CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8136|Reply: 88

50 Tip PIKAT LELAKI

[Copy link]
Post time 26-5-2008 10:08 AM | Show all posts |Read mode
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

1001 Artikel tip dari www.istimewa2u.blogspot.com

[size=110%]Peluang memenangi Pakej Percutian Ke SWITZERLAND dari DiGi. 4 Pemenang setiap Minggu dan setiap pemenang boleh mengundang 11 orang untuk ke Switzerland. Rebut peluang sekarang, Untuk Maklumat lanjut Klik Disini

[ Last edited by  MUZRI at 2-6-2008 05:57 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 10:12 AM | Show all posts
banyak mana tips pun kalau hati dia takde utk kita tak guna gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2008 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by mawarputih2612 at 26-5-2008 10:12 AM
banyak mana tips pun kalau hati dia takde utk kita tak guna gak..


dari langsung tiada perasaan datang nya perasaan cinta..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 10:33 AM | Show all posts
banyaknyer.. sampai 50
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2008 10:35 AM | Show all posts

Balas #4 Sasori\ catat

hehehe   penat ke nak baca nak amalkan... hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2008 10:36 AM | Show all posts

Balas #4 Sasori\ catat

penat ke nak baca? kalau nak amalkan 50tip tuh.. mahu berpeluh nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2008 10:38 AM | Show all posts
apa2 pun tanya hati.... hanya hati yg dapat mentafsir cinta....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 10:40 AM | Show all posts
soal hati dan perasaan..... bkn senang nak tangkap gitu jerk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by mawarputih2612 at 26-5-2008 10:12 AM
banyak mana tips pun kalau hati dia takde utk kita tak guna gak..



sedy bunyinyer.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2008 10:45 AM | Show all posts

Balas #9 voizze\ catat

orang frust tuh kut...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by MUZRI at 26-5-2008 10:08 AM
1. Sentiasa tidak tersenyum dan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2.tidak pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki tidak mudah terpikat dengan anda.

mcm ade jekkk...kompemmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by MUZRI at 26-5-2008 10:08 AM
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan men ...

kesemua di atas takde looo kompemmmm adehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 12:51 PM | Show all posts


<<----Challenge Everything---->>

Sbg lelaki laa ada 11 jek yg terpenting dari 50 tu.. pada aku laa..  no 7, 9, 14, 15, 18, 19, 20, 21, 24, 35, dan 50..

try and error laa.. huahuahuahua
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 03:00 PM | Show all posts
mak oii byknyee tips.. tapi aku plak mls nk membaca
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 03:04 PM | Show all posts
byk sungguhhh tips....tang lain tu leh accept lagi.....tp aku plg lemah bila tang memasak tuuu.........huhhhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 03:05 PM | Show all posts
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2008 06:38 PM | Show all posts
ramai tak pandai masak ke ni? hehehe.. air tangan isteri nih.. lelaki mudah tertawan.. belajar la memasak.. kalau lelaki pandai memasak lagi baik.. bergilir2 masak.. buat 2 menu masakan.. 2 menu isteri masak, 2 menu suami masak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 08:14 PM | Show all posts
....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2008 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 26-5-2008 08:14 PM
....................



knp nangis tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 11:15 PM | Show all posts

Reply #1 MUZRI's post

kalau ikut 50 tips gerenti ka dpt pikat lelaki???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.674614 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list