|
Pada suatu hari ada seorang pemuda gemuk menaiki bas. Kerana tempat duduk semuanya penuh maka dia terpaksa berdiri.
Semasa berdiri dia terasa belakangnya disondol lalu dia pun berpaling. Rupa-rupanya ada seorang perempuan mengandung dibelakangnya. Pemuda gemuk pun bertanya `Akak bunting Ke?' sambil ketawa. Perempuan mengandung tersebut menjawab `ya'.
Pemuda gemuk sambil berjenaka bertanya lagi `Kat dalam tu ada anak orang ke?'. Perempuan mengandung menjawab `ya, ada anak orang' sambil malu tersipu- sipu. Kemudiannya perempuan mengandung pula bertanya pemuda gemuk `Adik ni pun mengandung ke?'. Pemuda gemuk menjawab `ya' sambil ketawa. Wanita mengandung bertanya lagi `Kat dalam tu ada anak orang ke?'. Pemuda gemuk sambil berjenaka menjawab `bukan, kat dalam ni ada anak gajah'. Lalu perempuan mengandung dengan tersipu-sipu berkata ` Ooo, anak gajah, patutlah belalainya dah terkeluar' sambil menunjukkan seluar pemuda gemuk yang lupa nak di zipkan.
|
|