CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3940|Reply: 2

revolusi chevrolution; bonus pemilik chevy!!

[Copy link]
Post time 19-4-2008 06:41 AM | Show all posts |Read mode
Revolusi Chevrolution

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Mahu terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan, Hicom-Chevrolet tampil dengan tiga model terbarunya iaitu Aveo, Optra Magnum dan Optra Magnum Estate.


BAGI mereka yang inginkan ruang kargo luas tetapi
pada harga yang mampu milik, Optra Magnum Estate
mungkin jawapannya.

Setelah menyaksikan penerimaan memberangsangkan terhadap model SUV keluarannya iaitu Captiva, jenama pengeluar kereta daripada keluarga General Motors (GM) ini, semakin yakin untuk meluaskan empayarnya di Malaysia.

Bukan satu model, tetapi kali ini pengedar tunggal jenama Chevrolet di Malaysia, Hicom-Chevrolet Sdn. Bhd memperkenalkan tiga jentera terbarunya yang dilihat mampu memenuhi kehendak pengguna yang pelbagai.

Dikenali sebagai Aveo, Optra Magnum dan Optra Magnum Estate, buah tangan daripada Chevrolet ini menjadi bukti kesungguhan Hicom-Chevrolet untuk menjadikan jenama dari Amerika yang dihasilkan di Korea ini satu jenama pilihan bagi pengguna tempatan.

Mengenengahkan konsep Chevrolution, ia memberi penekanan terhadap nilai yang dipegang oleh Chevrolet. Chevrolution merupakan revolusi model perniagaan Chevrolet dan falsafah yang membuatkan jenama itu setanding dengan pesaingnya yang lain.

Biarpun bukan mudah untuk menembusi pasaran yang tegar dengan produk buatan Jepun dan tempatan, Chevrolet tetap optimis berdasarkan penerimaan kenderaan mereka dalam segmen kereta penumpang di Thailand, Indonesia dan Filipina.
Untuk meningkatkan keyakinan pengguna, Chevrolet telah memperuntukkan pelaburan besar dalam membina rangkaian 3S (pusat jualan, servis dan alat ganti). Pusat 3S yang dilengkapi dengan peralatan dan teknologi tercanggih itu dijangka berkembang kepada 15 premis menjelang akhir tahun 2008.

Lebih menarik lagi, Presiden Operasi GM Asia Tenggara, Steve Carlisle menyatakan Chevrolet berhasrat untuk mengukuhkan kewujudannya di Malaysia dengan kemungkinan akan membina kilang pengeluarannya di sini. Namun, segalanya masih dalam peringkat perbincangan dan penelitian.

Cuba sedaya upaya memulihkan imej Chevrolet seperti menangani isu waranti dan memberi perkhidmatan selepas jualan terbaik, Ketua Pegawai Eksekutif Hicom-Chevrolet, Yukontorn Wisadkosin yakin dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Chevrolet mampu mencatat jualan 4,000 hingga 5,000 buah kenderaansetahun dengan rangkaian sebanyak 25 pengedar.
"Selain itu, isu kemudahan mendapatkan alat ganti dan kosnya turut diberi perhatian. Dengan sokongan padu daripada GM, Hicom-Chevrolet kini mampu berkongsi sumber GM tanpa sebarang masalah.

"Menerusi akses secara langsung dengan para pengedar di rantau ini, kami mampu menstabilkan harga dan merendahkan kos alat ganti bagi kenderaan Chevrolet. Hasilnya, jenama Chevrolet akan bertambah kukuh dan pengguna dapat menikmati nilai jualan semula yang lebih tinggi," kata Yukontorn.

Disasarkan kepada golongan sasar berbeza, tidak dapat dinafikan bahawa model-model ini menampilkan aspek luaran dan dalaman yang jauh lebih bergaya.

Model Chevrolet Aveo, model sedan yang menggunakan nama sama dengan model hatchback popular Chevrolet sebelum ini dikuasakan dengan enjin bersesaran 1.4 liter 16 injap DOHC bersama sistem VGIS.

Didatangkan menerusi tiga varian iaitu Aveo 1.4 SE, SX dan LUX, enjin 1.4 liter ini dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Enjin kecil ini mampu menjana kuasa sehingga 92 PS @ 6,200 rpm dan tork sebanyak 130 Nm pada putaran enjin mencecah 3,400 rpm.


OPTRA MAGNUM jentera sedan yang dilengkapi pelbagai
sistem teknologi terbaru.


Bagi memberikan pemanduan lebih senyap, Aveo dilengkapi dengan sistem TNRS (Total Noise Reduction System). Sistem ini berfungsi untuk mengurangkan getaran dan bunyi luaran, misalnya menerusi pemasangan material penyerap bunyi di lokasi-lokasi strategik.

Bagi memberikan pengalaman pemanduan yang memuaskan, sistem suspensi Aveo ditala menggunakan teknologi baru dikenali sebagai Euro-Ride Tuning Suspension.

Untuk itu, roda hadapan Aveo dilengkapi dengan penyerap hentakan jenis topang MacPherson, pegas gegelung dan bar penstabil. Sementara roda belakangnya pula dipasang dengan suspensi jenis torsion beam, bersama pegas gegelung European Helical.

Menyentuh mengenai bentuk fizikalnya pula, Aveo tampil bergaya bersama gril hadapan kromium, sepasang lampu multi-reflector serta lampu kabus di bahagian bawah bumpernya.

Beralih kepada Chevrolet Optra Magnum pula, model yang mengaplikasikan tema 'Sentiasa dalam kawalan' ini menawarkan dua varian enjin iaitu sesaran 1.6 liter atau l.8 liter.

Enjin petrol 1.6 liter dengan konfigurasi empat silinder sebaris 16 injap DOHC bersama sistem VGIS ini berupaya menjana kuasa sehingga 107 PS @ 5,800 rpm dan tork maksimum 150 Nm @ 4,000 rpm.

Bagi mereka yang mahukan lebih kuasa, enjin 1.8 liter yang dipasangkan pada Optra Magnum ini dapat mencecah kuasa 121 PS @ 5,800 rpm dengan tork 160 Nm @ 4,000 rpm. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan Fuzzy Logic. Ia turut dilengkapi dengan sistem TNRS untuk pemanduan yang lebih menenangkan.

Mahu ruang kargo lebih luas? Model Chevrolet Optra Magnum Estate mungkin sesuai untuk anda. Dengan kapasiti mencecah 400 liter ketika tempat duduk berada pada posisi normal, ia sememangnya kenderaan bagi mereka yang memiliki keluarga besar atau sering ke luar daerah.

Walaupun pemilihan enjin 1.6 liter sebagai nadi penggeraknya menjadi persoalan, model estate ini sarat dengan teknologi keselamatan aktif dan pasif.

Harga yang ditawarkan oleh Hicom-Chevrolet bagi model Aveo bermula RM72,587 hingga RM82,847. Optra Magnum pula boleh anda miliki pada harga RM88,023 hingga RM102,603 seunit. Sementara model Optra Magnum Estate dijual bermula RM95,205 hingga 100,335 seunit bergantung kepada varian yang anda pilih.

Mula dijual sejak Khamis lalu (17 April 2008), semua model ini hadir bersama pakej jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer. Jangan lupa nantikan laporan pandu uji ketiga-tiga model ini tidak lama lagi.


aku rasa harga aveo tu competitive gak..  aku suka chevy... dulu pernah gak pakai malibu chevy jap  lepas guna ford ltd... wokey  gak keta dia...

[ Last edited by  amazed at 24-9-2008 12:00 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2008 08:15 AM | Show all posts
Hehehe dengar camni kang ada lak nanti saper pakai keter Chevy kat Mesia ni sumbat enjin Evo la pulak... tapi bleh masuk ker...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2008 12:01 PM | Show all posts
Bonus pemilik Chevrolet
Oleh Mohd Razlan Salleh


BERMULA 1 Ogos lalu, pemilik kenderaan Chevrolet tersenyum berikutan pengumuman harga alat ganti dan tawaran itu berlanjutan sehingga musim perayaan awal bulan depan.

Penurunan harga alat ganti ini boleh dianggap ‘bonus’ kepada pemilik Chevrolet terutama model Nabira, Aveo, Optra, Captiva, Optra, Lumina dan Spark.

Ketua Pegawai Operasi Hicom-Chevrolet Sdn Bhd, Yukontorn Vickie Wisadkosin, berkata penurunan harga beberapa alat ganti membolehkan kira-kira 15,000 pemilik kenderaan Chevrolet menarik nafas lega.

“Penurunan harga alat ganti ini merangkumi hampir 88 peratus alat ganti untuk model yang masih berada di pasaran.

“Harga baru yang bermula 1 Ogos membabitkan penurunan sehingga 67 peratus daripada harga alat ganti sekarang,” katanya.

Katanya, harga baru itu kini lebih murah atau menyamai harga alat ganti model lain dan membolehkan pemilik Chevrolet menyambut perayaan dengan lebih tenang.

“Hicom-Chevrolet akan meningkatkan lagi kualiti servis kenderaan termasuk perasmian beberapa pusat 3S sebagai kemudahan tambahan kepada pemilik Chevrolet.

“Dengan penurunan harga alat ganti dan pembukaan beberapa pusat sevis 3S, saya yakin pasaran kenderaan Chevrolet mampu bersaing di pasaran,” katanya.

Vickie berkata, penurunan harga alat ganti berkenaan disebabkan hubungan terus dengan General Motors yang memudahkan pembekalan barang alat ganti secara global dan terus kepada pelanggan.

Malah, konsep ‘Chevrolution’ yang diperkenalkan turut memainkan peranan dalam usaha Chevrolet memberi tumpuan penuh terhadap keutamaan pelanggan.

Bagi menjamin kesetiaan pelanggannya, Chevrolet juga melancarkan Program Apresiasi Pelanggan dan pemeriksaan 36 mata percuma serta diskaun 25 peratus untuk lima alat ganti lazim.

Antaranya penapis minyak, penapis udara, penapis bahan api, penapis pendingin hawa dan palam pencucuh untuk pemilik model Aveo, Optra, Nabira dan Captiva.

“Kami mahu lebih ramai pemilik Chevrolet kembali ke pusat servis bertauliah untuk menyelenggara kenderaan mereka,” katanya.

Menurut Vickie, penurunan harga alat ganti ini diharap menjamin harga jual balik yang lebih kukuh bagi kenderaan Chevrolet.

HICOM-Chevrolet kini memepunyai enam pusat 3S iaitu di Petaling Jaya, Bangi, Melaka, Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045426 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list