CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: darius-kl

Amir Husaini - Buku Terbaru TRANSGENESIS: BISIKAN RIMBA

[Copy link]
Post time 21-5-2008 03:49 PM | Show all posts

Reply #100 lavender_aqua's post

sbnrnye ci minat ngan OS ni lepas di rekemen..... yg penting, buku abg amir nih byk bg pengajaran.... n yg penting ci da dpt tmbh ilmu pengetahuan b'kaitan penyakit aids tuh.....lepas abg amir bgtau aids xbleh di jangkiti pd bayi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 06:28 PM | Show all posts

Reply #95 darius-kl's post

Terima kasih kerana mewujudkan thread Amir Husaini. Seperti yang saya katakan dulu, saya sudi menjawab sebarang soalan mengenai karya-karya saya, dan juga menerima maklum balas dan pandangan pembaca mengenai penulisan saya.

Juga, saya akan uar-uarkan maklumat terbaru mengenai karya-karya saya di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 06:34 PM | Show all posts

Reply #101 Ci's post

Risiko dijangkiti HIV bagi bayi yang dilahirkan oleh ibu yang HIV+ atau yang menghidapi AIDS tetap ada. Cuma yang saya katakan dulu, penyakit ini bukan penyakit keturunan. Kalau bayi dapat HIV, ia bukan disebabkan faktor genetik, tetapi disebabkan jangkitan menerusi darah dan cecair dari dalam badan ibu yang ada HIV/AIDS.

Cuma yang saya sebutkan dulu, jika suami menghidap AIDS atau HIV+, tidak semestinya isteri dijangkiti sekiranya mereka mengambil langkah berjaga-jaga. Isteri yang negatif (tiada HIV) tetapi suami yang HIV+ masih boleh mendapat zuriat menggunakan ART. Ini bermakna sperma dari suami diambil dan ditulenkan, lalu dimasukkan ke dalam ovum isteri sama ada secara in vitro (luar badan) atau in vivo (dalam badan), tanpa berlaku persetubuhan. Ini mengelakkan isteri daripada dijangkiti HIV.

Walaupun saya tidak nyatakan secara spesifik, tetapi inilah yang berlaku di dalam kes Hairi dan Sofea. Sofea hamil kerana menggunakan teknik pembiakan bantuan (ART). Saya bercadang untuk mengupas perkara ini dengan lebih lanjut di dalam sekuel OMBAK SENJA nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:28 PM | Show all posts

Reply #101 Ci's post

oh, kalau mcm lavender...
abg lavender yg bg lavender OS ni...
rsnye pasni, lavender nak baca semula OS buat kali kedua...
lgpun tgh free ni, baik amik peluang utk baca...
nnt boleh lavender post kat cni, dialog @ babak yg lavender suka...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 06:55 PM | Show all posts

Reply #101 Ci's post

Siapa rekemen OS pada Ci?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2008 09:37 AM | Show all posts

Reply #100 lavender_aqua's post

Saya beli dan baca OS sebab tertarik dengan blurb di belakang. Itu pun sebenarnya secara kebetulan. Mulanya tak tergerak nak beli sebab cover taklah berapa menarik sangat. Bila baca blurb, rasa macam menarik. Tapi bila dah beli dan baca, rasa puas hati. Tak menyesal beli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2008 12:36 PM | Show all posts

Reply #106 darius-kl's post

itu menunjukkan bahawa cover buku juga memainkan peranan penting dlm 'mempengaruhi' & menarik org ramai terutamanye peminat novel/buku utk membeli sesebuah buku terbitan mana2 penerbit buku...
kdg2 masih ada penerbit buku yg buat cover buku ala kadar je...
rsnye skrg ni, kelemahan itu makin dpt diatasi...
mcm sy, cara sy memilih buku pelbagai...
kdg2 sbb popularity penerbit buku, cover yg cantik,penulis buku...
bc blurb kat belakang belum tentu menarik minat sy...

mcm novel ke-2 abg amir, transgenesis:bisikan rimba...
tgok cover je dah ramai yg terpegun...
ini membuktikan org ramai terpikat dgn cover yg cantik...
pd seorg thinker, akan ada perasaan ingin tau, siapakah org yg di depan cover 2, especially yg hanya nmpk
bayangan shj...

sekadar nak share cara sy membeli sesebuah novel...
sy selalunye tgok dulu cover, nama buku & sape penulisnya...
then, baru sy tgok & baca blurb kat belakang...
pas2 baru sy tgok harga, & penerbit (slalu x tgok coz boleh tau cover yg sekian2 dr penerbit mana)...
dr c2 baru decide = ada nak beli @ x...

sy trigt masa sy ke KLIBF 07 dgn abg sy...
kami singgah di bbrp buah booth terutamanya booth yg jual novel...
honestly, kalau abg sy xbg naskhah OS dulu, belum tentu sy akan membelinya....
hingga kini,itulah satu2 nya buku terbitan Tintarona yg sy ada...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 01:45 PM | Show all posts

Reply #105 Amir_Husaini's post

sbnrnye, memula ci xtau pon tau psl OS nih.... 1 ari tuh ci dtg umah membe...tgh boring
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 10:58 PM | Show all posts

Reply #108 Ci's post

Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Nanti jangan lupa dapatkan TRANSGENESIS: BISIKAN RIMBA pada hujung bulan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 11:44 PM | Show all posts

Balas #107 lavender_aqua\ catat

betul tu. setuju sangat-sangat. kalau sy nak beli buku pun mesti nak tgk cover..sebab itu first impression kita pada buku tu. Bila dah tertarik pada cover, baru kita belek. bayangkan kalau cover buku ntah apa-apa, padahal isi kat dalam buku main bagus...tentu malang kan nasib penulis tu. tp penerbit sepatutnya pandai pilih designer untuk cover buku...cover mantap, boleh jual, penerbit untung, penulis senyum....hehhe betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 12:33 AM | Show all posts

Reply #110 arrnita's post

Sekadar untuk makluman semua. Sememangnya kulit buku adalah sesuatu yang amat penting di dalam menarik minat pembaca yang berpotensi untuk membeli. Siapa kata "judge not a book by its cover"? Kulit buku amat penting, cuma lazimnya penulis tidak dapat memberikan input tentang rupa bentuk kulit. Biasanya penerbit yang menentukan reka bentuk kulit novel. Mungkin kalau penulis itu ada nama atau sudah "established" dia dapat memberikan pandangannya mengenai kulit novel itu.

Tetapi benar kata arrnita, kalau "cover mantap, boleh jual, penerbit untung, penulis senyum."
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:32 AM | Show all posts

Reply #110 arrnita's post

arrnita...
sy cuma menyatakan pandangan sy ttg cara sy memilih buku...
mungkin sy terlalu menilai 'kecantikan' luaran buku/novel...
tp itulah yg membuatkan sy memilih setiap buku...

kalau penulis dah ada nama, peminat setianya akan beli juga buku tulisannya...
cuma, pasti akan ada rungutan mengenai kualiti cover buku tersebut...
sy tahu, penerbit xdpt nak puaskan hati semua pembeli...
tp zaman skrg, 'kecantikan' luaran penting...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2008 10:45 AM | Show all posts

Reply #112 lavender_aqua's post

Kalau nak buat balik kulit buku OS tu... macam mana agaknya nak bagi menarik ya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #113 darius-kl's post

mula2 jgn guna warna biru mcm avatar darius...
I'm serious...
warna covernye terlalu terang...
warna mcm biru nila je...
dah le combine biru dgn warna coklat...

then nama penulis patut dispace lg sekali...
nama agak atas ckit...
kalau cetakan nama abg amir kat transgenesis 2 ok...
cetakan kat atas OS nmpk mcm janggal jer...

mungkin warna biru 2 kalau di'cair'kan ckit...
bg nmpk x terang sgt...
ni dr pandangan lavender le...
mmg terang menarik perhatian org...
tp mst kna pd gmbr yg nak dipaparkan...

lg 1, kalau background ombak di'panjang'kan sampai ke atas...
pun elok gak...
xperlu ada background warna biru kat part nama OS...
cuma kalau buat mcm 2, font colour utk OS kna 2ka le...
kalau x sesuai warna putih pd nama OS lah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 12:00 PM | Show all posts
ni pendpt lavender lah...
kalau ada yg xsuka...
lavender x kisah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 12:03 PM | Show all posts
oh ya...
lupa nak tmbh...
kdg2 kita x perlu ada imej 'org' kat cover...
imej ombak itu sendiri sudah ada maknanye...
referring to the novel's title...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2008 06:55 PM | Show all posts

Reply #116 lavender_aqua's post

Wah.. hebat lavender nie. Habis semua diperhalusinya. Saya tabik dengan lavender sebab mempunyai pemerhatian yang tajam.
Saya setuju yang kombinasi warna, reka letak dan huruf memainkan peranan di dalam menjadikan cover itu menarik atau sebaliknya. Dan ya, tak semestinya ada imej orang di cover. Macam OS, saya setuju yang imej ombak memukul pantai pada waktu senja boleh menyampaikan mesej yang dikehendaki.
Apapun, yang penting adalah kreativiti orang yang design cover itu, betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 08:47 PM | Show all posts

Reply #117 darius-kl's post

sy baru terfikir sesuatu selepas post td...
mungkin, diulangi mungkin...
kalau OS menjalani proses remake cover semula...
ni cuma gambaran dr seorg pembaca...
cover OS patutnye mcm ni...

kulit depan OS ada ombak sdg menghampiri pantai pd waktu senja...
dan kalau nak letak juga imej manusia, boleh...
tp xperlu dijelaskan sgt bhgn muka...
mksd sy, kita amik view dr belakang...
juz bg nmpk ada kelibat 2 org...
janji nmpk susuk bdn 2 org kat dlm gmbr 2...
seorg wanita bertudung sdg berdiri sambil pegang kerusi roda & seseorg lelaki sdg duduk di kerusi roda...
sambil mengarahkan pandangan mata ke arah ombak yg sdg memukul pesisir pantai di waktu senja...

atau pun still gunakan background ombak...
tp ada sebuah kerusi roda di c2...
kosong tanpa tuannya...

itu pendpt sy lah...
rasenye biase2 je 2...
bagus gak dpt brain storming otak yg dah lama rehat ni...

pendpt akan dtg...
kna tgu lepas ni...
sy nak cuba pk cover OS tanpa ada imej ombak pula...
kalau dpt lah...
lgpun seronok dpt luahkan pendpt sy di cni...
xjd kenyataan pun xpe...

[ Last edited by  lavender_aqua at 27-5-2008 08:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:35 PM | Show all posts
byk songeh plak lavender dlm menentukan cover baru OS...
dah OS asal dicetak mcm 2...
lavender kna trima lah...
isy2...
sorry kalau telah membuatkan mana2 pihak terasa hati dgn kritikan lavender psl cover OS...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 01:19 AM | Show all posts

Reply #119 lavender_aqua's post

Rasanya tak ada masalah bagi pembaca mengutarakan pandangan di sini, termasuklah soal kulit novel. Saya maklum yang penerbit dan penyunting novel ada yang menggelintari forum-forum seperti ini. Jadi maklum balas, pandangan dan idea yang diberikan akan menjadi maklumat bermanfaat kepada mereka untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.630688 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list