CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27190|Reply: 15

The Tamiya Asia / World Cup

[Copy link]
Post time 15-3-2008 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Saturday March 15, 2008
The Tamiya Asia Cup Qualifying series

Bangsar Shopping Centre (BSC) will be hosting the Tamiya Asia Cup 2008 on March 29 and March 30, when the entire West Wing of the concourse will be converted into a racecourse.


The track used for the Tamiya Cup circuit.


Not only will fans of Tamiya Radio Controlled Racing be able to strut their stuff, race enthusiasts are also encouraged to exchange ideas and racing strategies at this event.

Overall winners of the different categories will compete at the Tamiya Asia Cup Finals that will be held in Kuala Lumpur later this year, to qualify for the Tamiya World Cup in Shizuoka, Japan.

The two-day event will also feature a free trial of Tamiya Radio Controlled cars and Tamiya discounts.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tak sangka ada tamiya asia cup and world cup lagi...!! sokmo masuk tamiya store kat KLCC..
in fact baru aje last week sebab beli toy car for nephew's birthday... mahal jugak kereta miniature
ni.. tapi good quality.. padan pun dia suka main dengan toy car ni.. bapak dia pun suka gak (my bro)
apa pun mesti guys yang memang berminat dengan toy cars ni.. saya tengok aje okay la..
ada gak beli buat souveniers ferrari toy car masa gi holiday dulu..  comel toy cars kat tamiya ni...  


[ Last edited by  dexa at 15-3-2008 07:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2008 06:22 PM | Show all posts

a good article about Tamiya cars..

Saturday March 15, 2008
Toys for big boys

A self-confessed Tamiya junkie reveals why Tamiya cars are a big deal for him.

Why do you do it? Is this just a phase? How much money did you spend? Oh my God! That much?

These are just some of the questions that dart through people抯 minds (including mine) when they learn about Leonard Pong抯 obsession with toy cars.

These are not merely toy cars, mind you, but remote-controlled Tamiyas, another technological marvel from the Japanese.


Enthusiasts gathered for a race.


Going at RM1,000 a pop, these cars are impressive-looking miniatures (about 1/10th) of the real things, like Ferrarris, Porches, Mini Coopers
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 03:09 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 15-3-2008 06:22 PM

ishhh orang lelaki ni pelik tul.. kereta miniature harga ribu raban tu jugak yang
depa suka nak main.. race lagi tu.. sampai seluruh dunia.. tapi ye lah kan.. kalau
dah minat tu... hobby sampai ribu raban pun ribu rabanlah.. asalkan enjoy dan puas hati..
memang cute kereta kat tamiya.. murah2 pun dalam about 50 bucks.... tu pun cikun aje..
yang mahal.. memang tak mampu lah. nak beli..


takyah la beli kereta r/c yg besar harga ribu riban tu.. lol
beli aje yg for KIDS punya.. yeah, harga asasnya dalam rm50 kot - MINI 4WD -
dulu masa sekolah pernah gak gila r/c mini 4WD tamiya ni.. siap kumpul duit raya lg!
cambest dapat pasang sendiri komponen kereta tu, pastu beli spare part & upgrade..
pegi sekolah, race dgn kawan, pastu kereta kena rampas ngan cikgu! hahaha
tapi juz minat gitu2 jelah.. takde la hardcore sampai gi racing sana sini
suka2 je - sbb masa kecik memang minat ngan benda2 mekanikal ni
& rasanya r/c mini 4WD tamiya ni pernah gak jadi trend dulu.. mid 90's..
siap ada siri kartun lagi - dari jepun - dash yonkuro - kot namanya? hahaha adoiii
r/c mini 4WD ni senang je nak set-up.. rasanya gurl pun takde masalah kot
so, mod dexa boleh la try2 ek! hahaha

r/c mini 4WD - antara komponen asas -

#1 - of cos la chassis kit -



#2 - gold plated terminal -


#3 - metal & plastic pinion -


#4 - super speed gear -


#5 - hex hole ball bearing set


#6 - hollow propeller shaft


#7 - hard shafts


#8 - guide roller bearings


#9 - of cos gak - motor -




#10 - front plate set -


#11 - rear plate set -




#12 - tires - set asas selalunya jenis rubber/sponge


#13 - grease - harus diapply ni!




#14 - battery - 2 ketui


--------------------------------------------------------------------------------



lepas dah siap set-up, leh la pasang body dia pulak
tapi dulu2 kami xpasang pun bodynya - kengkonon buat berat je -
kereta tu jadi slow la bila nak race..

best ooo.. teringat lak masa sekolah dulu.. huhuhu!
alaaaaa ni yg rasa nak main balik ni!

checkout -> TAMIYA OFFICIAL WEBSITE <- memang menarik!

[ Last edited by  naden at 21-3-2008 03:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 03:22 AM | Show all posts
seronok gak kalau layan yg mini punya - leh tahan laju gak!
meh usha antara youtube yg nad jumpa.. mini 4wd @track

ni.. orang siam kot? track sempoi, tapi kereta dia laju woo..


yg ni lak kat singapore


yg ni kat italy - BIGGEST mini 4wd track!


adoii rindunya nak mainnn..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 03:00 AM | Show all posts
PIALA ASIA TAMIYA DI SOUTH CITY PLAZA

Monday 14/04/2008


Salah satu daripada kereta mini yang comel
Kuala Lumpur, 14 April 2008-- Piala Asia Tamiya Akan Diadakan Di South City Plaza, Sri Kembangan Pada 26 Dan 27 April. Ia Adalah Tahun Ketiga Acara Tersebut Dikelolakan Di Lokasi Tersebut.

Acara ini akan berlangsung di Centre Court, tingkat bawah. Para petanding diberi peluang berlatih di kawasan lumba dari pukul 10 pagi ke 10 malam pada 26 April.

Hari kemudiannya adalah untuk perlumbaan sebenarnya. Para petanding dibenarkan berlatih sekali lagi dari pukul 8 ke 9.30 pagi. Kemudian mereka perlu mendaftarkan diri dan akan diberi taklimat pada pukul 9.50.

Tiga saringan akan berlangsung dari pukul 10 pagi sampai 1.45 petang. Kategori pertandingan merangkumi Buggy Class, Stock Class, GT Class dan M-Chassis. Saringan akhir adalah dari pukul 3 ke 6 petang, disambungi dengan penyampaian hadiah selepas pukul 6.30.

Piala Asia Tamiya adalah acara tahunan untuk peminat-peminat kereta kawalan radio menampilkan kemahiran berlumba dan memperagakan model kereta piawai mini mereka. Kereta kawalan radio dalam pertandingan in mestilah jenama Tamiya atau diperbuat daripada bahagian-bahagian kereta buatan Tamiya.

Hobi lumba kereta kawalan radio seakan-akannya untuk budak-budak lelaki besar. 慞ermainan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 10:37 AM | Show all posts
zaman aku maen bendalah ni berlalu dah

dulu kemain excited lagi

ngn tayar span

body kit

enjin modify sendiri

auldey, tamiya, sendiri bikin punya spare part hehehehe

balancing depan belakang ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2010 10:52 AM | Show all posts
teringat zaman kanak2 80an dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 04:19 PM | Show all posts
Kembalikan kenangan Dash Yonkuro






Sebahagian kereta lumba mini yang sukar didapati menarik minat pengumpul, sekali gus menjadikan harganya melambung tinggi.




KEGILAAN kereta mini 4wd jenama Tamiya kini kembali lagi apabila permainan kereta itu yang agak menyepi beberapa tahun kebelakangan ini kembali diminati dalam kalangan peminatnya.

Pada awalnya permainan kereta mini ini mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1980-an dan menjadi popular apabila siri animasi Dash Yonkura mula ditayangkan di televisyen tempatan pada awal 1990-an.

Siri animasi ini menampilkan beberapa anak muda yang cenderung dalam permainan kereta lumba mini, sekali gus mendorong mereka memasuki pelbagai pertandingan sehinggakan kereta mini itu laris jualannya.

Di Malaysia, pelbagai pertandingan dianjurkan dan ramai anak-anak muda cenderung mengubah suai kereta mini mereka agar menjadi lebih laju.

Ada banyak aspek diambil kira untuk menjadikan kereta mini ini stabil dan laju dengan menggunakan pelbagai teknik dan kemahiran bagi mendapatkan keupayaan maksimum.

Ruangan Fokus minggu ini mendekati mereka yang menggilai permainan kereta mini ini di pusat jualan dan permainan, Tamiya Underground di One Utama Petaling Jaya.

Rata-ratanya terkenang kembali semasa zaman kanak-kanak mereka bermain kereta permainan mini ini yang satu masa dahulu digilai ramai.


- Utusan Malaysia -



Last edited by HangPC2 on 14-12-2013 10:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2013 03:55 PM | Show all posts
Keterujaan Pemilik Kereta Mini Tamiya






MINAT Asril terhadap kereta mini Tamiya membawa kepada penubuhan Geng Tamiya Angkuh.


SIRI kartun anime, Dash Yonkuro yang ditayangkan pada tahun 1990 di kaca televisyen ternyata telah memberi pengaruh besar kepada Asril Hafiz Sabri.

Ketika itu, Asril berusia 12 tahun dan meminati siri kartun terbitan sebuah syarikat produksi dari Jepun. Pada usia kanak-kanak, dia sememangnya terpengaruh dengan apa yang ditonton di kaca televisyen.

Siri kartun itu memaparkan kisah lima sahabat yang diketuai oleh seorang kanak-kanak, Yonkuro Hinomaru dalam pasukan lumba kereta mini Dash Warrior.

Selain anime, kereta mini yang digunakan oleh setiap watak dalam siri kartun tersebut juga merupakan alat permainan popular untuk kanak-kanak pada waktu itu. Model kereta yang digunakan oleh Yonkuro iaitu Emperor menjadi kegilaan kanak-kanak.

" Ketika itu, saya dan rakan-rakan amat terpengaruh dengan cerita Dash Yonkuro dan saya mempunyai barang permainan berupa sebuah kereta mini skala 1/32 seperti dalam siri kartun itu.

" Pada awal 1990-an, kereta mini jenama dari Jepun iaitu Tamiya mudah didapati di pusat beli-belah di negara ini. Pertandingan perlumbaan kereta mini di litar berskala kecil sering diadakan di situ. Tanpa modifikasi yang lengkap pada kereta mini ini, saya hanya mampu melihat kanak-kanak lain berlumba," ujarnya yang bertugas sebagai pramugara di salah sebuah syarikat penerbangan negara.

Cerita Asril, ketika itu, Hankyu Jaya, Sogo dan Kerry's merupakan antara pusat beli-belah yang menjual kereta mini Tamiya dan sering mengadakan perlumbaan untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa di ibu negara.

Tamiya merupakan jenama alat permainan, kit model, kereta kawalan radio dan alat ganti dari Jepun. Ketika permainan tersebut popular sekitar awal 1990-an, Daisheng (M) Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya pembekal permainan jenama Tamiya di Malaysia.





PEMAIN perlu memasang sendiri kereta mini Tamiya yang berasal dari Jepun ini.


Selepas melewati usia kanak-kanak, Asril tidak lagi meneruskan hobi tersebut kerana kekangan kos yang tinggi.

Namun, kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah memupuk kembali minat Asril terhadap hobi tersebut ketika usianya telah menjengah 32 tahun.

" Saya kembali mengumpul kereta mini Tamiya dan menyertai perlumbaan kecil-kecilan sejak setahun lalu. Aksesori dan alat ganti kereta Tamiya mudah didapati menerusi rakan-rakan di laman sosial.

" Permainan kereta mini Tamiya ini merupakan satu cara untuk saya mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Kini, permainan ini popular dalam kalangan golongan dewasa dan kebanyakannya seusia dengan saya. Selain itu, hampir setiap minggu pertandingan perlumbaan kereta mini Tamiya dianjurkan di sekitar ibu kota, " ujar bapa kepada dua orang cahaya mata itu.



Ciri-ciri teknikal

Asril yang juga pengasas kumpulan Geng Tamiya Angkuh amat meminati ciri-ciri teknikal seperti memasang dan memadankan bahagian casis kereta mini bersama aksesori perlumbaan.

Mengenakan aksesori dan alat ganti yang sesuai dapat meningkatkan kelajuan dan keseimbangan kereta mini sewaktu di atas litar.

" Kereta mini tidak mempunyai alat kawalan. Ia bergantung kepada penalaan iaitu dengan memadankan aksesori dan alat ganti mengikut keadaan litar. Setiap perlumbaan merupakan eksperimentasi untuk melihat hasil penalaan sesebuah kereta mini, " ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tidak hanya menyentuh aspek teknikal, Asril juga dapat menzahirkan kreativitinya dengan mengecat dan mengubah suai rupa fizikal kereta mini.

Baginya, bajet sebanyak RM300, seseorang itu boleh mendapatkan model kereta lengkap bersama aksesori dan alat ganti.

Walaupun telah berhabis ribuan ringgit, Asril amat berpuas hati dengan hobi yang diceburinya itu. Sehingga kini, dia mempunyai lima buah kereta mini yang digunakan dalam perlumbaan.

Antara komponen asas sebuah kereta mini Tamiya ialah casis, roda, motor, bering dan bateri bersaiz AA. Kesemua komponen itu amat penting untuk menggerakkan kereta mini ketika di litar.

Walaupun kelihatan mudah, para pelumba kereta mini perlu memahami aspek teknikal dalam penalaan kereta. Selain itu, perbezaan struktur rekaan litar memerlukan modifikasi penalaan kereta mini yang berbeza.


Aerodinamik

Seorang pengumpul dan pelumba permainan kereta mini Tamiya sejak tahun 1994, Mustaqim Mohd. Azam, 26, memberitahu, kestabilan, kelajuan dan pergerakan aerodinamik sesebuah kereta mini merupakan antara faktor yang harus diambil kira oleh setiap pelumba.

Menurutnya, litar yang berliku, bergelung, pusingan tebing curam dan jambatan seharusnya mempunyai modifikasi penalaan yang berbeza.

" Kestabilan kereta mini boleh dilihat daripada aspek cengkaman tayar dan pergerakan di litar. Komponen penting iaitu pemberat membantu menstabilkan kereta mini. Selain itu, gegelung pada fiber resin polikarbonat (Frp) bahagian casis juga dapat mengurangkan geseran kereta mini di litar.

" Frp merupakan komponen yang harus ada pada bahagian casis kereta terutamanya dalam perlumbaan. Saiz dan bentuk Frp juga mempunyai peranan yang berbeza. Selain itu, bahan polikarbonat itu juga membantu menguatkan bahagian casis agar tidak mudah patah atau pecah sewaktu perlumbaan, " ujar ahli perniagaan muda itu.

Setiap komponen seperti casis, tayar dan motor perlu dicantumkan bagi membentuk sebuah kereta mini Tamiya. Melalui kaedah itu, pengumpul dan pelumba boleh mengeksperimentasi aksesori dan alat ganti untuk dicantum pada kereta mereka.




MUSTAQIM (kiri) dan Che Fahimy Che Mohd. menunjukkan kereta mini milik mereka.


Casis

Produk Tamiya juga memperkenalkan 13 jenis casis dalam permainan kereta mini. Casis kereta merupakan komponen paling penting kerana ia mempunyai perbezaan modifikasi penalaan dan kedudukan motor. Antara casis yang popular ialah casis FM, Super FM, Super X, Middle Motor Speed dan TZX.

Menurut Mustaqim, setiap casis mempunyai ciri-ciri teknikal dan harga yang berbeza. Selain itu, setiap casis juga digunakan mengikut keselesaan pelumba dan kesesuaian trek sewaktu menyertai perlumbaan.

" Super 2 merupakan kategori casis yang mendapat sambutan dalam kalangan pelumba kereta mini di negara ini. Harganya lebih murah berbanding casis-casis lain. Ia merupakan casis asas kepada pelumba dalam percubaan untuk menyertai perlumbaan.

" Motor yang digunakan dalam kereta mini pula terbahagi kepada dua iaitu Dash Series dan Tune Series. Motor merupakan komponen yang menentukan kelajuan kereta mini. Kelajuan motor juga bergantung kepada daya pergerakan dalam seminit dan casis yang digunakan, " jelasnya.

Permintaan tinggi

Sementara itu, pembekal dan peniaga barangan kereta mini Tamiya, Naguib Farhan Malek, 24, memberitahu, permainan kereta mini kini semakin mendapat perhatian terutamanya daripada golongan yang berusia 20-an hingga awal 30-an.

Menurut Naguib, kebanyakan pelanggan membeli produk Tamiya yang diimport dari Jepun, Singapura dan Hong Kong di premisnya di Bandar Botanic, Klang, Selangor.

" Selain membeli kereta mini Tamiya, mereka boleh berlumba di litar yang disediakan di sini. Saya dan rakan kongsi, Zaki Shaputra Sharani turut menganjurkan perlumbaan kereta mini Fun Race pada setiap hari Sabtu.

" Laman Facebook merupakan platform terbaik untuk saya mempromosikan perniagaan dan kereta Tamiya mini.

" Pelanggan utama kami adalah dari Sabah dan Sarawak, " ujarnya yang telah menjual kira-kira 1,000 buah kereta mini Tamiya dalam tempoh sebulan.

Pemilik Kedai Tamiya Mini Dash Yonkuro 4wd Original itu juga akan menambah stok kereta mini setiap bulan kerana mendapat permintaan yang tinggi terutamanya di laman Facebook.

Dia memberitahu, kereta mini Tamiya dijual pada harga RM35 hingga RM75 bergantung kepada model dan harga pasaran semasa di negara ini. Selain itu aksesori dan alat ganti tulen berjenama Tamiya juga dijual di premisnya.



- Kosmo -












Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 10:29 PM | Show all posts

Proton Saga

1:32 Mini 4WD Brand







Academy

http://www.academy.co.kr/










Bandai Bakuseed

http://www.bakuseed.com

http://www.bandai.com










Auldey

http://www.auldey.com/

http://www.auldeytoys.com/










Gokey

http://www.gokeytoy.com






Seda Speed

http://www.gokeytoys.com/sedaspeed/






Last edited by HangPC2 on 16-12-2013 12:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:08 AM | Show all posts
Air Stream





Frid Mirage





Heat Generecer





Proto Generecer





Storm Wizard





Solid Formula





Crimson Gale







Gust Formula








Last edited by HangPC2 on 17-12-2013 12:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:38 AM | Show all posts
Meteor Blaster







Schneider Hornet







Sieg Fried







Vortex Shark










Last edited by HangPC2 on 17-12-2013 12:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:32 AM | Show all posts
Wave Kaizer









Rising Striker













Last edited by HangPC2 on 17-12-2013 01:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:01 AM | Show all posts
Lighthing Formula











Homing Ray













Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:09 PM | Show all posts











Credit : Hondayp



Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 10:06 PM | Show all posts
Aoda Mini 4WD Chasis MS-PRO Dinamo Speed







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.537893 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list