|
Apa hal Lufya dan Reza?Hai... apa pula ni yang berlaku di antara bekas peserta AF6, Lufya dengan deejay Era iaitu Reza?
Niezam dapat tahu kononnya Reza dan Lufya bermasam muka gara-gara salah faham.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika mereka dan beberapa bekas pelajar AF menjayakan program Gempak Selebriti di Johor Bahru.
Semasa membuat persembahan di atas sebuah kapal di perairan Selat Teberau itu, Reza dikatakan sudah menyebut sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Lufya.
Gurauannya biasa-biasa saja. Reza cuma usik Lufya seolah-olah menyindir dengan tujuan untuk bergurau.
Cara Reza itu kononnya menyebabkan Lufya tak puas hati sehinggakan dia menolak pelawaan Reza yang menjadi pengacara pada hari itu untuk membuat persembahan di pentas.
Dek kerana insiden itu, Reza pula katanya tak puas hati dan terus menyindir Lufya dengan menyebut jenama pewangi ketiak seperti menyindir ketiak Lufya basah semasa buat persembahan dalam AF lalu.
''Kerana insiden itu Lufya pun terus menjeling Reza sampai nak terjojol matanya ke dalam laut.
''Yalah, Lufya pun satu, janganlah nak sensitif sangat. Reza pun sama, dah tahu budak tu tak boleh diusik, janganlah terus 'buli' dia,'' kata seorang pekerja yang menyaksikan kejadian di atas kapal itu.
Gara-gara insiden tersebut, Reza dan Lufya dikatakan sudah tak ngam.
Alah... pada Niezam benda tu kecil saja. Yang senior buli-buli manja budak junior tu perkara biasalah. Janganlah nak disimpan dalam hati pula.
Apa yang diharapkan mudah-mudahan Lufya dan Reza tak berterusan bermasam muka. Tak elok tu sebab sama-sama lahir di pentas AF.
NIEZAM: Panas dan berapi percutian di Gold Coast, Australia minggu lalu walaupun cuacanya sejuk.
__________________________
BODO MACAM KERANG
[ Last edited by zzul at 11-5-2008 03:24 AM ] |
|