CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Sukan Sea Laos 2009 : Update - Laos Sudah Bersedia -

[Copy link]
Post time 6-1-2009 04:40 PM | Show all posts

Balas #40 naen\ catat

itu la masalahnya.. dah mcm sukan2 jenis kampung dah... mmm.. pemikiran orang2 bagi sukan sea ni xjauh ker? mmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2009 09:59 PM | Show all posts

bila depa jadi host..... depa ada priviledge dan priority dalam pemilihan sukan tu
dan laos tu.. bukan bagus sangat dalam sports... tu la jadinya...

so - negara lain terpaksa akur dengan sports yang mereka pilih
walau pun those sports semua macam kambing -
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:57 PM | Show all posts

Reply #42 dexa's post

tu yg orang kata ..

kalau asyik pikir nak 'kutip emas' & advantage jek - sampai bila ndak maju dexa?

kena aa berani amek risiko .. hero kena kalah dulu maa (rules dalam movie )

buat jek acara2 yg penting .. 1st step - buat persediaan atlit .. 2nd step - buat persediaan kemudahan/infrastruktur
3rd step - selarikan kedua2 tuh, pastu majukan diri dalam bidang tuh
baru aa ada target! baru aa WORLD!

nih ketepikan acara penting just sbb takdek kemudahan & takdek advantage;
kan macam takde semangat kesukanan .. dok syok sendiri & cam jaguh kampong jek?

dari satu sudut, memang aa bagus kalau nak PERKENALKAN acara sukan based on sukan/permainan tradisi
tapi kalau buat acara tu semata2 sbb nak ADVANTAGE - pehhhh! memang memalukan aa ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 03:33 PM | Show all posts

update: Sukan SEA

-will update-
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:53 PM | Show all posts


Two white elephants which symbolized Laos once "the kingdom of million elephants" (Lan Xang) were chosen as the Official mmmmmms - as it is believed they bring good fortune and prosrity. The names of the elephants are Mr. Champee and Ms. Champa - represent the national flower of Laos.

shomel gileeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:54 PM | Show all posts
National stadium and Sport Facilities for SEA GAMES 2009

Laos, for the first time in the history, will host the biggest event for the Southeast Asian Games in Vientiane 2009. Check out some of the photos below for the main stadium and other sport facilities to be used for SEA GAMES 2009. All of these photos are taken in October 2008.




National Stadium (built by Chinese company)





Indoor Stadium (at National University of Laos)





Petanque Field (located at National University of Laos)



Sport Center (at Sikeuth vVillage) - will be used as the training center for athelets





Athletes village located at Dong Dok, National University of Laos


Sketch of athelete villages at National University of Laos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2009 11:59 PM | Show all posts


Laos will host 26 sports in SEA Games

KUALA LUMPUR: The Olympic Council of Malaysia (OCM) have clarified that Laos will host 26 sports and not 25 in the SEA Games from Dec 9-18.

The OCM secretary general, Datuk Sieh Kok Chi, said that recent reports were wrong and gave a picture that some sports had been dropped arbitrarily by the hosts.

揝ome even claim that archery, cycling and weightlifting were omitted from the programme of the 25th Games in Vientiane,
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:50 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 6-12-2008 06:17 PM

Hanya skuad pelapis ke Sukan Sea Laos

KEPINCANGAN yang wujud dalam Sukan Sea belum memaksa Kementerian Beliadan Sukan (KBS) menimbangkan semula penyertaan Malaysia tetapi cukup untuk membuatkan Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskanhanya menghantar barisan pelapis untuk Laos 2009.


Persatuan Sukan Kurang Setuju Cadangan Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kebanyakan persatuan sukan kurang bersetuju dengan cadangan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghantar skuad pelapis ke Sukan SEA Laos pada Disember depan.

Bagi Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Karim Ibrahim, pemilihan atlet pelapis ke sukan SEA bagi sukan olahraga adalah tidak sesuai kerana atlet pelapis tidak mampu bersaing pada peringkat itu malah tidak ramai yang boleh melepasi had kelayakan yang ditetapkan bagi satu-satu acara.

Karim berkata Sukan SEA adalah satu kejohanan yang kompetitif berbanding kejohanan-kejohanan lain dan sepatutnya dimanfaatkan sebagai medan untuk meningkatkan prestasi atlet senior.

Katanya atlet senior juga telah lama berlatih untuk persediaan sukan tersebut dan keputusan seperti itu sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan atlet senior.

"Untuk atlet pelapis kita boleh hantar ke kejohanan olahraga seperti Terbuka Thailand, Terbuka Filipina dan Terbuka Indonesia sebab pertandingan tersebut kurang kompetitif dan sesuai untuk pendedahan," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Bagaimanapun pihak KOAM tidak akan meminggirkan atlet-atlet pelapis yang dilihat mempunyai prospek tinggi untuk menyertai Sukan Asia dan Sukan Olimpik, kata Karim lagi.

Sementara itu, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) masih belum memuktamadkan keputusan sama ada untuk menghantar atlet pelapis ke temasya sukan dwitahunan itu atau tidak.

Setiausaha Kehormatnya Edwin Chong berkata pihaknya lebih cenderung untuk memilih atlet berdasarkan catatan masa terbaik yang dilakukan oleh perenang dan bukannya umur perenang terbabit.

Bagaimanapun, katanya perkara tersebut bukan masalah besar bagi persatuan itu memandangkan rata-rata atlet renang berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata apa-apa maklumat perkembangan baru berkaitan perkara tersebut belum diterima dan perancangan FAM sekarang lebih tertumpu kepada latihan skuad bawah 23 tahun untuk persediaan ke Sukan SEA di Laos.

"Apa pun kami tunggu keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kontinjen Sukan SEA pada bulan Jun, dari situ kita akan buat penyesuaian kalau perlu," katanya.

Mesyuarat yang dimaksudkan akan dipengerusikan oleh Majlis Olimpik Malaysia dan disertai oleh wakil Kementerian Belia dan Sukan, persatuan-persatuan sukan, dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Memandangkan tidak banyak acara sukan bertaraf Olimpik dipertandingkan di Sukan SEA di Vientiane, Laos Disember depan, Ismail Sabri semalam mengambil pendirian untuk hanya menghantar atlet pelapis ke temasya dwitahunan itu.

Ini kerana Laos yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA kali ini menetapkan hanya 25 acara bakal dipertandingkan dengan menggugurkan beberapa acara yang menjadi 'lubuk emas' kepada skuad Malaysia seperti boling, berbasikal (trek) dan skuasy.

Tuan rumah sebaliknya memasukkan dua acara yang dilihat memberikan kelebihan kepada mereka iaitu renang bersirip dan sepak bulu ayam, malah beberapa acara dihadkan penyertaan seperti acara sepak takraw hanya membenarkan tiga penyertaan daripada empat acara yang dipertandingkan.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi sebelum ini menegas pihaknya bercadang menghantar kontinjen skuad senior kerana kurang peluang untuk atlet-atlet berkenaan bertanding pada peringkat antarabangsa kerana kebanyakan mereka tidak layak bertanding mengikut merit untuk kejohanan peringkat dunia dan Asia.


+ 1/2 setuju & 1/2 tak setuju ngan pendapat dedua pihak ni ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2009 06:52 AM | Show all posts

Reply #47 naen's post

depa nervous... first time nak jadi host...

macam awak juga la.. first time pergi dating kat
restoran gumbera sana.. mesti nervous gak...

cakap kat gf.. okay jadi.. 5 min kemudian.. oh  sakit perut la
sakit dagu lah..  pastu   okay.. jadi...  5 min kemudian..
sakit pipi la.. kucing beranak la...  kejap ye kejap tidak
macam kambing aje -

serupa la analogy macam laos ni --
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:53 AM | Show all posts
MSBF Pertimbang Hantar Pelapis Ke Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) sedang mempertimbangkan untuk menghantar barisan pelapis ke Sukan SEA Laos Disember ini sebagai menyahut cadangan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta persatuan sukan berbuat demikian.

Setiausaha Agung MSBF Melvin Chia berkata keputusan akhir bergantung kepada prestasi atlet pada sirkit kebangsaan menjelang temasya sukan itu.

"Ada banyak kejohanan snuker bermula Mac ini. Kami akan memilih lapan pemain terbaik daripada sirkit tempatan pada Julai ini. Daripada lapan itu, empat akan dipilih untuk menyertai skuad Sukan SEA menerusi perlawanan sewaktu latihan. Senarai akhir bagi skuad itu akan diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) pada September," kata Chia kepada Bernama Isnin.

Pada masa ini, hanya tinggal dua pemain snuker kebangsaan iaitu Lai Chee Wei dan Chooi Yee Wah yang mengikuti program latihan MSBF, selepas tiga lagi atlet bersara atau digugurkan.

Chia berkata Lai dan Chooi bukanlah pilihan automatik bagi skuad Sukan SEA dan mereka perlu bertanding dalam kejohanan tempatan seperti pemain lain untuk merebut tempat.

Pemenang pingat emas snuker perseorangan lelaki Sukan SEA Korat dua tahun lepas dan bekas juara Remaja Asia Moh Keen Ho, antara atlet paling berbakat di negara ini, menarik diri daripada kem latihan kebangsaan selepas memutuskan untuk menjadi pemain profesional.

Seorang lagi pemain, John Loh, juga menarik diri daripada latihan skuad kebangsaan dengan memberikan alasan yang sama manakala Thor Chuan Leong, seorang lagi pemain berbakat, digugurkan oleh MSBF kerana masalah disiplin.

Bagaimanapun, Moh masih berpeluang untuk mewakili negara Disember ini jika berada dalam kelompok empat terbaik selepas berakhirnya sirkit kebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:53 AM | Show all posts
Atlet Pelapis Ke Laos Belum Ada Kata Putus

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kementerian itu dan Majlis Sukan Negara (MSN) belum membuat sebarang kata putus berkenaan cadangan untuk menghantar atlet pelapis ke Sukan SEA di Laos penghujung tahun ini.

"Cadangan tersebut sebenarnya telah dibincangkan pada mesyuarat lembaga pengurusan MSN yang turut dihadiri oleh wakil daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini dan tiada kata putus dicapai.

"Ia hanyalah satu cadangan daripada pihak MSN dan bakal dibincangkan dengan persatuan-persatuan sukan pada peringkat kebangsaan terlebih terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata MSN akan memanggil semua persatuan yang terlibat dengan acara pada Sukan SEA bermula dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) esok bagi membincangkan pendirian mereka mengenai perkara ini.

"Jadi adalah tidak wajar bagi persatuan-persatuan sukan memberi komen dan pandangan di media dengan membidas cadangan MSN itu sedangkan mereka telah dimaklumkan terlebih dahulu akan dipanggil bagi mencapai kata putus," katanya.

Beliau berkata MSN sebenarnya bersifat terbuka dan tidak pernah mengetepikan peranan persatuan-persatuan sukan sebaliknya badan induk yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di negara ini sentiasa bersedia untuk mendengar sebarang cadangan yang dikemukakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai reaksi persatuan-persatuan sukan yang kurang bersetuju dengan cadangan itu.

Selain itu, MOM melalui Setiausaha Kehormatnya Datuk Sieh Kok Chi sebelum ini turut menegaskan pihaknya tetap mahu menghantar skuad senior ke Laos kerana peluang kebanyakan atlet berkenaan bertanding pada peringkat antarabangsa adalah kurang disebabkan tidak layak bertanding secara merit untuk kejohanan di peringkat Asia dan dunia.

Ismail Sabri berkata beliau akur bahawa bukan semua persatuan sukan mempunyai atlet pelapis yang berkemampuan untuk diketengahkan.

"Sehubungan dengan itu saya serahkan kepada persatuan-persatuan sukan dan jurulatih untuk memilih atlet mereka sama ada daripada atlet pelapis ataupun elit apabila berbincang dengan MSN kelak," katanya.

Isu ini timbul apabila Laos yang merupakan tuan rumah Sukan SEA ke-25 pada 9 hingga 13 Dis hanya mempertandingkan 25 acara termasuk dua acara yang dilihat mampu memberi kelebihan kepada mereka iaitu renang bersirip dan timbang bulu ayam.

Laos sebaliknya menggugurkan bebeberapa acara pada peringkat Sukan Olimpik serta acara-acara 'lubuk emas' kepada kontinjen negara seperti gimnastik, gimrama, boling, skuasy, terjun, ekuestrian, hoki, boling padang, polo, pelayaran dan triatlon.

Malah tuan rumah juga meletakkan kuota dalam 12 acara seperti karate yang hanya boleh menyertai enam daripada sembilan acara keseluruhan untuk lelaki manakala empat daripada enam acara bagi wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:56 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 13-1-2009 06:52 AM

depa nervous... first time nak jadi host...

macam awak juga la.. first time pergi dating kat
restoran gumbera sana.. mesti nervous gak...

cakap kat gf.. okay jadi.. 5 min kemudian.. oh  sakit perut la
sakit dagu lah..  pastu   okay.. jadi...  5 min kemudian..
sakit pipi la.. kucing beranak la...  kejap ye kejap tidak
macam kambing aje -

serupa la analogy macam laos ni --


bwahahaha

hapenyer bandingan tuh dexa? adeeeeyyyy

dating tuh lain citer seyy .. nih pasal sukan! sukan!!!!

libatkan banyak negara .. walopon SEA bleh kirakan kecik jek;

tapi .. still aa kan .. nampak tak profesional & takdek pendirian
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:57 AM | Show all posts
BAM Fokus Olimpik London 2012

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Tumpuan pemain badminton negara akan lebih menjurus kepada Sukan Olimpik London 2012 daripada Sukan SEA di Laos Disember ini, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong.

Berdasarkan keputusan antara MSN dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dicapai dalam satu mesyuarat hari ini, beliau berkata impian MSN dan badan induk sukan badminton itu adalah mencipta kejayaan di Olimpik London.

"Walaupun kita mempunyai sasaran yang lebih tinggi, ini tidak bermakna bahawa kita memandang remeh kepada Sukan SEA pada Disember nanti, sebaliknya pemilihan bagi atlet akan ditentukan hasil perbincangan dengan BAM nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja dengan BAM di sini.

Beliau berkata pemilihan bagi mana-mana atlet ke Sukan SEA di Laos akan bergantung kepada cadangan jurulatih berdasarkan matlamat jangka panjang BAM dan MSN.

Mesyuarat itu diatur susulan cadangan daripada sesetengah pihak untuk menghantar atlet pelapis ke temasya dwitahunan itu namun dibantah keras oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi.

Semalam Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa sebarang keputusan untuk menghantar atlet pelapis atau elit akan dibuat setelah MSN mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan sukan di peringkat kebangsaan.

Zolkples berkata MSN bersikap terbuka untuk mendengar sebarang cadangan daripada BAM dan mana-mana persatuan lain.

"Selepas mesyuarat ini, saya akan mengatur pertemuan dengan persatuan-persatuan sukan yang lain bagi membincangkan perkara ini," katanya.

Laos sebelum ini menyenaraikan 26 jenis acara sukan termasuk dua sukan rakyat iaitu renang bersirip dan timbang bulu ayam.

Sukan SEA kali ini menggugurkan bebeberapa acara di peringkat Olimpik termasuklah acara yang menjanjikan emas bagi Malaysia seperti gimnastik, gimrama, tenpin boling, skuasy, terjun, ekuestrian, hoki, boling padang, polo, pelayaran dan triatlon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 07:06 AM | Show all posts

Reply #52 naen's post

sukan...   dating...
same diff  -   lol -


anyway.. kalau malaysia masih kalah dengan
laos juga.. tak tahu lah nak cakap apa lagi -
do'oh sangat la tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 08:55 PM | Show all posts
16 Januari, 2009          

10 Calon Mohon Jawatan Ketua Jurulatih Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima 10 permohonan untuk mengisi jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi Sukan SEA di Laos pada Disember tahun ini.


Penolong Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata daripada 10 permohonan itu, tujuh merupakan jurulatih luar negara dan tiga jurulatih tempatan.

"Semua calon ini akan dirujuk kepada mesyuarat jawatankuasa kecil pengurusan skuad kebangsaan dan Sukan SEA yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk disenarai pendek," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Saifuddin bagaimanapun tidak memberikan tarikh mesyuarat itu namun FAM difahamkan seboleh-bolehnya mahu melantik jurulatih sebelum berakhirnya bulan ini.

"Semua calon yang menghantar borang permohonan adalah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh FAM dan layak untuk mengisi jawatan itu," katanya.

Beliau berkata ada di kalangan tujuh jurulatih asing itu pernah membimbing kelab-kelab yang terkenal di peringkat dunia malah ada yang berpengalaman membimbing pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia.

FAM pada awal bulan ini, telah mengiklankan jawatan itu dan pengarah teknikal belia secara kontrak atau sepenuh masa dalam laman webnya dengan tarikh tutupnya semalam, bagi mempelawa calon-calon yang berkelayakkan termasuk memiliki Diploma Lesen Profesional A serta Ijazah dalam Sains Sukan atau yang setaraf.

"Bagi jawatan pengarah teknikal belia pula, lima calon telah mengemukakan permohonan dengan dua calon tempatan dan tiga dari luar negara yang akan dirujuk kepada jawatankuasa teknikal," katanya.

FAM sebelum ini membuat ketetapan bahawa jurulatih kebangsaan B. Sathianathan yang dilanjutkan kontrak baru-baru ini, tidak akan terlibat dalam persediaan skuad untuk ke Sukan SEA di Laos.

Pada temasya dwi tahunan itu di Korat, Thailand pada 2007, misi Sathianathan bersama skuad bawah 23 tahun gagal apabila tunduk pada peringkat kumpulan dengan tewas kepada Vietnam 1-3, diikat Singapura 1-1 dan hanya mengalahkan Laos 4-0.

Sementara itu tiket-tiket bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 antara skuad senior kebangsaan bimbingan Sathianathan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu depan akan dijual mulai 11 pagi pada hari berkenaan.

Para peminat bola sepak tempatan boleh mendapatkan tiket-tiket tersebut pada harga RM10 bagi semua tempat duduk dan RM5 untuk kanak-kanak.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 06:19 AM | Show all posts
KOAM cadang tubuh 15 pusat
+ berita harian

PENDIRIAN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) adalah menghantar deretan atlit terbaik yang dimilikinya dalam sebarang kejohanan, termasuk Sukan Sea di Laos, hujung tahun ini tanpa mengira mereka di kalangan atlit elit atau pun pelapis.

Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ketetapan ini memang sudah menjadi dasar KOAM namun semua itu bergantung kepada kehendak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

揔ami tidak mahu bertelagah dalam isu ini tetapi umumnya kita mahu menghantar atlit yang terbaik dalam mana-mana kejohanan. Kita akan buat pengumuman apabila mereka (MOM) mengeluarkan ketetapan kelak,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 03:21 AM | Show all posts
6 kejohanan sebagai persediaan
+ utusan malaysia

KUALA LUMPUR - Skuad elit negara mempunyai enam kejohanan antarabangsa sepanjang tahun ini sebagai gelanggang mengasah persediaan menjelang misi merebut sekurang-kurangnya sebutir pingat emas sepak takraw Sukan SEA di Laos, Disember depan.

Skuad bimbingan Haris Abdul Rahman ini akan membuka tirai menerusi Kejohanan Undangan Piala Raja Muda Perlis di Kangar pada 6 hingga 8 Februari ini dengan menghantar empat atau lima regunya bertanding.

Ketua Seranta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Tengku Adnan Tengku Burhanudin berkata kepada Utusan Malaysia: "Regu dan pemain yang ke Kangar itu bakal dipilih daripada siri perlawanan ujian menentang pasukan negeri, ahli gabungan atau kelab tempatan."

Menurutnya, aksi skuad elit negara akan diikuti dengan Kejohanan Kota Bua Yai di Bua Yai, Thailand dari 21 hingga 25 Februari sebelum menyusul dengan Piala Datuk Bandar Hatyai dari 26 Februari hingga 2 Mac.

"Tiga lagi pertandingan antarabangsa sebagai persediaan kita ke Sukan SEA ialah Kejohanan Antara Kelab ASEAN (31 Mac hingga 6 April), Kejohanan Jemputan Dunia Piala Malaysia (25 hingga 31 Mei) dan Piala Raja Thai (6 hingga 12 Julai)," katanya.

Kata Tengku Adnan, ada di antara kejohanan itu yang mungkin dipinda tarikhnya bergantung kepada penganjur dan terdapat beberapa kejohanan kecil tahunan antarabangsa yang bakal diadakan oleh Vietnam dan China dengan turut mengundang Malaysia.

Lapan emas lelaki dan wanita dipertandingkan di Laos menerusi berpasukan, antara regu, beregu dan gelung tetapi setiap negara hanya dibenarkan menyertai tiga daripadanya bagi setiap kategori jantina.

Malaysia menarik diri daripada sepak takraw Sukan SEA Korat 2007 kerana membantah penggunaan bola baru bersalut getah setelah memenangi satu emas antara regu pada temasya 2005 di Filipina.

Sepanjang tahun lalu menyaksikan anak buah Haris sekadar menjuarai Kejohanan Antarabangsa Vietnam di Hanoi menerusi acara beregu dan antara regu (Disember).
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 09:11 PM | Show all posts



'SEA Games A Circus'



KUALA LUMPUR: - Malaysia's Sports Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has labelled the South-east Asia Games a circus.

Incensed that first-time host Laos, who will stage the next edition in December, has dropped Olympic sports such as gymnastics and hockey, but included events such as fin swimming and shuttlecock kicking (capteh), he said the biennial regional sports fest will no longer be a priority for Malaysia.

SEA Games hosts have historically had a big say in the number and type of sports that feature in each edition. Among the reasons cited are the lack of facilities, equipment or technical expertise.

The SEA Games' previous edition in Korat, Thailand, featured 43 sports, from which Malaysia took 68 golds, its best 'away' showing.

But this year's edition in Laos is expected to feature only 25 sports.

As such, Malaysia has already 'lost' some 34 golds as the country's traditional gold prospects, such as tenpin bowling and squash, have been sidelined.

'What is the use of concentrating on the SEA Games when it does not offer popular sports which are in the Olympics, Asian Games and Commonwealth Games,' The New Straits Times quoted Datuk Seri Ismail as saying after he launched the Youth Square at Bukit Jalil on Saturday.

'Even in a hundred years, fin swimming will not make it to the Olympics, and so, it is better that our preparations be watered down.'

Bernama quoted the minister as saying that Malaysia might send second-stringers to Laos, although his ministry would discuss the matter with the National Sports Council and the Olympic Council of Malaysia before making the decision.

He was also upset with the cancellation of cycling, although The Straits Times could not confirm this. He noted: 'If Laos say that they can't organise indoor cycling because they do not have a velodrome, it is understandable. But they have even done away with the road races, and I am sure they have roads there.

'It is fast turning into a community Games, and that is why it is better we concentrate on the 2010 Commonwealth and Asian Games as they are good stepping stones to excel at the Olympics.'
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 09:13 PM | Show all posts


Datuk Seri Ismail, Malaysia's Sports Minister :



'It is fast turning into a community Games, and that is why it is better we concentrate on the 2010 Commonwealth and Asian Games as they are good stepping stones to excel at the Olympics.'

'What is the use of concentrating on the SEA Games when it does not offer popular sports which are in the Olympics, Asian Games and Commonwealth Games? Even in a hundred years, fin swimming will not make it to the Olympics.'

'If Laos say that they can't organise indoor cycling because they do not have a velodrome, it is understandable. But they have even done away with the road races, and I am sure they have roads there.'
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 09:30 PM | Show all posts


ASUM akur
+ metro

APABILA Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melemparkan cadangan menghantar atlit pelapis menghadapi Sukan Sea Laos, hujung tahun ini, tempiasnya kini dirasai sukan renang dengan menganggap prospek merangkul emas seperti di Korat, tahun lalu pasti menjunam.

Renang menjadi penyumbang emas kedua terbesar negara selepas karate-do ketika temasya sama di Thailand, dua tahun lalu, kini berasa bahangnya walaupun menganggap cadangan itu bukanlah sesuatu yang baru bagi sukan akuatik.

Ini kerana, renang tidak pernah mengetepikan skuad pelapis dalam sebarang kejohanan disertai berbanding persatuan lain mempertahankan hak masing-masing bagi menghantar atlit senior ke temasya dwitahunan.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong berkata, perkara itu sudah tentu akan menjejaskan pungutan pingat di kalangan perenang.

Beliau berkata, Asum sentiasa memberi penekanan dengan menghantar atlit muda menyertai kejohanan peringkat antarabangsa.

揇alam konteks ini, kami tiada istilah perenang senior kerana umur di kalangan mereka bawah 20-an. Tiada perenang senior dalam kem kami jadi, soal untuk hantar pelapis atau tidak bagi kami tidak mendatangkan masalah.

揅uma, kami mungkin berlaku kekurangan pungutan pingat. Kami akui perkara ini akan terjadi tapi, sebagai program jangka panjang, kami lihat ia begitu penting,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 1.110655 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list