CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-4-2008 08:00 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 9-4-2008 10:03 AM
Kita dah dpt NIAT UMRAH BERSYARAT.Dapat melalui Ustaz yg mengendalikan Pengurusan Haji
UNTUK WANITA SAHAJA.

1. KETIKA SUCI.
"Aku berniat mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana A ...


server problem

Nak tambah sikit tentang dam dan tahalul ihsar


PENGERTIAN
Dam untuk tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihrambagi  seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapatmenyelesaikan rukun hajinya atau rukun umrahnya atau kedua-duanya.

SEBAB-SEBAB
Terhalang atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit.

SEBAB-SEBAB LAIN
Dam Ihsar boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah wanita yangdatang haid dan tidak dapat melaksanakan Tawaf Haji atau Umrah keranaterpaksa balik segera ke tanah air. Begitu juga pesakit yangberpenyakit berat terpaksa segera dihantar balik ke Malaysia untukrawatan lanjut (kedua golongan ini Haji atau Umrahnya belumselesai).Apabila wanita itu telah suci dan mandi hadas besar, begitujuga pesakit berat telah sembuh dari penyakitnya, hendaklah pergi lagike Tanah Suci Makkah menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yangbelum selesai.

CARA MELAKSANAKAN DAM  IHSAR
Setelah keluar dari Makkah dua marhalah (91km) atau lebih atau setelah sampai  ke tanah air hendaklah:
1. Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting dengan
niat Tahallul, dan daging sembelihan itudibahagikan kepada fakir miskin tempatan.
2. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekorkambing dan bercukur atau bergunting dengan niat Tahallul, dan makananitu dibahagikan kepada fakir miskin tempatan.
3. Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyakbilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing (1cupak = 1 hari)dan bercukur atau bergunting dengan niat Tahallul.
Dengan berpuasa dan bercukur atau bergunting dengan niat Tahallul Ihsaritu,maka terhasillah Tahallulnya sekalipun bilangan hari puasanya belumselesai.

CONTOH NIAT TAHALLUL IHSAR
1. Aku menyembelih kambing ini sebagai Dam Ihsar untukTahallul Nusuk ku.
2. Aku bercukur atau bergunting bagi Tahallul Nusuk ku.
3. Aku bersedekah makanan sebagai ganti menyembelih kambing Dam Ihsar untukTahallul Nusuk ku.
4. Aku puasa esok hari sebagai ganti menyembelih kambing Dam Ihsar untukTahallul Nusuk ku.


[ Last edited by  rezeki at 10-4-2008 08:21 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2008 08:08 AM | Show all posts
server problem

[ Last edited by  rezeki at 10-4-2008 08:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 10:20 AM | Show all posts

Reply #181 rezeki's post

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 06:06 PM | Show all posts

HAJI

Salam,

Di sini saudara saudari boleh menceritakan pengalaman haji masing-masing untuk dikongsikan bersama. Memandangkan perbincangan 'Umrah' memang hangat diperbincangkan, jangan lupa pula kewajipan Haji pula. Sekiranya mempunyai soalan atau kemusykilan, boleh juga dikemukan di sini.

Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang wajib dilakukan buat mereka-mereka yang telah cukup syarat, iaitu berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan. Diharapkan disudikan berbincang di sini.

[ Last edited by  ustaz at 28-4-2008 06:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 06:24 PM | Show all posts
Biar ustaz ceritakan pengalaman haji ustaz baru-baru ini.

Ini merupakan pengalaman haji ustaz yang pertama setelah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum ini. Cuma yang membezakan antara umrah dan haji adalah bilangan jemaah dan ibadah haji itu sendiri. Namun pengalaman paling ustaz tak dapat lupakan adalah terkandas di bumi Muzdalifah selama 15 jam. Pada ustaz itu adalah suatu rekod dunia! Ustaz bertolak dari bumi Arafah ke bumi Muzdalifah selepas solat Isyaq. Perjalanan naik bas 20 minit sahaja. Apabila sampai, jemaah turun untuk mencari batu sebagai buat lontaran semasa di Jamrah(Mina). Kemudian masing2 tunggu bas untuk ke Mina pula. Muzdalifah adalah suatu padang yang tersangat besar, dikelilingi dengan pagar. Ada banyak pintu yang dinomborkan. Setiap jemaah akan beratur di pintu yang telah ditentukan untuk menunggu bas. Akan tetapi, sepatutnya setiap 10-15minit bas kami akan sampai. Akan tetapi kami kena sabotaj di mana bas kami kena 'hijack'. Hijack bermaksud ada kumpulan lain membayar drebar bas dan mengambil terus bas kami. Setiap kumpulan sepatutnya ada dalam 7-8 bas. Tapi ustaz rasa bas kumpulan ustaz dah tinggal 4 kot selepas dihijack. Masa tu baru kita tahu tahap kesabaran kita dan itulah ujian yang paling berat sekali. Kami beratur berhimpit2, berdiri, dari malam hingga sebelum zohor keesokkan harinya. Bayangkan dari selepas subuh yang sejuk hingga matahari terpacak di kepala dengan air dan makanan yang sedikit. Entah berapa jam lamanya tu. Jemaah lain sudah marah2, ada yang menjerit, ada yang menangis, ada yang pengsan dan macam2 lagi. Ustaz hanya berdiam sahaja menempuhi ujian getir ini. Ustaz masa tu teringatkan filem Pendekar Bujang Lapok. Selain beristighfar, ustaz selang selikan dgn "Cobaaaaaannnnnnn". Alhamdulillah, ia dapat menenangkan sedikit kesabaran. Ustaz telah beri laluan kepada orang tua2 untuk naik bas dulu. Ustaz muda lagi, baru 36, masih bertenaga. Jadinya kita utamakan yang lemah dulu. Ustaz naik bas yang terakhir sekali. Sepanjang ke Mina kelihatan padang Muzdalifah yang sudah lengang. Ternyata rombongan kami adalah rombongan yang terakhir sekali.

Itulah yang dinamakan ujian Allah dan kita kena redha untuk mendapatkan haji mabrur. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 06:27 PM | Show all posts

Reply #2 ustaz's post

Petikan akhbar mengenai peristiwa tersebut.

Tiada Jemaah Haji Terkandas, Hanya Terlewat, Kata Dr Abdullah

Daripada Khairdzir Yunus

MEKAH, 23 Dis (Bernama) -- Tiada jemaah haji Malaysia yang terkandas di Muzdalifah, tetapi hanya terlewat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian semalam mengenai perkara itu, beliau mengakui terdapat sedikit gangguan kepada kelancaran perjalanan jemaah haji dari Muzdalifah ke Mina tetapi perkara itu di luar kawalan Tabung Haji kerana kelewatan itu disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

"Hanya kira-kira 6,000 jemaah haji Malaysia yang terlibat dengan kelewatan itu," katanya sambil menambah bilangan itu adalah kecil berbanding 26,000 jemaah haji Malaysia yang menunaikan haji pada tahun ini.

"Kelewatan itu bukan dialami oleh jemaah haji dari Malaysia sahaja tetapi juga oleh jemaah haji dari seluruh dunia," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan ibadah haji musim 1428 Hijrah di Ibu Pejabat Tabung Haji Mekah di bangunan Al-Janadiriah di sini hari ini.

Laporan akhbar itu semalam menyebut 10,000 daripada 26,000 jemaah haji Malaysia terkandas di Muzdalifah pada 10 Zulhijjah (19 Dis).

Dr Abdullah berkata jemaah Malaysia yang paling lewat sampai di khemah jemaah di Muassim di Mina tiba pukul 12 tengah hari pada 10 Zulhijjah selepas bertolak dari Muzdalifah kira-kira 12 tengah malam itu.

Kesesakan jalan raya yang teruk berlaku pada 10 Zulhijjah apabila kira-kira tiga juta jemaah haji meninggalkan Arafah selepas berwukuf menyebabkan perjalanan dengan bas dari Muzdalifah ke Mina sejauh kira-kira 6.9km mengambil masa sehingga 12 jam.

Perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah sejauh kira-kira lapan kilometer sebelum itu dianggap lancar dengan hanya mengambil masa kira-kira dua jam.

Ramai jemaah haji dari seluruh dunia mengambil keputusan untuk meninggalkan bas masing-masing yang "tersangkut" dalam kesesakan itu dan berjalan kaki sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas bertambah teruk apabila ratusan ribu jemaah memenuhi jalan raya.

Dr Abdullah berkata beliau difahamkan kesesakan itu berpunca daripada tindakan segelintir jemaah yang tidak berkenaan menceroboh lebuh raya yang dikhaskan untuk bas ulang-alik hanya membawa jemaah haji Asia Tenggara sahaja di bawah sistem "Taraddudiah".

Mereka bertindak merobohkan pagar yang memisahkan lebuh raya biasa yang digunakan oleh jemaah haji negara lain dengan lebuh raya Taraddudiah yang terletak bersebelahannya.

Beliau berkata walaupun pengangkutan untuk jemaah haji Malaysia dari Arafah ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina menjadi tanggungjawab pihak Muassasah (pihak berkuasa haji Arab Saudi), namun Tabung Haji segera mengambil langkah menyelesaikan masalah kelewatan tiba jemaah haji Malaysia ke Mina sebaik sahaja dimaklumkan mengenainya.

Katanya bas yang mengangkut jemaah haji disediakan pihak Muassasah yang juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah kelewatan itu.

Dr Abdullah berkata secara umumnya ibadat haji tahun ini berjalan lancar dan sehingga Hari Tasyriq yang ketiga semalam atau pada 13 Zulhijjah (22 Dis), semua jemaah haji Malaysia selamat kembali semula ke Mekah setelah menunaikan ibadat wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah (18 Dis) dan ibadat melontar Jamrah di Mina pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Beliau berkata Tabung Haji akan mengkaji semua masalah dan kes yang diadukan pada musim haji tahun ini untuk penambahbaikan pada masa depan.

Katanya segala cadangan bagi penambahbaikan itu akan dikemukakan kepada kerajaan Arab Saudi pada pertemuan dengan perwakilan negara-negara Islam yang akan diadakan pada bulan Mei atau Jun tahun depan.

Beliau berkata secara umumnya ibadat haji pada tahun ini lebih baik daripada tahun lepas terutama daripada segi cuaca yang lebih selesa berbanding tahun lepas yang lebih sejuk.

Daripada segi pengurusan jemaah haji pula, katanya, Tabung Haji menjadi contoh kepada banyak negara lain yang datang belajar mengenai pengurusan haji, antaranya India, negara Asia Tengah, negara-negara Nusantara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia dan negara-negara Afrika.

Bilangan jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci pula ialah 24 orang, katanya.

Mengenai pelaburan Tabung Haji di luar negara, Dr Abdullah berkata Tabung Haji perlu bersikap berhati-hati dalam menguruskan pelaburan di luar negara kerana ia membabitkan wang pendeposit yang terdiri daripada orang Islam.

"Kita (Tabung Haji) tak boleh melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi, kita ambil sikap berhati-hati," katanya sambil menambah pelaburan Tabung Haji kini banyak dalam perladangan, hartanah dan saham.

Beliau berkata Tabung Haji akan memikirkan kemungkinan untuk melabur dalam bidang pembinaan bandar baru di Arab Saudi sekiranya ia berpotensi memberikan pulangan yang baik.

Sementara itu, beliau berkata anggaran kos keseluruhan yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia bagi menghantar jemaah haji negara tahun ini ialah RM50 juta.

Katanya setiap jemaah hanya membayar RM8,973 sebagai kos naik haji manakala subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi setiap jemaah haji ialah antara RM1,200 dan RM1,300.

Dr Abdullah sebelum itu melawat maktab (tempat penginapan) jemaah haji di bangunan Al-Janadiriah dan kemudahan yang terdapat di situ seperti klinik selain beramah mesra dengan para jemaah.

Bangunan Al-Janadiriah menempatkan tiga maktab jemaah haji Malaysia dan menampung lebih 7,700 orang jemaah.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2008 06:28 PM | Show all posts

Reply #3 ustaz's post

Lagi petikan akhbar utk dikongsi bersama. Agar perkara seperti ini dapat diatasi pada masa2 akan datang.

Haji cilik sukar lupakan pengalaman terkandas 3 jam

Oleh HELMI MOHD FOAD

SEPANG 26 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 07:15 PM | Show all posts
bagi saya lah kan..yang pernah memunaikan haji pada umur 18 tahun ni...sebelum牋pergi tu..belajarlah ilmu agama cukup2...jangan nanti sampai sana tak tahan rasa nak balik

dan seelok-eloknya pergilah dahulu ke madinah ziarah makam nabi dan jabal uhud...supaya bertambah lagi keyakinan tentang kebenaran islam..insyaAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 09:42 PM | Show all posts

Reply #1 ustaz's post

Kenangan Mengerjakan Haji Tahun 1999...Haji Akbar..
Ya Allah betapa payahnya utk menyempurnakan tawaf n sai Rukun dgn keadaan gelombang manusia...Subhanallah..
Semasa mengerjakan sai hampir nak pengsan dgn himpitan manusia..kaki bertemu kaki,,
Tapi alhamdulillah suami sentiasa berada di belakang..dan sempat membasuh muka kita dgn air
zam zam bila tengok kita hampir pitam akibat himpitan n sesak manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:47 AM | Show all posts
Pengalaman ustaz tentang berasak-asak adalah selepas Solat Jumaat seminggu sebelum mulanya ibadah haji. Masa tu bilangan jemaah paling ramai sekali. Tolak menolak berlaku dan himpit menghimpit kadar maksimum dari depan, belakang, kiri dan kanan. Di hadapan ustaz ada 4 orang makcik2 Indon yang rendah(paras dada ustaz) dan kurus. Mereka kelihatan tidak bermaya. Ustaz cuba hadang mereka dari ditolak dari belakang. Ustaz acapkali suruh mereka istighfar dan mengucap. Risiko untuk jatuh dan dipijak teramat tinggi sekali. Kami tertolak dan terpisah. Tak tahu apa jadi dgn makcik2 tu. Akhirnya ustaz masuk dalam kedai2 yg dekat Masjid Kucing. Esoknya ustaz demam. Diberitakan juga seorang kanak2 Malaysia berumur 9 tahun terbunuh dalam peristiwa itu.

Jadi kesimpulannya, untuk solat Jumaat di Masjidil Haram, orang perempuan dan anak2 kecil tidak sepatutnya pergi kerana tidak wajib dan keadaan amat membahayakan/memudharatkan.

Sekiranya teringin sangat nak solat Zohor di Masjidil Haram, datang bila keadaan sudah reda dan solat Zohor di Masjid. Tapi jangan tunggu hingga nak masuk waktu haram.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:24 AM | Show all posts

Reply #2 ustaz's post

Pengalaman ustaz sama dgn saya... sebijik... mungkin ustaz satu maktab dgn saya... saya sampai di Mina hampir jam 11.00 pagi.  Sebelum tu sampai di Muzdalifah jam 11.00 mlm, kutip batu, berehat kejap dan mula beratur di Muzdalifah dari jam 2.00 pagi.  Saya pun ada dengar pasal hijack ni.  Wakil muassasah call kedutaan Arab Saudi utk hantar bas, kalau tak sampai juga dlm masa 1 jam kami kena berjalan kaki. Masa tu jam 9 pagi.  Kesian pd jemaah yg uzur dan tua.  Berkejar tengok bas datang. Cuaca pulak teramat panas.  Inilah dugaan.  

Balik Malaysia, sya baca laporan akhbar tak sama dgn yg saya lalui, mungkin nak jaga nama baik Arab Saudi.

Alhamdulillah, saya, suami, mak (61 thn) dan abah saya (68 thn) yg turut serta, dpt menjalani ibadah haji dgn tenang.  Sesungguhnya Allah mempermudahkan perjalanan kami.  Syukur...

[ Last edited by  wawin at 29-4-2008 10:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #8 wawin's post

Salam Wawin,

Wawin dulu maktab berapa ya? Ustaz maktab 90 kalau tak silap, Hotel Al-Janadariah tingkat 15(Penthouse).

Alhamdulillah semuanya selamat, terutama abah wawin yang sudah berumur 68 tahun. Masa tu ustaz rasa bas kami kena hijack dari jam 2-3pagi lagi. Namun walau segala kepayahan kami lalui, ia tidak patahkan semangant ustaz. Rasa lega rasanya bila dah tunaikan kewajipan, kan? Kita baru balik 3 bulan lebih, rasa macam nak pergi lagi. Bukan apa, seronok bergaul dengan orang ramai dan beribadah.

Ustaz tinggal 8 orang sebilik dan Ustaz yang paling muda sekali. Tapi roommate ustaz memang menghiburkan. Apa taknya... hari2 buat lawak dalam bilik. Asyik berdialog filem P.Ramlee je... lepas tu nyanyi lagi Ahmad Jais... dan kami tak cakap melayu, tapi cakap Indon! Pasal jemaah Indon paling ramai, jadinya kami pun cakaplah Indon. Kalau wawin ada dalam hotel yang sama dan terserempak dgn sekumpulan pakcik2 cakap Indon, itu lah kami. Memang takde orang lain lagi dah.

[ Last edited by  ustaz at 29-4-2008 01:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:19 AM | Show all posts
Wawin maktab 96 Hotel Al Quds, 4 org sebilik.  Sebenarnya jejak kaki di Malaysia aje, terus nak pergi lagi.  Memang seronok sgt beribadah kat sana.  Wawin nak daftar sekali lagi dgn suami dan anak2, tapi takda kesempatan lagi.  Rancang tu nak gi bila suami pencen nanti.

Kat Masjidil Haram, jemaah Turki suka sgt peluk, usik wawin.  Mereka memang suka jemaah Malaysia.  Ada sekali tu kat Masjid Nabi, sebelah wawin ada mak arab tengah belajar ngaji, cikgu yg ajar dia tu (muda lagi) suruh wawin ngaji juga.  Berdebar campur malu sbb masa tu ramai org tengok kami.  Alhamdulillah, dia puji wawin ngaji.  Byk peristiwa manis beribadah kat sana.  Tu yg hati meronta2 nak pergi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:58 AM | Show all posts
Bila sebut pasal orang Turki, isteri ustaz pun kena tegur dgn makcik Turki ni. Masa tu kat Madinah, dalam masjid Nabawi. Makcik tu tegur, "Turkiye?", isteri saya balas "Malaisie". Makcik tu terkejut, "Malaisie?" sambil menekapkan tangan dia ke pipi isteri ustaz. Sambil berkata seolah2 bermaksud "haii... orang Malaysia pun rupa sebijik orang Turki ya?" gitu. Lepas itu isteri ustaz terpandang anak gadis makcik tu kat sebelah. Memang persis rupa adik isteri ustaz. Kotnya makcik tu kata rupa isteri rupa macam anak atau sedara dia, kot? Tapi memang macam2 perangai kita jumpa di sana, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:04 PM | Show all posts
ustaz ni kelakor lah.. sempat gak selit dialog P.Ramlee.. "Cobaaaannnnn"
iyelah, kalau x, tension plak kan..alhamdulillah semuanya selamat..
teringin sungguh nak buat haji.. doa-doakanlah dimurahkan rezeki..amin
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:11 PM | Show all posts
Kalau hati ikhlas, InsyaAllah, Allah akan bukakan pintu rezeki tanpa kita sangka. Yakinlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 01:13 PM | Show all posts
alhamdulillah..akhirnya saya dapat baca thread ni hingga selesai.  alhamdulillah juga saya dapat tau thread ni daripada board lain, sebab saya jarang jenguk board travel nih.

apa yg boleh saya katakan, inilah satu-satunya thread yang membuatkan saya baca tak henti2, page by page, word by word, dan thread ini telah membuatkan saya menangis, tanpa sedar air mata bergenang.  terasa betapa kerdilnya saya ni..jahil dan kurang serba serbi.

harapan saya, rezeki saya dan suami akan dipermudahkan dan kami akan dapat menjadi tetamu Allah ketika masih muda dan sihat, untuk melakukan segala ibadat2.  insya-Allah.

utk tuan punya thread, terima kasih banyak2 kerana berkongsi cerita, pengalaman dan gambar2 tuan haji di sana.  hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan yang tuan haji telah lakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:18 PM | Show all posts
Uda pergi menunaikan haji pada tahun 2004. Alhamdulillah semuanya selamat. Kami juga cepat sampai di Mina iaitu dalam jam 1pagi tapi ada my friends yang pergi dengan tabung haji sampai jam 7 pagi dan ada yang 12 tengahari. ada my oficemate sampai jam 12 tghari, dia kena berjalan 2-3 km, jatuh sampai berdarah lutut and kena admitted sebab dyhydrated. Kesin kat dia. But yelah tu kan ujian masing-masing.Masa tahun ni juga ramai yang mati terpijak semasa melontar, tapi alhamdulillah I dapat melontar dengan aman dan tenang and dapat melontar betul-betul didepan kawah (masa ni kawah masih kecil lagi).
Masa 2nd night, I dari mekah hendak ke Mina, punyalah jalan jem, so ustaz decide to turun and kami berjalan balik ke khemah/maktab. adalah berjalan dalam 1 km dicelah-celah ramai orang. Punyalah takut, sebab kalau terpisah, sure sesat sebab memang ramai orang and tak tahu ke mana nak tuju. Cuma nampak ustaz jauh-jauh aje dicelah-celah orang ramai. Alhamdulillah sampai juga ke khemah. Malam tu kami tak melontar sebab ramai orang. esuknya kami melontar and jamakkan yang malam semalamnya.

Tapi satu aje yang I masih tertanya-tanya hingga kini. Ada satu pagi tu selepas selesai sebuh, keluar dari mesjid. i nampak sorang mak Arab ni berjubah hitam and kepalanya penuh dengan cengkerik hitam-hitam. Banyak betul, geli and seram tenguk. But I tenguk dia selamba aje and kawan sebelah dia tu pun selamba aje. Mereka macam tak perasan ada binatang tu atas kepala. Bukan I saje yang nampak, my hubby pun nampak sama. So kami cepat-cepat jalan melintasi lady ni and takut2 cengkerik tu lompat kat kami. Bila tanya dengan ustaz, jawapan dia ' kat sini memang macam2 ada'. tulah sampai sekarang jadi misteri kat kami.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 02:21 PM | Show all posts
Seronok baca pengalamah haji & hajjah kat sini. Akak juga ada pengalaman mengerjakan haji pada late 2006 dan bergaul dengan jemaah turki. Walaupun kami dua dua tak reti bahasa satu sama lain tapi boleh juga berborak. Ada satu jemaah ni tanya akak kenapa pakai telekung? kenapa tak pakai tudung seperti gambar di tag? Jemaah turki kan tak pakai telekung.

Ada satu waktu solat akak dah lambat tempat penuh tak ada ruang langsung tapi dapat juga cari tempat bersebelahan ngan jemaah turki tapi tempat memang terhad (nasib baik akak kecik je), akak bawak sejadah, mereka cuma letak seluar panjang je(yg bunga2 macam seluar tidur ) untuk alas solat kesian pulak jadi akak bentang sejadah kongsi dengan mereka (satu sejadah bertiga)

Pengalaman banyak yang indah dan manis tapi ada satu pengalaman yg mungkin tak boleh dilupa akak sakit perut masa kat Mina. Masa tu ramai yang kena food poisoning, akak sampai merayu doc minta cucuk. Masa tu doktor pun kelam kabut pasal ramai sangat pesakit ubat pun terhad. Toilet juga dah lah terhad bayang kan kita nak guna toilet dengan kerap akak masuk toilet sini lepas keluar beratur kat toilet sebelah pulak ikut turn apa nak buat dah sakit tapi syukur sangat sangat pasal jemaah lain bertolak ansur.

Walaupun kita berhati hati pasal makan dan minum kiranya nak kena sakit, sakit juga.

[ Last edited by  aily at 29-4-2008 02:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 02:31 PM | Show all posts

Reply #14 uda's post

Uda,

Sekarang ni pun walaupun tempat melontar sudah besar, tapi perjalan pergi dan balik untuk melontak aje pun dah 7km. Pernah ustaz kira, paling jauh ustaz pernah jalan dalam satu hari adalah 20km! Memang banyak berjalan. Jadinya ustaz syorkan kepada bakal2 jemaah, jangan tunggu hingga tua untuk menunaikan haji. Haji memang sangat fizikal.

Ustaz pun syak yang uda dan suami nampak tu adalah makhluk Allah(bukan manusia).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072418 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list