Selama ni kita selalu jer ingat cuma negara cam Jepun dgn Amerika jer yang popular dgn drift ni, tapi tau tak korang yang Arab Saudi sebenarnya terkenal gak dengan drift diorang? Drift Arab ni dikenali sebagai tafheet, dan teknik diorang memang giler maut nyer pasal diorang bleh drift sambil mencilok kat tengah2 jalan raya yang ada keter. Lagi satu, kalau drift biasanya lebih sedap pakai keter RWD (pacuan tayar belakang) tapi tafheet lak biasanya dibuat menggunakan keter FWD (pacuan tayar depan) biasa jer. So dengan tu drift diorang walaupun nampak tak cantik ikut standard kita tapi memang berani abis laa.
Kat Arab Saudi, pelumba haram yang kantoi dgn polis memang kena sebat nyer, tapi biasanya jarang laa pelumba haram kat situ yang dapat kena tangkap sebab biasanya polis kat sana akan mengalah bila dah penat nak kejar diorang.
So amacam korang? Korang bersedia dan main drift ala Arab nyer...?
Kalau ikut standard kita, memang betul nak drift tu memang pakai keter RWD, so kalau ikut standard kita stail drift Arab ni lebih kepada powerslide laa.
Ni komen Top Gear pasal drift Arab ni...
[ Last edited by Squall-Leonhart at 6-4-2008 06:31 PM ]