CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cawankertas

Fafau kena potong rambut ke????

[Copy link]
Post time 26-3-2008 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by tejanurain at 26-3-2008 09:38 AM
comei... tapi kalau potong cam si sinderela tu agaknye camne rupe farah?


jadik la cm muke gangster..hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2008 11:01 AM | Show all posts
lg cute fara ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 04:08 PM | Show all posts
kawaeiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 04:13 PM | Show all posts
br la kemas skit..kalo x serabai jerk aku nengok..
lama gak dia simpan rmbt pjg ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 04:23 PM | Show all posts

PERNAH beberapa kali dia disangka budak lelaki gara-gara berambut pendek walaupun ketika itu rambutnya tidaklah terlalu pendek sebaliknya mengekalkan potongan rambut wanita selain lengkap berpakaian seragam sekolah.

Setiap kali perkara seumpama itu terjadi, dia akan mengadu kepada ibunya sambil menangis kerana tidak faham mengapa orang sering menyangkanya budak lelaki.

Bertitik-tolak dari peristiwa itu, penyampai Hot FM yang juga pengacara Melodi, Fara Fauzana Mohd Fadzil, 28, mengambil keputusan untuk tidak lagi memotong rambut pendek sejak di tingkatan satu.

Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 ini berkata, memori itu seakan mengusiknya kembali apabila rambut ikal paras dada miliknya terpaksa dipotong Isnin lalu sebagai mematuhi denda atau perjanjiannya.

Semuanya gara-gara Fara tewas dalam Cabaran Badminton Hot FM AM Krew yang berlangsung 21 Mac lalu. Pertukarannya adalah dengan membenarkan rambutnya digunting paras bahu oleh rakan setugas yang juga pesaingnya dalam perlawanan itu, Faizal Ismail.

Sesi menjalani hukuman itu turut disiarkan secara langsung di 8TV selain boleh diikuti secara terus oleh pendengar radio Hot FM melalui www.hotfm.com.my. Hasil potongan Faizal menyebabkan rambut Fara tidak rata.

Namun sesudah mendapatkan dandanan Trimez Curlerz di Sri Hartamas, penampilan Fara sempena sesi fotografi eksklusif bersama Harian Metro, Selasa lalu, nampak lebih meyakinkan.

"Hampir menangis jugalah apabila rambut kena potong. Maklumlah, sejak di tingkatan satu saya tidak pernah berambut pendek. Namun selepas orang ramai memaklumkan mereka suka penampilan saya sekarang, daripada sedih, saya mula rasa selesa.

"Kalau ikutkan, saya mahu hukuman (potong rambut) ini dijalankan selepas ABPBH 2007 Ahad ini kerana bimbang merosakkan penampilan yang sudah ditetapkan bersama pereka fesyen, Rizalman khusus untuk majlis berprestij itu.

"Tetapi disebabkan terlalu yakin mampu mengalahkan Faizal dan pasangannya Erra Fazira, saya pun dengan berani mencadangkan Isnin adalah hari paling sesuai menjalani hukuman.
"Saya sangka dapatlah mengenakan Faizal yang akan didenda mengendalikan konti selama 24 jam jika kalah. Jadi dua hari sebelum tarikh hukuman, dia tidak akan berpeluang berehat kerana terbabit dengan 'road tour' ABPBH2007.


"Dari hendak dajalkan orang, alih-alih saya sendiri yang kalah. Jadi terpaksalah makan sumpah sendiri," katanya.

Fara yang dicalonkan sebagai Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular ABPBH2007 menambah, hukuman itu bukanlah idea daripadanya mahupun Faizal sebaliknya dicadangkan peminat dan pendengar Hot FM sendiri.

"Pelbagai hukuman yang mereka cadangkan misalnya menyuruh saya mengucapkan kata cinta kepada pasangan regu, Ally Iskandar tapi setiap kali pemanggil mencadangkan denda yang ada kaitan dengan Ally, saya akan putuskan talian.

"Sebabnya saya rimas digosipkan dengannya. Ke mana-mana saya pergi, pasti orang bertanyakan perkara sama. Contohnya di road tour ABPBH2007 di Pasir Gudang Johor dan Shah Alam, semua orang bertanyakan pada saya, `mana Ally?'," katanya.

Menerusi Cabaran Badminton Hot FM AM Krew yang diadakan di pekarangan Sri Pentas, TV3 itu, Fara dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) itu menamakan kumpulan mereka sebagai Sejuling. Sementara Faizal dan Erra Fazira memilih Beauty & The Best sebagai nama kumpulan.

Set pertama menyaksikan Beauty & The Best tewas kepada Sejuling dengan pungutan mata 15-21 sebelum menang dengan 21-8 pada set kedua dan seterusnya 21-14 pada set penentuan.

Pertandingan itu turut menampilkan dua penyampai Hot FM, Anne dan Azura sebagai pencatat masa. Manakala bekas pemain beregu negara, Jailani Sidek menjadi pengadil.

"Perlawanan bertambah gamat apabila Mawi turut hadir. Dari jauh dia memang nampak sangat teruja untuk bermain badminton.

"Selepas selesai perlawanan, dia tanya saya kenapa tak ajak dia jadi pasangan regu dan saya maklumkan kalau boleh saya mahu sangat dia terbabit dalam pertandingan ini sebab tahu Mawi memang handal main badminton. Bagaimanapun, sebelum ini saya dimaklumkan dia sibuk," katanya.

Gandingan Fara dan Mawi dengan nama Ma Wi Ra menumpaskan Beauty & The Best dengan dua set iaitu 21-16 dan 21-20.

Mengenai perkembangan terbarunya, selain sibuk dengan tugas di konti, Fara juga rancak mengendalikan program Oh! Lelaki terbitan Astro bersama Nana AF1. Fara juga menghitung hari untuk menjalani penggambaran drama bersiri Fara 3 serta projek filem sulung termasuk satu lagi program TV.

Bahkan carta Hot 30 yang dikendalikannya bersama Faizal setiap Ahad, jam 9 pagi akan diadaptasikan kepada bentuk program hiburan.

Terbaru, Fara memperluaskan pengetahuannya dengan menceburi bidang di sebalik tabir apabila menjadi penerbit bersama dengan Nasreen Pictures menerbitkan drama Gadis Cuci yang akan disiarkan Astro Ria, April ini.

"Bajet saya tidaklah sebesar Darling tetapi ini adalah persediaan awal menjadi penerbit. Lagipun usaha sama ini dilakukan atas dasar saling percaya kerana Darling sahabat baik saya.

"Kalau bercakap soal bisnes anda takkan melihat dia sebagai kawan baik saya kerana dia seorang yang serius dan banyak idea. Walaupun dia muda, dia tahu gunakan bajet yang sikit tetapi membawa pulangan yang besar selain seorang yang bertanggungjawab.

"Sebagai penerbit dia tidak perlu risau benda lain kecuali menyedia bajet. Tapi Darling tak begitu kerana sanggup ke studio jam 4 pagi sekalipun untuk melihat proses suntingan kerana dia seorang yang cukup teliti ketika bekerja," katanya.

Berhubung peluang cerahnya untuk mendominasi sekali lagi Anugerah Pengacara TV Wanita Popular selain disebut-sebut baka merampas takhta Linda Onn sebagai Penyampai Radio Wanita Popular enam tahun berturut-turut, Fara ternyata enggan meletakkan sebarang harapan.

"Saya dan Linda selama ini memandang postif pertandingan ini dan kami tidak kisah siapapun yang menang. Linda pernah memberitahu saya sejak tahun lalu dia memang tidak meletakkan sebarang harapan sama juga seperti saya.

"Jika tidak menang pun saya tak kisah dan kalau berjaya tanggungjawab dan beban itu lebih besar. Nyatanya, saya sudah bersedia apa jua kemungkinan," katanya.



Profil

NAMA SEBENAR: Fara Fauzana Mohd Fadzil

PANGGILAN: Fara, Angah

TARIKH LAHIR: 7 Februari 1980

UMUR: 27 tahun ASAL: Kuala Lumpur

ZODIAK: Aquarius

ADIK BERADIK: Anak kedua daripada tiga bersaudara

LULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara

(UiTM)

PROFESION: Penyampai Hot FM, pelakon, pengacara Melodi dan Oh! Lelaki

DRAMA: Fara dan Nur 2

PENCAPAIAN: Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular

Berita Harian 2006 (ABPBH06)
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 04:30 PM | Show all posts
nmpk b'tambah muda awwwww............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2008 04:32 PM | Show all posts
rasa semakin suka dgn fafau ni... sbb dia tak suka control cun... layannn je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 04:56 PM | Show all posts
cian fafau...huhuhuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2008 05:11 PM | Show all posts


cute, nmpk fresh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 05:34 PM | Show all posts
cute.............
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 06:00 PM | Show all posts
chumel la plak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 06:56 PM | Show all posts
cumel jer fafau aizi tgk...
rasa mcm nk cut rmbut wat mcm style fafau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 04:08 AM | Show all posts
comel nyer dia..
aku dah stat jatoh chenta kat dia..
ramai2 personality n actress... dia la antara tersopan dan teroriginal...
pd mata aku la..
pakai tak sexy mana... blakon pun masyuk.. celoteh tak melampau tp narik...
harap2 dia tak der penyakit angin2an dan mudah meroyan serta hypo...
keep it up fafau..
make ur parents proud of u... muahssss
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 09:15 AM | Show all posts
fafau ni org penting ke
sampai adegan potong rambut pun nak buat live
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 09:23 AM | Show all posts
tp fafau ni satu jer, dia memang jelita walau tak mekap yg tu pasti
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by GuSTiaDiPaTi at 21-3-2008 04:27 PM
kalau faizal kalau dia kena potong rambut gak ke? camner nak potong kalau botak?


kalau fbi, dia kena bekerja di konti 24jam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2008 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by butterfly_82 at 22-3-2008 01:03 PM
huhuhuhuhuhhu....fafau kater dia pemain state..bwekkkkkkkkkkkk
tu tahun biler tu fafau oiii


bukan fafau yg ckp dia pemain state...tp elly yg bocorkan rahsia tu....

[ Last edited by  shachihata33 at 29-3-2008 09:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 11:44 AM | Show all posts
wah nampak dia lagi muda kan bila rambut style baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 12:09 PM | Show all posts
cumill plak rambut dia ni.....suka aku nengok
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 09:27 PM | Show all posts
lawa gak dia ptg rmbt ni..cute
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.086207 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list