CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1819|Reply: 26

BETUL KE SEMUA INI? Menilai Kembali Barisan Nasional

[Copy link]
Post time 5-3-2008 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Terbaca artikel ini dan sapa2 esp BN blh explain tak?Lagi 2 hari nak undi ni....helppp.....copy & paste


Menilai Kembali Barisan Nasional

Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun
1995 bertemakan, "Berwawasan, Adil dan Efisien,".
BN berjaya memenangi 162 kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan
Negeri. Dalam pilihanraya umum tersebut,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan. Beliaulah Menteri
Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden
Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Anwar Ibrahim memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN
itu. Pilihanraya 1995 itu merupakan pilihanraya
umum yang pertama sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana
Menteri. Harapan rakyat kepadanya untuk membawa
perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai bakal Perdana Menteri.

Rasuah Di Kalangan Pemimpin Kerajaan BN

Tetapi Anwar gagal untuk membawa perubahan dalam Umno dan BN yang
memerintah itu. Pada 2 September 1998, lima
tahun selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar
disingkirkan dari jawatan dan kini merengkok dalam penjara.
Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka
semata-mata.

Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang
dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi
dalam kerajaan BN itu sendiri. Perdana Menteri dan menteri-menteri
kanan yang rapat dengan Perdana Menteri itu adalah
pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.

Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah

Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan
itu. Ketika beliau memangku jawatan
Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad
bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah
membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997. Inilah kesalahan besar
Anwar yang tidak dapat dimaafkan
oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri.
Mereka berasa tidak selamat dan terancam
dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu.

Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah
berhenti dari jawatannya ke mahkamah
jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan
Menteri itu dulu. Akta itu memberi tempoh
10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah
itu.

Menteri-Menteri Rasuah Cemas

Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang
Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia
boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan
kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah
Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan. Jika hendak didakwa
seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa
sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya. Pindaan inilah yang menjadi
Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa
cemas. Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana
Menteri, Anwar akan menggunakan Akta
Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan
utama Anwar bagi mereka.

Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula

Lalu selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum.
Surat-surat layang bermula. Buku 50 Dalil dikarang
dengan tergesa-gesa, tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah,
ditetaskan dan dibiakkan. Daim Zainuddin, Megat Junid,
Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela Jalil, Ummi Hafilda, Azizan
Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing bertemu,
berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang dan kontrak
bertukar tangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2008 11:00 AM | Show all posts
Kes Buku 50 Dalil Masih Tidak Dibicarakan

Yang menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi
Perdana Menteri masih tidak dibicarakan
di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku itu telah
diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur sebagai memfitnah Anwar.

Anwar telah membuat tuntutan sivil ke atas buku tersebut. Dia berjaya.
Injunksi telah diberikan oleh mahkamah. Buku itu
bersifat fitnah dan dilarang disebarkan. Pejabat Peguam Negara kemudian
membuat pertuduhan jenayah ke atas Khalid Jeffri
yang menulis buku itu. Tetapi perbicaraan ke atas Khalid Jeffri masih
tidak diadakan. Hakim mahkamah yang memberi
injunksi kepada Anwar Ibrahim dipindahkan ke Johor Bahru. Mengapa ini
semua berlaku? Tidak ada konspirasi?

Orang Yang Difitnah Yang Dipenjarakan

Sebaliknya Anwar Ibrahim, orang yang difitnah di dalam buku 50 Dalil
itu yang dulu masuk penjara. Kenapa tidak perbicaraan
buku 50 Dalil itu dibicarakan dulu? Tidakkah Anwar lebih dahulu membawa
saman malu ke atas buku itu? Waktu itu beliau
masih Timbalan Perdana Menteri?

Sudah dikeluarkan perintah injunksi buku 50 Dalil itu tidak boleh
diedarkan pada umum, kenapa Ibu Pejabat
UMNO mengedarkan buku tersebut ke dalam beg-beg perwakilan Umno dalam
Perhimpunan Agung Umno Tahun
1998. Secara kebetulan? Tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dalam
Umno?

Persubahatan Terjahat Bermula

Inilah bentuk keadilan sistem mahkamah yang tidak lagi bebas. Fitnah
disebarkan dari Ibu Pejabat UMNO sendiri.
Konspirasi pun bermula. Ada orang bernama Ummi Hafilda yang tersepit
kewangan kerana banyak berhutang sanggup
menulis surat kepada PM dan terlibat dengan konspirasi menjatuhkan
Anwar. Dia menafikan mempunyai masalah
kewangan dalam perbicaraan Anwar. Tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
pada 6 Oktober lalu
mengisytiharkan ummi Hafilda muflis kerana tidak membayar bil RM300,000
untuk iklan demi memenuhi kontrak
Megat Junid. Muflis ertinya bangkerap. Balasan berlaku di depan mata.

Pemandu Tiba-Tiba Menjadi Pengarah Syarikat

Ada pemandu kereta, yang pendidikan formalnya tidak seberapa, merebut
tawaran menjadi pengarah syarikat.
Dengan tiba-tiba, dia hidup mewah, punya syarikat dan pakai kereta
mahal. Mengapa? Kerana manusia bernama
Azizan Abu Bakar ini sedia untuk bersubahat membuat kerja jahat
memfitnah Anwar kononnya meliwat. Sekarang, Azizan
Abu Bakar sendiri terpenjara tiga bulan kerana berkhalwat dan percubaan
untuk melakukan persetubuhan haram.
Tilamnya pula yang diusung ke Mahkamah Syariah Alor Gajah, Melaka. Satu
lagi pembalasan berlaku di hadapan
mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 11:01 AM | Show all posts
Anwar Salahguna Kuasa?

Kesalahan Anwar bukan kerana kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur sekarang. Juga bukan
kesalahan salah guna kuasa ke atas Polis dalam perbicaraannya yang
terdahulu sehingga beliau dipenjara 6 tahun.
Bagaimana Anwar hendak menyalahgunakan kuasa Polis sedang Polis tidak
terletak di bawah bidang kuasanya. Polis terletak
di bawah Menteri Dalam Negeri. Waktu itu, Menteri Dalam Negeri ialah Dr
Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim adalah Menteri
Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Dia tidak ada kuasa ke atas
Polis. Demikian hujah utama para peguam Anwar
Ibrahim. Tetapi Hakim Datuk Augustine Paul tetap menjatuhkan hukum
mengikut skrip yang telah disiapkan. Benar salah,
tidak dihiraukan kerana hukumannya telah ada, iaitu Anwar mesti
dipenjarakan. Anwar mesti disimpan dalam
penjara. Demikian kehendak orang nombor satu. Apabila Mahathir
dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi, Hakim
Augustine Paul tidak membenarkan. Kenapa?

Memerangi Rasuah Menerima Padah

Isu utama sehingga Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjara adalah kerana
dia memerangi perbuatan rasuah dan
penyelewengan di dalam kerajaan BN. Bagaimana dia tahu rasuah dan
penyelewengan itu berlaku?

Pertama, Anwar sudah 16 tahun duduk dalam Kabinet. Bermula dengan
jawatan rendah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri selepas beliau memenangi Pilihanraya Umum tahun 1982. Kemudian,
beliau memegang pelbagai jawatan menteri.
Dari Menteri Belia, Sukan dan Kebudayaan, Anwar kemudian memegang
jawatan Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan
akhirnya Menteri Kewangan. Beliau kemudian menjadi Timbalan Perdana
Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana
Menteri buat beberapa ketika. Ertinya Anwar pernah berada di koridor
kuasa begitu lama dan pernah duduk di tampuk
kekuasaan itu untuk beberapa ketika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 11:02 AM | Show all posts
Mana Bukti Anwar Rasuah Wang?

Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir
heret dia ke mahkamah dan dakwa Anwar. 16 tahun
dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai.
Bangkai berbau. Rasuah juga berbau.

Beranikah Anwar memerangi rasuah jika dia sendiri rasuah? Orang yang
duduk di rumah kaca tidak berani membaling
batu ke rumah jirannya. Orang Melayu berkata, menepuk air di dulang
terpercik ke muka sendiri. Tetapi Anwar begitu tekad
melawan rasuah. Kerana dia tidak duduk di rumah kaca dan dulangnya
kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang
tak ada air yang terpercik ke mukanya.

Salahkah Mempertahankan Marwah Diri?

Tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas Anwar sehingga 6 tahun terpenjara
adalah kerana dakwaan kononnya beliau
menyalahgunakan kuasa polis untuk menukar pengakuan Azizan Abu Bakar
dan Ummi Hafilda. Peguambela Anwar, Raja
Aziz Addruse berkata di mahkamah, apa salahnya seseorang yang tidak
berbuat salah melakukan usaha untuk menjaga
nama baiknya dan membersihkan dirinya yang tidak bersalah itu dari
difitnah dan dicemar? Semua orang yang benar akan
mempertahankan marwah dirinya apabila nama dan maruahnya diperhina dan
dimalukan. Demikian kata peguam terkenal itu.
Malah, Mahkamah Tinggi itu diberitahu bahawa Anwar tidak pernah
mengarah-arah pihak Polis bagaimana untuk melakukan
kerjanya. Anwar sekadar membuat laporan polis akan tohmahan dan fitnah
ke atas dirinya.

Kenapa Mahathir Dan Konco-Konconya Marah

Mana wang yang Anwar telah kebas dan selewengkan jika beliau melakukan
rasuah selama menjadi menteri dan orang
nombor dua dalam kerajaan? Tidak ada. Tetapi Anwar mempunyai rekod yang
banyak tentang kes rasuah dan penyelewengan
menteri-menteri dalam kerajaan. Ini yang menjadikan orang-orang UMNO
dan BN, terutama Mahathir dan konco-konconya,
begitu marah kepada Anwar. Anwar dituduh cuba membuka pekung di dada
mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:02 AM | Show all posts

Reply #2 vivitar's post

x abis lg ke 3 bulan yg Azizan kene penjara tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 11:02 AM | Show all posts
Cara Anwar Mendapat Maklumat Tentang
Penyelewengan

Bagaimana Anwar boleh mendapat akses akan segala dokumen dan laporan
salahlaku rasuah dan penyelwengan itu. Ada dua
saluran sebenarnya. Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi
Jawatankuasa Kabinet tentang Penyelewengan di dalam
kerajaan.

Kedua Anwar juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO (Baru).
Apakah fungsi Pengerusi Jawatankuasa
Kabinet menentang penyelewengan di dalam kerajaan? Salah satu ialah
Anwar menerima segala macam aduan, komplen,
laporan tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan pegawai-pegawai
kerajaan dari yang kecil hingga setinggi-tingginya,
termasuklah menteri-menteri dan Perdana Menteri sendiri.

Tembelang Rasuah Menteri-Menteri BN
Terdedah

Sebab itulah Anwar tahu sangat akan rasuah yang dilakukan oleh Daim
Zainuddin, Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Eric
Chia, dan Mahathir sendiri. Anwar juga tahu rasuah yang didakwa berlaku
ke atas Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri
Abdul Rahim Noor, Ketua EPU waktu itu, Tan Sri Ali Abul Hassan, yang
kini jadi Gabenor Bank Negara. Anwar juga
dapat aduan akan tuduhan rasuah Peguam Negara sekarang, Tan Sri Mohtar
Abdullah. Anwar juga mendapat maklumat
rasuah Samy Vellu dan Ling Liong Sik. Malah, rasuah Perdana Menteri,
Dr Mahathir Mohamad dan penyelewengan PM
berhubung perniagaan anak-anaknya semua berada dalam pengetahuan Anwar
Ibrahim. Termasuk aduan rasmi kepada BPR
akan tiga orang anak PM yang memiliki lebih 200 buah syarikat.

Rasuah Di Kalangan Pemimpin Umno

Tidak itu sahaja. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Anwar
Ibrahim juga menerima bermacam-macam laporan
dan aduan tentang perlakuan rasuah pemimpin-pemimpin Umno dari
ahli-ahli Umno sendiri. Seperti diketahui umum, perebutan
kuasa dan jawatan dalam Umno sangat sengit. Masing-masing semuanya ada
kes rasuah dan penyelewengan, yang
selama ini orang di luar Umno hanya dapat mengagak secara rambang
sahaja. Tetapi dalam proses perebutan jawatan Umno
yang sengit di peringkat Cawangan, Bahagian apatah lagi Majlis
Tertinggi, maka bertaburlah bukan sahaja surat-surat layang,
tetapi laporan-laporan sah dan benar akan kes-kes rasuah yang dilakukan
oleh orang-orang Umno, terutama yang memegang
jawatan kerajaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2008 11:03 AM | Show all posts
Wabak Rasuah Yang Menjolok Mata

Dengan sumber-sumber maklumat dari pelbagai aduan serta laporan, maka
begitu jelas rasuah sudah keterlaluan dalam
kerajaan BN. Perbuatan rasuah itu telah melibatkan wang negara dan
rakyat bernilai beribu-ribu juta ringgit. Anwar akhirnya
merasakan gejala itu tidak boleh dibiarkan berterusan. Maka Anwar pun
bertindak. Apabila Mahathir tidak ada dalam
negeri kerana bercuti, Anwar mengambil kesempatan membentangkan Akta
Pindaan Pencegahan Rasuah 1997.
Adakah tindakan Anwar itu salah? Adakah Anwar merugikan negara? Adakah
Anwar menjadi agen asing kerana
membentangkan pindaan Akta Pencegahan Rasuah itu? Adakah Anwar
mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana
berbuat demikian?

Sanggup Terima Risiko

Adakah Anwar tidak sedar bahawa Mahathir akan marah kerana dia membawa
pindaan itu ke Parlimen ketika Mahathir tidak
ada dalam negeri? Anwar sedar. Kalau Anwar jenis penakut menurut
perintah macam Abdullah Ahmad Badawi, maka Anwar
tentu tidak akan berani buat demikian. Tetapi Anwar berani mengambil
risiko. Yang utama baginya ialah perbuatan jahat mesti
dihapuskan. Negara dan rakyat mesti diutamakan.



Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997

Bolehkah menghapuskan rasuah sekadar menghantar memorandum dan membuat
usul-susul dalam seminar sahaja?
Bolehkah membanteras rasuah sekadar menjerit-jerit sahaja? Hantar
memorandum dan menjerit itu pun penting. Tetapi
membuat perubahan radikal dalam undang-undang adalah saluran yang
tepat. Inilah yang Anwar telah lakukan.

Rasuah tidak boleh ditentang sekadar dengan pujuk rayu dan ugut-ugut
sahaja? Tidak boleh. Oleh kerana negara berjalan atas
dasar hukum dan undang-undang, jadi undang-undang rasuah itu mesti
diperkuatkan, diperluaskan bidang kuasanya dan
dijadikan senjata yang berkesan untuk memerangi gejala yang merosakkan
itu. Inilah yang Anwar telah lakukan. Untuk itu,
beliau dipecat, diseksa, dituduh dan kini dipenjarakan.

Bijak Mengambil Kesempatan

Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu dibentangkan oleh Anwar
di Parlimen dan diluluskan, rakyat semakin
yakin akan komitmen Anwar. Ini satu kejayaan politik Anwar. Memang
Anwar pandai mengambil kesempatan ketika Mahathir
tiada dalam negeri. Dia orang politik yang bertanggungjawab. Pandai
mencari kesempatan terbaik untuk bertindak. Dia bukan
pengikut membuta tuli. Tetapi kesempatan yang dia ambil itu untuk
keburukan atau kebaikan negara?

Kes Skandal Perwaja Ke Parlimen

Tetapi tidak itu sahaja. Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997
itu diluluskan, kemudian sekali lagi ketika Mahathir
tiada dalam negeri, Anwar bertindak lagi. Kali ini, dia membentangkan
laporang perbuatan rasuah dan penyelewengan dalam
syarikat besi waja Perwaja milik kerajaan. Tan Sri Eric Chia, yang
menjadi kawan rapat Mahathir, yang memegang jawatan
Pengerusi Eksekutif Perwaja, telah melakukan rasuah dan penyelewengan
sehingga syarikat itu rugi hampir RM3,000 juta.
Tidak itu sahaja, syarikat Perwaja, milik kerajaan, itu juga dibebankan
dengan hutang hampir RM7,000 juta. Kesemuanya
hampir RM10 bilion dibebankan ke atas kerajaan angkara rasuah dan
penyelewengan dalam syarikat Perwaja itu.

Mahathir Terlibat Dalam Skandal Perwaja

Anwar dedahkan ini semua dalam Dewan Rakyat di Parlimen, bukan di kedai
kopi atau kelab-kelab. Apabila dia terpenjara,
dari dalam penjara, Anwar membuat laporan polis secara rasmi, dengan
dikepil dua pucuk surat Perdana Menteri kepada Eric
Chia berhubung perjalanan syarikat Perwaja tersebut. Surat-surat itu
menunjukkan secara jelas betapa Mahathir sendiri terlibat
melakukan salah jenayah dalam pengurusan Perwaja kerana menyalahi
perjalanan dan prosedur urusan kewangan kerajaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 11:04 AM | Show all posts
Ertinya penyalahgunaan kuasa telah berlaku. Mahathir terlibat sama
melakukannya. Negara rugi beribu juta. Eric Chia
masih bebas. Mahathir masih bebas. Tetapi Anwar dibelenggu di penjara
Sungai Buloh! Anwar dedahkan ini di Parlimen ketika
dia bebas, dan dari dalam penjara ketika kebebasannya dirampas, Anwar
masih melawan terus.

Perwaja Mercu Tanda Rasuah Dan
Penyelwengan Mahathir

Anwar cukup tahu apabila beliau membawa ke Parlimen akan penyelewengan
Perwaja dengan laporan lengkap
dari syarikat akaun Price Waterhouse, Mahathir tentu marah. Kalau Anwar
penakut dan sayangkan jawatan menteri dan
TPM, buat apa dia cari penyakit? Lebih baik diam. Bila Mahathir dah
turun nanti, bolehlah buat sesuatu kemudian. Tetapi
Anwar tidak boleh tunggu lama lagi. Perbuatan rasuah dan penyelewengan
itu mesti ditentang. Itu komitmennya.

Idealisme Melawan Rasuah Sejak Muda

Sekarang Anwar telah dipenjara 6 tahun. Perbicaraan kedua ini kalau
Hakim masih tunduk kepada Perdana Menteri, maka
akan ditambah lagi hukuman penjara ke atas Anwar. Anwar telah
mendedahkan dirinya kepada bahaya di penjara lebih lama
apabila beliau membuat laporan polis dari penjara.

Dokumen-dokumen yang dikepilkan oleh Anwar tentang kesalahan rasuah dan
penyelewengan Mahathir, Daim
Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik itu semuanya dikelaskan
sebagai rahsia rasmi. Anwar boleh
didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hukumanya penjara
mandotori.

Ertinya risiko terpenjara lebih lama sentiasa berada di atas kepala
Anwar. Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu, bekas
Presiden ABIM, bekas pemimpin pelajar, Anwar lakukan ini semua kerana
perjuangan hidupnya sejak muda untuk
membanteras rasuah dan penyelewengan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2008 11:05 AM | Show all posts
Manifesto BN Satu Retorik Politik Saja

Jadi ternyata Manifesto BN dalam pilihanraya 1995 yang berbunyi
Berwawasan, Adil dan Efisien itu adalah satu retorik politik
sahaja. Tiada wawasan sekiranya pemerintahan sesebuah negara itu penuh
dengan rasuah dan penyelwengan. Tiada keadilan
sekiranya yang rasuah dan menyeleweng tidak dihukum, sebaliknya yang
memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan
dipenjarakan. Tiada sebuah kerajaan yang efisen sekiranya rasuah dan
penyelewengan berakar umbi dalam birokrasi
pentadbiran dan meluas di kalangan Jemaah Menterinya.

Tamat
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:05 AM | Show all posts

Reply #5 nik2121's post

senang citer..masing2 dah dpt bahagian masing2..
what goes around comes around..
if not  on earth....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:05 AM | Show all posts
reformasi!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:07 AM | Show all posts
habis dah citer anwar
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:07 AM | Show all posts
inilah kehidupan pemimpin yang teraniaya..... penganiaya hidup senang lenang atas keperitan org dianiaya.. :@  aku marah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:08 AM | Show all posts
Aku tak nak burukkan Tun Det sebab dia pemimpin yang cemerlang. Tapi semua tau yang DSAI kena sembelih sebab pindaan Akta Pencegahan Rasuah tu..

Aku tau details tentang cubaan meminda akta tu sebab masa time tu aku lawan debat tentang integriti di Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:09 AM | Show all posts
manusia yang dikuasai nafsu...hanya fikir kehidupan dunia je..........tu dah memang bebal...payah nak insaf............
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:18 AM | Show all posts
patutlah ramai yang kecut telor dengan nuar ni ye...apa yang aku tahu draff (bill) pindaan akta pencegahan rasuah 1997 ni memang idea dia..dan pegawai kanan bpr pun mengakui bahawa ianya antara akta paling 'kejam' di malaysia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 11:19 AM | Show all posts
tapi yg aku pelik.... ramai yg duk sanjung mahathir lagi... ape cer???
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:21 AM | Show all posts
rakyat telah memberi peluang kepada Abdullah Badawi yg brjnji utk mghapuskn rasuah pada tahun 2004.. dan Abdullah telah gagal.. rasuah menjadi semakin teruk malah Khairy Jamaluddin menantunya sangat tidak disenangi pemimpin UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:42 AM | Show all posts
kalau khairy menang pilihanraya ni..
melayu kat rembau tu memang buta..buta..buta..+ bodoh..:mad2:
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 12:07 PM | Show all posts
BARU KU TAU KENAPA ANUAR DIJATUHKAN..:eek:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.083645 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list