CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hentian Puduraya -

[Copy link]
 Author| Post time 30-9-2008 01:47 AM | Show all posts

more info about puduraya -

Semuanya bermula di sini

Sempena hari raya Aidilfitri ini, wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto HAFIZH KOSHMAT mengajak para pembaca mengenali hentian Puduraya yang menjadi hentian ikon untuk pulang ke kampung di ibu kota.




KALIMAH raya bukan sembarangan. Ia menggambarkan betapa besarnya sesuatu itu. Mungkin begitulah gambaran yang boleh diberikan apabila berpadunya hari kebesaran umat Islam, Hari Raya Aidilfitri dan hentian Puduraya di Kuala Lumpur. Begitu jitu.


Seringkali apabila hari raya menjelang tiba, tidak akan ada sesiapapun mampu menyangkal kaitannya dengan hentian bas Puduraya. Di hentian inilah, sebilangan warga kota berpusu masuk sebagai titik permulaan menuju ke desa, demi hasrat murni menemui ayah bonda tercinta. Pulang ke kampung pada hari perayaan sudah menjadi tradisi warga Malaysia.

Walaupunterdapat beberapa hentian bas ekspres lain di ibu kota namun, hentian yang terletak di persimpangan Jalan Pudu ini mempunyai signifikan yang terlalu besar.

Ia merupakan terminal bas ekspres utama dan paling lama di ibu kota berbanding terminal-terminal bas yang ada pada hari ini.

Sebelum hentian Putra mengambil alih sebahagian besar perjalanan ke Timur atau hentian Duta mengambil alih sebahagian perjalanan ke Utara tanah air, semuanya bermula di sini.

Puduraya mula dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn pada 2 Oktober 1976. Kini, sudah 32 tahun dan ia terus berbakti kepada penghuni kota.


BEGINILAH rupa stesen kereta api Jalan Sultan
yang terletak di tapak asal hentian Puduraya.


Mengenalinya lanjut, Puduraya sebenarnya terbina di atas asas kemeriahan pusat pengangkutan awam ibu kota, apabila tapak asalnya merupakan sebuah stesen keretapi. Stesen berkenaan, Stesen Keretapi Jalan Sultan amat terkenal sebagai tempat persinggahan pengunjung luar ke pusat bandar sebelum tahun 1976.

"Puduraya dilihat sebagai satu bangunan yang amat moden pada zaman itu. Kala itu pun, tidak banyak bangunan-bangunan pencakar langit. Berdekatan dengannya, cuma terdapat bangunan Cahaya Suria. Bangunan Dayabumi yang terletak berhampiran Dataran Merdeka pun boleh dilihat terus dari sini!" kata seorang pekerja, Mat Nor Rahim yang telah berkhidmat di Puduraya lebih 20 tahun. Dia mengimbau kenangan ketika mula berkhidmat Puduraya pada pertengahan 1980-an.

Ceritanya lagi, dahulu di sebelah Puduraya terdapat sebuah padang bola yang dinamakan padang bola SCRC yang menjadi tumpuan warga kota kerana ia padang paling dekat dalam bandar. Tapak padang bola itu kini merupakan bangunan Plaza Rakyat.

"Mungkin kerana menyedari terdapatnya bekas-bekas laluan keretapi sedia ada, maka ia kini ditransformasi menjadi laluan transit aliran ringan (LRT)," katanya lagi.

Seorang lagi pekerja lama, Rosmah Sidek bercerita, ketika Puduraya mula beroperasi dahulu, keadaan amat jauh berbeza dari sekarang.

"Dulu, keadaan di sini agak lengang. Masa itu pun pengangkutan bas baru-baru popular. Kaunter tiket pun tidak banyak, ada 18 buah sahaja. Orang yang datang pun tidak ramai. Sekarang ini, mana tidak sibuk. Kaunter tiket sahaja ada lebih 100 buah," katanya yang bermula bertugas di Puduraya sebagai penjaga kaunter tiket dan kini merupakan kerani di pejabat pengurusan.

"Terdapat antara kaunter-kaunter tiket yang ada di Puduraya sekarang, asalnya tapak sebuah restoran dan pejabat pos," katanya.

Cerita Rosmah lagi, pada zaman dulu, bukan sahaja sebagai pusat yang menyatukan bas-bas di ibu kota, Puduraya ibarat satu mercu yang mesti diketahui terutamanya bagi mereka yang bukan dari Kuala Lumpur.

"Macam mana pun orang akan cari Puduraya," ujarnya.


PAPAN-PAPAN tanda lebih ceria kini menghiasi Puduraya.


Jelas sekali, bangunan Puduraya suatu ketika dahulu telah menjadi satu daya tarikan di Kuala Lumpur. Dengan wajah moden binaannya, lengkap dengan tingkat-tingkat hotel di atasnya, ia dilihat sebagai terminal bas yang amat menyelesakan kala itu.

Namun, peredaran masa turut mempengaruhi segalanya seiring kepesatan. Apabila semakin banyak bangunan-bangunan pencakar langit dibina, keadaan bas berubah serta kadar pengguna bas meningkat seiring populasi manusia, mungkin keupayaan yang dimiliki Puduraya dahulu kini jadi terbatas.

Menurut Shytul Shahryn Mohamad Shaari, Pengurus Besar UDA Mall Sdn. Bhd., selaku agensi yang mengurus hentian ini, Puduraya telah direka mengikut keperluan pada masa ia dibina.

"Kapasiti, ruang dan saiznya diukur mengikut keadaan bas dan bilangan pengguna pada masa itu. Tapaknya yang berkeluasan 7,293 meter persegi itu juga telah digunakan semaksimanya untuk pembinaannya. Apabila dunia semakin berubah, bas semakin besar saiznya, ada pula yang dua tingkat, syarikat bas bertambah, bilangan bas dan pengguna meningkat dengan banyaknya, faktor-faktor ini turut mempengaruhi keupayaannya dan menyumbang kepada kesesakan," kata Syhtul.

Sebagai contoh, Puduraya memiliki 24 platform tetapi 23 platform sahaja yang berfungsi. Ini kerana, platform paling hujung tidak mungkin dapat membolehkan saiz bas yang besar pada hari ini untuk melakukan pusingan.

Dalam sehari, Puduraya menampung purata 40,000 pengunjung dan jumlah ini akan meningkat sekali ganda apabila waktu puncak seperti menjelang hari raya. Ia menerima 800 jadual perjalanan dalam sehari dan pada hari raya jumlahnya boleh meningkat melebihi 1000 jadual perjalanan.

"Mujurlah pada raya tahun ini, demi mengelakkan keadaan menjadi lebih sesak, semua perjalanan ke Selatan telah dipindahkan ke hentian bas sementara, Bukit Jalil," katanya sambil menjelaskan pada hari biasa ia menampung purata 423 perjalanan ke Utara, 354 perjalanan ke Selatan dan 76 perjalanan ke Timur.

Shytul memberitahu bermula dari tahun 2005, renovasi dan pembaikpulihan besar-besaran telah dilakukan ke atas hentian Puduraya. Bangunan tersebut dicat baru keseluruhannya. Jika dahulu luar bangunannya berwarna agak terang, kini ia dicat dengan warna kecoklatan. Surau juga telah dibina baru.

Pertambahan papan-papan tanda pula menceriakan. Kaunter tiket ditambah, aspek pengwayaran, pengudaraan dan pencahayaannya diperelok dan mana yang bocor dibaiki.

"Kami sedar betapa panasnya keadaan di bawah platform sana, apatah lagi apabila 60 buah bas berhenti pada satu-satu masa. Kita telah meletakkan 16 set sistem kipas yang baru di situ," katanya sambil menegaskan UDA Holdings Berhad berkhidmat atas tanggungjawab sosiol.

"Pada hemat saya Puduraya akan kekal relevan. Jika pun ia ditakdirkan tidak lagi menjadi terminal bas ekspres pada masa akan datang kerana keperluan zaman yang mendesak, dengan keupayaannya menyatukan pelbagai jaringan pengangkutan, ia masih sesuai untuk menjadi hab pengangkutan untuk bas henti-henti. Atau setidak-tidaknya, berpotensi menjadi pusat membeli-belah," katanya yang menjelaskan dari kira-kira 300 kedai yang tersedia di Puduraya, dianggarkan 90 peratus daripadanya merupakan pemilik yang sudah begitu lama.

Bagi seorang peniaga runcit, Husin Hasan yang telah berniaga di situ selama 32 tahun, dia berada di situ saban hari dan dia lebih tahu berbanding orang ramai di luar sana tentang apa yang berlaku di Puduraya.

"Pakcik melihat ia terus membangun, maju dan maju. Amat berbeza dulu dan sekarang. Dari zaman pakcik bujang sampai sudah beranak pinak, pakcik kekal di sini. Pakcik sudah selesa di sini menyajikan barangan dan makanan untuk pengguna-pengguna bas dan tidak terfikir untuk ke tempat lain," kata lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu.

Tangannya pantas mengupas sebiji mangga, pengalaman tiga dekad berniaga terpapar dari gayanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2008 02:36 AM | Show all posts
lama betul x gi puduraya neh...mcm2 kenangan suka duka ada... 1st time jejak kaki kat KL dulu...............isk, kenangan menusuk jiwa......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 01:15 PM | Show all posts
tp skrng ni dh cantik sket dh aku tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 07:45 PM | Show all posts
mcm2 kenangan puduraya.. antaranya pi jumpak awel chatting IRC, ICQ dulu2... tido kat puduraya pasal terbeli tiket kencing, gertak penjual tiket beramai2 sebab bas takder.... kalau tandas tuh kalau masuk kencing dalam jamban mesti nampak kepala... pak guard sorg tuh aku ingat lagi.. kurus2.. misai tebal.. rambut ala2 awal 80an,,, pagi pukul 6 pagi mesti tiup wisel suh org bangun tido...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 08:43 PM | Show all posts

Reply #46 schumacher's post

sapa agaknya pak guard tu ye --

bila awak described tu - rasa2nya macam hangpc aje
tak pun.. matjab....  kalau bukan pun....
mg ramachandran aje --

dulu once saya nak gi genting - masa sekolah dulu ngan
kawan2 - sewa teksi aje kat puduraya --
okay juga  share ramai2 -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2008 09:49 AM | Show all posts



kat puduraya dulu (dekat shell station tu) - 1967



berubah betul keadaan tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2008 04:56 PM | Show all posts

Reply #32 deaf4ever's post

tu ko tgh tido kat puduraya ker... deaf?     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 09:05 AM | Show all posts

kat puduraya ni  - ramai pencopet -
jadi kalau nak naik bas tu.. kena hati2 sokmo
depa pun buat2 berebut... -

macam kat klang bus stand juga -

tempat2 ramai macam ni - senang depa
nak hilangkan diri -

jadi kena hati2 sokmo -

speaking of pencopet -
dulu zaman tok kadok ada cerita indonesia
tajuk Si Pencopet... tapi pencopet tu
hero...sapa ye.. lupa dah.. sophan sophiaan ke
rano karno ke... tapi best cerita tu macam sedih sedih
la juga  -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 04:17 PM | Show all posts
dah siap terminal bas di bandar tasik selatan nanti....
tak tau le apa nasib puduraya ni...
mungkin jadi terminal bas mewah atau jadi shopping complex..
terpulang kpd UDA ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by tundahgulana at 15-12-2008 04:17 PM
dah siap terminal bas di bandar tasik selatan nanti....
tak tau le apa nasib puduraya ni...
mungkin jadi terminal bas mewah atau jadi shopping complex..
terpulang kpd UDA ler...



bandar tasik selatan ?
tapi tempat tu rasanya tak strategik -

lagipun... apa nak jadi dengan project terminal
sebelah hentian puduraya tu ye ---

bukan situ akan gantikan terminal bas puduraya ke -
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 10:20 PM | Show all posts
terigat dulu2..aku pernah kene raba....
kami jalan bertentangan.....bila dh dekat ngan selamba je dia angkat tangan
pegang b*** d*** aku.....
hampeh tul..:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 10:33 PM | Show all posts
teringat kenangan bersama si dia..
platform 1.. utama ekspress..  
dah 3 tahun berlalu..
semoga dia berbahagia selalu..dengan teman baru..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 04:27 PM | Show all posts
nostalgic sungguh puduraya..one of the 'mercu tanda' for KL
UDA patut buat something more drastic..more than pasang all those papan tanda..
first and foremost, kebersihan tempat tu..tp, susah kan sbb tempat yg crowded..
plg x besh skrg jadik port indon dan segala mcm umat 'obersea'..jejantas yg kat
depan tu pun dah uzur sgt..pudu nie ibarat meeting point zmn skool dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 08:44 PM | Show all posts
masa zaman2 naik bas dulu cukup tak suka pegi puduraya ni sbb rasa cam tak selamat...kalo sampai awal terus duduk kat kaunter transnasional tu n tggu sampai dia announce bas dah sampai n cepat2 turun bawah naik bas
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 11:36 PM | Show all posts
Puduraya ni pukul 1 pagi pun masih jem lagi

Tapi sekarang ni tak taulah sama ada undang-undang mengharamkan perjalanan bas malam sudah dilaksanakan atau tak.

Puduraya ni jugak di sekitarnya da banyak hotel murahan dan ada tempat untuk mandi (rumah mandi awam).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2009 07:32 AM | Show all posts

Reply #56 WonBin's post

memang betul - ada tempat untuk shower -
terutama pada yang baru sampai.. muka semua
macam kambing sikit.. - so - kena lah mandi dan
sebagainya -- bagi freshen up -

masih lagi ada bas siang malam - dan masih jam teruk
kat kawasan puduraya sana - kalau sesapa boleh elakkan
dari lalu jalan tun perak ke jalan pudu tu -- elakkan la -
headache  lalu kat sini... dengan orang nya, dengan
kenderaannya, dengan bising ya amat nye -

kalau nak pergi kawasan2 puduraya ke ps ke.. naik LRT
berhenti aje kat plaza rakyat or masjid jamek -
walk is faster i reckon -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 11:48 AM | Show all posts
aku rase klau nak tgk camne rupe n ragam sebenar org2 kt kl ni g la kt puduraya..hehe selain kesesakan die, asap bas die, kt sini jgk leh tgk rupe penduduk2 yg mendiami kl, ade rupe indon, bangla, nepal..yg melayu cine india tu of course la..n kt sini jgk kite tau perangai sebenar masing2, mybe selfish (tp atas sebab keselamatan la takut kene pau etc)..dlu dalam tahun 90an pnah aku jmpe sorg makcik tua mcm terpinga2 je..aku ngn mber aku time br je turun bas dr sekolah aku, blk cuti..aku tgk muke makcik tu sedih je,so aku tgk org laen lalu lalang kt situ xpedulik pun kt die yela myb sme sebuk nk kejar bas masing2..so aku pun kesian kt makcik tu so aku ngn mber aku pun approach die tanye die, makcik nk g mane? die ckp " makcik nk g blk bt pahat.." die tunjukkan tiket die..tiket bas transnasional g bt phat kul 5 ptg platform bape ntah time tu aku lupe, time tu mmg dh pukul 5 dh pun..die ckp td anak die anto die pastu blah..makcik ni die leh mbace tp die xpham ape platform tu smue, even kt tiket dh tulis smue..bagus punye anak dh anto mak pastu terus blah n xckp kene tggu platform mane..:@ kesian makcik tu terpinge2 ke hulu hilir..so aku ngn mber aku cpt2 antokan die kt pltform bas transnasional yg g bt phat n sedang2 elok bas tu lom jln n makcik tu org last naek...sian mckik tu..yela aku pham org kl ni esp kt area puduraya tu mmg smue buat hal masing2, takut mende muruk org amik kesempatan etc..and aku pun admit kalau aku sorg2 mybe 50-50 jgk aku nk g tanye makcik tu..tp muke makcik tu mmg la kesian aku smpi skg leh igt muke mckik tu camne..n sedih je muke die..ai anak die..ape la tergamaknye campak makcik tu sorg2 je kt tempat mcm puduraya tu, tggu la die naek bas..

[ Last edited by  havovasta at 8-2-2009 11:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 01:39 PM | Show all posts
Dengar cerita Puduraya dah elok sikit sekarang nih. betul ker? Aku lama dah tak masuk dalam tu.

Heran jugak aku ada peniaga yang dah lebih 30 tahun berniaga dan ada jaga dan puluh2 tahun jadi jaga kat situ tetapi takda pulak kena kanserparu-paru sedangkan udara kat situ TERAMAT KOTOR !!



Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (BTS) dah mula nampak rupa .... buat masa sekarang ni mereka sedang siapkan platform yang dari jauh nampak seperti fly over highway.........laju betul diorang buat kerja. Macam nak buat KL Sentral sebijik lagi nampaknya...


Tetapi bayangkan kalau tiba di BTS tu pukul 3 pagi, mana nak pergi?????


Kalau kat Puduraya, boleh jalan kaki ke Bukit Bintang. Dekat sahaja dalam 10 minit sampai. 3 Pagi takda masalah masih ramai orang minum kat tepi jalan, dan orang baru balik clubbing/kelab malam. Jalan masih ada kereta lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 02:24 PM | Show all posts

Balas #59 WonBin\ catat

aku last masuk pduraya ujung thn lepas..mmg berubah skit, selaen cat, dlm pun depa dh lawakan.xdela kotor sgt cam dlu tp toilet die xtau la...dh la toilet kt sane sempit2, masuk kene bayo 30posen..:@ becerite sal kedai makan lak, ish aku mmg agak takut nk makan kt sane..mcm org indon je jual..pastu mcm kotor je kt sane..tu dlu la..dh la kalau lalu je dpn kedai diorg tu kene pakse seh makan, berebut2 diorg tu wahal kite nk lalu je kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 06:53 PM | Show all posts

Reply #60 havovasta's post

worang indon ker  worang myanmar  worang melayu ker  yang jual tak kisah...  kalu  tak bersih tu yang kena kisah...    aku tak tau ler pulak gerai2 kat sana kotoq ker  idak.....

nak bersih kalu meh makan kat dnr kompleks pkns  wokeyyy ajer..; sodap pun sodap... :victory:   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.080089 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list