CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eastrun

Apakah yang dikatakan adilnya Allah?

[Copy link]
Post time 21-5-2008 01:44 PM | Show all posts

Reply #1 eastrun's post

eastrun, sekiranya Muhammad dulu meragui Allah lagikan dia mempersoalkan keadilan Allah adakah dia memperoleh petunjuk?

Surah Ash-Shura ayat 13: ....Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)

Adakah Allah tidak adil?

Surah al-Baqarah ayat 30:....Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".


[ Last edited by  Syarul at 21-5-2008 01:45 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 02:05 PM | Show all posts

Reply #14 indah1285's post

nice........baru smpat baca

kadang2, nak dpt sesuatu yg baik, kena terima yang buruk
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 04:25 PM | Show all posts
setuju dgn semua...

Alhamdulillah bersyukurlah saudara...saudara insan yg terpilih...

semakin berat masalah tu percayalah semakin banyak manfaat yg kita peroleh....mungkin skrg hanya keperitan semata2, tp percayalah ianya bukan sesuatu yg sia2 tambahan masalah tu pemberian Tuhan.....berterima kasihlah pada Dia....

dunia ni tak kekal....akhirat kekal abadi dan pastinya kebahagian di syurga akan kekal sampai bila2...noktah.

jadi anggaplah masalah ni sbg satu exam yg saudara kena berusaha bersabar dan lakukan yg terbaik....

klaupun tak mampu nak buat yg terbaik, sbg permulaan redha lah dgn menganggap semua ini bonus dari Allah....

kemudian cuba sabar dan senyum dan InsyaAllah dari situ saudara akan jadi tabah....

dan klau teruk sgt bila bersabar, jgn give up, teruskan kesabaran tu biarpun jika saudara mati ketika itu...mati berjuang demi sebuah kesabaran....itu syahid namanya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 05:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 05:46 PM | Show all posts

Reply #24 lipgloss's post

kenapa ko bagi link yang sama dengan thread?. Tak faham

Ya memang aku lemah dan aku tahu sangat kerana lemahnya aku, senang2 bagai orang buat aku...senang2 bagai aku kena tinggal macam lelayang putus tali, senang2 je dia blah p further stadi padahal keje dia dengan aku kat sini tak siap lagi...korang tahu betapa aku menderita bila tiba2 hamba Allah tu pergi?.

Pastu bila part dia lepas pergi macam tu, aku rasa macam Allah tu tak adil, padahal nyata2 Tuhan nampak apa yang dia dah buat kat aku...with prosperity, dia pergi sambung blaja dia dan tinggalkan tanggungjawab dia macam tu...aku tak kisah kalau nak pergi sambung belajar, tapi sila la beritakan kat aku, bukan main tinggal macam tu...tak beradab namanya buat macam tu...pastu part keje dia, dia campak kat orang lain...

Sedih sangat la, kecewa sangat, mulalah dalam otak aku fikir, Allah redha je orang tu buat aku, Allah sokong je orang tu pergi, Allah senang je bagi pertolongan Dia kat orang tu...sedih la aku,
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 06:06 PM | Show all posts

Reply #25 eastrun's post

eastrun, Tuhan bagi pertolongan kat dia, tak semestinya Tuhan redha dia.........

Tuhan tak tolong kau, tak semestinya Tuhan tak berpihak pada kau....

aku cadangkan ko buke la mata luas2, jangan fikir normal sangat.....aku risau nanti rugi ujian ni terhadap ko bila ko raect mengikut perasaan....

cubalah kawal perasaan, itulah yang Tuhan nak lihat macamana kita handle.....adakah kita cuba menjadi jiwa yang sempurna atau tidak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2008 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by lipgloss at 21-5-2008 05:03 PM
http://forum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=352871&page=1#pid23058663


terlalu lemahnya ko niiii...


hai lipgloss.....

rilek laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 06:53 PM | Show all posts

Reply #25 eastrun's post

semua yg blaku ade hikmahnye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 06:56 PM | Show all posts
Harap banyak bersabor yer ...Allah saja nak uji saudara je tuh..Kalau tak diuji belum tahu beriman ke tidak...Sedangkan ujian para Nabi lebih berat lagi....Yang pasti  setiap perbuatan tak kira baik ataupun buruk kesemuanya akan dibalas walaupun sebesar zarah sekalipun...

Al-'Ankabuut
[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[4]
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
[5]
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[6]
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
[7]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.



Jangan asyik mengeluh je tika ditimpa musibah sedangkan time kita bersenang2..kita terlupa pada Allah...Sesekali hisab le diri kita termasuk saya jugak insan yang tak pernah lari dari kesilapan... ..


Ar-rum
[36]
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
[37]
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.




[45] Fathir
Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 07:57 PM | Show all posts

Reply #31 matlampir's post

TQ abg mat... In tumpang baca dan merasa sungguh kerdil....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 08:22 PM | Show all posts

Reply #28 juwaini's post

Senang bila bercakap, tapi bila sendiri terkena, ko pun tak boleh tahan dan start menyumpah orang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:46 PM | Show all posts

Reply #33 eastrun's post

Memang senang nak cakap, tapi praktikalnya memang nak menyumpah...Saya pun kadang2 frust giler...banyak kebaikan kita buat..tetapi hasilnya habuk..nak buat macam mana..adat dunia..adala sebabnya..

Pengalaman sy sendiri pun kadang2 selalu juga terfikir...dimanakah keadilan..?

Akhirnya satu je prinsip hidup sahaja...kita hidup kat dunia ini cuma seketika...jangan bermusuh dengan orang yang menyakiti hati kita....mungkin mula2 rasa nak cekik2...rendam kat sungai biar mampuh...tapi bila pikir2 balik...bila dah reda marah tu..renungkan semua itu.. pasti ada sebab..

Banyak kejadian sedih..putus asa..hilang pengharapan..ketidak adilan yang lepas2..bila dipikirkan balik..ada pelajaran dan nilai kat situ..

Kalau kita tabah, disaat putus asa...pasti mematangkan fikiran dan hidup kita.

Saya ni antara manusia lurus bendul..terlalu mementingkan persahabatan, mudah percaya etc..etc....etc...-------->antara ciri-ciri yang boleh diambil peluang oleh orang lain...tetapi bila dah selalu, akhirnya membuatkan kita lebih matang..dan bersedia dengan cabaran lebih berat lagi..

Pernah juga saya macam nak bom je opiz lama saya dulu...kita bekerja tak kenal masa..membahagikan seluruh komitmen kepada kerja, sanggup berkorban demi tugas dan tanggungjawap......akhirnya apa yang saya dapat? HABUK...SAMPAH..


Sabo je la sr...tuhan itu adil...bila tiba masanya, DIA akan memberi ganjaran kepada mereka yang bersabar...walaupun sy..juga kakadang boleh hilang sabar
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 21-5-2008 05:46 PM
kenapa ko bagi link yang sama dengan thread?. Tak faham

Ya memang aku lemah dan aku tahu sangat kerana lemahnya aku, senang2 bagai orang buat aku...senang2 bagai aku kena tinggal macam lelayan ...


Eastrun,

Setiap kesusahan yang ditimpakan itu ... adalah cabaran yang mampu diatasi oleh kamu.  Allah tidak pernah membebani seseorang dengan perkara yang tidak mampu ditanggunginya ...

Kita boleh marah, sedih dan kecewa bila ditimpa malang, tapi jangan dilayan perasaan itu lama2. Marah,tensen 1 hari .. cukup .. esoknya kamu perlu berlapang dadalah kerana pemikiran serabut tak membantu apa2 .. kamu still kene siapkan kerja yang ditinggalkan ... tidak ada pilihan lain .. serabut fikiran hanya akan menyusahkan situasi yang memang dah susah ... mengapa ditambah bala ke atas diri sendiri ?

Jangan difikirkan ape yg dh berlaku ... dan bergeraklah  ke depan ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 10:32 PM | Show all posts

east...

" Janganlah kerana terlambatnya pemberian Allah itu walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau berputus asa.  Maka ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan yang telah dipilihNya untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendakiNya untuk engkau, bukan pada waktu yang engkau kehendaki."
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 10:37 PM | Show all posts
kita sebagai manusia biasa takkan pernah terlepas dari merasa marah bila berlaku sst yang menyakitkan hati kita..

namun dlm jangka masa itu. kita juga perlu sedar bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya..pasti ada hikmah atas setiap kejadian..jgn difikirkan di mana keadilan Allah..takut Syaitan ambil kesempatan atas perkara yang terdetik di hati...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:11 AM | Show all posts
sepatutnya saudara langsung tak layak utk mempertikaikan keadilan Allah...

dan takut serta malu utk bersikap demikian andai  faham tentang dunia ini...

klaupun ada rasa geram tp masih boleh dikawal....bukannya rasa geram tu mengawal diri kita...

keluarkanlah rasa malu depan Allah....skrg saudara mengutuk percaturan Dia, tp lepas ni InsyaAllah lepas ni saudara kembali senyum depan Dia jugak....

klau dgn manusia, hari ini kita kutuk dia, dan tak segan ker utk bersemuka dgn dia esok hari...?

bagaimana pulak kita dengan Allah...? sepatutnya lebih malu lagi...

so jgnlah mempertikaikan keadilan Allah.....sabarlah jgn bersikap demikian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 20-5-2008 17:27
Salam,

Ok, dalam Al-Quran, Allah berkali - kali menyebutkan bahawa Dia adalah yang Maha Adil. Dan kita mengakuinya apabila Allah mengatakan bahawa setiap perbuatan buruk akan dibalas dengan ba ...

itu yg ko nampak di dunia, adakah ko tahu apa yg akan dtg slps kematian?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 06:15 AM | Show all posts
salam
sampuk sikit

east,
kadang-kadang sebenarnya doa kita memang Allah terima cuma mungkin perlaksanaannya lambat sikit jer (bukankah dia yang Maha Mengetahui?). Anggap yang keadilan Allah ini untuk diri kamu juga, mengajar jadi lebih sabar. Redha yang dimaksudkan bukan redha/terima perbuatan hamba Allah tu. Dia ada ganjarannya. Redha tu atas diri kita sendiri, terima ujian ini untuk jadikan kamu hamba yang tabah dan sabar. Jadi bila datang musibah yang lain pula, kamu sudah bersedia, 'bring it on!'. Disitulah letaknya keadilan Allah.

Balasan untuk orang yang sakiti hati kamu itu sudah disediakan. Sama ada di sini atau di 'sana' kamu tunggu sajalah. Mungkin extra lagi untuknya. Bayangkan indahnya kalau Allah balas di sana, senang-senang saja kamu dapat amalan percuma. Tak best ke macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:24 PM | Show all posts

Reply #25 eastrun's post

eastrun, Allah sedang menguji keimanan ko tuh....citer ko ni x lah sedih sgt pun...byk lagi org yg bernasib malang contohnya kene rogol la tibe2 eksiden cacat xder tgn kaki n mcm2 lagila...tp dorg masih redha n trime semua ni dgn sabar...jgnla bersedih bykkan zikir munajat....klau aku jadi ko kan aku bersyukur sgt sbb Allah masih menguji aku...x lah aku duk epy jer kat dunia ni xder pape musibah...slalunya biler musibah menimpa pasti kite akan bersedih n menangis berdoa minta petunjuk dari Allah tp ko ni lain la nak marah2 n mcm salahkan takdir lak....sabarla sayang....pasti ade hikmah di sebalik pe yg berlaku nie....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:59 PM | Show all posts
Begitulah lumrah kehidupan manusia........mudah lupa.........dan mudah sangat menunding jari kepada org lain tanpa melihat diri sendiri............ingatlah yg janji Allah itu adalah benar..............DIA tidak pernah memungkiri walau sebesar zarah sekali pon............malah DIA lah MAHA dlm segala-2nya.............

Baru sedikit ujian yg Allah turunkan keatas kita kita dah gelabah dan lupa segala-2nya, adakah uian yg menimpa kita ini lebih perit dari sahabat-2 di zaman nabi disiksa, difitnah, dibakar dgn besi yg panas dan sebagainya lagi, adakah ujian keatas kita ini lebih teruk dari ujian keatas nabi-2 terdahulu.................kalau tidak jgnlah kita mengeluh dgn sedikit ujian yg diturunkan kepada kita..............terima aja dgn hati yg redho........................mungkin ada maksud tersurat dan tersirat diatas apa yg berlaku................DIA lebih mengatahui dari kita................kita ni hambaNYA..............
Disebalik apa yg berlaku, cubalah kita  muhasabah diri kita.............mungkin kita telah melakukan apa-2 kesalahan dan kesilapan, tanpa kita sedari yg menyebabkan rahmat Allah terhalang dari sampai kepada kita...........mungkin juga kifarah Allah kepada kita................jadi berfikirlah secara rasional.................fikir itu pelita hati..................insyaalah Allah tak pernah menzalimi makhluknya.............kecuali kita sendiri yg menzalimi diri kita sendiri..................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.182309 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list