View: 3884|Reply: 0
|
Harimau Malaya perlu ada pemain tempatan
[Copy link]
|
|
REVOLUSI skuad Harimau Malaya diharap tidak meminggirkan bakat pemain tempatan pada panggilan antarabangsa menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Sebagai rekod, bayangan barisan pemain skuad kebangsaan kekal misteri dan menjadi tanda tanya memandangkan tidak perkembangan baharu yang dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau pengurusan Harimau Malaya.
Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr. Zulakbal Abd Karim berkata, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski sudah pasti ada perancangan tersendiri dan berharap senarai pemain dapat didedahkan secepat mungkin.
“Saya harap panggilan skuad kebangsaan nanti membuka ruang dan peluang buat semua pemain kerana tidak hanya warisan atau naturalisasi, bakat tempatan juga tidak boleh dilupakan.
“Kalau ada gabungan pemain tempatan, naturalisasi dan warisan nanti sudah tentulah penyokong kita semangat nak turun ke stadium untuk berikan sokongan penuh nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Sebagai rekod, kali terakhir peminat negara diberikan perkembangan terkini mengenai skuad kebangsaan adalah pada penghujung Januari lepas menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend.
Friend ketika itu mengesahkan proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir.
Selain itu, tiga lagi pemain juga dilaporkan dalam proses mendapatkan kerakyatan dan diharapkan dapat menyarung jersi Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan bermula, Mac ini. - Kosmo! Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|