|
Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam.
Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada
hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma
mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak
bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia,
kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang
membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan
oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan
segera demi masa depan perhubungan mereka....
"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde
masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar
dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati
akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau
nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black
menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya
menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.
"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya.
Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak
ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau
jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy
pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar.
Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan
apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing
lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?
Kau biarkan jantan-jantan tu peluk kau, raba
seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu
kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat.
Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur
orang tak perasan. Memang melampau kau Black!
"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada
aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau
faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih
mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan
diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan
lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan
kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.
"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak kau!! Senangnya kau
cakap? Lepas ni aku nak kau berambus dan
jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support
kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik
tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah
tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana
rimba yang tak pernah kenal erti gentar.
Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah
seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya
tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian
jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras
rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang
telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black
tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari
terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya
ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan
yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang
sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah
menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.
Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi
bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini.
Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan
perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia
mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung
dari panahan terik mentari. Kata-kata Black sebentar tadi masih
terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni
Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau. dan
akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai
betina yang jauh lebih cun dari aku. Hati Katy terus merintis.
Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.
"Eh! Gebunya..cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang
ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04
Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya
mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita
tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah
lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti
inilah yang paling dibenci oleh Black!
Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki
selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja
tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil
mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon
Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan
pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy
membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing.
Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia
hari ini.
"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang
je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya
Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy.
Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal
itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' .
Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak
sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk
kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang.
"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!" |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca mula2 dah tau dah kes anak kucing ni..  |
|
|
|
|
|
|
|
panjang sgt la..
mls lak nk bace huhu |
|
|
|
|
|
|
|
hehhe..da dpt agak la ni mesti cite kucing.. |
|
|
|
|
|
|
|
alaa dh tau dh msti anak kucing tuu  |
|
|
|
|
|
|
|
hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca dah sblm ni...so yg ni baca atas, ngan baca bawah sekali jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|