CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78035|Reply: 386

Sukan Sea Laos 2009 : Update - Laos Sudah Bersedia -

[Copy link]
Post time 28-4-2008 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dexa at 17-9-2009 09:21

28 April, 2008
Laos Mahu Sukan Timang Bulu Ayam Dan Renang Sirip Dalam Sukan Sea 2009

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 22 jenis sukan yang dicadangkan sebelum ini oleh Laos, tuan rumah Sukan SEA ke-25, mendapat bantahan hebat daripada beberapa negara termasuk Malaysia.

Laos yang dipilih menjadi tuan rumah Sukan SEA 2009, telah membayangkan mereka mungkin hanya menganjurkan kira-kira 25 sukan, yang amat jauh berbeza dengan 43 sukan yang menawarkan pingat dan dua sukan pertunjukan anjuran tuan rumah pada 2007, Korat, Thailand.

Sukan seperti timang bulu ayam, hanya merupakan sukan tradisional yang dimainkan oleh kumpulan suku kaum di negara-negara Asia seperti Vietnam, China, Laos, Kemboja dan renang sirip telah dicadangkan berbanding angkat berat, snuker atau bola keranjang.


Sukan timang bulu ayam menyerupai perlawanan sepaktakraw bulatan, menggunakan bulu ayam yang diikat seperti bulu tangkis dalam badminton tetapi dimainkan dengan kaki.

Sukan timang bulu ayam dibahagikan kepada dua jenis yang asas - artistik(mata bagi pergerakan yang paling sukar dengan bola bulu ayam) dan permainan berpasukan (dimainkan dengan jaring di tengahnya dan dua pemain di setiap belah, menimang dan melibas bola bulu ayam dengan kaki mereka) dan mata dikira sepertimana dalam sukan bola tampar).

Selain daripada timang bulu ayam dan renang sirip, akuatik (renang & terjun), olahraga, badminton, tinju, bola sepak, golf, judo, karate, sepaktakraw, menembak, ping pong, taekwondo, tenis, bola tampar, gusti, wushu, muay, petanque, pencak silat, dan perlumbaan bot tradisional termasuk dalam senarai awal.

"Negara tuan rumah mengemukakan senarai awal sebanyak 22 sukan dengan tiga lagi masih belum diputuskan tetapi kami (Malaysia) dan beberapa negara yang menghadiri mesyuarat Majlis Sukan SEA berpendapat sukan tradisional tidak patut dimasukkan dan hanya memasukkan sukan yang biasa disenaraikan.

"Kami telah mencadangkan antara lain sukan seperti skuasy, bola keranjang, angkat berat hoki, snuker manakala negara lain juga mengemukakan senarai cadangan mereka. Senarai akhir dijangka dikeluarkan menjelang November," kata Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia Low Beng Choo yang menghadiri mesyuarat di Laos minggu lepas, semasa dihubungi Bernama.

Beng Choo berkata Laos juga telah menyatakan rancangan untuk membina kompleks sukan yang baru bagi temasya itu.

"Membina kompleks sukan yang baru adalah berita baik kerana mereka boleh memasukkan lebih banyak sukan dalam temasya itu," katanya.

-- BERNAMA


-----------------------------------------------------------------------------------------
laos laos - mentang mentang depa jadi tuan rumah.. ntah apa sukan
depa nak buat.. but then depa boleh suggest though sebab depa
tuan rumah... tapi  Timang Bulu Ayam?   first time dengar...
but then bagus juga kalau depa buat sukan2 camni  boleh malaysian
belajar juga -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 11:35 PM | Show all posts
aper beza timang bulu ayam ngan timbang bulu ayam?  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 11:37 PM | Show all posts

Reply #2 syazwan89's post

timang tu cam dodoi kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 11:43 PM | Show all posts

Reply #2 syazwan89's post

sama je timang ngan timbang... penggunaan je, ada yg panggil timang, ada yg panggil timbang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 11:51 PM | Show all posts

Reply #3 nik2121's post

almost all thread saya
nik mesti reply - either first reply or second -

suratan atau kebetulan ni, eh -

by all means - it is great if you can contribute
please - welcome -


timang tu cam dodoi kot


btw - it explained already how to play timang bulu ayam -

Sukan timang bulu ayam dibahagikan kepada dua jenis yang asas - artistik(mata bagi pergerakan yang paling sukar dengan bola bulu ayam) dan permainan berpasukan (dimainkan dengan jaring di tengahnya dan dua pemain di setiap belah, menimang dan melibas bola bulu ayam dengan kaki mereka) dan mata dikira sepertimana dalam sukan bola tampar).



still can't imagine it - but definitely something interesting to watch -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by y0sh at 28-4-2008 11:43 PM
sama je timang ngan timbang... penggunaan je, ada yg panggil timang, ada yg panggil timbang...


sama ka...?
rasanya tidak -
maksud awak dalam context sukan ni ke ---

saya rasa lah timang bulu tu sorta kinda nak bagi balance -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2008 12:59 AM | Show all posts
lagi satu...samer ker timang bulu ayam ngan timang shuttlecock..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 29-4-2008 12:08 AM


sama ka...?
rasanya tidak -
maksud awak dalam context sukan ni ke ---

saya rasa lah timang bulu tu sorta kinda nak bagi balance -
  


sama rasanya... cuba baca ni :

Sukan timang bulu ayam menyerupai perlawanan sepaktakraw bulatan, menggunakan bulu ayam yang diikat seperti bulu tangkis dalam badminton tetapi dimainkan dengan kaki.


sama la kan? timang bola = timbang bola...爌ergerakan爉engawal燽ola爂una爇aki/kepala爑tk爀lakkan爄a燿ari爐erjatuh爇e爈antai...爇an?燾uma penggunaan perkataan tu je yg lain2, tapi konsepnya sama... tapi kalau timang mcm timang baby tu memang dah kira lain la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 01:35 AM | Show all posts
macam ni hah kot :



leh cuba usha video kat sini - Sepak Bulu Ayam Demo - Video
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:41 AM | Show all posts
contoh bulu ayam yg disepak/ditimang/ditimbang tu... yg ni homemade爌unya :

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 12:44 AM | Show all posts

Reply #10 y0sh's post

saya rasa sukan macam ni macam poyo sikit untuk
sukan SEA....

just as macam kita adakan sukan batu seremban untuk
sukan SEA...

tak berapa challenging sangat rasanya

but then Laos has its right - cuz they are the host -
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 01:16 AM | Show all posts

Reply #11 dexa's post

memang.. tuan rumah ada hak utk tambah/gugurkan mana2 acara
mana2 yg rasa advantage utk diorang, diorang tambah..
mana2 yg rasa disadvantage, diorang gugurkan..
tapi mungkin ada alasan lain la kan, selain daripada disadvantage tu
contohnya macam masalah venue ke..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 01:18 AM | Show all posts
Laos gugur banyak acara Sukan Sea
[Harian Metro]

MASIH terlalu awal untuk memastikan sama ada hanya 22 sukan bakal dipertandingkan di Vientiane, Laos pada temasya Sukan Sea ke-25 tahun depan, tetapi ketiadaan beberapa acara penyumbang pingat dalam senarai itu menimbulkan tanda tanya.

Jawatankuasa penganjur Sukan Sea yang bermesyuarat di Laos minggu lalu memutuskan sukan akuatik (renang dan terjun), olahraga, badminton, tinju, bola sepak, golf, judo, karate, sepak takraw, menembak, ping pong, taekwando, tennis, bola tampar, gusti, wushu, muay, petanque, pencak silat, perlumbaan bot tradisional selain sukan tradisional iaitu timang bulu ayam dan renang sirip berada dalam senarai awal.

Begitupun Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi enggan melatah dengan perkembangan itu tetapi menjangkakan sukan dipertandingkan akan ditambah tetapi jumlahnya mungkin tidak akan melebihi 30.

Jelasnya, bagi sebuah negara yang pertama kali menganjurkan Sukan Sea, segalanya bergantung kepada Laos sama ada mampu menyediakan venue untuk pertandingan sukan terbabit atau sebaliknya.

Difahamkan, sukan awal menjadi ‘korban’ akibat tiada venue ialah bowling, skuasy dan gimnastik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 01:24 AM | Show all posts

Reply #13 Jiman's post

Jawatankuasa penganjur Sukan Sea yang bermesyuarat di Laos minggu lalu memutuskan sukan akuatik (renang dan terjun), olahraga, badminton, tinju, bola sepak, golf, judo, karate, sepak takraw, menembak, ping pong, taekwando, tennis, bola tampar, gusti, wushu, muay, petanque, pencak silat, perlumbaan bot tradisional selain sukan tradisional iaitu timang bulu ayam dan renang sirip berada dalam senarai awal.



baru aje saya ada buka pasal petanque - that would be interesing -

muay tu apa pulak ye -
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 01:27 AM | Show all posts
macam terjakun lak dengan renang sirip (fin swimming),
so surfing2 punya surfing, baru la faham.. hahaha
terjumpa youtube pasal fin swimming ni -



sama je macam acara berenang biasa,
bezanya pakai 'fin' kat kaki -



macam seksa je.. adoii..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 30-4-2008 01:24 AM

baru aje saya ada buka pasal petanque - that would be interesing -

muay tu apa pulak ye -


muay tu i think.. thai kick boxing kot..



ganas..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 01:20 PM | Show all posts
haha ramai upanyer yg tak tau pasal timang bulu ayam ni yer?

kat johor ni dipanggil "chap teh"

tapi nak wat ni dlm olimpik?

biau betui...

tapi aku tengok gara2 nak pingat punya pasal mcm2 game mengarut masuk dlm sukan2 antarabangsa ni ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 10:04 PM | Show all posts

Reply #17 ReuK's post

tapi aku tengok gara2 nak pingat punya pasal mcm2 game mengarut masuk dlm sukan2 antarabangsa ni ye?


that's what the advantage of being the host -

boleh suggestkan god forsaken sports  yang negara tu bagus -
in order to grab some medals -

macam la malaysia gak masa sea games commonwealth games dulu -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 10:05 PM | Show all posts

Reply #15 Jiman's post

ahhh that's what it is -

i dislike swim with fin -  but if i go for
snorkelling   that's fine -

kalau setakat nak swim kat pool - ishhhhh
rasa cramp pula kaki tu nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 02:05 PM | Show all posts

Reply #18 dexa's post

then medals is more important than sportmanship? hahaha

nak jaga reputasi sendiri

malaysia tambah sukan apa ye masa dulu?

zero lion ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074835 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list