CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Sukan Sea Laos 2009 : Update - Laos Sudah Bersedia -

[Copy link]
 Author| Post time 1-4-2009 06:41 AM | Show all posts
Tiga petinju muda berpeluang ke Laos

Oleh DRAHMAN BAHARUN


TIGA petinju pelapis memiliki peluang cerah untuk diserapkan ke skuad utama bagi menggalas cabaran negara pada Sukan SEA di Laos penghujung tahun ini.


Ketua jurulatih skuad pelapis negara, Hisham Hashim berkata, jika petinju terbabit terus berusaha gigih, tidak mustahil nama mereka akan diserapkan dalam skuad kebangsaan untuk beraksi pada temasya sukan dwi-tahunan itu kelak.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan nama petinju terbabit bagi memberi peluang kepada pelatih lain untuk terus meningkatkan prestasi masing-masing.

"Setakat ini seramai 10 petinju pelapis kebangsaan berlatih di pusat latihan MSN Keramat, Kuala Lumpur. Jika mereka terus bekerja keras mereka memiliki peluang untuk menyertai Sukan SEA di Laos nanti.

"Setakat ini, ada tiga dalam perhatian saya, namun saya tidak boleh dedahkan nama mereka. Saya mahu melihat pelatih lain juga bersaing untuk merebut tempat.

"Saya melihat petinju muda negara telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Itu yang kita mahu iaitu terus bekerja keras, tidak terlalu manja dan sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Hisham berkata, dia menjangkakan ada di kalangan petinju pelapis kebangsaan ini bakal diserapkan ke skuad elit.

"Jika mereka menunjukkan aksi cemerlang mereka akan dinaik pangkat," katanya.

Beliau juga menegaskan, sekiranya ada petinju muda ini gagal mengekalkan tahap kecemerlangan masing-masing, mereka akan dikeluarkan daripada program pelapis kebangsaan.

"Saya sudah maklumkan kepada petinju muda ini, tiada tempat bagi mereka jika gagal mengekalkan kecemerlangan.

"Mereka sendiri sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau mereka rasa tidak mampu mengikut latihan yang diajar mereka akan disingkirkan," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) menghantar tiga petinju muda iaitu Mohd. Fuad Mohd. Reduan (48kg), Khayak Azlan (64kg) dan Eswaran Murali (69kg) menyertai Kejohanan Tinju Antarabangsa India di Chandigarh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 02:48 AM | Show all posts
Chong Wei idam emas Sukan SEA



JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui dia masih berhasrat untuk beraksi pada temasya Sukan SEA di Laos tahun ini, lapor RADIAH SAORI.

Menurut Chong Wei, jika diberi kebenaran, dia pasti akan cuba memburu pingat emas individu pertamanya pada temasya sukan dwitahunan itu.

Meskipun berjaya meraih pelbagai kejayaan yang lebih besar termasuk meraih pingat perak pada Sukan Olimpik di Beijing tahun lepas, Chong Wei masih gagal untuk memperolehi pingat emas individu pertama pada Sukan SEA.

Begitupun menurut Chong Wei, semuanya bergantung kepada Majlis Sukan Negara (MSN) serta Persatuan Badminton malaysia (BAM) yang sebelum ini berura-ura untuk menghantar barisan pelapis negara ke Laos.

"Jika diberi peluang, sudah tentu saya ingin beraksi pada Sukan SEA tahun ini," kata Chong Wei semalam.

"Saya berjaya meraih emas berpasukan tetapi masih belum penah meraih pingat emas individu pada temasya ini. Pencapaian terbaik saya hanyalah meraih pingat gangsa di Manila 2005.

"Namun, ini semua bergantung kepada MSN dan BAM. Mereka yang akan menentukan pemain yang akan beraksi di Laos tetapi sebelum ini terdapat khabar angin bahawa hanya pemain pelapis sahaja yang akan disenaraikan."

Sementara itu, jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky turut mencadangkan agar skuad negara menghantar barisan pemain terbaik ke Laos bagi menandingi Indonesia yang juga bakal membariskan pemain terkemuka.

"Memang patut Malaysia menghantar barisan pemain elit ke Laos kerana pemain pelapis sudah pasti tidak mampu untuk menandingi pemain Indonesia yang dibarisi pemain terbaik mereka," kata Rexy.

Sukan SEA Laos akan diadakan bermula 9 hingga 18 Disember depan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 11:29 PM | Show all posts
May 05, 2009

Hup Wei Qualifies For Laos SEA Games


KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- National high jumper Lee Hup Wei has booked a ticket to the Laos SEA Games in December after beating the qualifying mark set by the Olympic Council of Malaysia (OCM) with 2.22m jump at the International Athletics Competition in Shizuoka, Japan, Sunday.

Malaysian Amateur Athletic Union (MAAU) deputy president, Karim Ibrahim in confirming Hup Wei's jump in Japan, said the qualifying mark for the Laos SEA Games was 2.17m.

"With Hup Wei's recent feat, six national athletes have passed the qualifying mark to Laos," he told Bernama here Monday.

He said the five who had earlier qualified were Roslinda Samsu (women's pole vault), Yuan Yu Fang (women's walk), Noraseela Khalid (400m hurdle), Teoh Boon Lim and Ng Chee Seng (men's walk).

MAAU are hoping that Hup Wei's 2.22m jump would help spur him to try and qualify for the World Championships in Berlin (August) as the qualifying mark for the men's high jump at the world meet is 2.31m under Category A and 2.28m for Category B, he said.

He said though Hup Wei's achievement in Japan failed to match the national record he holds of 2.27m, at the China Athletics Open in Beijing, last May, it was no doubt a good start to the year.

The 22-year-old, from Dengkil, Selangor, had gained much success in recent years, winning the Asian Track and Field (ATF) Championships in Jordon (2007), SEA Games gold in Korat (2007), the Allcomers Meet and the Thailand Open last year.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:05 AM | Show all posts
Laos bersedia anjur Sukan SEA

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Laos (LAOSOC) dilihat sudah bersedia menganjurkan temasya Sukan SEA XXV bermula 9-18 Disember ini di Vientiane tetapi persoalan sama ada mereka berkeupayaan dari sudut teknikal dan mempunyai cukup pegawai untuk mengelola kejohanan itu buat pertama kali masih menjadi tanda tanya.

Kemudahan asas seperti gelanggang acara dipertandingkan terutama di Kompleks Sukan Nasional sudah 70 peratus siap termasuk perkampungan sukan di Universiti Kebangsaan Laos.

"Kami sudah bersedia untuk sukan terbesar di Asia Tenggara ini," kata Timbalan Presiden Jawatankuasa Sukan dan Budaya Fizikal Nasional Laos, Somphou Phongsa di Vientiane baru-baru ini.

Katanya, Kompleks Sukan Nasional yang akan menempatkan acara olahraga, akuatik, renang sirip, memanah, tinju, bola sepak, golf, menembak, tenis dan bola tampar akan siap seperti dijangka pada hujung Julai ini.

Kompleks berkenaan yang dibina percuma oleh kerajaan China turut akan menjadi gelanggang upacara pembukaan dan penutup temasya.

Phongsa yang juga Timbalan Menteri Sukan Laos tidak terkecuali turut memohon sokongan kepakaran daripada Malaysia terutama dalam sukan badminton, memanah dan lumba basikal.

"Kami banyak kekurangan kerana pertama kali diberi kepercayaan mengelolakan temasya besar ini," kata Phongsa kepada perwakilan Malaysia dari Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Vientiane minggu lalu.

Turut sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Sukan Antarabangsa Laos, Dr. Soulasith Oupravanh dan Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Laos, Kasem Inthara.

Pengarah Pengurusan Acara MSN, A. Jalil Abdullah pula membayangkan kesukaran untuk menyokong hasrat Laos memandangkan wakil negara berkenaan enggan berterus terang mengenai kehendak sebenar mereka dalam hal teknikal yang sememangnya suatu keperluan khusus dalam mengelola temasya sukan besar seperti Sukan SEA.

"Hanya satu dua perkara sahaja yang mereka umumkan seperti sokongan kejurulatihan dalam badminton serta pengendalian acara lumba basikal," katanya.

Bagi wakil MSN itu, pegawai-pegawai Laos berkali-kali memohon sokongan daripada Malaysia tetapi ia terlalu umum dan tidak diterangkan secara jelas.

"Sebagai wakil kerajaan, saya serius untuk mendalami hasrat mereka terutama perihal teknikal tetapi sehingga pertemuan hari kedua, ia semakin samar-samar. Saya menjangkakan mereka turut memohon bantuan daripada jiran seperti Thailand dan Vietnam," katanya.

Apa pun, Jalil berkata, dia membayangkan bahawa Laos tidak memerlukan bantuan kewangan dari Malaysia kerana di samping China yang membelanjakan wang yang banyak untuk membina Kompleks Sukan Nasional, Jepun juga membina kemudahan seperti gimnasium untuk Sukan SEA XXV.

Di samping dibawa melawat ke kawasan Kompleks Sukan Nasional, delegasi negara juga melawat pusat media di International Cooperation and Training Centre (ICTC) dan perkampungan sukan.

Lain-lain gelanggang pesta berkenaan ialah di Universiti Kebangsaan Laos, Hotel Don Chan (biliard dan snuker), Stadium Bola Sepak Tentera (bola sepak), Tad Sone (basikal bukit), Patuxay-Cosmo (basikal), Gimnasium Anouvong (karate), Lao ITECC (takraw, wusyu dan silat), Gimnasium Pornsawan (angkat berat), Pusat Sukan Beung Kha Ngong (muay dan sepak bulu ayam).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 06:47 AM | Show all posts
KBS sasar 34 emas

Oleh DRAHMAN BAHARUN


RAZALI (kanan) memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet
negara pada majlis Perhimpunan Atlet Program Cabaran 2010
di Bukit Jalil semalam.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) hanya menyasarkan 34 pingat emas pada Sukan SEA XXV di Laos, Disember depan.


Jumlah itu merupakan separuh daripada 68 pingat emas yang diraih kontinjen Malaysia pada Sukan SEA di Korat, Thailand dua tahun lepas.

Sasaran KBS itu dianggap realistik kerana beberapa acara yang menjadi 'lubuk' emas kontinjen Malaysia pada temasya di Korat seperti boling dan skuasy tidak dipertandingkan pada Sukan SEA di Laos.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sasaran tersebut sudah dianggap memadai kerana tindakan Laos yang tidak menyenaraikan beberapa acara sukan yang berpotensi menyumbang emas buat kontinjen Malaysia.

"Bagi KBS, kejayaan meraih separuh daripada 68 emas yang diperoleh pada Sukan SEA di Korat sudah boleh dianggap berjaya.

"Kerajaan akan memberi komitmen seratus peratus untuk atlet negara merealisasikan sasaran tersebut," kata Razali pada sidang media selepas melancarkan Perhimpunan Atlet Program Cabaran 2010 di Bukit Jalil semalam.

Pada temasya Sukan SEA XXV, sebanyak 386 acara dalam 25 jenis sukan dipertandingkan.

Acara utama yang masih dipertandingkan termasuk olahraga, akuatik, memanah, badminton, snuker dan biliard, lumba basikal, bola sepak, golf, judo, karate, sepak takraw, menembak, tenis, ping pong, taekwondo, wusyu, bola tampar, angkat berat, tinju, pencak silat dan petanque.

Ditanya mengenai tindakan beberapa persatuan sukan kebangsaan menghantar atlet pelapis ke Laos, Razali berkata: "Kami tidak menghalang mereka berbuat demikian kerana ia sebagai salah pendedahan kepada atlet muda negara menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa."
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 02:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Defcon at 6-7-2009 14:31

Official Website - Welcome to 25th SEA Games, Laos. Vientiane 2009
http://www.laoseagames2009.com

The Southeast Asian Games (also known as the SEA Games), is a biennial multi-sport event involving participants from the current 11 countries of Southeast Asia. The games is under regulation of the Southeast Asian Games Federation with supervision by the International Olympic Committee (IOC) and the Olympic Council of Asia. The Southeast Asian Games owes its origins to the Southeast Asian Peninsular Games or SEAP Games. On May 22, 1958, delegates from the countries in Southeast Asian peninsula attending the 3rd Asian Games in Tokyo, Japan had a meeting and agreed to establish a sport organization.

The SEAP Games was conceptualized by Laung Sukhumnaipradit, then Vice-President of the Thailand Olympic Committee. The proposed rationale was that a regional sports event will help promote cooperation, understanding and relations among countries in the Southeast Asian region.

      The 25th Southeast Asian Games is scheduled to be held in Vientiane, Laos, in 2009. This will be the first time the country has ever held a Southeast Asian Games. Laos, the host country, is hoping to grab at least 25 of the 390 gold medals at stake. Two white elephants which symbolized Laos once "the kingdom of million elephants" (Lan Xang) were chosen as the Official Mascots. The names of the elephants are Ms. Champee and Mr. Champa represent the national flower of Laos. - http://www.laoseagames2009.com/v1/index.asp


The expected contenders for the top three spots in this SEAG edition are Indonesia (strongest traditional powerhouse country), Malaysia (2001 SEAG over-all champion and placed 2nd in the 2007 SEAG edition), Philippines (3rd strongest traditional powerhouse country and 2005 SEAG over-all champion), Thailand (2nd strongest traditional powerhouse country, 2007 SEAG over-all champion and recently the strongest powerhouse country replacing Indonesia placing 2nd in the 2001, 2003, and 2005 editions) and Vietnam (2003 SEAG over-all champion and recently, considered to be the newest powerhouse country in SEA Games placing 3rd in the last two SEAG editions).-http://en.wikipedia.org/wiki/2009_Southeast_Asian_Games


The Diversified Concept designed by the Integration of modern sport competition concept and elegance, charm and attractiveness of highly value Lao Culture, Arts and History

      Emblem for the 25th SEA Games is a part of graphic design to show you the most important sport competition uniqueness. It has been designed as the That Luang great stupa image, it is the symbol of Lao nation landmark with the Mekong River, which is a river for people lives that reflect to culture, lifestyle and plenty of water resource that provide for Lao ethnic people along Mekong river in the country.

      While the river is compared as the symbol of the integration of the Asian countries as friendship river which derive from the sport competition. - http://www.laoseagames2009.com/v1/25thseagamesxemblem.asp



Two white elephants which symbolized Laos once "the kingdom of million elephants" (Lan Xang) were chosen as the Official Mascots. The names of the elephants are Ms. Champee and Mr. Champa represent the national flower of Laos. -http://www.laoseagames2009.com/v1/25thseagamesxmascots.asp

25th Southeast Asian Games Information : Participant Countries
Brunei (IOC designation: Brunei Darussalam)
Cambodia
Indonesia
Malaysia
Myanmar
Philippines
Singapore
Thailand
Timor-Leste
Vietnam (IOC designation: South Viet Nam)
Laos (IOC designation: Lao People's Democratic Republic)

The 25th SEA Games, Laos. Vientiane 2009 involving participants from the current 11 countries of Southeast Asia. The games is under regulation of the Southeast Asian Games Federation with supervision by the International Olympic Committee (IOC) and the Olympic Council of Asia.-http://www.laoseagames2009.com/v1/participantxcountry.asp

25th SEA Games, Laos. Vientiane 2009 SPORT DISCIPLINES
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2009 09:16 PM | Show all posts
25 Ogos, 2009

Skuad Menembak Sukan SEA Teruskan Latihan Di Bulan Ramadan


LANGKAWI, 25 Ogos (Bernama) -- Skuad menembak kebangsaan meneruskan latihan pusat walaupun dalam bulan Ramadan di lapang sasar menembak antarabangsa Langkawi (LISRAM) di sini sebagai persiapan menghadapi beberapa kejohanan termasuk Sukan Sea di Laos hujung tahun ini.

Jurulatih kebangsaan Mohd Hashim Desa berkata 16 penembak pistol dan rifel sedang menjalani latihan yang dijadual berakhir 6 Sept ini.

Katanya latihan itu juga untuk memantapkan persiapan bagi menyertai kejohanan jemputan Islamic Games Tehran pada Oktober ini.

"Kejohanan itu dapat memberi pendedahan sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Disember ini, sekaligus mengulangi kejayaan meraih tiga emas pada Sukan Sea di Thailand dua tahun lepas," kata Mohd Hashim.

Antara yang mengikuti latihan itu ialah penembak yang menyertai Sukan Olimpik di China tahun lepas, Hasli Izwan Amir Hamzah.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 07:08 AM | Show all posts
Empat emas sasaran di Laos


BIBIANA NG antara penembak yang sudah melepasi had kelayakan.

PERSATUAN Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mensasarkan empat pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung pada 9 hingga 18 Disember depan.

Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar (B) Jasni Shaari berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi memberangsangkan skuad negara pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun ini.

"Jika di Korat dua tahun lalu, skuad negara tidak menonjol dan sekadar membawa pulang dua pingat emas, kali ini kami mensasarkan empat emas dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut terutamanya dalam acara raifal wanita," kata Jasni.

Jasni berkata, seramai 13 penembak negara telah melepasi had kelayakan ke Sukan SEA dan acara-acara yang akan disertai bagi wanita ialah Raifal 3 posisi, 10m Air Pistol dan 25m Sport Pistol manakala skuad lelaki pula akan beraksi dalam acara Raifal Prone.

"Senarai 13 penembak ini telah dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan kami kini menunggu pengesahan MOM sebelum mengumumkan senarai muktamad serta melihat jika ada sebarang perubahan dan perkembangan semasa dari Laos," katanya.

" Penembak-penembak ini telah menunjukkan prestasi memuaskan dengan melepasi had kelayakan dalam beberapa kejohanan tempatan yang diadakan terutamanya pada Kejohanan Piala Tun Tan Siew Sin pada Julai lepas dan kejohanan Mini Olimpik awal bulan ini," katanya.

Jasni berkata, dua kejohanan tempatan yang bakal berlangsung iaitu Kejohanan Menembak Piala Tun Hanif pada Oktober dan Kejohanan Menembak Kebangsaan pada November ini akan menjadi medan pemanas badan kepada penembak negara untuk membuktikan keupayaan sebenar sebelum berentap di Laos.

"Selain dua kejohanan tempatan ini, kami sedang menunggu lampu hijau daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan MOM untuk penembak-penembak negara menyertai edisi kedua Sukan Perpaduan Islam 2009 di Iran dan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok pada November berikutan penularan wabak influenza A (H1N1)," kata Jasni.

Skuad menembak kebangsaan yang terdiri daripada 16 penembak bagi acara pistol dan raifal kini meneruskan latihan pusat di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM) di bawah bimbingan jurulatih Mohd. Hashim Desa yang dijadualkan berakhir 6 September ini.

"Jika tahun lalu mereka terpaksa menyertai kejohanan pada bulan Ramadan, kali ini pula sekadar menjalani latihan pusat dan saya pasti kesungguhan dan semangat kental mereka walaupun berpuasa akan meningkatkan lagi prestasi mereka," kata Jasni.

Antara nama-nama yang melepasi had kelayakan ke Sukan SEA Laos dan kini menjalani latihan di LISRAM ialah Bibiana Ng, Nur Suryani Mohd Taibi, Shahera Rahim Raja dan Hasli Izwan Amir Hasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2009 07:46 AM | Show all posts
27 Ogos, 2009

Karate Kurangkan Sasaran Emas Di Laos Akibat Peraturan SGF


KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Skuad karate Malaysia terpaksa menilai semula sasaran enam pingat emas pada Sukan SEA di Laos Disember ini selepas Persekutuan Sukan SEA (SGF) merombak kembali peraturan bagi acara itu.

Jurulatih skuad kebangsaan P. Arivalagan berkata beliau kini hanya mensasarkan empat atau lima emas menerusi acara kumite selepas SGF, dua hari lepas, mengurangkan lagi jumlah acara yang boleh ditandingi oleh sesebuah negara.

"Pada mulanya, sesebuah negara hanya boleh mengambil bahagian dalam enam daripada sembilan acara yang dipertandingkan. Ketika itu Malaysia yakin untuk menyapu bersih kesemua enam acara tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Khamis.

Tetapi, katanya dua hari lepas, beliau mendapat tahu SGF telah mengurangkan jumlah acara yang boleh ditandingi, lima daripada tujuh acara bagi kumite lelaki dan empat daripada enam bagi kumite wanita.

Arivalagan berkata keputusan SGF itu turut merubah sasaran emas Malaysia dari Laos, daripada enam kepada empat atau lima sahaja.

"Saya harap SGF tidak merubah lagi peraturan tersebut walaupun atas alasan pengurangan jumlah acara yang boleh ditandingi akan mengurangkan dominasi sesebuah negara menguasai sesuatu acara," katanya.

Pada Sukan SEA di Korat, Thailand, dua tahun lepas, karate menjadi penyumbang kedua terbanyak kutipan pingat emas kepada Malaysia apabila menghasilkan lapan emas di belakang acara akuatik yang menyumbangkan 14 emas.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 03:45 AM | Show all posts
Silat sasar dua emas di Laos
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH



Osman (kanan) menjawab soalan wartawan pada sidang media
pasukan silat kebangsaan di Bukit Jalil semalam.

SKUAD silat negara mempunyai misi penting pada temasya Sukan SEA XXV di Laos Disem- ber depan.

Selepas hanya mengutip satu perak dan enam gangsa pada temasya yang sama di Korat dua tahun lalu, skuad silat negara kali ini berazam untuk memperbaiki pencapaian tersebut dengan menyasarkan dua kilauan emas di bumi Laos nanti.

Keyakinan yang disuarakan oleh penyelaras skuad silat negara, Osman Nok itu adalah berdasarkan peningkatan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya sepanjang Pro- gram Cabaran 2010 yang bermula sejak tahun lalu.

Menurut Osman, sejak memula- kan program tersebut tahun lalu, pesilat negara kini dilihat semakin matang untuk merealisasikan sasaran dua emas ini, iaitu masing- masing dalam kategori silat olahraga putera dan dan silat seni puteri.

"Skuad silat negara telah menyertai Program Cabaran 2010 sejak 2008 lagi sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Laos hujung tahun ini," kata Osman pada sidang media di Bukit Jalil semalam.

"Seramai 18 pesilat kebangsaan dan Sukan Malaysia (Sukma) telah dipilih menyertai program ini dan pada tahun ini sahaja kita juga telah menyertai beberapa kejohanan silat di dalam dan luar negara.

"Justeru, sepanjang tahun ini, saya dapat lihat peningkatan yang dipamerkan oleh pesilat kita dan saya yakin mereka sudah bersedia sepe- nuhnya untuk berjuang memenangi dua pingat emas, sekali gus memperbaiki pencapaian satu perak dan enam gangsa di Korat dua tahun lepas," ujarnya lagi.

Sebagai pendedahan awal, skuad silat negara telah menyertai beberapa kejohanan dalam program ini termasuk Terbuka Palembang di Indonesia, Terbuka Paris, Kejohanan Jemputan Asia di Kuala Lumpur, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Pertama di Bangkok dan beberapa pertandingan persahabatan dengan Vietnam.

Menurut Osman, seramai enam pesilat putera dan empat pesilat puteri akan menggalas cabaran dalam acara silat olahraga manakala silat seni pula menyaksikan satu acara sahaja yang akan disertai oleh pesilat putera dan puteri.
"Daripada 19 acara keseluruhan yang dipertandingkan, kita hanya menyertai 12 acara sahaja dan daripada acara itu, kita sasarkan dua pingat emas, kalau dapat lebih ia satu bonus buat kita.

"Begitupun, kita tidak boleh memandang mudah keupayaan Vietnam, Indonesia dan Thailand kerana mereka juga memiliki pesilat yang hebat. Saya jamin pesilat kita akan memberi aksi sebaik mungkin untuk mengharumkan nama Malaysia di Laos nanti," tambah Osman lagi.

Sebagai persiapan akhir, skuad silat negara juga akan menyertai Kejohanan Silat Dalam Dewan Pra ASEAN di Hanoi pada 23 hingga 30 September ini sebelum mengumumkan senarai akhir awal Oktober depan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 09:22 PM | Show all posts
14 September, 2009

Laos Umum Sudah Sedia Anjur Sukan SEA Ke-25


VIENTIANE, 14 Sept (Bernama) -- Laos mengisytiharkan bahawa negara itu sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA buat julung kali pada Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri Somsavath Lengsavath berkata hampir kesemua gelanggang pertandingan sudah disiapkan termasuk Kompleks Sukan Negara yang dibina oleh sebuah firma pembinaan dari China.

"Kompleks tersebut akan diserahkan kepada kami pada 23 Sept ini selepas proses pemasangan bekalan elektrik, air dan kemudahan sukan siap dalam bangunan itu," katanya pada taklimat kepada kumpulan pegawai diplomatik dan media di sini Isnin.

Turut hadir pada taklimat tersebut ialah Duta Malaysia ke Laos, Zainal Abidin Ahmad.

Somsavath berkata kompleks sukan itu mengandungi stadium utama yang dapat menampung 20,000 penonton, arena akuatik tertutup dengan 2,000 tempat duduk, sebuah pusat tenis, dua gelanggang tertutup dan sebuah lapang sasar tertutup.

Laos juga memberi jaminan bahawa kerja-kerja di stadium baru lain, pengubahsuaian kepada kemudahan sedia ada dan membaikpulih jalan raya dari bandar raya ini menuju ke venue pertandingan sedang berjalan lancar dan akan siap sebelum November.

Temasya sukan dwitahunan ke-25 itu dijangka disertai oleh 5,000 atlet dan pegawai dari 10 negara Asia Tenggara termasuk negara baru Timor Leste dari 9 hingga 18 Dis ini. Laos, salah sebuah negara pengasas sukan itu, akan menganjurkan 25 jenis sukan dengan menawarkan 383 pingat emas.

Acara yang bakal dipertandingkan ialah olahraga, memanah, akuatik, badminton, biliard & snuker, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, sepak takraw, menembak, ping pong, taekwondo, tenis, bola tampar, gusti, angkat berat, wushu, muay thai, petanque, silat, timang bulu ayam dan renang sirip.

Somsavath berkata mereka menghargai sumbangan negara jiran dan rakan perdagangan seperti Vietnam, Thailand, China, Korea Selatan, Jepun dan Brunei kerana membantu membina dan membiayai beberapa gelanggang pertandingan dan pusat latihan.

Katanya atlet akan ditempatkan di perkampungan sukan di Universiti Kebangsaan di sini dan semua langkah yang secukupnya telah diambil bagi memastikan keselamatan makanan.

Sebuah syarikat Malaysia juga akan menyediakan perkhidmatan pendaftaran peserta dan sistem keputusan manakala Laos akan membeli dan menyewa peralatan untuk menjalankan ujian dadah bagi memastikan ia mengikut piawaian antarabangsa, katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 09:43 PM | Show all posts
17 September, 2009

Wushu Sasar Pertahan Dua Emas Dari Sukan SEA Laos

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Seramai 12 atlet wushu Malaysia ke Sukan SEA di Laos pada Disember depan, kini berada di Fujian, China sejak awal bulan ini bagi meneruskan perguruan dengan jurulatih di negara tersebut dalam misi mengekalkan dua pingat emas yang diraih pada edisi lepas.

Pengurus skuad wushu negara Wong Kim Swee berkata skuad tersebut berlepas ke Fujian pada minggu lepas dan dijadualkan berlatih di China bagi tempoh dua bulan akan datang.

"Kami terpaksa berguru di China kerana majoriti daripada atlet wushu dari negara Asean juga mengunakan khidmat jurulatih dari negara tersebut," katanya kepada Bernama, di sini pada Khamis.

Wong berkata skuad Malaysia yang terdiri daripada gandingan muka baru dan lama dipilih daripada kejohanan tempatan dan berlatih di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil.

Katanya pada temasya di Korat, Thailand pada 2007, Singapura muncul sebagai juara keseluruhan selepas atletnya berguru dengan jurulatih China, begitu juga Vietnam yang menduduki tempat kedua kutipan pingat wushu.

Sejak acara wushu diperkenalkan pada temasya Sukan SEA 1991 di Manila, pingat emas terbanyak Malaysia diraih daripada edisi di Kuala Lumpur pada 2001 dengan kutipan enam emas.

Malaysia meraih dua emas dari temasya di Vietnam pada 2003 tetapi gagal mengekalkannya di Filipina pada 2005.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 08:05 AM | Show all posts
'Jangan terlampau ghairah'


ATLET negara yang akan menyertai temasya Sukan SEA di Laos, hujung tahun ini diingatkan agar menjaga disiplin pemakanan dengan mengamalkan kesederhanaan ketika menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri nanti.


Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Laos, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz berkata, atlet perlu mengelak dari- pada mengambil makanan berminyak yang mengandungi kadar lemak tinggi kerana ia boleh menjejaskan prestasi atlet sekiranya diambil dalam kuantiti banyak.

"Kita tidak mahu disebabkan terlampau ghairah menyambut hari raya, atlet negara hilang disiplin dalam mengawal pemakanan," katanya semalam.

Dr. Ramlan yang juga Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) turut menasihatkan para atlet agar tidak mengambil makanan, ubat-ubatan dan maka- nan tambahan yang diragui kandungannya.

"Saya ingatkan atlet sekali lagi agar hanya mengambil ubat-ubatan atau makanan tambahan yang disyorkan oleh pihak ISN dan ditegah sama sekali mengambil ubat-ubatan tradisional terutamanya ubat daripada daun dan akar pokok," katanya.

Dr. Ramlan berkata, pegawai yang terlibat dalam ujian antidoping akan melakukan pemeriksaan walaupun atlet masih bercuti di kampung dan mereka diingatkan tidak mengelak diri daripada diperiksa oleh pegawai-pegawai tersebut.

Beliau menambah, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap atlet yang diuji positif walaupun atlet itu tergolong dalam atlet elit yang mampu mencapai sasaran penyumbang pingat emas di Laos nanti.

"Daripada mereka diuji positif ketika berada di Laos nanti lebih baik kita segera ambil tindakan tegas mulai sekarang demi menjaga imej negara," katanya.

Dianggarkan seramai 300 hingga 400 atlet akan mewakili negara ke temasya Sukan SEA Laos dan akan bertanding dalam 21 daripada 25 acara yang dipertandingkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 07:27 AM | Show all posts
01 Oktober, 2009

Skuad Memanah Sasar Dua Emas Di Laos

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Skuad memanah kebangsaan meletakkan sasaran tidak rasmi sekurang-kurangnya dua pingat emas pada temasya Sukan SEA Laos yang dijadulkan bermula awal Disember ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) Abdul Hamid Hassan berkata berdasarkan pencapaian semasa pemanah kebangsaan, beliau yakin bahawa tidak mustahil bagi skuad memanah kebangsaan memenangi sekurang-kurangnya dua pingat emas di Laos nanti.

"Saya yakin bahawa kita tidak mempunyai banyak halangan untuk memperoleh pingat emas bagi acara recurve lelaki individu dan berpasukan," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Abdul Hamid berkata beliau yakin dengan kemampuan pemanah kebangsaan Cheng Chu Sian yang pernah memenagi pingat emas bagi acara yang sama ketika beraksi pada temasya Sukan SEA Korat, Thailand dua tahun lepas.

"Di Korat kita berjaya memperoleh dua pingat emas bagi kedua-dua acara tersebut, saya yakin bahawa kita mampu mencipta kejayaan yang sama pada edisi kali ini," katanya.

Beliau berkata senarai akhir nama pemanah yang akan dipilih untuk mewakili negara ke temasya dwi-tahunan itu belum lagi diputuskan dan ia dijangka diumumkan majlis pemilihan atlet ke sukan SEA Laos selewat-lewatnya minggu hadapan.

"Kita belum boleh umumkan sasaran rasmi kerana masih menunggu senarai akhir nama pemanah yang akan menggalas cabaran di Laos dan saya rasa Majlis Sukan Negara (MSN) akan meletakkan sasaran lebih daripada dua pingat emas," katanya.

Beliau berkata sekiranya MSN meletakan sasaran lebih tinggi ia tidak mustahil untuk dicapai kerana Malaysia mempunyai pemanah yang sudahpun mencapai tahap Olimpik.

Abdul Hamid berkata walaupun pencapaian pemanah kebangsaan, Muhamad Marbawi Sulaiman agak kurang baik pada musim ini, beliau yakin bahawa Muhamad Marbawi masih mempunyai ruang untuk bangkit kembali.

"Sekiranya beliau (Muhamad Marbawi) teruskan latihan secara gigih saya yakin bahawa beliau mampu bangkit semula," katanya.

Dua lagi pemanah lelaki negara yang disebut-sebut mempunyai peluang untuk mencipta kejayaan di Laos ialah Wan Mohd Kalmizan Wan Abd Aziz dan Nazrin Aizad Mat Nasir.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 11:38 PM | Show all posts
Mampukah sasaran dicapai?
Malaysia menetapkan sasaran 30 hingga 35 pingat emas menerusi 21 daripada 25acara yang dipertandingkan pada Sukan SEA edisi ke-25 yang akanberlangsung di Laos pada 9 hingga 18 Disember ini.

Persoalannya, mampukah sasaran tersebut dicapai selepas Laosmenerusi Persekutuan Sukan SEA (SGF) mengugurkan 11 acara yangmenyumbangkan 25 pingat emas kepada Malaysia semasa edisi di Korat,Thailand pada 2007. Sasaran emas daripada semua persatuan sukan yangtersenarai ke Laos mendapati ia mampu dicapai biarpun ketua kontinjenke temasya tersebut, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz mahu bersikap lebihrealistik.

Renang dikatakan mensasar lima emas, terjun (5), wusyu (2), menembak(4), silat (2), lumba basikal (3), taekwondo (2), karate (5), petanque(1), memanah (2), olahraga (7) dan badminton (2).

Jumlah 40 pingat emas tersebut jika menjadi realiti, melebihidaripada jangkaan maksimum 35 emas yang disasarkan oleh Menteri Beliadan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang sebelum itu meletakkan target 30 hingga 35 emas dari Laos berikutan jumlah acara kecil, 21 daripada 25 acara yang disertai Malaysia.

Sementara acara lain yang disertai Malaysia sekadar memberikanjangkaan sama ada pingat perak, gangsa atau sekadar mara ke pusinganakhir.

Judo mensasarkan tiga gangsa, bola tampar (pusingan akhir), golf(tiada sasaran), ping pong (satu perak), tinju (tiada emas), angkatberat (tiada emas), polo air (satu gangsa), sepak takraw (tiada emas),snuker & billiard (tiada emas), dan tenis (dua gangsa).

Dr. Ramlan ketika diminta mengulas mengenai jangkaan emas tersebutberkata, persatuan-persatuan sukan bebas untuk memberikan jangkaantetapi pihaknya akan membuat keputusan akhir mengenai jumlah emas yangdisasarkan di Laos.
Katanya, persatuan mempunyai kaedah sendiri untuk membuat jangkaantersebut, mungkin berdasarkan rekod terdahulu serta prestasi semasaatlet mereka tetapi pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis OlimpikMalaysia (MOM) mempunyai kaedah yang lebih ketat sebelum membuatramalan.

Sebagai ketua kontinjen katanya, bukan urusan beliau untuk membuat semua jangkaan tersebut.

"Persatuan boleh membuat pelbagai jangkaan. Jika jangkaan tersebutemas, ia petanda baik yang menunjukkan keyakinan persatuan terhadapprestasi atlet mereka," katanya.

"Tetapi jangkaan juga boleh menjadi satu simbol feel good atau sekadar alasan untuk ke temasya tersebut."

Bagi Dr Ramlan, apa yang lebih penting ialah mengenai prestasi terbaik atlet itu sendiri.
Seseorang atlet itu, katanya akan dinilai menerusi dua aspek iaitupencapaian terbaik dalam satu musim dan pencapaian terbaik peribadi.

"Jika atlet tersebut berupaya memperbaiki rekodnya dalam kedua-duaaspek tersebut, ia merupakan satu pencapaian dan saya percaya pingatemas akan turut menyusul," katanya.

Malaysia sebenarnya awal-awal lagi telah kehilangan banyak pingatemas daripada temasya dwi-tahunan itu berikutan keputusan PersekutuanSukan SEA (SGF) mengugurkan 11 acara yang memberikan kutipan emas buatMalaysia ketika edisi di Korat.

Daripada 475 pingat emas yang ditawarkan menerusi 43 jenis sukan diKorat, Malaysia membawa pulang 68 emas, 52 perak dan 95 gangsa.

Sebanyak 25 pingat emas daripada 68 emas yang diperoleh semasa diKorat datangnya daripada acara gimnastik (2), gimrama (2), tenpinboling (4), skuasy (1), ekuestrian (4), hoki lelaki (1), hoki wanita(1), boling padang (4), polo (1), pelayaran (2) dan triatlon (1).

Malangnya, semua acara ini tidak dipertandingkan di Laos.

Malaysia juga tidak akan mengambil bahagian dalam beberapa acarasukan tradisional yang popular di negara Indochina yang menawarkankeseluruhan 65 pingat emas.

Tenis ringan menawarkan tujuh emas, gusti (21), muay thai (14), renang sirip (16) dan timang bulu ayam (7).
Malaysia hanya akan bertanding untuk merebut baki 333 pingat emasdaripada 398 pingat emas yang ditawarkan pada edisi ke-25 ini menerusi21 acara yang dipertandingkan.


Secara matematik, jumlah pingat emas yang dimenangi di Korat tetapitidak dipertandingkan di Vientiane dan jumlah acara yang tidak disertaiMalaysia di Laos menyebabkan Malaysia telah pun kehilangan 90 pingatemas.

Begitupun Malaysia pasti tidak mengambil bahagian dalam semua acarayang dipertandingkan dan arahan SGF untuk mengurangkan jumlah acarayang boleh disertai oleh sesebuah negara pasti mengurangkan lagi jumlahemas untuk direbut Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 12:32 AM | Show all posts
KOAM Hantar 43 Atlet Ke Sukan Sea Laos
+ bernama

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah meletakkan harapan kepada 43 atlet bagi memenuhi sasaran tujuh pingat emas pada Sukan SEA Laos ke-25 di Vientine, Disember ini.

Selepas gagal menepati sasaran 10 emas pada Sukan SEA Korat 2007, KOAM kali ini membariskan 21 atlet lelaki dan 22 wanita bagi untuk menghadapi saingan selama empat hari di Stadium Nasional mulai 9 Dis ini.

Di Korat, KOAM memungut tujuh emas.

Pada sukan dwitahunan kali ini, KOAM meletakkan sandaran terhadap atlet jarak sederhana dan jauh M. Vadivellan yang bakal beraksi dalam acara 800m, 1,500m dan 5,000m lelaki.

Selain itu, skuad olahraga juga mengharapkan pingat emas daripada atlet 110m lari berpagar Mohd Robani Hassan dan atlet lompat jauh Jen Chan Guo.

Atlet lelaki lain dalam skuad kebangsaan ke Vientine ialah S. Mathialagan (800m), Lo Choon Sieng dan Teoh Boon Lim (20km Jalan Kaki), Lee Hup Wei (Lompat Tinggi), Mohd Hafizuddin Sahadan (Lompat Bergalah).

Chan Woo Yew (Maraton), Mohd Jironi Riduan (1,500m), Rayzam Shah Wan Sofiah (110m Lari Berpagar), Mohd Hasrolnizam Yaakod (Lempar Cakera), Adi Alifuddin Hussin (Lontar Peluru) serta pasukan lari berganti-ganti 4x100m dan 4x400m.

Dalam kategori wanita, KOAM mengharapkan sentuhan emas daripada atlet Nor Rohida Baidawi dan Nor Hazwanie Norizan (400m), K. Ganti Manthi (800m), Yap Jeng Tzan (Lempar Cakera), Norjannaj Hafiszah Jamaludin dan Nurul Sarah Abdul Kadir (100m) serta pasukan lari berganti-ganti 4x100m dan 4x400m.

Atlet wanita lain ialah Noraseela Mohd Khalid (400m lari berpagar, 400m), Roslinda Samsu (Lompat Bergalah), Tan Song Hwa (Baling Tukul Besi).

Yuan Yu Fang (20km Jalan Kaki), Noor Amira Mohamad Nafiah (Lompat Kijang), Siti Nurulain Abdul Rahim dan Asrenny Asik (Lempar Cakera) serta atlet merejam lembing Syuraini Sekembar.

Timbalan Presiden KOAM Karim Ibrahim memberitahu Bernama hari ini hanya atlet yang memiliki kualiti untuk menunjukkan peningkatan dalam acara masing-masing dipilih kali ini.

"Kami tidak mahu penumpang dalam kontingen negara kerana tidak mahu membazir wang rakyat," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2009 12:33 AM | Show all posts
Malaysia Hantar 370 Atlet Dan 120 Pegawai Ke Sukan SEA Laos
+ bernama

Malaysia akan menghantar bilangan atlet paling kecil sejak 2003 apabila menyenaraikan 370 atlet dan 120 pegawai ke Sukan SEA Laos di Vientiane, Disember ini, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata saiz kontinjen negara telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Teknikal Sukan SEA Laos baru-baru ini manakala penyenaraian akhir berdasarkan nama anggota kontinjen akan dihantar sebelum 26 Okt ini.

"Saiz kontinjen kecil ini disebabkan Malaysia hanya akan mengambil bahagian dalam 21 daripada 25 acara sukan yang dipertandingkan pada temasya itu," katanya kepada Bernama, di sini.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara renang, terjun, memanah, olahraga, badminton, snuker & billiard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping-pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wushu.

Acara yang tidak disertai Malaysia ialah tenis ringan, gusti, muay thai dan timang bulu ayam.

Sebagai rekod, ketika menjadi hos Sukan SEA pada 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia menghantar 569 atlet, Hanoi/Ho Chi Minh, Vietnam, 2003 (349), Manila, Filipina, 2005 (403) dan Korat, Thailand, 2007 (734).

Sieh berkata senarai akhir nama atlet akan diketahui selepas mesyuarat Chief-de-Mission semua negara anggota Asean dan Timor Leste di Vientiane, pada 26 Okt.

Sementara itu, laman web rasmi Sukan SEA Laos Selasa menyebut lebih 4,200 atlet dari 10 negara Asean akan bertanding memburu 398 pingat emas dalam 25 cara sukan.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sukan SEA, Kasem Inthara berkata negara tuan rumah, Laos, menyenaraikan kontinjen terbesar iaitu 661 atlet diikuti Thailand (637) dan Vietnam seramai 600 atlet.

"Senarai akhir atlet dari setiap negara akan diumumkan pada 26 Okt," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:08 PM | Show all posts
malaysia dpat pingat gangsa pertama...

melalui taekwondo..

tahniah lee jeng yen..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:25 PM | Show all posts
wehhhhhh xde live ke arrr.... astro ke rtm ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 09:52 PM | Show all posts
wehhhhhh xde live ke arrr.... astro ke rtm ke
cmf_death Post at 9-12-2009 14:25


xdop..mahal sgt nok siar
jd pakso keno tgok laman web r..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.095386 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list