CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2040|Reply: 41

PAS Kerajaan Berwatak Pembangkang

[Copy link]
Post time 25-4-2008 11:35 AM | Show all posts |Read mode
PAS Kerajaan Berwatak Pembangkang
Posted on Thursday, April 24 @ 10:58:33 MYT by reformis

Oleh Muhammad Abu Zahra

Sekiranya kita menonton filem 'Ali Baba Bujang Lapok' arahan ALlahyarham P. Ramlee, ada satu slot yang sangat menarik untuk dijadi teladan dalam politik. Slot itu berkaitan dengan Ali Baba yang telah mendapat harta berusaha untuk merubah watak dirinya daripada watak seorang miskin kepada watak seorang kaya.




Beliau mencuba dengan menggayakan cara orang kaya berjalan dan batuk bagi menunjukkan kepentingan beliau merubahkan watak dirinya. Dalam filem tersebut akhirnya memaparkan bagaimana Ali Baba kemudiannya menjadi seorang kaya yang pemurah dan baik.

Mungkin ALlahyarham P. Ramlee cuba menggambarkan betapa pentingnya merubah watak diri seseorang apabila kedudukan dirinya telah berubah.
Telah lebih dari sebulan, PAS berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri. PAS berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan, menjadi peneraju utama di Kedah, menjadi ketua kerajaan campuran di Perak dan berkongsi kuasa di Selangor.

Dengan pencapaian yang seperti itu PAS bukanlah lagi sebuah parti pembangkang sebagaimana watak yang dimainkannya sebelum ini, sebaliknya merupakan sebuah parti yang memerintah atau sekurang-kurangnya 'government in waiting'.

Boleh jadi hikmah ALlah swt tidak memberikan kemenangan sekaligus, adakah untuk memberi senggang masa yang selesa untuk PAS berubah watak daripada watak pembangkang kepada watak kerajaan.

Transisi daripada watak pembangkang kepada watak kerajaan ini sebenarnya sangat penting memandangkan persekitaran politik Malaysia yang agak unik dengan wujudnya kepelbagaian kaum, sistem politik federalisme, monarki berpelembagaan dan wajah sosiol masyarakat Malaysia kesan daripada pemerintahan BN dalam tempoh yang agak lama.

Sebagai contohnya, dasar-dasar tentang hiburan dan budaya yang wujud dalam negara Malaysia sekarang sudah pasti memerlukan kepada dasar-dasar alternatif. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkifli Ahmad pernah menyatakan, nasib baik PAS tidak menang dalam PRU yang lalu (merujuk PRU 1999), kalau tidak bagaimana PAS hendak berhadapan dengan amalan hiburan dan budaya yang melampau di Malaysia sekarang.

Demikianlah pentingnya PAS mengambil peluang dalam suasana yang ada sekarang, untuk mereka melakukan perubahan watak daripada watak pembangkang kepada watak kerajaan.

Malangnya setelah lebih sebulan, perubahan itu masih begitu lambat. Di peringkat ahli-ahli bawahan tidak begitu kelihatan perubahan tersebut.

Sepatutnya ahli-ahli di peringkat 'grassroots' bukan lagi bertindak sebagai penghentam BN sebaliknya menjadi agen penerangan kerajaan Pakatan Rakyat yang berkesan.

Mereka juga perlu bersedia dengan minda masyarakat madani (civil society) demi untuk melaksanakan agenda Negara Kebajikan yang diwarwarkan. Sebenarnya mereka inilah yang menjadi tunggak pelaksanaan agenda Negara Kebajikan tersebut sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.

Malangnya yang begitu dibesar-besarkan sekarang melibatkan ahli-ahli PAS ialah ceramah besar-besaran di stadium-stadium, meneruskan tradisi PAS mengkritik UMNO sepertimana ungkapan 'Umno akan dimuziumkan di Johor'.

Demikian jugalah ceramah-ceramah di ceruk-ceruk desa, watak yang hampir sama diteruskan malah sehingga ke peringkat menjaga tepi kain UMNO, berkaitan dengan isu-isu dalaman yang mereka hadapi.

Kesemua ini tidak banyak membantu transisi perubahan watak politik PAS daripada watak pembangkang kepada watak kerajaan. Pimpinan PAS perlu memikirkan satu pendekatan untuk melonjakkan minda ahli-ahli mereka setelah lebih 50 tahun terbudaya dengan watak pembangkang.

Lidah rasmi PAS iaitu Harakah atau Harakahdaily juga tidak terkecuali, kebanyakan berita-berita yang dipaparkan masih mengekalkan watak yang sama.

Harakah menyiarkan kenyataan kepimpinan PAS tentang rumahtangga UMNO dan pandangan balas mereka terhadap polisi dan amalan kerajaan BN.

Jarang kedengaran kenyataan kepimpinan PAS mengulas panjang lebar tentang polisi dan amalan kerajaan negeri yang mereka terajui. Sebagai contoh, apabila MB Perak mengisytiharkan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dipilih terdiri sebahagiannya dari kalangan bukan ahli politik, tiada ulasan lanjut oleh kepimpinan PAS.

Bolehlah dianggap lidah rasmi PAS ini lebih sibuk dengan apa yang BN buat daripada menerangkan apa yang PAS buat.

Yang lebih malang lagi, lidah rasmi PAS lebih cenderung untuk menjaga tepi kain 'rumahtangga' UMNO. Pada ketika ini lidah rasmi PAS seperti menjadi suara penyambung kepada desakan-desakan dalam UMNO meminta Presiden mereka meletakkan jawatan.

Apa perlunya lidah rasmi PAS terlibat dengan masalah dalaman UMNO ini? Bukankah siapa sahaja yang menerajui UMNO pendirian mereka terhadap PAS tetap sama dan sukar berubah?

Oleh sebab itu, lidah rasmi PAS perlu melakukan anjakan paradigma daripada sekadar menjadi agen 'check and balance' terhadap kerajaan BN kepada agen propaganda PAS sebagai kerajaan. Harakah sepatutnya menjadi penyampai kepada polisi dan amalan PAS sebagai kerajaan untuk meyakinkan rakyat terus menerima dan menyokong PAS.

Di peringkat pimpinan tertinggi PAS juga tidak menunjukkan perubahan yang memberansangkan. Pada masa ini, rakyat sedang ternanti-nanti apakah seterusnya (what's next) berkaitan dengan manifesto Negara Kebajikan.

Boleh dikatakan keseluruhan pimpinan tertinggi PAS tidak bersuara tentang apakah langkah seterusnya untuk merealisasikan manifesto Negara Kebajikan dengan kuasa terbatas di peringkat kerajaan negeri?

Rakyat sudah tentu tidak puashati sekadar diberikan 'gula-gula' tiket bola percuma, penghapusan saman tertunggak PBT dan tarif air percuma untuk sejumlah tertentu. Menyedari hakikat tersebut, pimpinan tertinggi PAS seharusnya menerajui penerangan tentang pelaksanaan agenda Negara Kebajikan untuk memastikan sokongan rakyat kekal dan bertambah.

Dengan menerajui 5 buah negeri, Pakatan Rakyat sebenarnya berada dalam posisi yang seimbang dengan BN, malah mungkin lebih kuat sekiranya dilihat kepada kekuatan negeri yang mereka kuasai. Tetapi kekuatan tersebut tidak pergunakan, sebaliknya mereka masih berwatak pembangkang seperti Kerajaan PAS Kelantan 18 tahun yang lalu.

Apabila Kerajaan Pusat membatalkan beberapa MOU dan menarik balik beberapa projek, kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat menggelabah merasai tergugat. Pergantungan terhadap Kerajaan Pusat begitu kuat sehingga kelima-lima negeri itu seperti tidak boleh berdiri sendiri.

Setelah lebih sebulan berlalu inilah watak yang masih tebal pada Pakatan Rakyat khususnya PAS menjadikan mereka sebagai kerajaan berwatak pembangkang.

http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=1916

*******************

komen aku...

ada logiknya apa yg penulis cuba sampaikan...

memandangkan Harakah adalah media rasmi PAS.... dan PAS kurang dapat  tempat di media utama... IA HARUS MENJADIKAN HARAKAH sebagai sokkabar yg melaporkan polisi dan perkembangan terbaru kerajaan PR...

terlampau banyak sangat citer umno dalam harakah.. hingga lupa citer pembangunan yg di rancang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 11:37 AM | Show all posts
Harakah kena jadi Akhbar Harian... baru leh terang benderang
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 11:39 AM | Show all posts
memandangkan ramai sekarang guna internet...

so aku rasa tak perlu akhbar harian pun takper...

harakah daily skrg nie pun hari hari update... patutnya banyak kan citer kebaikan PAS...

jgn sibuk citer pasal umno...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:40 AM | Show all posts
luluskan permit TV utk PAS boleh? barula kerajaan yg tidak membankang
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #3 kipas_y2k's post

ko  baca ker harakahdaily???? ko kan ahli UMNO udah citer pasai UMNO yg ko nampak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:42 AM | Show all posts
ala ..harakah kerja dia cari salah org jee ..cari salah mereka yang tak setongkol   .

bukan nak buat kenyataan   yang adil pun ,   bila kena batang hidung sendiri , haram jadah la nak keluarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2008 11:43 AM | Show all posts

Reply #4 harisbee's post

aku sokong nie, slot 2 jam kat semua rangkaian TV... ada brani ka BN bagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:44 AM | Show all posts
memandangkan Harakah adalah media rasmi PAS.... dan PAS kurang dapat  tempat di media utama... IA HARUS MENJADIKAN HARAKAH sebagai sokkabar yg melaporkan polisi dan perkembangan terbaru kerajaan PR...

terlampau banyak sangat citer umno dalam harakah.. hingga lupa citer pembangunan yg di rancang



yg aku taw ameno yg dok sebok jaga tepi kaen org..... apa jerrr yg PR nak buat ameno mesti bangkanggg ..... waimahhhh tuk kebaekkkan bersama pun ameno xnak.....   masalah dlm kaennnnnnn yg sendirikkk yg TERLondehhh dah nak TERbarai pun lehhhh nak point kat org luarrrrr party...

ameno dah kekeringan ideaaa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 11:44 AM | Show all posts

Reply #6 asklinux's post

semua paper pun sama jer, mana nak ngaku kesalahan sendiri
lagi2 BN dan sekutu dorang... cover meng cover, hari2 mau NAFI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 11:44 AM | Show all posts

Reply #4 harisbee's post

tgk...

bebalik cakap benda yg belum pasti....

PAS tau sukar dapat TV dan sokkabar harian...

tapi PAS ada satu saluran yg masih boleh utk menyampaikan maklumat... iaitu HARAKAH...

tapi kenapa PAS tak cuba gunakan sebaik baiknya HARAKAH... utk mengwar warkan dasar dasar kerajaan...


kenapa kena pikir negetif... takder TV utk PR... tak leh buat apa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:45 AM | Show all posts
last last kan...apa nanti barua UMNO ni kata...UMNO = PAS...so sokonglah UMNO



[ Last edited by  harisbee at 25-4-2008 11:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:46 AM | Show all posts

Reply #10 kipas_y2k's post

betul ke x der penerangan pasal dasar kerajaan....ko baca ke idak nih?   
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:47 AM | Show all posts
apa kata tutup TV dan akhbar harian untuk BN , agak2 boleh hidup takk
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 25-4-2008 11:40 AM
luluskan permit TV utk PAS boleh? barula kerajaan yg tidak membankang



jgn ko mimpi lahhh nak dapat permit selagi bee end ade.... nak tumpang slot satu jam tuk update perkembangan gov pade rakyahhh pun payahhh ...

takut katenyeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #12 harisbee's post

http://www.harakahdaily.net


ko tgk cth ari nie...

tlg kirakan aku... bape citer pasal pembangunan...

bape citer lak pasal umno/bn...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by kipas_y2k at 25-4-2008 11:35 AM

Jarang kedengaran kenyataan kepimpinan PAS mengulas panjang lebar tentang polisi
dan amalan kerajaan negeri yang mereka terajui. Sebagai contoh, apabila MB Perak

mengisytiharkan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dipilih terdiri sebahagiannya
dari kalangan bukan ahli politik, tiada ulasan lanjut oleh kepimpinan PAS.

Bolehlah dianggap lidah rasmi PAS ini lebih sibuk dengan apa yang BN buat daripada menerangkan apa yang PAS buat.


      

Jarang kedengaran kenyataan kepimpinan UMNO BN mengakui
mereka salahgunakan hak-hak kerajaan seperti RTM walaupun
negeri glamor selangor and Penang tumbang jatuh ketangan Pakatan Rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 11:50 AM | Show all posts

Reply #15 kipas_y2k's post

akhbar UMNO lak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:51 AM | Show all posts
article di thread ini mengambarkan kekecewaan BN setelah
hilang banyak negeri kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12 lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:51 AM | Show all posts
silap...ada ke akhbar UMNO???? ataupun UMNO telah membalacikan akhbar kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:53 AM | Show all posts
haris, UMNO BN semakin mengelabah dan terus gelabah
selepas mereka merasai hayat politik mereka semakin pendek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071889 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list