|
|
KL, 20 FEB 2008: Haa, leganya Murai Batu apabila pengacara baru Akademi Fantasia (AF) dah diumumkan kelmarin. Kalau tidak, letih juga nak menjawab soalan orang di sana-sini tentang siapa yang akan duduk di kerusi paling popular dalam program realiti TV tanah air.
Jadi korang semua dah tahu orangnya adalah AC Mizal untuk Konsert Mingguan dan Kak Mah (Sarimah Ibrahim) bagi Diari AF. Murai Batu pun suka dengan pemilihan mereka kerana masing-masing dah terbukti pandai bercakap dan berceloteh.
Rasanya pengacara AF ni kena orang yang pandai berdrama atau berlakon kerana AF sentiasa penuh dengan drama-drama yang 'mengezutkan'. Jadi sesuailah Kak Mah dan AC duduk dalam team AF6 kali ini.
Amboi, dalam berseronok-seronok meraikan perlantikan AC dan Kak Mah itu, datang pula gosip ke telinga Murai Batu semalam. Sumber di ABC memberitahu Kak Mah sedang berbadan dua atau dalam bahasa harian kita, mengandung!
Betul ke Kak Mah oi?
Tapi kalau mengandung pun, apa nak dikejutkan kerana Murai Batu tahu, Kak Mah dah lama teringin nak timang anak selepas berkahwin tidak lama dulu. Kalau betul Kak Mah dah hamil, Murai Batu nak jadi orang pertama di murai.com.my yang mengucapkan tahniah kepada Kak Mah kita yang cantik dan seksi meksi tu.
Paling tidak pun, mungkin Kak Mah terkena tempias dari AC Mizal. AC baru saja dapat baby comel dan tidak lama lagi, mungkin giliran Kak Mah pula. Tapi jangan risau sebab AF6 dijadualkan berlangsung selama 3 bulan saja. Banyak lagi masa untuk Kak Mah melaram dalam Diari AF setiap malam! |
|