CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Sukan Sea Laos 2009 : Update - Laos Sudah Bersedia -

[Copy link]
Post time 7-5-2008 10:48 AM | Show all posts

Reply #11 dexa's post

huhuhhu kalo kino yang jadi presiden sukan sea ni...bila suka sea kat malaysia nanti kino wat game lawan congkak, main batu seremban, galah panjang, tengteng, konda kondi, zeropoint, polis sentri, baling tin, tuju kasut,

memacam lagi game yang hanya ada kat malaysia je.....rules lak ikut rules kino seniri....confirm malaysia bolot emas semua game
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 09:32 AM | Show all posts

Reply #21 kinokuniya's post

hahahaha bleh bleh

tapi ko kuar laa duit dulu anjur sumer games tu

appa laaa ini olang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 08:16 AM | Show all posts
MSN terkilan sikap Laos
BERITA HARIAN

Gugur acara mampu beri emas ganti sukan rakyat di Sukan Sea 2009

KETIKA Sukan Sea XXV 2009 di Laos menggugurkan banyak acara yang sebelum ini menjadi lubuk emas untuk kontinjen negara, Majlis Sukan Negara (MSN) akan memastikan tumpuan semasanya tetap ke arah menyediakan atlit terbaik menyahut cabaran Sukan Asia 2010 dan Olimpik 2012.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong, berkata beliau agak terkilan dengan gelagat tuan rumah itu yang sebaliknya memilih memasukkan beberapa acara sukan rakyat untuk dipertandingkan dalam sukan dwitahunan itu di Vientiane kelak.

揔ita hairan mengapa negara tuan rumah memilih untuk menganjurkan acara yang bukan menjadi saingan di Olimpik sebaliknya memilih sukan tradisi seperti renang sirip, sepak bulu ayam dan muay thai.

揫b]Saya begitu kecewa apabila acara yang menjadi sandaran pingat untuk negara digugurkan di Laos seperti memanah, bola keranjang (wanita), lumba basikal dan gimnastik,
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 10:25 AM | Show all posts
korang pernah pergi Laos tak aku tengok vietnam lagi bagus infrastruktur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 03:15 PM | Show all posts

Reply #24 HangPC2's post

sister dah pergi both vietnam and laos -
vietnam is  a much better place -
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 10:49 AM | Show all posts
aku dengar banyak negara asean nak sapot laos bagi dana kat laos ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #26 HangPC2's post

bagus la macam tu ---  hopefully sea games kat laos
successful nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 08:37 PM | Show all posts
Malaysia Sumbang Kepakaran Bagi Jayakan Sukan Sea Di Laos
BERNAMA - 15 Oktober, 2008 16:11 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memberi bantuan teknikal termasuk mengadakan pertukaran pegawai dengan tuan rumah Sukan SEA ke-25, Laos, yang akan menganjurkan temasya dwi-tahunan itu di Vientiane, dari 12-21 Disember tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan tersebut berdasarkan permohonan daripada Laos kepada kerajaan Malaysia yang diterima menerusi Wisma Putra awal bulan lepas.

"Laos kurang berpengalaman dalam penganjuran sukan antarabangsa dan mereka meminta Malaysia yang pernah menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998 dan lima kali menjadi tuan rumah Sukan SEA (1965, 1971, 1977, 1989, 2001), untuk memberikan bantuan kepakaran untuk penganjuran Sukan SEA," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata sehingga kini, Laos tidak meminta sebarang bantuan kewangan daripada Malaysia walaupun beberapa negara Asean lain seperti Thailand dan Vietnam, turut memberikan bantuan berbentuk kewangan kepada negara tersebut.

Beliau berkata Malaysia menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan Laos juga akan bertukar-tukar pegawai bermula pada Disember depan bagi membolehkan mereka memahami senario arena sukan di kedua-dua negara.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga, katanya telah beberapa kali mengendalikan kursus kepada Jawatankuasa Sukan Kebangsaan Laos (LNSC).

Laos juga, katanya meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi Kementerian Belia dan Sukan menghantar jurulatih badminton bagi menggilap bakat pemain di negara tersebut.

Tinjauan Bernama di beberapa laman web Sukan SEA Laos sebelum ini mendapati kebanyakan negara Asean telah menghulurkan sumbangan kepada Laos yang merupakan negara termiskin di rantau ini dan sehingga kini lebih RM300 juta telah dikumpulkan menerusi sumbangan masyarakat antarabangsa.

Menurut lawan web, jiran terdekat Laos, Vietnam antara penyumbang utama dengan menawarkan kepakaran dalam teknologi maklumat (IT) termasuk memasang peralatan elektronik baru di stadium bola sepak dan stadium tertutup yang baru.

Vietnam, tuan rumah Sukan SEA 2005, bersama-sama dengan Thailand, juga akan membantu Laos dalam kawalan doping sepanjang temasya itu. Malahan, Vietnam juga berjanji untuk membantu Laos membina perkampungan atlet di Vientiane.

Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand akan membelanjakan kira-kira RM10 juta untuk mengubah suai stadium bola sepak nasional, gelanggang tenis dan stadium tertutup.

Kementerian itu juga membayar kira-kira RM600,000 bagi latihan untuk pengadil dan atlet. Sementara itu Singapura telah menanam 500 batang pokok di sekitar stadium bola sepak.

:pompom: :pompom: :pompom:

yeahhhh.. sukan menyatukan negara2 asia tenggara
harap semuanya berjalan lancar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 03:24 AM | Show all posts
Laos mohon bantuan jurulatih badminton kita
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Laos yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-25 tahun depan, memohon bantuan Malaysia menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membekalkan negara itu dengan tenaga kepakaran dari segi penganjuran sukan dan kejurulatihan khususnya badminton.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai negara yang kurang berpengalaman dan baru kali pertama dipilih sebagai tuan rumah, Laos memilih Malaysia kerana pernah menganjurkan dan menjayakan pelbagai kejohanan antarabangsa antaranya Sukan SEA dan Sukan Komanwel.

"Dalam program bantuan ini, Laos dan Malaysia akan saling menghantar pegawai untuk menerima dan memberi tunjuk ajar berkaitannya. Bagi kejurulatihan, mereka hanya meminta bagi sukan badminton setakat ini," katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementerian beliau di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.

Menurut Ismail, program bantuan dan pertukaran penghantaran pegawai itu mungkin dilaksanakan seawal Disember ini dan selain MSN, delegasi negara itu turut akan diletakkan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan pelbagai persatuan sukan kebangsaan.

Beliau bagaimanapun menambah, tiada bantuan dari segi kewangan yang turut dimohon Laos yang dikatakan mengurangkan banyak jenis sukan yang berpotensi sebagai penyumbang emas Malaysia sambil memperkenalkan segelintir sukan pelik rakyat Indo China seperti sepak bulu ayam dan renang sirip.

Mengenai pengguguran gimnastik, skuasy, hoki dan banyak lagi sukan yang memihak Malaysia, kata Ismail, ia terserah kepada tuan rumah yang turut dipengaruhi keinginannya mencerahkan peluang memenangi pingat selain ketiadaan gelanggang khas bagi sukan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail memberitahu, segala hasil dan ketetapan daripada Konvensyen Sukan Kebangsaan dari 29 hingga 30 Oktober ini di Seri Kembangan, bakal menentukan hala tuju baru sukan Malaysia khususnya penggubalan Dasar Sukan Negara dan program persediaan ke Sukan Olimpik London 2012.

Ketika ini, katanya, MSN juga mengadakan perjumpaan dengan persatuan sukan kebangsaan sebagai langkah awal menyusun program berkenaan sebelum dimuktamadkan, Disember ini sekali gus membolehkan pelaksanaannya pada Januari tahun depan.

Mengulas isu pelumba berbasikal, Rizal Tisin yang mungkin terpaksa memberikan perhatian kepada masa depannya dengan mencari pekerjaan tetap, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, pihaknya akan mengusahakan sesuatu sebagai membantunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 08:00 AM | Show all posts
Sukan SEA Laos senarai 3 acara baru

KUALA LUMPUR - Angkat berat, berbasikal serta memanah menjadi tiga acara sukan yang baru disenaraikan oleh Persekutuan Sukan SEA (SGF) untuk dipertandingkan pada Sukan SEA Laos 2009 selepas diputuskan dalam mesyuarat Majlis dan Lembaga Eksekutifnya, kelmarin.


Kemasukan ketiga-tiganya kini menjadikan sebanyak 25 jenis sukan akan memeriahkan temasya dwitahunan kali ke-25 di negara Indochina itu pada Disember tahun depan yang turut mempertandingkan 398 pingat emas kesemuanya.

Ia berbeza dengan 22 jenis sukan yang sebelum ini mahu cuba dipertandingkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Laos malah jauh lebih rendah daripada 43 jenis sukan yang menghiasi Sukan SEA Ke-24 di Korat, Thailand, tahun lalu.

Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Prof. Datuk Chin Wai Yong berkata, berbasikal cuma akan melibatkan acara lebuh raya dan berbasikal bukit dengan lapan pingat emas tetapi tanpa acara trek kerana tuan rumah tidak memiliki velodrom untuk dipertandingkan.

"Angkat berat menawarkan 15 emas dan memanah dengan lapan emas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam sekembalinya daripada menghadiri mesyuarat Majlis dan Lembaga Eksekutif SGF di Vientiane, Laos.

Turut sah dipertandingkan dalam Sukan SEA Laos nanti ialah olahraga (45 emas), akuatik (41 emas), badminton (tujuh), biliard & snuker (10), tinju (16), bola sepak (dua), golf (empat), judo (18), karate (19), sepak takraw (lapan) dan menembak (34).

Lain-lain ialah pingpong (tujuh), taekwondo (21), tenis (tujuh), tenis ringan (tujuh), bola tampar (empat), angkat berat (15), gusti (21), wusyu (21), muay Thai (14), petanque (11), pencak silat (19), renang sirip (16) dan sepak bulu ayam (tujuh).


"Mesyuarat di Laos juga bersetuju untuk mengehadkan penyertaan beberapa negara dalam jenis sukan tertentu bagi mencerahkan peluang negara yang kurang handal memenangi pingat," ujarnya.

Malaysia membawa pulang 68 emas, 52 perak dan 95 gangsa dari Korat tetapi jumlahnya bakal berkurangan di Laos yang menggugurkan banyak jenis sukan akibat ketiadaan kemudahan gelanggang dan kelemahan atletnya serta bagi menjimatkan kos penganjuran.

Antara sukan di Korat yang digugurkan Laos ialah besbol, bola keranjang, bina badan, boling, kenu & kayak, sukan tari, ekuestrian, lawan pedang, futsal, golf, gimnastik, bola baling, hoki, boling padang, polo, mendayung, ragbi, pelayaran, sofbol, skuasy, lumba perahu tradisional dan triatlon.

******************************************************************

gymnastics, squash  eh.. banyak sukan2 yang digugurkan -
so rasanya contingent yang pergi nanti pun tak seramai di korat -
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 30-4-2008 01:20 PM
haha ramai upanyer yg tak tau pasal timang bulu ayam ni yer?

kat johor ni dipanggil "chap teh"

tapi nak wat ni dlm olimpik?

biau betui...

tapi aku tengok gara2 nak pingat punya pasal  ...


itu ler....aku pelik....nak blaja apanye lagi...
kita pon ada...chap teh...hehehe

ni dlu main kt dlm kelas masa akhir sem, sbb kalo guna bola nnti melambung ke meja cikgu dan dia ngamuk

Chow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 05:56 AM | Show all posts
Sukan SEA: Banyak emas terlepas



ACARA olahraga menawarkan sebanyak 45 pingat
emas pada temasya Sukan SEA di Vientiane tahun depan.



SUKAN SEA edisi ke-25 hanya akan berlangsung di Vientiane, Laos pada Disember tahun hadapan, tetapi Malaysia sudah kehilangan 97 pingat emas daripada 398 pingat emas yang ditawarkan dalam 25 jenis sukan yang akan dipertandingkan.

Keputusan Persekutuan Sukan SEA (SGF) untuk mempertandingkan 25 jenis sukan di Vientiane berbanding 43 jenis sukan dengan 475 pingat emas yang ditawarkan pada edisi sebelumnya di Korat, Thailand pada 2007 ia bakal menjejaskan kutipan pingat emas Malaysia di Laos.

Ini berikutan keputusan muktamad SGF menggugurkan 11 acara yang sememangnya menjadi kekuatan kepada kontinjen negara.

Pada temasya di Korat, Malaysia memperoleh emas menerusi gimnastik (2), gimrama (4), tenpin boling (4), skuasy (1), terjun (7), ekuestrian (4), hoki lelaki (1), hoki wanita (1), boling padang (4), polo (1), pelayaran (2) dan triatlon (1).

Jumlah acara yang tidak dipertandingkan di Vientiane ini menjadikan Malaysia kehilangan 32 pingat emas.

Di samping itu, Malaysia juga tidak akan mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan tradisional yang popular di negeri-negeri Indochina yang menawarkan 65 pingat emas. Tenis ringan (soft tennis) menawarkan tujuh pingat emas, gusti (21), muay thai (14), renang sirip (16) dan sepak bulu ayam (7).

Jumlah pingat emas yang dimenangi di Korat tetapi tidak dipertandingkan di Vientiane dan jumlah emas dalam acara yang tidak disertai Malaysia di Laos, menyebabkan Malaysia sudah pun kehilangan 97 emas daripada 398 pingat emas yang ditawarkan.

Ini bermakna Malaysia hanya akan bersaing untuk merebut baki 301 pingat emas daripada 25 acara yang dipertandingkan.

Olahraga menawarkan jumlah emas terbanyak (45) diikuti akuatik (41), menembak (34), taekwondo (21), wusyu (21), karate (19), silat (19), judo (18), tinju (16), angkat berat (15), petanque (11), biliard & snuker (10), lumba basikal (8), memanah (8), sepak takraw (8), badminton (7), tenis (7), ping-pong (7), bola tampar (4), golf (4), dan bola sepak (2).

Begitupun, Malaysia pasti tidak mengambil bahagian dalam semua acara dalam beberapa jenis sukan yang dipertandingkan menyebabkan jumlah emas yang direbut semakin berkurangan.

Pada temasya di Korat, Malaysia membawa pulang 68 emas, 52 perak dan 95 gangsa dan jumlah ini pasti berkurangan jika mengambil kira faktor di atas.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai kemungkinan jumlah kutipan emas di Laos akan berkurangan mengakui bahawa Malaysia mungkin tidak dapat mengulangi pencapaian seperti yang dicapai di Thailand, dua tahun lalu.

Kekurangan Laos, negara yang termiskin di kalangan negara Asean menyebabkan banyak acara tidak dapat dipertandingkan ekoran masalah infrastruktur.

"Jangan letak harapan terlalu tinggi untuk kontinjen Malaysia ke Laos.

"Kita kena realistik kerana banyak acara yang menyumbangkan emas kepada kita sebelum ini tidak dipertandingkan di Laos," kata Ismail Sabri.

Malaysia juga katanya mungkin menghantar skuad pelapis sahaja ke Laos untuk tujuan pendedahan.

Temasya dwitahunan ini akan berlangsung di Vientiane, Laos pada 9 hingga 13 Disember tahun depan. - Bernama


*********************************************************************************************

nak buat camana - dah laos yang jadi host.. depa ada hak nak gugurkan mana2 sukan yang
depa tak nak pertandingkan... dan pertandingkan sukan yang depa rasa depa boleh dapat emas -

just malaysia try the best mana2 sukan yang dipertandingkan itu -- emas tu memang akan dapat
tapi tak sebanyak korat  la nampaknya - apa2 yang penting semangat kesukanan.. dan buat yang
terbaik.. pecah record  dan dapat lahirkan ramai pelapis sukan negara -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 06:21 AM | Show all posts
Empat acara basikal

KUALA LUMPUR - Tuan rumah Sukan SEA 2009, Laos hanya menyenaraikan empat acara lumba basikal untuk dipertandingkan pada Temasya itu tahun depan.


Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata, acara trek dan lebuh raya lepas beramai-ramai langsung tidak mendapat tempat.

Katanya lagi, empat acara yang disenaraikan adalah kriterium, ujian masa individu (jalan raya), menuruni bukit dan merentas desa (basikal bukit) membabitkan lelaki dan wanita.

"Walaupun kita kecewa dengan perkembangan terbaru ini tetapi sekurang-kurangnya basikal tetap dipertandingkan daripada tiada langsung.

"Apa pun kita akan cuba membawa pulang emas daripada keseluruhan lapan pingat emas yang ditawarkan,'' katanya semalam.

Menurut Abu Samah, acara trek tidak dipertandingkan kerana Laos tidak memiliki velodrom, manakala basikal bukit mendapat tempat kerana ia tidak memberi masalah dalam soal keselamatan.

**********************************************************************************************

banyak sangat kekurangan di Laos... macamana depa boleh agree Laos jadi host
untuk 2009 ni... pun sangat menghairankan.. - bagus nak perkenalkan negara itu -
tapi.. kalau host sendiri tak ada banyak kemampuan prasarana yang limited juga -
camana nak perkembangkan sukan --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 06:17 PM | Show all posts
Hanya skuad pelapis ke Sukan Sea Laos

KEPINCANGAN yang wujud dalam Sukan Sea belum memaksa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbangkan semula penyertaan Malaysia tetapi cukup untuk membuatkan Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan hanya menghantar barisan pelapis untuk Laos 2009.


Sambil menyifatkan Sukan Sea Laos sebagai yang temasya yang 憄elik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 11:32 PM | Show all posts
03 Januari, 2009

Kementerian Cadang Hantar Atlet Pelapis Ke Laos

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Memandangkan tidak banyak acara sukan bertaraf Olimpik dipertandingkan di Sukan SEA di Vientiane, Laos Disember ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil pendirian untuk hanya menghantar atlet pelapis ke temasya dwitahunan itu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan ketiadaan acara seperti terjun, hoki dan berbasikal (trek), pihaknya mengganggap sebagai tidak berbaloi untuk menghantar skuad senior bertanding.

"Malah peruntukan kewangan terbabit boleh digunakan untuk menghantar atlet ke kejohanan-kejohanan yang lebih penting," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Tambahan pula katanya, di atas kertas pun, Malaysia sudah kehilangan 32 pingat emas dan pihaknya tidak mengharap Malaysia akan mendapat banyak pingat dalam kejohanan tersebut.

"Sebab itu saya tak menganggap sukan SEA kali ini perlu diberikan fokus," katanya.

"Lagipun, atlet pelapis kebangsaan kurang pendedahan, jadi untuk Sukan SEA kali ini apa salahnya kita beri peluang kepada mereka untuk bersaing di peringkat Asia Tenggara," katanya.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata semua pihak yang terlibat dalam persiapan kontinjen negara seperti persatuan sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan duduk berbincang semula berkaitan perkara tersebut sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

"Persatuan-persatuan sukan kebangsaan mesti dilibatkan dalam perbincangan. Cuma pandangan KBS biarlah kita memberi pendedahan kepada atlet-atlet pelapis kali ini," katanya.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi sebelum ini menegas pihaknya bercadang menghantar kontinjen skuad senior kerana kurang peluang untuk atlet-atlet berkenaan bertanding di peringkat antarabangsa kerana kebanyakan mereka tidak layak bertanding mengikut merit untuk kejohanan peringkat dunia dan Asia.

Laos yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA kali ini menetapkan hanya 25 acara bakal dipertandingkan dengan mengugurkan beberapa acara yang menjadi 'lubuk emas' kepada skuad Malaysia seperti tenpin bowling, berbasikal (trek) dan skuasy.


Tuan rumah sebaliknya memasukkan dua acara yang dilihat memberikan kelebihan kepada mereka iaitu renang bersirip dan sepak bulu ayam, malah beberapa acara dihadkan penyertaan seperti acara sepak takraw hanya membenarkan tiga penyertaan daripada empat acara yang dipertandingkan.

Ismail Sabri melancarkan Dataran Remaja di Bukit Jalil yang menyediakan satu ruang khusus kepada golongan belia untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti Sukan X-Treme, futsal, bola keranjang, perniagaan kecil-kecilan di ruagan gerai dan persembahan kumpulan muzik bebas secara percuma.

Dataran tersebut terletak berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil dan telah dibuka untuk aktiviti pada setiap hujung minggu dari 8 pagi hingga 7 malam.

Pembinaan ruang khusus untuk aktiviti remaja tersebut, dilihat sebagai salah satu cara untuk melibatkan golongan remaja dalam aktiviti sosiol yang lebih berfaedah, katanya.

-- BERNAMA


*******************************************************************************

kalau hantar pelapis pada sukan besar macam ni -
well SEA games is a big event --- nampak macam
depa anggap SEA games ni B grade games pulak -
macam nak tak nak aje hantar yang bagus2 -
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 05:05 PM | Show all posts
xfhm.. awat la nk buat gan renang sirip tu.. dulu kat vietnam pon ada kan.. tp mesia xantar pon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 05:07 PM | Show all posts
cuba la sukan2 kat sukan sea di naik taraf macam sukan asia or olympic.. ni byk sukan yang xda kat olympic pon.. macam mana le negara2 asian ni nk maju.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 10:20 PM | Show all posts
kebanyakan negara2 asean ni (terutamanya negara yg 'kecik') akan listkan sukan yg ada advantage ntuk negara deme sendiri
contoh cam laos ni aa kan .. renang sirip? timang bulu ayam? adeeeyyyyy.. tepuk dahi je aa membacanya ..

tapi tak bleh aa nak salahkan deme jugak .. mungkin sbb tak cukup infrastruktur .. ataupun dana .. ataupun stok atlit tu sendrey
walo apepun, still aa rasa tak patut kalau dengan sengaja gugurkan acara sukan tertentu hanya dengan niat + alasan :
"atlit negara aku takkan menang pingat kalau bwat acara ni .. so baik tak payah bwat! nanti rugi jek"

rugi? mungkin .. tak balik modal aa orang kata .. rakyat negara tuh takmo gi stadium sbb tau negara sendrey akan kalah
so kalau takdek orang gi stadium, tak dapat aa pulangan daripada penjualan tiket ..

kita yg diluar ni mungkin pandang deme ni macam "takde semangat kesukanan" (sbb hanya listkan sukan yg beradvantage bg deme) ;
atopon pepikir - kalau dah tak cukup modal, takde infrastruktur , pehal gegatal nak anjurkan? bagi jek negara lain anjurkan ..

tapi tu aa kan .. susah gak nak cakap pasal benda ni .. kita bleh aa assume atau accuse memacam ..
padahal kalau kita peratikan, kebanyakan negara yg anjurkan temasya sukan tu sendrey pun ada yg buat gitu
dropkan acara sukan yg takde advantage - ngan gunakan takde dana & infrastruktur sebagai alasan

malaysia? kita cukup dana .. kita cukup infrastruktur .. bleh kata kita nih cukup segalanya ..
tapi sayang plak - prestasi atlit yg agak2 makin kureng jek ..

part hantar atlit pelapis tu aku agak sokong jugek sebenarnya
bagi pendedahan kat atlit2 muda ni .. mana aa tau kot ada yg lebih bagus drpd yg senior, kan ada banyak sket option

cuma 'sikap' laos dalam menganjurkan sukan sea ni - banyak yg aku tak bape setuju ..
tapi nak buat camner .. deme tuan rumah ..
kalau kita pun, mungkin kita akan buat benda yg sama ..

apa aku merepek ni .. bwahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 10:28 PM | Show all posts

Balas #38 naen\ catat

ada gak point2 ko cakap tu.. erk, panjangnya.. erkk... kekekke.... tp yg swim pakai sirip tu yg xleh diterima pakai.. lawak ler..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 10:47 PM | Show all posts

Reply #39 karambunai's post

aku tak bape kesah sangat bab 'sukan ntahpape' yg deme upkan,
tapi gugurkan acara sukan yg 'agak penting' macam gimnastik ..

aku cakap camni bukan aa sebab malaysia ada advantage dalam acara tu;
tapi kalau kita pikir jejauh & dedalam - ni aa peluang LAOS ntuk cari bakat baru dalam acara sukan tu;
dan seterusnya mendedahkan atlit2 baru dalam acara tu kat peringkat antarabangsa
tapi sayang, deme gugurkan jugek & tak ambik inisiatif ntuk perkembangkan sukan tu kat sana ..

lagik satu, macam dalam berita yg dexa postkan tuh :

"Mesyuarat di Laos juga bersetuju untuk mengehadkan penyertaan beberapa negara dalam jenis sukan tertentu bagi mencerahkan peluang negara yang kurang handal memenangi pingat,"ujarnya.


aku just .. "ehh wtf?"
bagi aku - deme ni memang takde semangat kesukanan aa .. seriously!
memang aa boleh hadkan .. aku pun setuju ntuk had kan ..
tapi kalau hanya nampak EMAS semata2, sampai mengenepikan semangat kesukanan, tu yg aku tak bape gemor
dah aa acara pun ntahpape jek .. pastu nak sekat2 lagik .. adeyyyy!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.123996 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list