CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

TAUFAN Nargis di Myanmar : mangsa nargis masih terus sengsara!!

[Copy link]
Post time 21-5-2008 01:07 PM | Show all posts
Myanmar tolak bantuan Amerika untuk mangsa gempa
BERITA HARIAN

YANGON (Myanmar): Kerajaan junta Myanmar hari ini menolak bantuan yang dibawa oleh kapal perang dan helikopter Amerika Syarikat untuk mangsa taufan, lapor akhbar berita tempatan di sini, hari ini.

Akhbar The New Light of Myanmar melaporkan, bantuan seperti itu akan menjadikan negara itu 'lebih terikat' dengan kuasa asing.

Amerika dan Perancis kini meletakkan kapal perang masing-masing di perairan Myanmar bagi membantu pengagihan bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Nargis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2008 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 21-5-2008 01:07 PM
Myanmar tolak bantuan Amerika untuk mangsa gempa
BERITA HARIAN

YANGON (Myanmar): Kerajaan junta Myanmar hari ini menolak bantuan yang dibawa oleh kapal perang dan helikopter Amerika Syarikat  ...


apa kejadah bodo nye  junta myanmar  ni  :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 06:29 PM | Show all posts
May 21, 2008   
Myanmar mourns cyclone victims, but few notice



AFP Photo Myanmar's military leader Than Shwe (centre) visits a camp for displaced people on the outskirts of Yangon on May 18. Myanmar has begun three days of mourning for 133,000 people dead or missing in its cyclone, but barely anyone seemed to notice and most of the two million survivors were still desperate for help.



YANGON (AFP) - Myanmar began three days of mourning Tuesday for 133,000 people dead or missing in its cyclone, but barely anyone seemed to notice and most of the two million survivors were still desperate for help.

In one of the first official displays of grief since the cyclone pummelled swathes of this impoverished country 18 days ago, national flags in front of Yangon's City Hall fluttered at half mast under overcast skies.

But there was no public ceremony nor moment of silence, and most people in Yangon appeared completely unaware of the mourning period.

"We didn't know about this news. How are we meant to show our grief for storm victims?" said Mya Mya, a 43-year-old flower seller who is sheltering in a public school after the storm destroyed her home.

Like most cyclone survivors still in desperate need of food , shelter and medicine, Mya Mya said she had yet to receive any emergency relief from the military government.

Global pressure is mounting on the regime to do more for the storm victims, and Myanmar agreed at regional talks Monday in Singapore to allow neighbouring countries to coordinate an international relief effort.

"We are seeing a little bit of progress, we see small steps being made," said Elisabeth Byrs, spokeswoman for OCHA, the UN's disaster response arm in Geneva.

OCHA head John Holmes said he held "useful" meetings Tuesday with Myanmar's Prime Minister Thein Sein and three government ministers, one day after he toured parts of the Irrawaddy Delta where entire villages were washed away by the May 2-3 storm.

But doubts emerged over how effective any relief effort would be, since the junta has refused to allow in foreign aid workers in anything like the numbers needed, despite warnings that people could die without help.

Human Rights Watch warned that the aid effort led by ASEAN (the Association of Southeast Asian Nations) fell well short of the operation needed to address victims' urgent needs.

"Governments and aid agencies should not delude themselves into thinking otherwise," said Brad Adams, the group's Asia director.

The Asian Development Bank said it might send experts to assess reconstruction needs, but the World Bank said it could not provide the regime with any funds because the junta has not been repaying existing loans.

The United Nations, which estimates that only 500,000 of the 2.4 million affected by the storm are receiving aid, is making a top-level diplomatic effort to press the regime to open up the country.

UN chief Ban Ki-moon, who had earlier failed to get reclusive junta leader Senior General Than Shwe even to take his telephone calls, was set to visit the hardest-hit regions of Myanmar on Thursday ahead of weekend fund-raising talks in Yangon.

"I hope the senior general will see Secretary General Ban Ki-Moon when he comes," Holmes said, adding that he handed over a letter from Ban intended for Than Shwe saying the two sides needed to find a way "to work together better."

Analysts believe the ASEAN deal, which will also see teams of Asian medics from nine countries travel to Myanmar, was a face-saving way for the junta to allow in relief without being seen to cave in to Western pressure.

A Western diplomat in Yangon said the regime was taking its cue from close ally China, which is also dealing with disaster after an earthquake killed more than 40,000 people in the southwest.

"The fact that the junta has declared three days of mourning now, whereas the cyclone took place more than two weeks ago, is very significant," the diplomat said.

China, for its part, began three days of mourning for its quake victims on Monday, exactly one week after the tragedy.

Than Shwe spent a second consecutive day Monday touring the disaster zone, venturing into the hardest-hit regions of the delta for the first time, state television reported.

On Tuesday he announced on state media that the government would build new schools for children orphaned by the cyclone. Until Sunday, the senior general had not made a public appearance or remark about the disaster.




nak muntah aku dek kebodohan dan sombongnya junta hell myanmar ni  
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:25 PM | Show all posts

Have you ever seen a storm. Let's see the cyclone.

..................

[ Last edited by  yhn at 22-5-2008 01:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:49 PM | Show all posts
Have you ever seen a storm. Let's see the cyclone.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:09 AM | Show all posts
fuyohh.. mcm dalam filem twister...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2008 03:21 AM | Show all posts
Junta Myanmar buka rumah anak yatim
UTUSAN MALAYSIA

YANGON 21 Mei – Junta tentera Myanmar akan mendirikan rumah-rumah anak yatim untuk ratusan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dalam Taufan Nargis.

Rumah anak yatim itu akan dibuka di daerah Pyapon dan Labutta dan di pekan-pekan Delta Irrawaddy yang teruk dilanda taufan tersebut, menurut laporan New Light of Myanmar, hari ini.

Wakil Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Ramesh Shrestha berkata, agensinya menganggarkan bilangan kanak-kanak yang kehilangan penjaga melebihi 600 orang dan dijangka meningkat.

“Kami tidak mengetahui bilangan mereka tetapi berdasarkan maklumat yang kami terima, ada lebih 600 atau 700 kanak-kanak tanpa penjaga setakat ini,” kata Shrestha.

Mereka termasuk bayi dan kanak-kanak di bawah umur dua tahun, katanya.

Kebanyakan anak yatim yang dikenal pasti itu dijaga oleh sukarelawan dan orang dewasa di pusat perlindungan sementara.

UNICEF sedang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Myanmar dan Palang Merah negara ini untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak yang tidak ada penjaga dengan harapan untuk menjejaki dan menyatukan mereka dengan waris yang masih hidup, kata Shrestha.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 09:05 PM | Show all posts
Mangsa Taufan Yang Terselamat Tenang Walaupun Bantuan Lewat Diagihkan
BERNAMA - 22 Mei, 2008 17:09 PM

BANGKOK, 22 Mei (Bernama) -- Di sebalik kelewatan penghantaran bantuan dan pekerja bantuan antarabangsa pula terus dihalang daripada memasuki kawasan yang dilanda taufan di Myanmar, sebahagian besar mangsa yang terselamat dalam tragedi pada 2 Mei berkeadaan tenang dan berusaha untuk kembali ke kehidupan asal.

Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood, yang dibawa melawat selama sejam ke kawasan yang terjejas di delta Irrawaddy, berkata orang ramai saling bantu-membantu sungguhpun bantuan kerajaan kelihatan di sesetengah tempat.

"Saya kagum dengan sikap tenang mereka itu. Saya tidak pernah melihat keadaan seperti itu dalam zon yang dilanda bencana di negara lain. Orang ramai meneruskan kehidupan mereka, memperbetulkan apa yang perlu. Mereka nampak redha dengan apa yang berlaku," katanya pada sidang akhbar di sini.

Dr Jemilah, yang juga anggota Pasukan Penilai dan Penyelaras Bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata meskipun agensi bantuan antarabangsa berhadapan cabaran dengan terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan visa pakar mereka bagi memasuki Myanmar atau menjejakkan kaki ke delta, bantuan tetap disalurkan tetapi dengan perlahan.

Tiga minggu selepas Taufan Nargis melanda negara yang diperintah tentera itu, kurang 30 peratus daripada 2.4 juta penduduk telahpun menerima bantuan daripada agensi antarabangsa, kata beliau namun memuji masyarakat setempat dan biara yang menjadi peneraju dalam membantu penduduk, dengan sekurang-kurangnya 65 kumpulan masyarakat madani terbabit secara aktif.

Dianggarkan terdapat lebih 130,000 orang terkorban atau hilang akibat bencana itu.

Dr Jemilah berkata sungguhpun beliau melihat hospital kerajaan masih teguh dan beroperasi manakala kem perlindungan pula diwujudkan di Labutta dan Kungyangon, lebih banyak tempat perlindungan sementara diperlukan bagi mengelak kesesakan selain melindungi penduduk daripada musim monsun yang bakal tiba.

Walaupun terdapat aduan mengenai bantuan yang tidak sampai ke sebahagian besar kawasan yang terjejas dan kerajaan lambat memberi tindak balas, beliau berkata ada tanda-tanda pembabitan tentera dan agensi kerajaan dalam usaha menyalurkan bantuan, dengan lebih banyak tongkang dan bot digerakkan untuk membawa barang keperluan seperti makanan, air serta ubat-ubatan.

Apabila diberitahu mengenai laporan media yang menyebut beribu-ribu orang masih menunggu penghantaran bantuan di beberapa pekan, Dr Jemilah berkata beliau tidak dapat menilai keadaan di semua kawasan yang terjejas tetapi mengakui banyak kawasan terpencil belum dikunjungi oleh pekerja bantuan.

Katanya terdapat kira-kira 239 khemah didirikan di kampung sebagai tempat perlindungan mangsa manakala sungai pula digunakan dengan meluas bagi mengangkut bantuan.

Agensi bantuan antarabangsa berharap lawatan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon ke Myanmar hari ini dan peranan Asean sebagai penyelaras mekanisma akan membolehkan lebih banyak bantuan dihantar kepada mangsa. Dr Musa Muhammad, Pengarah Serantau CARE, berkata kira-kira 1,500 pekerja bantuan setempat daripada agensi bantuan antarabangsa sudahpun membantu mangsa, dengan kira-kira 400,000 orang telahpun menerima barangan keperluan. "Lebih banyak penerbangan yang membawa bantuan akan pergi ke Yangon dan lebih banyak bantuan akan dihantar ke delta. Bagaimanapun fokus kami bukanlah kepada usaha menyalurkan bantuan segera sahaja tetapi juga kepada pembinaan semula. Di sinilah khidmat pakar asing diperlukan," katanya.

Dr Musa berkata pihak berkuasa Myanmar kini mengeluarkan lebih banyak visa untuk pekerja bantuan asing memasuki negara berkenaan dan proses itu lebih pantas berbanding hari-hari yang menyusul selepas tragedi melanda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2008 04:52 AM | Show all posts
Pekerja asing masuki Myanmar
UTUSAN MALAYSIA

NAYPYIDAW 23 Mei - Myanmar bersetuju membenarkan "semua pekerja bantuan" menyertai operasi bagi membantu mangsa Taufan Nargis.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengumumkan persetujuan itu selepas menemui pemimpin junta, Jeneral Kanan Than Shwe selama lebih dua jam, di sini hari ini.

"Beliau (Than Shwe) bersetuju untuk membenarkan kemasukan semua pekerja bantuan tanpa mengira kerakyatan," kata Ki-moon kepada wartawan.

Ketika ditanya sama ada persetujuan tersebut menandakan satu kemajuan besar dalam usaha menangani tragedi itu, Ki-moon: "Saya berfikir begitu."

Menurut ketua PBB itu, beliau telah mengadakan pertemuan yang sangat baik dengan jeneral kanan tersebut, terutamanya mengenai isu pekerja bantuan.

"Beliau mengambil pendirian yang agak fleksibel mengenai perkara ini," kata Ki-moon.

Than Shwe juga bersetuju untuk membenarkan lapangan terbang Yangon digunakan sebagai pusat antarabangsa untuk operasi pengagihan bantuan, ujar beliau.

Jeneral Kanan itu sebelum ini enggan membenarkan pekerja bantuan asing menjalankan operasi bantuan besar-besaran selepas Taufan Nargis menyebabkan 133,000 orang terbunuh atau hilang.

Malah beliau enggan menjawab panggilan telefon atau surat Ki-moon yang dihantar selepas taufan itu melanda negara ini tiga minggu lalu.

Ki-moon merupakan pemimpin asing paling kanan melawat ibu negara baru Myanmar, ini sejak Than Shwe secara mendadak mengarahkan seluruh kerajaan dipindahkan ke sini pada 2003.

Kira-kira 2.5 juta mangsa taufan kini dalam keadaan amat memerlukan bantuan makanan, air, tempat berlindung dan rawatan perubatan, menurut agensi bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 04:53 AM | Show all posts
Agensi bantuan ragui kebenaran Myanmar
UTUSAN MALAYSIA

BANGKOK 23 Mei - Agensi bantuan antarabangsa bersikap hati-hati dengan keputusan Myanmar membenarkan kemasukan pasukan bantuan asing ke negara itu kerana mendakwa maklumat lanjut mengenai kebenaran itu masih belum jelas.

Ketika menyambut baik keputusan tersebut, mereka menegaskan, apa yang diperlukan bukan setakat membenarkan kemasukan pasukan bantuan asing ke Yangon, tetapi yang penting ialah sama ada pasukan bantuan asing boleh meninggalkan Yangon atau tidak, kata jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP), Paul Risley di sini, hari ini.

Pemimpin junta Myanmar, Than Shwe memberikan kebenaran tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

Agensi bantuan asing berpendapat, pakar luar diperlukan bagi mengurus operasi bantuan di kawasan terjejas dalam bencana Taufan Nargis yang ketika ini hanya membabitkan petugas tempatan.

"Kami masih perlukan penjelasan mengenainya-siapa yang dibenarkan masuk dan ke kawasan mana.

"Adakah ini bermakna petugas dari agensi bantuan yang kami wakili boleh memasuki negara berkenaan," kata John Saparrow dari Persekutuan Palang Merah Antarabangsa.

Sementara jurucakap World Vision, James East pula berkata, kebenaran itu setakat ini masih belum jelas.

Menurut East, perdebatan sejak akhir- akhir ini ialah mengenai politik dan bantuan kemanusiaan yang dipolitikkan.

"Diharap, kita dapat keluar daripada isu berkenaan. Marilah kita membantu mangsa terbabit," katanya.

Jurucakap bantuan tentera Amerika Syarikat (AS) Rebecca Gustafson pula berkata, berita itu sesuatu yang positif, tetapi pihaknya memerlukan maklumat lanjut mengenainya.

"Tanggungjawab kami ialah untuk memastikan bantuan sampai kepada mangsa secepat mungkin," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 05:15 PM | Show all posts
memang betul tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2008 08:25 PM | Show all posts
May 24, 2008   
Myanmar Constitutional Referendum Continues In Cyclone-hit Areas


YANGON, May 24 (Bernama) -- Myanmar's referendum on a draft constitution continued Saturday morning in cyclone-hit areas in two divisions as a follow-up of an earlier referendum that was held on May 10 across the country except the disaster-torn areas.

The polling is now taking place in 47 remaining townships -- 40 in Yangon and 7 in southwestern Ayeyawadedy division, China's XINHUA reports.

People in these still-declared disaster-hit areas started going to poll to cast votes on the charter since early morning with residents townshipwide including family elders and up-to-age young people heading towards polling stations in groups or in individuals in silence.

The polling booths are set to close in late afternoon at 4 p.m. (0930 GMT) after which ballot counting will be done.

According to the polling result dealing with the earlier referendum officially published, Myanmar's new constitution draft has already been regarded as ratified as a total of 20,786,596 voters or 92.4 percent of the turn-out eligible voters voted in favor of it.

The number of the turn-out was 22,496,660 or 99.07 percent out of 22,708,434 eligible voters in 278 townships out of 325 in the whole country.

The number of voters who voted against the constitution were 1, 375,480, while cancelled votes went to 334,584.

According to the draft constitution, the constitution draft can be ratified with the majority votes-in-favor out of the votes cast by over 50 percent of eligible voters.

There is a total population of 57,504,368 in the whole of Myanmar with up-to-age population or eligible voters accounting for 27,369,957, according to official figures.

Of the country's population, Yangon represents 7 million, while Ayeyawaddy 6 million.

The 194-page 15-chapter 2008 Republic of Union of Myanmar Constitution was drafted by a 54-member State Constitution Drafting Commission in accordance with the detailed basic principles laid down by the National Convention.

The referendum on the new constitution draft constitutes part of the military government's seven-step roadmap announced in 2003.

The next step is to hold a multi-party democracy general election in 2010 to produce parliament representatives to hand over power to a democratically elected civil government.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 06:56 AM | Show all posts
Junta digesa tumpu bantuan
BERITA HARIAN

YANGON: Agensi bantuan antarabangsa menyambut baik, tetapi berwaspada dengan jaminan junta Myanmar untuk membuka pintu negaranya kepada lebih ramai sukarelawan asing dan menggesa Yangon tidak membuang masa lagi selepas tiga minggu menyekat bantuan antarabangsa kepada mangsa taufan Nargis.

Pemimpin junta, kelmarin memberitahu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban ki-moon, bahawa semua pekerja bantuan, kapal awam dan bot kecil akan dibenarkan memasuki kawasan bencana bagi menghulurkan bantuan.

Persetujuan itu bagaimanapun, dijangka menjejaskan tumpuan junta yang mahu meneruskan pengundian bagi pindaaan Perlembagaan di Yangon dan delta Irrawaddy, kawasan paling teruk terjejas.

Pengkritik berkata, pindaan Perlembagaan yang dicadangkan bertujuan memperkukuhkan kuasa tentera dan menggesa kerajaan memberi lebih tumpuan kepada usaha membantu mangsa bencana.

“Kami kini terpaksa berjuang dengan masa untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa taufan yang amat terdesak. Kami juga berharap kerajaan Myanmar bersikap jujur dengan jaminan yang diberikannya dan membenarkan lebih ramai pekerja memasuki kawasan bencana. Kami mempunyai beberapa pakar di Yangon, tetapi dilarang meninggalkan bandar raya itu,” kata agensi bantuan Britain, Oxfam, dalam satu kenyataan.

Rakyat Myanmar membuang undi 10 Mei lalu bagi menentukan sama ada pindaan Perlembagaan perlu dilakukan, bagaimanapun radio tempatan menyatakan, kelewatan pengundian di kawasan terjejas tidak memberi sebarang kesan berikutan keputusan pengundian yang menunjukkan 92.4 peratus daripada 22 juta pengundi, menyokong pindaan itu.

Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi membuang undi petang Jumaat lalu apabila pegawai kerajaan mengunjungi rumahnya bersama kertas undi.

Parti pimpinan Suu Kyi juga turut menggesa anggotanya mengundi menentang pindaan itu, yang jika diluluskan akan menghalang beliau daripada menyertai pilihan raya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 06:57 AM | Show all posts
Askar terdesak rompak, ugut mangsa taufan
BERITA HARIAN

KALAYMO: Kemusnahan akibat taufan di delta Irrawaddy, kawasan penanaman padi di Myanmar menyebabkan kecurian besar-besaran di kawasan sempadan oleh anggota tentera bergaji murah yang bimbang akibat kekurangan bekalan makanan, kata penduduk dan kumpulan hak asasi manusia.

Di bandar barat laut di sini, yang bergantung kepada delta yang jauh untuk sebahagian besar bekalan beras dan garam, penduduk tempatan berkata, tentera merampas bekalan beras, ikan dan kayu api sejak taufan Nargis menyerang bekas Burma pada 2 Mei lalu.

“ Pada waktu petang, tentera menahan penduduk kampung di pusat pemeriksaan dalam perjalanan balik dari pasar dan merampas wang, kerana bimbang gaji mereka akan diagihkan ke kawasan terjejas akibat taufan,” kata mangsa dan saksi.

“Keadaan itu bertambah buruk selepas taufan,” kata bekas pegawai jabatan pengangkutan, Se, di bandar berjumlah 300,000 penduduk, kira-kira enam jam perjalanan dari sempadan India.

“Malah, bekalan tentera turut dihadkan dan mereka tidak pasti bila mereka akan menerima gaji,” katanya.

Tentera di Myanmar yang diperintah anggota itu biasanya dibayar gaji rendah - iaitu hanya 14,000 kyats (RM39) sebulan - menjadikan pemerasan masalah endemik, terutama di kawasan sempadan yang mana pelbagai etnik militia membayar gaji gerila sejak sedekad lalu.

Namun, kira-kira 12 orang yang ditemuramah di bandar itu berkata, keadaan menjadi bertambah buruk dalam tempoh tiga minggu sejak Nargis yang menyebabkan 134,000 maut atau hilang di delta dan 2.4 juta lagi memerlukan bantuan segera.

“Tentera tidak bersimpati langsung dengan nasib penduduk,” kata seorang kerani kerajaan yang enggan dikenali. “Mereka tidak mempunyai emosi untuk memahami perasaan manusia. Mereka berkelakuan seperti haiwan.”

---

melampau betul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2008 06:09 PM | Show all posts
Pemerintah Junta di Myanmar sedia terima bantuan luar


BANGKOK: Setiausaha Agung PBB, Jeneral Ban Ki-moon terbang ke Myanmar untuk membantu persidangan antarabangsa bagi merayu sumbangan terhadap tabung bencana negara yang dilanda taufan.

Ban berlepas ke Yangon untuk perjalanan satu hari sebagai wakil agensi bantuan melakukan persediaan rapi untuk ke kawasan paling teruk mengalami kemusnahan di Myammar iaitu lembangan Irrawady selepas pihak pemerintan Junta bersetuju menerima bantuan asing.

Selepas seminggu menolak untuk menerima bantuan, jeneral pemerintah Myanmar memberitahu PBB bahawa mereka kini bersedia membenarkan orang luar untuk mengunjungi lembangan berkenaan bagi memeriksa kerosakan.



Kemasukan orang luar ke lembangan itu akan dijadikan penilaian terhadap tahap bantuan yang boleh diberikan oleh negara dan organisasi asing di persidangan yang diadakan di Yangon, bandar raya terbesar di Myanmar itu.- AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2008 07:06 PM | Show all posts
May 25, 2008

  
Aid workers await access as Myanmar seeks billions to rebuild



AFP Photo A girl leans on a boat in the cyclone-hit Kungyangon, some 48 kilometers south of Yangon. Myanmar's failure to grant foreign aid workers unfettered access to cyclone devastated areas threatened Sunday to overshadow a vital conference aimed at securing billions of dollars for reconstruction.



YANGON (AFP) - Myanmar's failure to grant foreign aid workers unfettered access to cyclone devastated areas threatened Sunday to overshadow a vital conference aimed at securing billions of dollars for reconstruction.

Disaster experts were still awaiting delivery on the Junta's promise to allow international helpers in to the Irrawaddy Delta, three weeks after Cyclone Nargis hit the Southeast Asian nation.

UN Secretary General Ban Ki-moon said he had persuaded military leader Than Shwe to relent on accepting all foreign aid workers, but it was unclear when they would get in -- or how much they would be allowed to do once there.

With time running out for 2.4 million desperate survivors, disaster workers remain uncertain about when they will get full access to Myanmar, which wants the world to donate nearly 11 billion dollars to rebuild the country.

Some aid groups warned that the international community was unlikely to give the regime all the money it will request at Sunday's donor conference in the main city Yangon. There was also renewed international pressure on the junta to give way.

"We want to see full and unfettered access for the international aid workers," Douglas Alexander, Britain's secretary of state for international development, told AFP in Bangkok ahead of his attendance in Yangon.

"We want to see an increase in the number of flights," Alexander said, noting that any progress was cause for optimism for cyclone survivors but insisting that the regime must deliver on their promises.

He said the challenge would be to "make sure the regime hears a clear and unequivocal message that we want their word to be translated into actions."

Sunday's conference will be jointly chaired by the United Nations and regional bloc the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). Details of an ASEAN-led aid mission are due to be presented.

Myanmar's secretive leadership has kept all but a handful of foreigners out of the disaster zone, hampering relief efforts since the May 2-3 tragedy hit the country formerly known as Burma.

World frustration has been boiling over at the military, which has ruled the country with an iron fist for 46 years and long spurned the overtures of the international community.

For weeks the Junta insisted it could handle the relief effort alone, even though reporters who have reached the delta say many are still without government assistance and that the situation is grim.

Bodies of some of the estimated 133,000 people left dead or missing are rotting in canals. There is little food, rice paddies are in ruins, and there have been international warnings of a possible famine ahead. But aid workers said Saturday there was no sign yet of changes on the ground regarding access, despite the fact that hunger and disease are stalking survivors.

"There are no clear guidelines so far," said one foreign relief worker in Yangon, who declined to be named because of the sensitivity of the issue. Myanmar has rejected aid from French and US naval ships loaded with relief supplies which are in nearby waters.

The handful of foreign aid staff in the country are largely banned from the delta. The regime has agreed to let the United Nations and the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), of which Myanmar is a member, oversee the relief effort. The details of that arrangement will be presented at Sunday's donor conference -- where Myanmar is expected to ask for 10.7 billion dollars in assistance.

UN Secretary General Ban has said he has confidence in the pledges received from Myanmar's military leader Than Shwe and his inner circle to let foreigners in.

"That is what I have agreed with Senior General Than Shwe," he said in neighbouring Thailand on Saturday, where he inaugurated a UN aid facility at an airport that will be a major transport point for relief flights into Myanmar.

"I'm sure that they'll keep their commitment," Ban said. He was to return to Yangon on Sunday for the donor meeting having spent most of Saturday visiting the epicentre of the earthquake that struck China on May 12.

ASEAN Secretary General Surin Pitsuwan said Sunday's conference would also look at the agreement on allowing in foreign aid workers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 12:21 AM | Show all posts
Bantuan: PBB fokus selamatkan nyawa mangsa Taufan Nargis
UTUSAN MALAYSIA - 25/05/2008 4:04pm

YANGON 25 Mei – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini menegaskan fokus antarabangsa kini tertumpu kepada usaha menyelamatkan nyawa di Myanmar di mana lebih dua juta mangsa Taufan Nargis amat memerlukan bantuan kecemasan segera.

Lebih tiga minggu sejak bencana itu menyebabkan 133,000 orang terkorban atau hilang, Ki-moon berkata, beliau percaya kerajaan negara ini memahami betapa perlunya tindakan segera diambil dan kini bersedia untuk menerima kemasukan pekerja bantuan asing yang dihalang sebelum ini.

“Saya berharap dan percaya kerajaan Myanmar tidak lagi mengambil sikap teragak-agak seperti masa lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada delegasi pada persidangan penderma antarabangsa bagi memungut dana untuk negara ini.

“Kita berpeluang untuk mengadakan permulaan baru hari ini dan saya menyeru semua pihak supaya memberi fokus kepada objektif terdekat iaitu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Ki-moon yang merupakan Setiausaha Agung PBB pertama melawat negara ini dalam tempoh 44 tahun berkata, beliau telah dapat meyakinkan pemimpin junta, Jeneral Kanan Than Shwe supaya menerima pakar bencana asing yang telah dihalang daripada memasuki Delta Irrawaddy yang paling teruk dilanda taufan itu.

Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein memberitahu persidangan, kerajaannya “akan menimbangkan” penyertaan pekerja bantuan asing dalam usaha pembangunan semula.

Ki-moon berkata, beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri tersebut.

“ Pendirian itu selaras dengan persetujuan yang kita capai dengan pucuk pimpinan Myanmar beberapa hari lalu,” kata Setiausaha Agung itu sambil menyambut baik “semangat kerjasama baru” antara Myanmar dengan masyarakat antarabangsa.

Beliau menegaskan pelaksanaan yang segera dan menyeluruh adalah penting.

“Saya sendiri akan terlibat dengan usaha ini secara berterusan,” kata Ki-moon.

Persidangan penderma anjuran PBB dan ASEAN itu bermula dengan tempoh bertafakur untuk mangsa taufan.

Myanmar berharap untuk menerima kira-kira AS$10.7 bilion (RM34 bilion) daripada persidangan itu, jumlah yang dikatakannya diperlukan untuk program pembangunan semula.

PBB telah pun meminta AS$201 juta (RM643 uta) untuk membantu kira-kira 1.5 juta mangsa bagi tiga bulan akan datang.

Setakat ini separuh daripada jumlah itu telah disumbangkan atau dijanjikan, kata Ki-moon
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 01:10 AM | Show all posts
May 25, 2008 23:00 PM   

Urgent Need For Asean To Deal With Emergency Situation In Myanmar - Rais


KUALA LUMPUR, May 25 (Bernama) -- There is an urgent need for ASEAN and the international community to galvanise and coordinate efforts to deal with the emergency situation in Myanmar, said Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.


In a statement here today, he said although the region was no stranger to natural disasters, the extent of the devastation brought about by Cyclone Nargis caught many by surprise.

"The claim that we only smile together is evidently not true. Here we are together, in our earnestness to be collective in our endeavor to be together and contributive during times of difficulties," he said at the ASEAN-UN International Pledging Conference for Myanmar in Yangon, today.

He said ASEAN was in the process of realising a framework for disaster management in the region, based on the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response, signed by ASEAN Foreign Ministers during the 38th AMM in Vientiane on July 26, 2005.

Dr Rais said although the agreement had yet to come into force, cooperation was developing through proactive roles of the Asean Committee on Disaster Management (ACDM), presently chaired by Malaysia, and the ASEAN Secretariat.

The long-term recovery efforts and the rebuilding of the areas affected by Cyclone Nargis would be a major exercise, one which would require the commitment, support and concerted efforts of the Myanmar Government and the international community, he said.

Malaysia has joined the international community in sending humanitarian aid to Myanmar in the form of foodstuff, medicines, clothing and tents worth about RM500,000, on May 12.

"In addition, we also contributed an additional US$1 million to Myanmar...to help towards relieving some of the sufferings of the people affected by (Cyclone) Nargis and help Myanmar in its recovery efforts," said Rais.


The conference was held, following an agreement reached by the Special Asean Foreign Ministers Meeting in Singapore on May 19, to help Myanmar in the aftermath of 'Cyclone Nargis'.

It was co-chaired by Asean and the United Nations.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 07:28 AM | Show all posts
Ki-moon: Fokus antarabangsa selamatkan nyawa

YANGON 25 Mei - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini menegaskan fokus antarabangsa kini tertumpu kepada usaha menyelamatkan nyawa di Myanmar dengan lebih dua juta mangsa Taufan Nargis amat memerlukan bantuan kecemasan segera.


Lebih tiga minggu selepas bencana itu berlaku yang menyebabkan 133,000 orang terkorban atau hilang, Ki-moon berkata, beliau percaya kerajaan negara ini memahami betapa perlunya tindakan segera diambil dan kini bersedia untuk menerima kemasukan pekerja bantuan asing yang dihalang sebelum ini.

"Saya berharap dan percaya kerajaan Myanmar tidak lagi mengambil sikap teragak-agak seperti pada masa lalu," katanya kepada delegasi persidangan penderma antarabangsa bagi memungut dana untuk negara ini, di sini hari ini.

"Kita berpeluang untuk mengadakan permulaan baru hari ini dan saya menyeru semua pihak supaya memberi fokus kepada objektif terdekat iaitu menyelamatkan nyawa," katanya.

Ki-moon yang merupakan Setiausaha Agung PBB pertama melawat negara ini dalam tempoh 44 tahun berkata, beliau telah dapat meyakinkan pemimpin junta, Jeneral Kanan Than Shwe supaya menerima pakar bencana asing yang telah dihalang daripada memasuki Delta Irrawaddy yang paling teruk dilanda taufan itu.

Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein semasa berucap pada persidangan itu berkata bahawa kerajaannya "akan menimbangkan" penyertaan pekerja bantuan asing dalam usaha pembangunan semula.

Ki-moon berkata, beliau menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Myanmar itu.

" Pendirian itu selaras dengan persetujuan yang kita capai dengan pucuk pimpinan Myanmar beberapa hari lalu," kata Setiausaha Agung PBB itu sambil menyambut baik "semangat kerjasama baru" antara Myanmar dengan masyarakat antarabangsa.

Beliau menegaskan pelaksanaan yang segera dan menyeluruh adalah penting.

"Saya sendiri akan terlibat dengan usaha ini secara berterusan," kata Ki-moon.

Persidangan penderma anjuran PBB dan ASEAN itu dimulakan dengan bertafakur untuk mangsa taufan.

Myanmar berharap untuk menerima kira-kira AS$10.7 bilion (RM34 bilion) daripada persidangan itu, jumlah yang dikatakannya diperlukan untuk program pembangunan semula.

PBB telah pun meminta sebanyak AS$201 juta (RM643 juta) untuk membantu kira-kira 1.5 juta mangsa bagi tiga bulan akan datang.

Setakat ini, separuh daripada jumlah itu telah disumbangkan atau dijanjikan, kata Ki-moon.

- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 08:26 AM | Show all posts
Junta rayu RM34.4b pulihkan Myanmar

YANGON: Myanmar memerlukan sejumlah AS$10.7 bilion (RM34.4 bilion) untuk membantu kira-kira 2.4 juta rakyatnya yang kini diancam pelbagai masalah, termasuk ancaman kebuluran dan penyakit akibat taufan Nargis yang melanda negara itu awal bulan ini.

Kerajaan junta negara itu yang semakin terdesak untuk membantu rakyatnya, semalam mengumumkan sedia menerima bantuan dan membenarkan kemasukan pekerja asing bagi meringankan beban mangsa taufan Nargis, khususnya di kawasan delta Irrawaddy yang paling teruk terjejas.

Pemerintah tertinggi junta Myanmar mengumumkan kesediaan membuka pintu untuk menerima bantuan asing itu kepada satu persidangan 50 negara yang diadakan di sini, semalam untuk menguruskan dana bagi penduduk Myanmar yang terselamat daripada taufan terbabit.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang mendapat persetujuan panglima junta untuk membuka pintu, kembali ke sini dari Bangkok, semalam untuk turut menghadiri persidangan itu yang juga membabitkan pelbagai agensi bantuan antarabangsa.

Selepas berminggu-minggu menunjukkan kedegilan menerima bantuan, junta Myanmar akhirnya memberitahu mereka kini bersedia membenarkan pekerja asing dari semua negara untuk masuk ke wilayah terjejas bagi membantu mangsa taufan Nargis.

Ban berkata, jeneral pemerintah junta Myanmar memberitahunya bahawa pekerja bantuan antarabangsa kini boleh 'bebas menemui mangsa yang memerlukan bantuan', tetapi perkara itu enggan disahkan oleh sumber rasmi.

Sebelum ini, kerajaan junta Myanmar pernah berjanji kepada PBB untuk membenarkan kemasukan bantuan asing bagi membantu rakyatnya yang terjejas akibat bencana itu, tetapi melanggarnya apabila tumpuan antarabangsa diberikan ke negara berkenaan.

Tindakan pemimpin junta terbabit menyebabkan negara penderma tidak dapat menyerahkan bantuan berkenaan, sekali gus menyebabkan negara itu diancam krisis kemanusiaan yang mungkin menyebabkan beribu-ribu rakyatnya menjadi korban.

Persidangan antarabangsa 50 negara berkenaan antara lain bertujuan mengutip derma menghantar bantuan segera yang diperlukan mangsa taufan yang terselamat yang kini berada dalam keadaan kelaparan serta terdesak.

PBB menganggarkan sejumlah kira-kira 2.4 juta penduduk Myanmar, sebahagian besarnya di wilayah Delta Irrawaddy yang subur, terjejas akibat taufan itu tetapi hanya 42 peratus menerima bantuan kecemasan.

Sementara itu, kira-kira dua juta penduduk lain yang dikatakan tinggal di sekitar 15 bandar yang turut terjejas akibat bencana itu juga mengalami nasib serupa dengan hanya 23 peratus daripada mereka mendapat bantuan.

PBB telah melancarkan rayuan bagi mengutip AS$201 juta (RM643.2 juta) bagi membantu mangsa angka berkenaan dijangka meningkat sebaik saja pakar pemulihan bencana mula dibenarkan membuat kajian sebenar kesan taufan Nargis di negara terbabit.


Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, Stephanie Bunker, berkata setakat ini, badan dunia itu hanya menerima kira-kira AS$50 juta (RM160 juta) dan kira-kira AS$42.5 (RM136 juta) dalam bentuk janji kepada rayuan berkenaan. - Agensi


---------------------------------------------------------------------------------

whoaa.. banyaknya.. hampir  rm40juta billion nak pulihkan myanmar...
teringat kan penduduk2nya.. rasa terharu sangat...

kalau kita tak rasa syukur gak apa yang kita ada ni.. tak tahu lah..
tengokkan kebuluran dan kemiskinan dan kesusahan orang2 myanmar
lepas tragedi ni.. terasa insaf  kat hati ni... kita dok sebok gaduh marah
susah hati dengan benda kecil.......  and orang2 tu semua tabah dan hadapi
masalah life and death  lagi ---
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.147418 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list