan sampailah ke bebudak kilang), vendor dgn dealer supaya jangan ulangi kesilapan lama yang membuatkan kualiti keter2 Proton time penghujung zaman kegemilangan dier dulu jadik teruk sampaikan sales merudum.

Selama ni kita tau kualiti keter Proton mula teruk time zaman Mahaleel jer, tapi sebenarnya orang yang buat palat ni bermula time tahun2 1990-an lagi, dan ni la yang Datuk Azlan dedahkan. Dia bagitau, time tu booking keter2 Proton laku giler sampai model yang biasa2 jer macam Iswara tu pun sampai berbulan kena tunggu. So daripada tu ada laa dealer Proton yang mintak rasuah drp customer yang nak keter diorang cepat. Tapi yang peliknya takder pulak kes camtu yang kantoi dgn BPR.

Kemuncak kepalatan dalam Proton sampai membawa kepada kejatuhan dier ialah time zaman Mahaleel laa. Dia cuma pentingkan sales banyak tapi takder amik kisah pasal kualiti keter. Tengok jer laa berapa banyak keter Proton zaman Mahaleel yang problem, paling famous problem power window dgn kes but belakang bertukar jadik akuarium. Tapi dengan muka tak malunya dia siap bleh cakap kununnya kualiti keter Proton ni bagus setanding dengan keter BMW. Bila time penghujung dier tu baru la amik kisah pasal kualiti dgn bawak masuk wakil TUV, tapi dah terlambat sebab tak lama pastu dia pun dipecat (tapi Proton guna istilah "bersara awal") drp jawatan dier.

Tu baru satu, lagi satu dia gak ada buat dasar double-standard dgn menganaktirikan EON yang gak salah satu drp 2 dealer utama Proton kat Malaysia, padahal EON ni la yang wujud dulu seawal tahun 1985 time Proton Saga lama memula kuar. Kontroversi double-standard ni memuncak time kuar keter Gen-2 laa.

Bila kontroversi2 camtu mula memuncak tahun 2005, tu yang bawak sampaikan even dalam management Proton pun bertelagah gak. Akhirnya Mahaleel disingkirkan dan digantikan dgn management baru yang diketuai Datuk Azlan (presiden) dan Datuk Syed Zainal Abidin (management director) yang sebelum ni berasal dari Perodua. Teruk gak laa dua kawan kita ni nak pulihkan balik Proton. So langkah pertama yang diorang buat ialah develop dua kereta keluarga (Persona dan Saga baru) tapi Satria Neo tetap kuar walaupun development dier bukan dari zaman Syed Zainal Abidin sebab benda ni memang dah dirancang lama oleh engineer Proton.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2008 12:54 PM | Show all posts
'Usah ulangi kesilapan zaman kegemilangan'
Kakitangan Proton digesa utama kualiti, kepuasan pelanggan

PROTON Holdings Bhd (Proton) mengingatkan wakil jualan, vendor dan kakitangannya supaya tidak mengulangi kesilapan ketika zaman kegemilangannya dulu yang mana kualiti dan kepuasan pelanggan dikompromi, berikutan sambutan menggalakkan terhadap dua model terbarunya.

Susulan pelancaran model terbaru Proton Saga dan Persona, pengeluar kereta nasional itu kini menerima lebih 63,000 tempahan manakala tempoh menunggu berlanjutan sehingga tujuh bulan.

Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim, berkata wakil jualan perlu meneruskan perkhidmatan yang baik sebelum dan selepas jualan, manakala lebih 250 vendor utama perlu memastikan kualiti bahagian mereka tidak merosot apabila syarikat meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang menggalakkan.

"Ketika kita meningkatkan pengeluaran, vendor dan juga kakitangan pengeluaran kami tidak boleh berkompromi dengan kualiti. Sama juga dengan wakil jualan kerana kami tidak mahu aduan sikap sombong dan perkhidmatan yang teruk seperti sebelum ini, timbul sekali lagi," katanya dalam satu temu bual di Bangkok, semalam.

Pada era 1990-an semasa permintaan terhadap kereta Proton begitu tinggi dan pelanggan terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapat kereta baru mereka, sesetengah wakil jualan meminta wang sogokan untuk mempercepatkan penghantaran manakala kereta Proton terpakai terjual lebih banyak daripada kereta baru.

Mohammed Azlan dan Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berada di Bangkok untuk menyaksikan majlis penyerahan kereta Proton Savvy kepada Raja Bhumibol Adulyadej bersempena ulang tahunnya ke-80 di Istana Chitralada, Bangkok, kelmarin.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Shaarani Ibrahim menyerahkan kereta berkenaan, yang diberikan sebagai hadiah hari jadi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada raja yang paling lama memerintah di dunia itu.

Syed Zainal Abidin berkata, setakat ini model Saga baru yang menggantikan model pertama yang berusia 23 tahun itu menerima 33,000 tempahan dalam tempoh sebulan pelancarannya manakala sebanyak 30,000 unit Persona sudah terjual.

"Tempahan di luar jangkaan kami. Ia petanda baik orang menerima kereta kami dan membawa balik semula imej baik kami. Kami belum lagi pulih daripada keadaan sukar tetapi kami pastinya berada di landasan yang betul," katanya.

Dengan permintaan yang terus menggalakkan, Syed Zainal Abidin, yang sudah enam tahun berkhidmat di Perodua, berkata Proton akan memperkenalkan wajah baru bagi Waja, Gen2 dan Perdana dalam tempoh beberapa bulan akan datang, manakala model MPV akan berada dalam pasaran tahun depan. – Bernama
Di Thailand, beliau berkata, angka terbaru daripada pengedarnya, Phranakorn Auto Sales menunjukkan kira-kira 1,400 kereta telah dijual sejak ia mula memasuki pasaran pada akhir 2007, dengan Savvy yang berharga antara Bt399,000 (kira-kira RM40,509) hingga Bt460,000(kira-kira RM46,702) adalah kereta termurah dalam pasaran Thai yang dikuasai pengeluar Jepun itu.

Savvy menyumbang 50 peratus kepada jualan syarikat itu manakala Gen2 sebanyak 28 peratus dan Satria Neo (22 peratus).

"Sasaran kami pada tahun pertama ialah 3,000 unit. Dengan lebih banyak kereta bergerak di jalan raya, kami yakin jualan akan berkembang pantas.

"Pada Mac ini, kami akan membuka 20 pusat jualan, merangkumi enam di Bangkok dan 14 di wilayah," katanya. Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 01:01 PM | Show all posts
bagus le proton...buat ape yang patut
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 01:02 PM | Show all posts
wlpn persona ngan saga baru dh kuar tp still production proton cm ade msalah jek...aku dh tmpah persona dr bln 10 taun lps...smpai skang blum dpt lagik...nk dkt 5 bln aku tggu x dpt2 lg ....kalo lame2 tggu kualiti tip top xpe....nieh lame2 tggu, last2 kualilti pun di tahap k.o, mmg sia2 la menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 01:06 PM | Show all posts

salam...

I like Pengarah Urusan Proton, Syed ... he's very straight to the point man, plain and simple. Good.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 01:15 PM | Show all posts
-Kalau dah bagus tu mmg bagus jugak....kalau proton kuarkan kereta yang bagus mmg org ramai akan beli....buktinya dgn peningkatan sales model2 baru....
-Ini tidak...masa kejatuhan Proton dulu...management Proton seakan2 menyalahkan rakyat yang kononnya tak patriotik dgn tidak menyokong dan membeli kereta Proton.....ingat nak beli kereta mcm beli roti canai ke...?? ......
-Rakyat bkn sebodoh tu untuk membeli kereta yang blh dikatakan (dlm bahasa melyu kampung "buat dgn kaki" )
-Aku sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dgn pembaharuan yang dibawa olh Proton...semoga Proton lebih maju dan meningkatkan lagi tahap daya saing...momentum dah ada...cuma terpulang kepada kakitangan Proton utk mengekal dan menambahkan lagi momentum tersebut....

SYABAS PROTON....:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2008 01:27 PM | Show all posts
model2 proton lebih menarik daripada model2 perodua. Lebih maskulin gitu. Model Perodua yg aku suka kelisa sahaja. yg lain out.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 17-2-2008 01:15 PM
-Ini tidak...masa kejatuhan Proton dulu...management Proton seakan2 menyalahkan rakyat yang kononnya tak patriotik dgn tidak menyokong dan membeli kereta Proton.....ingat nak beli kereta mcm beli roti canai ke...??...


betul tu..kalau kualiti sama level dgn kereta import memangla kita akan beli kereta proton sebab patriotik...

kualiti kurang, tak sama level dgn kereta luar camne nak org malaysia beli kereta proton atas dasar patriotik????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2008 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by aristotle85 at 17-2-2008 01:02 PM
wlpn persona ngan saga baru dh kuar tp still production proton cm ade msalah jek...aku dh tmpah persona dr bln 10 taun lps...smpai skang blum dpt lagik...nk dkt 5 bln aku tggu x dpt2 lg ....ka ...

Kadang2 tu terpaksa sabar menunggu dan akhirnya dapat keter berkualiti jauh lagi baik drp nak cepat sesangat dan dapat pun keter yang dibuat cincai gak. So sabo je la ek... sebab sikap nak cepat sesangat di kalangan customer tu la bibit2 awal membawak kepada zaman kejatuhan Proton dulu... kan aku dah citer tadi pasal tu, bila keter bagus, ramai orang oder... dan bila ramai orang oder, waiting list pun jadik lama sampai berbulan2... dan bila waiting list jdik lama, ada dealer yang mintak rasuah kalau nak keter cepat dengan memotong queue orang. Management zaman Mahaleel lak skip banyak quality check untuk kejar sales dan demand. Tu sebabnya keter Waja batch awal2 banyak problem, dan ni la kes pertama dalam sejarah Proton. Gen-2 pun sama gak dalam kes kualiti ni, dan lebih teruk pasal kes double-standard Proton dgn melebihkan Proton Edar drp EON, padahal dua2 sama2 pengedar utama Proton.

Sebab tu la kalau nakkan perubahan 100% supaya Datuk Syed Abdul Kadir bleh kata Proton betul2 100% kuar drp zaman gelap, bukan setakat Proton jer yang kena berubah tapi kita pun ada peranan gak, iaitu dgn bersabar dgn waiting list yang panjang. Tu pun kira okey laa Proton dah start amik tenaga kejer baru kat kilang dier untuk kurangkan waiting list, lebih bagus drp cara Mahaleel yg guna tenaga kejer sedia ada tapi skip quality check untuk kejar sales.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2008 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by Periuk_api1209 at 17-2-2008 02:10 PM


betul tu..kalau kualiti sama level dgn kereta import memangla kita akan beli kereta proton sebab patriotik...

kualiti kurang, tak sama level dgn kereta luar camne nak org malaysia beli ke ...

Kualiti bagus memang penting, tapi kita takleh la nak mengharap jenis bahan yang digunakan tu sama macam keter Merc ker BMW ker sebab dua2 tu keter mewah. Even Honda dgn Toyota pun sekarang dah pakai plastik murah yang senang nak recycle sebab terpaksa akur dgn peraturan alam sekitar kat certain negara yang nakkan kebanyakan bahan yang digunakan kat kereta bleh nak recycle. Tu la trade-off dier. So dalam kes ni jenis plastik yang digunakan tu takper laa kalau nampak murah tapi yang penting biar tahan lama, tahan lasak, takder cacat-cela walaupun dah lama guna dan tak cepat buruk.

Dalam kes ni, keter Persona memang nampak lagi berkualiti drp keter Gen-2, tapi part lampu depan tu still aku belum bleh kata cukup bagus sebab plastik cermin lampu depan dier tu nipis sangat, kalau kena tebuk sket sekejap jer dah pecah. Lampu depan keter Saga baru tu lagi nampak berkualiti sebab plastik cermin dier cukup tebal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2008 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 17-2-2008 01:06 PM
I like Pengarah Urusan Proton, Syed ... he's very straight to the point man, plain and simple. Good.

Betul tu, yang paling penting dia ni suka merendah diri walaupun memang dah obvious Proton dah pulih, tak macam Mahaleel yang sombong dan suka berlagak kununnya kereta Proton time zaman dier tu kualiti sebagus BMW, padahal kualiti kereta Proton zaman dier tu laa yang paling teruk, bleh disamakan dgn sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 07:48 PM | Show all posts

Reply #11 Squall-Leonhart's post

jgn la cakap sampah ... bapak aku beli keta zaman mahalel tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2008 09:01 PM | Show all posts

Reply #12 metalique's post

Oh yeker... sowie laa ek... tapi sepanjang dia pakai keter tu okey takder apa2 problem tak? Kalau takder problem okey jer takder cacat-cela, tahniah... :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 10:37 PM | Show all posts

Reply #13 Squall-Leonhart's post

keta aku pun beli time dia ni (2004) nasib baik dapat buah bagus, tak de masalah yg besar sangat hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 11:44 PM | Show all posts

Reply #1 Squall-Leonhart's post

topik yg menjana minda dan IQ!!... heheee..

tapi aku belajau dulu, satu dari kritiria quality:

supply on demand!

therefore, kena improve tanggg order today but dapat next 6 monthsss... huhuhuhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 11:46 PM | Show all posts

Reply #14 sixfullbar's post

ko dapat keter buat shift siang kottt.. saper dapat keter proton buat shift mlmmm... nangisss aarrr.... -->
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2008 12:18 AM | Show all posts

Reply #16 takumi86's post

takpun dapat kereta buat time selasa-khamis. kalau isnin, masi lagi dengan monday sickness, jumaat buat kerja mau cepat habis, nak enjoy hujung minggu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 07:25 AM | Show all posts
dikesempatan ini aku nak bagitau org atas proton klu dorang baca ler .... tengok2kan staff untuk emergency i-care.... sbb dapat gak aku kesan sorang dua yg jd duri dlm daging mereka..... kasi pecat mereka2 yg pemalas, takde disiplin.. amik kesempatan, salahguna part dan mcm2 lagik yg dorang tak perasan.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 10:48 AM | Show all posts
bila proton nak repair seat belakang neo yg sempit ttu.. hampeh laa....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 12:48 PM | Show all posts
baru2 ni kes satu department (mungkin tak semua la) makan rasuah dah settle ke blom?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.070642 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list