CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2638|Reply: 1

10 juta kanak-kanak maut

[Copy link]
Post time 7-5-2008 08:37 AM | Show all posts |Read mode
10 juta kanak-kanak maut
MANILA: Lebih 200 juta kanak-kanak di seluruh dunia di bawah umur lima tahun tidak mendapat perhatian kesihatan asas dan hampir 10 juta mati setahun daripada penyakit yang boleh dirawat seperti cirit-birit dan radang paru-paru, kata sebuah pertubuhan amal Amerika Syarikat.

Hampir semua kematian berlaku di negara sedang membangun dan kanak-kanak miskin menghadapi dua kali risiko kematian berbanding kanak-kanak kaya, menurut laporan global 'Save the Children'.

Sweden, Norway dan Iceland duduk di tangga teratas dari segi kesihatan ibu dan kanak-kanak yang baik daripada 146 negara yang dikaji, sementara Nigeria duduk di tempat terakhir.

Lapan daripada 10 negara di tangga paling bawah adalah negara sub-Sahara Afrika, di mana empat daripada lima ibu menghadapi kemungkinan kehilangan anak mereka dalam kehidupan mereka, kata 'Save the Children'.

Negara yang mempunyai harapan cerah di kalangan 55 negara sedang membangun adalah Filipina, Peru dan Afrika Selatan - kesemuanya dikaji bagi kali pertama. Indonesia dan Turkmenistan terikat di tempat keempat.

Laos, Yemen, Chad, Somalia dan Ethiopia didapati antara yang paling teruk di kalangan negara sedang membangun, kata laporan itu

Menerusi beberapa inisiatif kesihatan, termasuk mempunyai kemudahan menggantikan kehilangan air dalam badan untuk rawatan cirit-birit, Filipina telah berjaya mengurangkan separuh daripada kadar kematian kanak-kanak sejak 1990, kata David Oot, naib presiden bersekutu "Save the Children."

Kini lebih 75 peratus kanak-kanak Filipina yang menghidapi cirit-birit menerima terapi penggantian kehilangan air dalam badan, berbanding dengan 15 peratus di Ethiopia.

Sebilangan negara juga gagal memberi perkhidmatan asas kesihatan yang boleh menyelamatkan nyawa, dengan 30 peratus kanak-kanak di negara sedang membangun tidak memperoleh kemudahan asas kesihatan seperti penjagaan ketika hamil, bantuan mahir ketika melahirkan anak, imunisasi dan rawatan bagi ciri-birit dan radang paru-paru.

Jurang besar dalam penjagaan kesihatan di antara negara termiskin dan kanak-kanak yang mewah dapat dilihat berlaku walaupun di negara di tangga teratas, kata laporan itu. - AP




kalu kanak2 dah tak dak.. apa akan jadi pada doniya.. tak ada pengganti ... aku rasa banyak negara mcm india masih lagi ada yg membunuh kanak2 juga kalu tu anak pompuan.. ni tak masuk yg kena penyakit  tak ada duit utk berubat... dan kematian kanak2 ni mmg serata dunia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 02:21 AM | Show all posts
sayangi la kanak2
as xmau p tlg ka
kn ske nyibuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077099 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list