View: 4547|Reply: 21
|
Kereta mewah bakal dilelong
[Copy link]
|
|
PELABUHAN KLANG 22 Mac - Kira- kira 1,000 buah kereta mewah bernilai hampir RM500 juta yang diimport dari luar negara, tersadai di dua pelabuhan di sini setelah gagal dituntut pemiliknya.
Ekoran itu, pengendali Pelabuhan Utara, Northport (M) Bhd. (Northport) dan Pelabuhan Barat, Westports Malaysia Sdn. Bhd. (Westports) terpaksa menyerahkan semua kenderaan baru dan terpakai itu kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan seterusnya.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 216 diserahkan oleh Northport manakala Westport pula bersedia menyerahkan lebih 700 kenderaan yang belum dituntut pembelinya.
Sebagai permulaan, katanya, lebih 50 kereta model Volkswagen Toureq dan Mercedes 280S diserahkan Northport semalam dan kini ditempatkan di Wisma Kastam Selangor di Pelabuhan Barat di sini.
Kebanyakan kereta berkenaan dibawa masuk dari Jepun, Korea Selatan, Eropah dan Amerika Syarikat.
"Selepas beberapa tahun, kereta-kereta ini belum dituntut sedangkan mengikut undang- undang, kenderaan yang diimport perlu dituntut oleh pembeli di pelabuhan dalam masa enam bulan. Kita akan lelong semua kereta ini selepas semua urusan selesai dan tendernya akan dibuka selepas diumumkan di akhbar."
"Ini satu petanda wujudnya kerjasama yang sangat baik antara kastam dengan pihak pelabuhan, kerjasama seperti ini yang kita mahu tingkatkan bagi membolehkan barang-barang import yang dibawa masuk dan tidak mempunyai sebarang masalah, dapat dibawa keluar dari pelabuhan dengan lebih cepat lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program Pemantapan Tenaga Manusia di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kastam Selangor, Roslan Yusof berkata, semua kereta berkenaan tersadai di pelabuhan sejak kira-kira tiga tahun lepas.
Menurutnya, kenderaan berkenaan gagal dituntut oleh pembeli yang berpunca daripada pelbagai sebab termasuk gagal menjelaskan duti import atau ketiadaan permit import (AP) untuk membawa masuk kereta dari luar negara.
"Selain itu pembelinya juga perlu menjelaskan bayaran kepada pihak pelabuhan berdasarkan tempoh kereta itu disimpan di situ se- hingga ada antaranya yang mencecah RM8,000 sebuah," katanya.
Katanya, orang ramai yang berminat membeli kereta berkenaan daripada Kastam boleh mengemukakan permohonan di Ibu Pejabat Kastam di Putrajaya apabila tender dibuka.
Dalam pada itu, Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya pada program itu berkata, purata proses membawa keluar barangan import dari pelabuhan di negara ini ialah 3.2 hari, berbanding 1.5 hari di Singapura dan dua jam di Jerman.
"Kita mahu mempercepatkan proses itu dan kerjasama pihak pelabuhan amat diperlukan, tidak guna jika proses Kastam dapat dipercepatkan tetapi barang-barang masih menghadapi masalah untuk dibawa keluar jika pihak pelabuhan tidak dapat mempercepatkan proses itu," ujarnya.
Mcm mana nak beli keta2 mewah nih.......mesti harga dia turun mendadak.......fuhhh....kalau dapat pakai Merc harga rm40K-rm50K kan ke gempak beb....!!! |
|
|
|
|
|
|
|
weoi..
korang jangan harap lah dapat beli.
dorang awal2 dah stenbai stok kereta tu utk
kroni2 dorang..
dealer2 keta sumer dah stenbai awal2 nak amik keta ni..
so abaikan je tawaran kastam ni.
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
heh..mane tau dapat
cable kena besar beb |
|
|
|
|
|
|
|
tokey tokey kedai dah nganga luas luas depan pintu tu... tapi kalau ada cash 50 100k dipersilakan... |
|
|
|
|
|
|
|
toureq nih MPV ker...??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon stuju ngan stfunewbiez tuh.. mmg hakikatnye cenggitu la.. sbb kroni2..dan dealer2 ni..diorang byk cash money.. diorang amik cash ajer sumer tuh..xdo loan2 punye.. so korang pon dah bley pk la advantages diorang nih.. lagi satu kalo main cash..duit tu senang la sket nak di'komesin' kan hehehe.. paham2 ajer la yer..
so kastam pon buat la tender tu konon2.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu ler nasib ikan bilis... |
|
|
|
|
|
|
|
kereta stock lama apa barang...... |
|
|
|
|
|
|
|
lelong konon....padahal kroni2 dok ngangga jerk...
chiipoodah....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 t@t's post
this time takde kroni... kalo ko ada cash sedebuk... you're invited...
mengikut info... harga keta dibuka dari :
1. bayaran parking selama mana tidak dituntut... up to RM8k.
2. bayaran cukai kastam + duti eksais... up to 300%.
itu la harga yg perlu dibayar. but still cheap dari beli kat kedai la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ryo_takahashi1's post
conpius aku antara nak beli honda cbr150 ker or keter mewah lelong ni... hiuhihiihi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 takumi86's post
ko nak aku tulun pilihkan keee...? |
|
|
|
|
|
|
|
nasib la kita nih ikan bilis kan...
nak pakai kete nasional lak rega lak mahak jugek...
dlm mimpi je lar boleh bwk keter yg berbaloi... |
|
|
|
|
|
|
|
mampu beli belum tentu mampu pakai.. kalo nak simpan buat tukun ok la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ade lg ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tersadai bape lama, elok lagi ke?
last 3 minggu lepas aku pi, amik kawan keje sana
mmg nampak banyak MPV, Merc |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai anak kastam aku ingin mewar-warkan bahawa keter tu mmg akan dilelong tapi tunggu hari kastam sedunia, tahun lepas buat kat perumahan kastam kelana jaya ni, keter mmg murah, sebelum lelong dah hantar gi puspakom apa semua, kira lelong tu mmg bagus la kualiti dia, tapi harga ikut tahun, makin baru makin mahal tapi masih below market price, kena tgk kat paper tentang bila lelong ni, orang kastam takleh beli keter ni, tapi anak2 kastam boleh hehehehe, toksah risau la, takde nyer kroni2, aku tgk tahun lepas mmg mantap koleksi yang dipamerkan, merc bmw, cara nak masuk sediakan 10%, kalau dia offer 60k, ko kena ada cek utk deposit 6k, isi borang dan letak berapa harga korang nak bagi, biasa ada yg letak sampai increase 100% jadi 120k contohnya, korang tak tahu harga yang orang lain letak, tapi bila dah tutup diorang akan announce la berapa harga paling tinggi yang ditawarkan. |
|
|
|
|
|
|
Reign This user has been deleted
|
Camner keta import dikira..?
harga keta X pertukaran wang X cukai 300% + ? + ? + AP? + ...:kant: |
|
|
|
|
|
|
| |
|