CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: migdal_bavel

Kedudukan Yahudi di Sisi Islam

[Copy link]
 Author| Post time 21-4-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #59 mnm77's post

Boleh beri penerangan sikit pasal maklumat yang saudara/i quote di atas? Dari mana sumber di atas diambil?


Ak senantiasa ingat dan hafaz akan ayat sumpahan himaar/keldai terhadap umat Yahudi ini.

"Mathalul lazeena chummilut Tauraata thumma lam yachmilooha kamathalil chimaari yachmilu Asfaara..."

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Jumu'ah:5)

Dalam transkrip asal yakni bahasa Arab, Al-Qur'an menggunakan kata jamaa' اسفارا (Asfaara) dan bukannya كتب (Kutub)

Mengapa menggunakan perkataan asfaara, kata banyak bagi سفر /Sifr sedangkan kutub itu adalah kata jama' bagi kitaab, yakni suatu perkataan arab yang lazim digunakan dalam al-Qur'an (di tempat-tempat lain) bagi membawa maksud kitab suci.

Hal ini jelas bahawa ayat di atas benar-benar menujukan sumpahan himar/keldai itu ke atas umat Yahudi sebab kami memanggil kitab-kitab suci kami ספרים
(Sefarim) iaitu kata jamaa' bagi ספר (Sefer)

Kalau agama dan bangsa Yahudi itu tak dapat dipisahkan, itu bermakna Yahudi sendiri yang menjadikan agama mereka eksklusif untuk bangsa mereka sahaja. Maka tiada cara lain melainkan satu pengorbanan yang besar diperlukan bagi seorang Yahudi yang ingin peluk agama Islam (Macam kisah Abdullah Bin Salam)


Jadi, kesimpulannya memang seseorang Yahudi yang memeluk Islam itu jelas sekali terpaksa membuang identiti, tradisi, adat-istiadat Yahudinya sedangkan orang-orang selain Yahudi seperti Cina, India, Jepun malah orang asli yang memeluk Islam masih boleh mengekalkan kebudayaan mereka selagi mana ia tidak  bertentangan dengan Islam.

Betulkan? Tolong benarkan pernyataan ak ini sama ada betul atau salah...

Terima kasih sbab menceritakan kisah Rabbi Abdullah ibn Sailam tu...

tapi, hatta ummul mu'minin, isteri muhammad-Tsafiyyah bint Huyai pun masih mengekalkan tradisi Yahudinya serta menghormati hari Shabbat kan?Macam mana pula tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2008 11:27 AM | Show all posts
lagi satu, ak seorang ghulam...bukannya saudari erk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 21-4-2008 11:22 AM

Ak senantiasa ingat dan hafaz akan ayat sumpahan himaar/keldai terhadap umat Yahudi ini.

"Mathalul lazeena chummilut Tauraata thumma lam yachmilooha kamathalil chimaari yachmilu Asfaara..."

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurattetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandinganorang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar(sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaumyang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidakmemberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Jumu'ah:5)

Dalam transkrip asal yakni bahasa Arab, Al-Qur'an menggunakan kata jamaa' اسفارا (Asfaara) dan bukannya كتب (Kutub)

Mengapa menggunakan perkataan asfaara, kata banyak bagi سفر /Sifr sedangkan kutub itu adalah kata jama' bagi kitaab, yakni suatu perkataan arab yang lazim digunakan dalam al-Qur'an (di tempat-tempat lain) bagi membawa maksud kitab suci.

Hal ini jelas bahawa ayat di atas benar-benar menujukan sumpahanhimar/keldai itu ke atas umat Yahudi sebab kami memanggil kitab-kitabsuci kami ספרים
(Sefarim) iaitu kata jamaa' bagi ספר (Sefer)


Saudara yang dimuliakan,

Saya nampak saudara berilmu, dan memang (dalam hati saya) saya rasakan banyak orang2 Yahudi berilmu tentang kandungan2 kitab2 samada Taurat, ataupun Al Quran.

Maksud ayat itu adalah ayat khusus, bukannya umum

Perbandingan ayat di atas adalah misalan buruk perilakuan orang yang menerima kebenaran, kemudiannya engkar, bukannya Sumpahan seperti saudara sangkakan. Allah TIDAK beri Petunjuk kepada mereka yang menyembunyikan kebenaran (kepada orang Yahudi yang berbuat sedemikian, bukannya seluruh bangsa Yahudi).

Ayat yang saudara bawa itu pun jelas, apabila merujuk kepada Asfaara, mereka yang dipertanggungjawabkan terhadap Asfaara itu yang diberi misalan buruk, bukannya kesemua bangsa Yahudi itu.

Bukan tiada orang Yahudi masuk Islam, tapi bilangannya amat kecil, dan apa yang saya boleh cakap, kalau ada orang Yahudi memeluk Islam, Islamnya itu jauh lebih baik dari kebanyakan orang Islam yang dilahirkan Islam. Ini adalah realiti kerana kebanyakan orang Yahudi tahu kebenaran.

Sedangkan dalam Al Quran juga disebut:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi danorang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antaramereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat sertaberamal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka,dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 62)

Ini contoh ayat Al Quran yang umum. Orang Yahudi secara umum tidak disumpah.


Jadi, kesimpulannya memang seseorang Yahudi yang memeluk Islam itujelas sekali terpaksa membuang identiti, tradisi, adat-istiadatYahudinya sedangkan orang-orang selain Yahudi seperti Cina, India,Jepun malah orang asli yang memeluk Islam masih boleh mengekalkankebudayaan mereka selagi mana ia tidak  bertentangan dengan Islam.

Betulkan? Tolong benarkan pernyataan ak ini sama ada betul atau salah...


Agama Islam adalah untuk semua bangsa. Mana-mana bangsa pun boleh memeluk Islam, tapi kalau ada adat istiadat yang bertentangan dengan Islam, maka adat istiadat itu tidak diterima dalam Islam. Kalau tak bertentangan, tiada masalahnya. Orang Yahudi yang Islam tidak perlu buang semua identitinya, tapi eloklah buang yang mana yang bertentangan dengan Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 06:16 PM | Show all posts
ak bukanlah seorang yg ahli dlm al-Kitab sbb ia bukanlah bidang ak...ak hanya bercakap tentang perkara yg ak tau sahaja yer...

maaflah kalo ak menggunakan ak & ko (nampak kasar) dlm forum ni walhal ko membahasakan diri dgn saya & saudara

mereka yang dipertanggungjawabkan terhadap Asfaara itu yang diberi misalan buruk, bukannya kesemua bangsa Yahudi itu.


siapakah mereka yg dipertanggungjawabkan terhadap Asfaara itu? Adakah hanya para pendeta saja?

Sebab kesemua Yahudi wajib mempelajari Taurat (sama ada Taurat Bertulis/Bible Ibrani ataupun Taurat Lisan/Talmud)

Dan apakah tanggung jawab yg telah dikhianati oleh Yahudi tersebut sehingga dimisalkan sebagai keldai yg memikul kitab2..

Bagaimanapun, tentang ayat umum itu, ak dh phm skrg yg ia bukanlah spesifik kpd umat Yahudi saja

sbab dlm penafsiran al-Qur'an, mesti ad byk pemahaman...ad pemahaman secara terus/direct, ad juga pemahaman secara tersirat..

bnd ini pun ad dlm kaedah midrash (penafsiran) Taurat..

Jadi, terima kasih sebab tolong jawabkan soalan berkenaan keldai itu

ak dpt simpulkan bahawa ia adalah suatu perumpamaan bg mereka yg telah mengkhianati tanggungjawab terhadap Asfaara itu...

sama seperti yg eastrun jawabkan bg sumpahan babi dan kera terhadap mereka yg melanggar shabbat (bukannya seluruh yahudi)
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 06:48 PM | Show all posts

Reply #64 migdal_bavel's post

Ohhh.. ko kat sini ye Migdal_bavel....

Patut pun senyap je kat Thread lain.. he..he..

Teruskan berforum.. aku mengikuti post engkau.. dan post forumers yang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 07:00 PM | Show all posts

Reply #66 migdal_bavel's post

He.. he.. I got you.. (Me the SNIPER) Wargh...

Aku tertarik dengan sejarah..... so, sumber dah ada..ko sendiri maa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2008 07:33 PM | Show all posts

Reply #67 alhaj72's post

sejarah? bila masa pula ak ni pakar sejarah nie

ko br balik dr C&C ker? mesti membuli shalom dan watttb lagi

kejam ar korang...kecian kt diorg tu...byk2 kali terangkan pun korang tanya lg bnd2 yg sama..tu yg ak takut kene benda yg sama tuh...

baik dok dlm ni, aman jerk...dgn lindungan rakan2 muslim

haha, nanti ak ke sana erk utk jwb persoalan2 korang tu yer

note: I wanna advice u dat u've to respect em both coz they're kind enough to explain de answers for ur Qs without attackin islam as revenge
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 08:20 PM | Show all posts

Reply #68 migdal_bavel's post

Aku attack dia orang masa mula-mula je... (Almaklum..x tau undang-undang forum)..

Laa nie kan dah slow sikit... cool je.. cuma watttb ngan witara tu pusing sana sini.. poning kopalo den ehh...

Bila aku jumpa ko kat thread M & M ni.. cam nak off je ruangan C & C tu.. tapi tak leh jugak..

At least aku dapat gak memahami serba sedikit tentang dia orang tuh... he..he..he..

Berbalik semula dengan pertanyaan ko kat dalam thread nih.. rasanya aku tak leh nak tolong banyak sebab aku tak pakar dalam ayat-ayat Al-Quran dan Hadith.. masih jahil dan tengah belajo....

Tapi aku amatlah tertarik dengan pertanyaan ko tuh.. sama-samalah kita membaca penerangan forumers lainnya yerk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 10:37 AM | Show all posts
Errr.. tak de sapa2 ke nak tambah???
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:40 AM | Show all posts
setau aku pd pndangan islam.. kedudukan bangsa yahudi tu same je ngn bangsa2 lain... xde beza pun

yg membezakn mrk cume agama mrk je
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 06:28 PM | Show all posts

Balas #71 316\ catat

Betullah tuu... darah tetap sama merah.. bernafas tetap guna oksigen..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 02:03 AM | Show all posts
Dalam quran memang diajar supaya orang islam membenci dan memusuhi yahudi

Sedangkan dalam surah yang lain ada pulak firman allah, " Aku menciptakan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan supaya manusia saling kenal-mengenal dan berkasih sayang":kant:
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 09:06 AM | Show all posts

Reply #73 AniSani's post

tak baik la sis letak kartun jelir lidah tu kat sebelah ayat quran seolah2...
behave urself sis..petikan surah mana tu? and apa point yg sbenarnya
nak diutarakan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 09:36 AM | Show all posts

Balas #74 abstruse\ catat

Yup.. FIRMAN Allah jangan dibuat memain...

Setiap ayat ada yang tersurat dan tersirat... nak kena faham dengan mendalam...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 25-4-2008 02:03 AM
Dalam quran memang diajar supaya orang islam membenci dan memusuhi yahudi

Sedangkan dalam surah yang lain ada pulak firman allah, " Aku menciptakan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan s ...


macam nie ke care ko memahami ayat....setiap ayat konteks nya berbeza....maknanya kita membenci pada masanya, menyukai dan mengenali juga pada masanya.......ada condition2 tertentu...

takkan itu pun tak dapat faham?

lagipun, konon2nya dah faham takdir konon....hehe....

tapi masih hairan sehingga membubuh gambar terjelir lidah?!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 12:41 AM | Show all posts

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 09:39 PM | Show all posts
migdal dah tak aktif ke dlm forum cari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 09:27 PM | Show all posts
Tak ... ada dengar khabar dari bod CI, migdal dah berhijrah ke Israel ikut mak dia, & tengah menjalani khidmat kerahan tenaga sebagai askar di sana (diwajibkan bagi semua rakyat Israel berbangsa Yahudi serta pemastautin Yahudi di sana).

So, fikir2kan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 04:25 PM | Show all posts
Topik yang menarik untuk dibincangkan. Malangnya, tidak ramai orang yang tahu untuk menjawab pertanyaan Migdal dan tuan punya badan sendiri sudah tidak aktif.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:35 AM | Show all posts
salam ya...saya lihat tajuk pun, kedudukan yahudi di sisi Islam...hum...
dlm Islam, Allah tidah memandang bangsa dan suku itu apa bahasa dan warna kulit semua hanya sama pada pandanyaNya
Tetapi yg membezakan seseorg hamba itu adalah ketaqwaan hamba itu, pendek kata keimanan seseorg lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072881 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list