Setelah tak tidur semalaman kerana somi takde kat rumah. Akak (yg tak rela tidur sendiri) memilih untuk menyiapkan tesis khas untuk dinilai warga gossip. Tesis ini sebagai juadah terakhir Kak Makh untuk warga Bod Gossip, selepas ini akak akan membawa diri ke arena politik maya di Bod CI.
p/s : Jangan lupa! Thread khas : Nenek Maimun Parti Kunci Fan Club akan muncul di bod CI.
PENGARUH RANCANGAN REALITI TV PENGARUHI POLA PENGUNDIAN PRU 12
PRU 12 menyaksikan banyak nama-nama besar tumbang biarpun ada diantaranya begitu hebat baik dari segi menjalankan tugas ataupun mempunyai kuasa di dalam kerajaan. PRU 12 menyaksikan trend pengundian rakyat Malaysia berubah secara drastic hingga menimbulkan Tsunami Politik yang amat meninggalkan kesan kepada kestabilan politik di Malaysia.
Persoalannya kenapakah pola pengundian kali ini begitu drastic perubahannya?
Disini saya ingin menyuarakan pendapat saya mengenai salah satu punca mengapa perkara ini berlaku-
1.2 Pengaruh rancangan reality TV terhadap emosi pengundi.
Kita dapat saksikan, sejak tahun 2004 dimana PRU 11 berakhir dengan kejayaan besar BN menyapu lebih 2/3 kerusi di Parlimen, pelbagai rancangan Realiti TV disiarkan bermula terdahulu pada 2003 |