CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6998|Reply: 40

Autobahn.....Lebuhraya Tanpa Had laju

[Copy link]
Post time 15-4-2008 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Saja nak berkongsi ngan korang semua...

Hari tu aku tgk kat tibi...dia citer pasal test drive kete Brabus CLS apa ntah...dia punya tuned sampai 730 bhp...lepas tu dia nak test...dia kata dia akan test kat Autobahn..tempat yang tiada speed limit...

Aku pun terpikir..eh..betul ke..al maklumlah tak tau...

Lepas tu aku carik2 kat internet...ni aku kongsi kan dengan semua yang tak tau macam aku...kalau dah tau...kongsi-kongsikan lagi la....


Autobahns adalah beberapa siri lebuhraya di German, walaupun terdapat juga lebuhraya klass-Autobahn kat negara lain seperti Austria dan Switzerland. Lebuhraya ini dilabelkan dengan huruf A dan diikuti oleh dua nombor digit :-




    * A 10 - A 19 teletak di timur Jerman (Berlin, Saxony-Anhalt, sebahagian daripada Saxony dan   Brandenburg)

    * A 20 - A 29 di utara and timur laut Jerman

    * A 30 - A 39 diLower Saxony (barat laut Jerman)

    * A 40 - A 49 di Rhine dan kawasan Rhine-Ruhr

    * A 50 - A 59 di barat Jerman

    * A 60 - A 69 di Rhineland-Palatinate, Saarland dan Hesse

    * A 70 - A 79 di Thuringia, utara Bavaria dan sebahagian Saxony

    * A 80 - A 89 di Baden-W黵ttemberg

    * A 90 - A 99 di (selatan) Bavaria


Pembinaan Autobahn dimulakan pada awal tahun 1920 an dimana seksyen pertama dibuka pada tahun 1935, dari Frankfurt hingga ke  Darmstadt. Pada awalnya, Autobahn digunakan untuk memecahkan rekod kelajuan. Itu sahaja dah menunjukkan kualiti daripada Autobahn sendiri. Rangkaian Lebuhraya Autobahn Jerman sahaja sepanjang 11, 980 km.

Autobahn moden mempunyai 3 lane dan 1 emergensi lane. Setiap bahagian Autobahn mempunyai halaju2 yang berbeza2. Ada yang takda speed limit lansung....Pergh..
kalau malaysia ada kan best...
  Bahagian yang tak ada speed limit ni merangkumi hampir separuh daripada lebuhraya Autobahn ni..


Pada bahagian yang tidak mempunyai speed limit ini, hanya kenderaan tertentu sahaja dibenarkan kecuali bas yang ada 60 km/h... , kenderaan yang berat dia 3.5 tan, kebanyakan trailer penarik kenderaan, bas kosong yang speed limit dia hanya 80 km/h, ataupun kete atau bas yang kena angkut ngan trailer (sped limit dia 100 km/h)...yang lain suma boleh... takda speed limit...rekemen dia bawak paling kurang pun 130 km/h..

Autobahn ada minimum speed limit...60 km/h...kalau kete korang tak sampai ...baik tak payah la...buang karen jer....

Pasal Autobahn ni jugaklah...kebanyakan continental punya komponi...buat perjanjian secara gentleman...bagi limit kete diorang  dengan top speed 250 km/h....Perghhhh katanya untuk safety reason....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2008 07:15 PM | Show all posts


rangkaian autobahn di Jerman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2008 07:16 PM | Show all posts
tipikal lebuhraya autobahn

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 07:20 PM | Show all posts

Reply #1 meela's post

aku pernah merasa guna Autobahn ni masa kat Deutschland(Germany(....kawan aku tekan minyak sampai lebih 300km sejam iaitu kelajuan maksimum kereta dia.....nampak cam angin je sekeliling....ppprrooommm!!!!Lagi satu...bukan saja Autobahn(maksud dia bahn-lorong,auto-kereta) tu tak da speed limit...tol pun tarak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 07:22 PM | Show all posts
roti ban laie sodap..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 07:22 PM | Show all posts
Yg x de limit ni, sesetengah tempat je kan?

Tp aku dengo crite, mmg diorang nak wat limit gak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2008 07:23 PM | Show all posts

Reply #1 meela's post

Pesal aku rasa post ko cam kat Paul Tan je?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 07:42 PM | Show all posts
jalan rasa autobahn confirm smooth jer bawa 300km pun keselamatan masi ok, kalau kat mesia jalan raya macam alunan ombak menghempas pantai :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 08:03 PM | Show all posts
mutu jalan sana ok

sini jalan macam ape melambung-melambung

semua wat projek duit mari masuk sama ini poket sikit-sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 08:48 PM | Show all posts
Sumer autobahn kat Jerman - in fact, majoriti highway kat Amerika dgn Eropah - turap pakai konkrit, sebab tu la selamat untuk kelajuan tinggi. Kat Malaysia ni cuma highway PLUS dgn Smart Tunnel (dan gak part Lebuhraya Pontian dari UTM ke Sri Pulai) yang diturap dengan konkrit, tu pun kat certain part jer macam NKVE, Gurun - R&R Gurun, Tapah - Bukit Lanjan dgn Ayer Keroh - sempadan Johor, tu jer laa. Dari segi lebar, standard lebar 3.6 m setiap lorong tu kalau ikutkan seswai sampai 130 m/h tapi had laju cuma 110 km/h pasal Peraturan 85 Peratus (85 Percentile Rule).

[ Last edited by  Squall-Leonhart at 15-4-2008 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:00 PM | Show all posts

Reply #1 meela's post

Ada lagi, recommended speed limit 130 km/h tu kalau saper lebih had laju tu memang tak akan kena saman speedtrap laa tapi kalau eksiden tu memang nangis laa korang sebab korang takleh claim insurans langsung.

Satu lagi, nama rasmi autobahn kat Jerman ni ialah Bundesautobahn yang bermaksud Federal Motorway ataupun paling senang cakap Federal Highway laa. Tapi pasni korang jangan laa nak merempit sakan lebih 300 km/h kat Federal Highway lak, kang tak pepasal laa korang sampai ke rahmatullah lak, kalau still idup pun kaw2 kantoi dgn polis...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:03 PM | Show all posts

Reply #1 meela's post

tunggu aku melancong ker germany biler aku kaya nanti..
aku kasik review bergambo kat sini nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:25 PM | Show all posts
Peraturan kat autobahn (kat sini laa kebanyakan pemandu Mesia kantoi... hina tak?):-
  • Had laju minimum: 60 km/h so kalau setakat naik motor Honda Cub tu lupakan jer laa hasrat nak guna autobahn.
  • Lorong memotong kat sebelah kiri cuma bleh digunakan time nak memotong jer. Tak memotong, dok kat lorong kanan dan jangan gatal2 nak dk lorong kiri, kang kantoi dgn polis.
  • Memotong kat sebelah kanan (serupa macam memotong belah kiri kat Mesia) tak dibenarkan. Kalau keter yang dipotong tu memang dok lorong kiri, dua2 keter yang memotong dan dipotong akan disaman oleh polis.
  • Tak bagi keter yang lagi laju memotong pun adalah satu kesalahan.
  • Walau seteruk mana pun jem, lorong kecemasan mesti dikosongkan untuk bagi laluan kepada keter polis / ambulans / keter bomba. Kat autobahn yang takder lorong kecemasan (biasanya autobahn2 lama), lorong kanan tu dijadikan lorong kecemasan.
  • Tak dibenarkan sama sekali berhenti kat lorong kecemasan kecuali kalau kes keter rosak ataupun eksiden. Berenti kat lorong kecemasan pasal abis minyak pun dikira satu kesalahan gak sebab memang bleh dielakkan cuma sengaja carik pasal... hehehe zalim tak?
  • Jarak mengekor mesti sekurang2nya 2 saat (ingat lagi tak Peraturan 2 Saat time belajar memandu dulu...?) dan korang tak dibenarkan cucuk angin atau mengekor dekat sangat. In fact, korang bleh digantung lesen 3 bulan kalau mengekor dekat sangat.
  • Korang dibenarkan untuk gunakan hon atau high beam jap untuk signal nak memotong keter depan, tapi korang takleh berterusan main high beam. Korang gak tak dibenarkan memotong kalau rasa macam takleh belah nyer (rujuk balik Peraturan 12 Saat untuk memotong).
  • Pakai tayar mesti ikut max speed. Kalau tayar untuk low speed lak dibenarkan pakai tapi dengan syaran ditandakan sebagai tayar musim sejuk dan mesti ada stiker max speed untuk tayar tu laa.

So kalau ada di antara korang yang bercita2 nk bawak keter kat autobahn tu, pikir balik banyak kali. Jangan ingat bawak kat autobhn ni seseronok yang korang jangkakan sebab banyak part yang kebanyakan pemandu Mesia kantoi nyer. Kalau korang nak tau, peraturan2 yang ketat ni la sebenarnya rahsia di sebalik autobahn dan gak rahsia sebenar naper orang Jerman bawak keter laju camaner pun tapi jarang eksiden kat autobahn berbanding dengan eksiden kat Mesia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:28 PM | Show all posts

Reply #13 Squall-Leonhart's post

satu lagi aku nak tambah
pakcik aku crite...

sekiranya kita baru masuk highway tu dari susur masuk.... tetiba ada kereta langgo kite dari blakang, kita yg bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:30 PM | Show all posts

Reply #14 nik2121's post

Ya betul, sebab tu dikira sebagai tak bagi orang belakang nak memotong.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 09:43 PM | Show all posts
kalau eksiden kt autobahn ni, bukan nangis je dah , kutip serpihan otak ,tulang ngn daging je la, sure total loss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 09:43 PM | Show all posts
tang xde tol tu betul ke?...x kisah sgt speed limit tuh,tang tol tu yg minat...kalo btol maksudnya x mustahil爈a爊ak燽uat jalan yg berkualiti tp x membebankan rakyat...kat sini jln dah la hampeh,konsesi dok kaji x abes2 semata2 nak bg mkn sami veloo anak-beranak
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 12:03 AM | Show all posts

wa pon nak nyibuk gak la.....

First Ever speed limit imposed on autobahn...!




It抯 official - the autobahn now has a speed limit! Well, just one 60km stretch of it anyway. A 60km stretch of the legendary unrestricted German motorway that goes through the northern city of Bremen in Germany now has a 120km/h speed limit.

揟his is a good day for traffic safety and we are also sending a signal about protecting the environment and climate. Our goal is to introduce a general speed limit on motorways in the whole of Germany together with other states,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 08:16 AM | Show all posts

Reply #6 nik2121's post

betul la nik...aku la paul tan tu...   aku ada amik sikit info kat situn...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 08:17 AM | Show all posts

Reply #13 Squall-Leonhart's post

wah ... bagus aaar peraturan...tp mmg aku ade tngok gak kat tv...polis jerman than lori lps tu check suma keadaan lori. lps tu lori tu kantoi sbb pad brek dah nk haus dgn tmpt sambungn letak barang ade crack. time tu jugak polis tu suruh repair kalau x lori tu x dibenarkan jalan. mmg tegas betul. tp mlysia lps saman kasi jalan gak lp tu eksiden. tarak guna itu macam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.065440 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list