CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Endurance Classic (Endurance Lumba Berkuda )

[Copy link]
 Author| Post time 8-11-2008 09:03 PM | Show all posts
November 08, 2008         

Peserta Wanita Ponton Ungguli Acara Perseorangan, UAE Rangkul Gelaran Berpasukan

SETIU, 8 Nov (Bernama) -- Peserta wanita Sepanyol, Maria Mercedes Alvarez Ponton, berjaya mengatasi cabaran penunggang lelaki untuk merangkul gelaran individu Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) FEI 2008 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, di sini hari ini.


Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula berjaya memenangi acara berpasukan.

Ponton sekali lagi membuktikan kecemerlangan Sepanyol dalam perlumbaan lasak dunia berprestij itu selepas pencapaian rakan senegara Miguel Villa Ubach pada kejohanan edisi 2006 di Aachen, Jerman.

Beliau, yang menunggang kuda Nobby, mencatatkan masa 8 jam 48 minit 06 saat sepanjang perlumbaan sejauh 160km dalam cuaca hujan lebat dan keadaan gelap.

Ponton berjaya mendahului kedudukan dari permulaan hingga akhir perlumbaan selepas menduduki tempat kedua di belakang Agustin Vita dari Argentina pada peringkat (loop) kedua.

Kejayaannya juga mengekalkan dominasi wanita dalam kejohanan dunia kali ke-12 itu selepas menjadi wanita ke-10 menjuarai gelaran individu sejak 1986.

Selain kemenangan Ubach pada 2006, Ahmed Al Maktoum dari UAE merupakan satu-satunya penunggang lelaki yang menjuarai gelaran individu ketika Sepanyol menjadi tuan rumah pada 2002.

Tempat kedua kali ini dimenangi oleh Vita dengan catatan masa 857:55s manakala penunggang UAE Sultan Ahmed Sultan Sulayem menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 909:31s.

Ponton, yang memulakan perlumbaan bersama 126 penunggang lain pada pukul 5.30 petang semalam, menamatkan peringkat akhir (loop ketujuh) pada pukul 7.18 pagi ini dengan penunggang akhir tiba pada pukul 11.40 pagi.

Dalam acara berpasukan, negara Timur Tengah, UAE, Qatar dan Bahrain menyapu bersih tiga tempat teratas manakala juara bertahan Perancis hanya mampu mendapat tempat kesembilan di belakang Portugal, Sepanyol, Itali, Kanada dan Argentina.

Pasukan tiga penunggang UAE mengumpul catatan masa 27 jam 57 minit 59 saat untuk merangkul gelaran diikuti Qatar (28'47:17s) manakala Bahrain merampas tempat ketiga dari pasukan Portugal dengan catatan masa 30'55:34s.

Saingan lasak itu menyaksikan hanya 50 penunggang berjaya menamatkan perlumbaan sementara 76 terkeluar masalah kesihatan kuda atau penunggang.

Seramai 21 peserta terkeluar selepas peringkat pertama, 10 (kedua), 15 (ketiga),13 (keempat) 10 (kelima) 4 (keenam) dan tiga penunggang tersingkir pada peringkat akhir.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan di TIEP esok.

KEPUTUSAN AKHIR:

---------------

KATEGORI: PERSEORANGAN

1. Maria Mercedes Alvarez Ponton - Nobby (ESP) 08:46:06 saat

2. Agustin Vita - Baraka Ibn Tamah (ARG) 08:57:55s

3. Sultan Ahmed Sultan Sulayem - Tazoul El Parry (UAE) 09:09:31s

4. Shaikh Majid Mohd Al Maktoum - Spenda Crest Kamouflage (UAE) 09:14:42s

5. Mohd Ahmad Ali Subose - Koum Des Jamets (UAE) 09:21:38s

6. Mubarak Khalifa Shafya - Zakah Zahara (UAE) 09:21:39s

7. Abdulla Thani Huzaim - Caslebar Kadeen (UAE) 09:21:40s

8. Rachel Jaumotte - Rukban Dikruhu (BEL) 09:32:18s

9. Shaikh Nasser Hamad Al Khalifa - Basic Instinct (BHR) 09:33:28s

10. Atta Mohammed Beer - Epson De la Truiskaie (QTR) 09:34:38s

KATEGORI: BERPASUKAN


1. Emiriyah Arab Bersatu 27:57:59 saat

2. Qatar 28:47:17s

3. Bahrain 30:55:34s

4. Portugal 30:58:52s

5. Sepanyol 31:25:24s

6. Itali 34:31:37s

7. Kanada 38:25:45s

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2008 12:03 AM | Show all posts
08 November, 2008
Agong Dukacita Kuda Tersingkir

SETIU, 7 Nov (Bernama) -- Harapan tuan rumah Malaysia untuk mencipta sejarah di Kejohanan Kuda Lasak Dunia FEI ke-12 2008 di Taman Endurance Antarabangsa Terenggau (TIEP) punah bila kesemua empat kuda yang bertanding dalam acara berpasukan tersingkir atas beberapa sebab.


Kuda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ibrahim Paschal Larzac tersingkir selepas peringkat kelima sementara tiga lagi anggota pasukan - Datuk Mohd Shuaib Isahak bersama Blue Bronco (peringkat ketiga), Mohd Faizal Ismail & Edenfels Zephyr (peringkat ke-4), dan Rosdam Mohd Noor & Janor Mamatembo (ke-5) - juga mengalami nasib serupa, dengan itu menamatkan cabaran lebih awal.

"Saya sedih sebab kuda saya tidak dapat teruskan tetapi saya gembira begitu ramai peminat datang untuk menyaksikan acara itu," kata Tuanku Mizan di TIEP di Lembah Bidong, di sini.

Baginda yang terpaksa menunggang dalam keadaan cuaca ekstrem akibat hujan lebat dan angin kencang ketika perlawanan berlangsung separuh jalan, bagaimanpun gembira kerana penunggang lain dalam pasukan Malaysia dapat menerus dan menyelesaikan perlumbaan.

Selain baginda dan anggota pasukannya, enam penunggang lagi yang bertanding dalam kategori individu turut tersingkir, termasuk bekas nombor satu dunia Datuk Kamaruddin Abdul Ghani & Navidad, penunggang negara di ranking tertinggi dalam perlumbaan 160km itu.

Lima penunggang lain, Datuk Abdullah Taib & Kerbalanen Armor, Muhammad Che Ahmad Yusri & Penn 3, Muhammad Firdaus Hamid & Ifra Des Jamets, Norlaily Bunyamin & Bremervale Jessie James, dan Zainuddin Yusof & Texas, tidak dapat meneruskan perlumbaan selepas beberapa peringkat bila kuda mereka disingkirkan atas beberapa sebab termasuk kuda tempang, metabolik, pelanggaran masa dan penarikan diri.

Dua penunggang Malaysia yang mendapat penghormatan kerana menyelesaikan perlumbaan yang cukup lasak itu ialah Md Azizie Ismail & Janor Fee, and Abdul Halim Alihan & Brookkleigh Kentara, yang masing-masing tamat di tempat ke-34 dan ke-39.

Halim yang kelihatan riang berkata beliau pernah menyelesaikan perlumbaan 160km sebelum ini, dan ini adalah pencapaian istimewa yang akan menjadi kenangan abadi.

"Saya mula memasuki perlumbaan lasak hanya dua tahun lalu dan mendapat tiket untuk bertanding di Kejohanan Kuda Lasak Dunia FEI berdasarkan merit," kata rakyat Sarawak itu yang bermula sebagai penjaga kuda di Royal Terengganu Stable Club pada 2006.

Penunggang berusia 27-tahun itu, yang telah bertanding pada empat pertandingan lasak 160km tahun ini, berada pada ranking ke-161 di dunia dan keputusan terbaiknya ialah tempat kelima di acara Saera di Australia pada Jun.

Juara individu dimenangi oleh peserta Sepanyol Maria Mercedes & Nobby yang mendahului kumpulan 126 penunggang dari mula hingga tamat sementara juara berpasukan jatuh kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

-- BERNAMA


***********************************************************************************

dulu tengok masa dia berucap sokmo cakap beta
tapi this time - kat WEC dia bahasakan saya -
down to earth raja kita  ni -- so yang terbaik pada malaysia
tempat ke 34 dari 126 riders.. kira not bad la tu -

saya rasa mesti lepas habis semua ni - agong buat jamuan
makan kat istana maziah pada wec committees dan riders
semua... mesti best ni -
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 08:16 PM | Show all posts


aku reply ni wehhh

aku replyyyyyyyyyy

bes woo naek kude
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 09:30 PM | Show all posts

Tuanku Mizan, Team Malaysia & FEI 2008





kuda ku lari gagah berani~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 06:11 AM | Show all posts

Reply #24 naen's post

thanks naen -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 06:14 AM | Show all posts
Terengganu sedia jadi tuan rumah WEC lagi
Oleh HISHAM IDRIS


TUANKU NUR ZAHIRAH (kiri) menyampaikan trofi kepada
Maria pada majlis penyampaian hadiah semalam.



KERAJAAN Negeri Terengganu bersedia menjadi penganjur Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) pada masa akan datang sekiranya diberi peluang.

Kesediaan tersebut dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said selepas hadir pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang WEC 2008 semalam.


Beliau berkata, Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu berjaya menjadi hos penganjuran terbaik setakat ini apabila menyaksikan 38.09 peratus penunggang berjaya menamatkan perlumbaan.

"Rekod terbaik sebelum ini ialah 33 peratus dan pada kejohanan kali ini, 48 daripada 126 penunggang berjaya menamatkan perlumbaan," katanya ketika ditemui media semalam.

Ujarnya, pencapaian itu merupakan rekod terbaru dan beliau turut bersyukur WEC 2008 berjalan tanpa berlaku apa-apa perkara tidak diingini.

Beliau turut meluahkan rasa bangga dengan penunggang Sepanyol, Maria Mercedes Alvarev Ponton yang dinobatkan sebagai juara bagi kategori individu kelmarin.

Jelas Ahmad, pada masa akan datang, pihaknya bersedia untuk menjadi tuan rumah dalam apa-apa juga kejohanan antarabangsa sekiranya diberi peluang.

"Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) begitu gembira termasuk semua jawatankuasa teknikal dan semua peserta serta pihak pengurusan.

"Semuanya berpuas hati dengan fasiliti yang kita ada termasuk trek terbaik setakat ini, baik dari trek di tanah rata, pantai dan tanah berbukit," jelasnya.

Tambah Ahmad, walaupun sebelum ini ada tanggapan sesetengah pihak yang merasakan cuaca di negara ini terlalu panas, namun ia bukan satu masalah besar kepada peserta menampilkan aksi terbaik mereka.

"Hakikatnya, cuaca kita agak baik dan hujan pada hari perlumbaan membuatkan para peserta gembira terutama penunggang dari negara Timur Tengah.

"Mereka (peserta Timur Tengah) telah menyatakan komitmen dan kesediaan untuk menyertai kejohanan seumpama ini sekiranya diadakan lagi," kata Ahmad.

Pada kejohanan sejauh 160 kilometer yang berakhir kelmarin, Maria muncul juara kategori individu dengan catatan masa 8 jam 48 minit dan 06 saat.

Maria yang menunggang kuda bernama Nobby tiba di garisan penamat kira-kira pukul 7.18 pagi selepas berjaya menghabiskan kesemua tujuh pusingan dengan kelajuan purata 18.16 kilometer sejam.

Dengan kemenangan itu, Maria membawa pulang hadiah wang tunai AS$100,000.

Lebih manis, kudanya, Nobby turut menerima anugerah kuda terbaik (Best Condition Horse) sepanjang kejohanan berlangsung.

Tempat kedua dimenangi peserta dari Argentina, Agustin Vita bersama kuda bernama Baraka Ibn Al Tamah dengan cacatan masa 8'57:55s.

Manakala tempat ketiga diraih penunggang Emirayah Arab Bersatu (UAE), Sultan Ahmed Sultan Sulayem yang mencatat masa 9'9:31s.

Bagi kategori berpasukan, UAE berjaya merangkul juara dengan catatan masa keseluruhan 27'57:59s.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik pasukan Qatar dan Bahrain.

Turut berkenan hadir pada majlis penyampaian hadiah semalam ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

**************************************************************************************************

of course hadiah yang lumayan bila agong pun join sekali WEC ni... -
bukan dekat2 kuda  tu nak lari - jauh dari marathon lagi.. -
apa2 pun nampak fun sangat kat TV semalam --
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-11-2008 06:16 AM | Show all posts
WEC 2008 rangsang perkembangan



PENGANJURAN Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) 2008 di Malaysia akan menjadi perangsang untuk perkembangan sukan kuda lasak di rantau ini.

Demikian pandangan pegawai FEI, Ian Williams yang juga Pengarah FEI bagi sukan yang bukan di bawah naungan Olimpik.

"Kami (FEI) berharap sukan kuda lasak akan terus berkembang dengan pesat setelah kejayaan penganjuran sukan bertaraf dunia di Malaysia serta kemudahan infrastruktur bertaraf dunia di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu.

"FEI juga akan berusaha untuk menganjurkan suatu pertandingan yang berprestij di rantau ini untuk merangsangkan perkembangan sukan tersebut," kata Williams setelah tamatnya Kejohanan Kuda Lasak Dunia yang ke-12 di Lembah Bidong, Setiu semalam.

Pada kejohanan kali ini, penunggang dari Sepanyol, Maria Mercedes Alvarez Ponton muncul juara acara individu manakala acara berpasukan di julang pasukan UAE.

"Dalam masa yang singkat, sukan kuda lasak serta kemudahan infrastruktur telah pesat berkembang di Malaysia dan FEI berharap kemudahan dan pencapaian seperti ini akan mula wujud di negara-negara di rantau ini," kata Williams.

Edisi kali ini yang julung kali diadakan di sebelah malam, menampilkan 126 penunggang dari 32 negara yang bertanding dalam acara individu dan berpasukan.

Kejohanan ini merangkumi 160 kilometer yang terbahagi kepada tujuh pusingan atau loop.

Malaysia yang diberi penghormatan untuk menganjurkan kejohanan berprestij di dunia itu turut menyenaraikan 12 penunggang yang layak secara merit termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, Tuanku Mizan yang bertanding dalam acara berpasukan terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal selepas kudanya, Ibrahim Pascha Larzac gagal melepasi pemeriksaan wajib veterinar selepas tamat lima pusingan, manakala tiga lagi penunggang dalam pasukan Malaysia turut gagal meneruskan perlumbaan.

Enam daripada lapan penunggang yang bertanding dalam acara perseorangan turut terkeluar daripada persaingan kerana beberapa sebab.

Hanya dua penunggang negara yang berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 160km itu.

Md. Azizie Ismail (gambar) yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-34 merupakan penunggang negara terbaik manakala Abdul Halim Alihan yang juga julung kali mengambil bahagian dalam kejohanan dunia itu menduduki tempat ke-39.

Ini merupakan kali pertama dua penunggang negara berjaya menamatkan perlumbaan dalam siri kejohanan kuda lasak dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:16 PM | Show all posts

Juara Individu FEI-WEC 2008 : Maria Mercedes & Nobby




Majlis Makan Malam Gala Sukan Berkuda Lasak 2008 @Stadium Tertutup Gong Badak



"minum aa pawarut .. saya menang moto~~~~~kar!"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2008 12:38 AM | Show all posts

Reply #28 naen's post


eh.. maria tu dapat  US$100K ke...US$22K.. keliru pulak...


anyway --- dengarnya Agong juga bagi dia seutas jam tangan MAHAL .. -
rolex ke; patek phillip ke... tak kira la yang pasti MAHAL la tu.. sebagai hadiah persendirian
dari baginda.. --  bagus kalau pandai sukan ni ye.. hadiah dia lumayan -
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:35 AM | Show all posts

Reply #29 dexa's post

awat nak keliru lak? btol aa tu, dua2 sekali dia dapat
USD 100k (ntuk acara individu) .. + USD 20k sbb kuda dia (nobby) dapat kuda terbaik ..
so semua sekali .. USD 120k .. lebih kurang .. RM425k aa .. perghh!

tak tau pulak pasal jam tangan tu ..
tapi yg kereta waksegan polo gti tu memang katanya seprais aa ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 06:22 PM | Show all posts

Reply #30 naen's post

ohh ye ke -- kuda terbaik --
betul la tu -- untung bela kuda -
dapat duit banyak macam tu bila menang pertandingan -
bela kucing - kalau kucing menang pertandingan
kucing tercomel pun -- paling2 koman hadiah pun
whiskas punya free food setahun - sampai nak termuntah
kucing tu dok belasah whiskas sokmo -

cantik kereta tu ye --
btw memang dia dapat jam tangan tu -- tu sumbangan
dari agong sendiri --
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 03:20 AM | Show all posts

Reply #31 dexa's post

kalau menang, untung aa .. kalau kalah tu, err .. no comment
mahal sebenarnya nak bela, menten & train kuda .. pelagik kalau nak masuk tournament
sedangkan kucing tu pun .. nak beli priskis lagik .. adehhh koyak poket!

tapi .. ada orang jenis tak kesah nak perabeh duit - utk kepuasan .. maybe ..

rasanya sukan berkuda ni golongan tertentu je yg mampu
rakyat marhaen mungkin tak dapat aa kot .. main kuda kepang je aa gamaknya ..

kalau bela kuda, dia lapar kita kena kasik makan .. kita lapar, kena pandai2 sendiri
baik bela kambeng .. kalau kita lapar, kita sembelih kambeng tu! huhuhu
(ada ke orang yg sembelih & makan kuda yek?)

waksegan polo gti memang cantek .. rege pun cantek sangat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 06:09 AM | Show all posts

Reply #32 naen's post

kalau begitu - bela kambing
dapat banyak gak hadiah hari tu saya baca
kambing tercantik --
lagi pula bila lapar kita sembelih dan grilled
dan juga boleh buat kari -

* ada orang makan kuda - tapi baik makan kambeng lagi
sebab sayang nak makan kuda - sebab kuda tu
kira macam transportation kita juga -
kambeng... well - tak tahu la kalau awak naik kambeng
pergi  plaza masalam -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2008 06:19 PM | Show all posts

- um -

Melahirkan jaguh sukan kuda bertaraf dunia
Oleh ABD. HALIM HADI




Bertempat di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) baru-baru ini, negara mencipta satu lagi sejarah selepas diiktiraf sebagai tuan rumah terbaik sepanjang penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) FEI 2008.


Pengiktirafan oleh Sekretariat Persekutuan Endurance Antarabangsa (FEI) itu bukan hanya mengambil kira tahap profesionalisme penganjuran bahkan kejohanan turut mencatat penyertaan yang tinggi.

Walaupun usia sukan ekuestrian kita boleh diibaratkan setahun jagung tetapi tidak bermakna pencapaian negara masih jauh ketinggalan untuk berdepan dengan saingan di peringkat antarabangsa.

Pertaruhan negara sebagai tuan rumah juga tidak kurang hebatnya apabila penunggang negara, Nazulki Muda dinobatkan sebagai juara perlumbaan kuda lasak bagi kategori 80 kilometer pada kejohanan itu.

Atlet ekuin negara, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil pula merangkul tempat kedua pada pertandingan showjumping di dalam Pertunjukan Kuda Antarabangsa 2008 yang dianjurkan bersempena kejohanan yang sama.

Pastinya kejayaan di Terengganu menambah satu lagi profil negara dalam mutu pengurusan penganjuran sukan berprestij selepas kejayaan perlumbaan Formula Satu (F1), MotoGP dan perahu layar antarabangsa Piala Monsoon.

Pelapis


Jika sebelum ini nama Malaysia masih asing apabila memperkatakan sukan itu, situasi kini sudah berubah apatah lagi dengan penglibatan aktif Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, juga selaku ketua pasukan negara pada WEC.

Di peringkat kebangsaan, tanggungjawab mempromosi dan meningkatkan pencapaian sukan ekuin terletak di atas bahu Majlis Ekuin Malaysia (MEM) yang terbabit dalam penyeliaan serta pengendalian program latihan dan asah bakat.

Setiausaha Eksekutif MEM, Datuk Abdul Malik Jeremiah berkata, potensi sukan ekuin negara diakui mampu memberikan saingan di peringkat antarabangsa selepas kejayaan atlet negara di dalam sukan SEA lalu.

''Berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, sebenarnya kita mempunyai kelebihan dari segi kelengkapan dan latihan.


''Kita ada kelab lumba kuda di Selangor, Penang dan Perak manakala pusat-pusat latihan pula ada di seluruh negara," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Abdul Malik memberitahu penglibatan paling aktif setakat ini adalah daripada unit berkuda Polis Diraja Malaysia, tentera dan Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL).

Di peringkat majlis (MEM) ujarnya, satu daripada program anjuran yang dianggap berjaya adalah Program Menunggang Peringkat Sekolah yang dimulakan sejak 2002.

Sehingga kini, seramai 350 pelajar dipilih daripada sembilan buah negeri di seluruh negara dan diberikan latihan menunggang dan persembahan.

"Hasilnya memberangsangkan kerana 70 peratus daripada atlet sukan Sukma terdiri daripada bekas-bekas pelajar yang dilatih melalui program itu," katanya.

Lima daripada mereka pula terpilih sebagai skuad pelapis negara yang diberi peluang mendapatkan latihan bersama Persatuan Ekuin Malaysia (PEM).

Kelas menunggang kuda

Menurut Malik, rakyat di negara ini khususnya remaja yang berminat kini berpeluang menceburi sukan ekuin dengan pertambahan kelab lumba, persatuan dan kelab yang menawarkan kelas menunggang.

"Kebanyakan kelab di dalam negara dibuka kepada umum dan menawarkan pakej seperti kelas menunggang peringkat asas, mahir, pengurusan O-level, kelas memandu kereta kuda dan juga kelab pony.

"Selain itu kita juga aktif menganjurkan acara berkuda di rantau ini serta acara perlumbaan setiap bulan," jelas beliau.

Bagaimanapun, MEM mengakui cabaran terbesar yang dihadapi penggiat sukan itu adalah untuk mendapatkan jurulatih peringkat 1 yang mampu melatih atlet-atlet ke peringkat profesional.

"Sekarang kita masih bergantung kepada jurulatih asing padahal kita sebenarnya boleh mendapatkan kepakaran daripada bekas atlet tempatan.

"Malangnya maklum balas daripada mereka tidak seperti yang diharapkan kerana kebanyakan terus menghilang,'' ujarnya.

Sementara itu, MEM melalui Program Latihan Jurulatih yang bermula sejak 1996 mensasarkan bilangan jurulatih yang kini berjumlah 30 orang meningkat kepada 100 menjelang 2020," katanya.

Katanya, oleh itu kita menyeru kerajaan supaya membantu usaha MEM di peringkat akar umbi khususnya di dalam program-program yang melibatkan latihan pelajar sekolah.

"Saya yakin dengan penglibatan kerajaan dan pihak yang terbabit dalam industri ini, negara mampu melahirkan lebih ramai atlet ekuin," jelas beliau.

Latihan sukan ekuin menurutnya berbeza dengan sukan lain kerana memerlukan tempoh 'matang' yang agak panjang, antara lima hingga 10 tahun bagi membolehkan seseorang penunggang serasi dengan kuda mereka.

"Keserasian penting kerana 80 peratus kemenangan bergantung kepada kuda manakala 20 lagi terletak pada kemahiran penunggang," kata beliau.

Oleh itu jelasnya, sudah menjadi sesuatu yang normal jika ada di antara penunggang di peringkat antarabangsa yang berusia 60 tahun masih mewakili negara bahkan jarang sekali penunggang ekuin yang berusia di bawah 30 tahun.

Mengulas pencapaian negara pada WEC lalu, Malik mengagumi pencapaian dan usaha beberapa orang penunggang dan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan latihan di luar negara untuk mengembangkan kebolehan mereka.

"Jika usaha diteruskan saya yakin negara dapat menambah satu lagi acara sukan pada Olimpik 2012.

"Taman Endurance Antarabangsa Terengganu misalnya boleh dijadikan medan terbaik untuk latihan sukan kuda lasak,'' ujarnya.

Beliau mengingatkan, sehebat manapun kemudahan yang ada di dalam negara sekarang kualiti perkhidmatan harus dipertingkat atau sekurang-kurangnya dikekalkan.

"Sukan ekuin memerlukan kepakaran banyak pihak contohnya jurulatih, veterinar, juru ladam dan sokongan daripada industri kuda,'' katanya.

**************************************************************************************

orang2 yang kaya aje yang boleh sertai sukan kuda ni - bukan murah kat malaysia ni -
kalau memang ada bakat - boleh dapat sponsor... tapi pendedahan untuk endurance ni
bukan besar lagi ... dan isolated sikit --- tapi kalau ada sekolah2 yang ada kelab begini -
memang best juga -
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 08:15 PM | Show all posts
t'jumpe laman web ni..

http://vetprime.fotopages.com

lawo2 gak assesories dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 09:25 PM | Show all posts

Reply #35 ly_lin's post

thanks  lylin --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 12:07 AM | Show all posts

Reply #36 dexa's post

u r welcome..

thanx too..

[ Last edited by  ly_lin at 25-1-2009 12:11 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 06:37 AM | Show all posts
Tuanku Mizan pikul cabaran Endurance Ride

Oleh Wan Ramli Wan Muhamad


SETIU - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail akan menyertai Endurance Ride di Terengganu International Endurance Park (TIRP), Lembah Bidong, hari ini.

Kejohanan itu juga menyaksikan penyertaan puteri baginda, Tengku Nadhirah Zahrah menyertai Tengku Muhammad Ismail bersaing bersama 25 peserta lain dalam kategori 40 kilometer.

Pengurus Besar Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), Che Mat Din Ismail memberitahu, kejohanan julung kalinya diadakan itu adalah secara bulanan anjuran RTES.

Katanya, Tuanku Mizan pula akan bersaing bersama 26 peserta lain bagi kategori 80km.

''Kesemua peserta akan memulakan perlumbaan pada pukul 6.30 pagi," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mengulas lanjut Che Mat Din berkata, kesemua peserta bagi kategori 40km dijangka menamatkan perlumbaan pukul 12.30 tengahari ini.

Katanya, bagi kategori 80km pula, peserta dijangak tiba pukul 4.30 petang ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejohanan ini merupakan usaha mencungkil bakat baru dalam sukan berkuda yang mula dibangunkan di negara ini sejak lima tahun lalu.

Katanya, sebelum ini RTES hanya menganjurkan kejohanan yang sama antara dua hingga tiga bulan sekali berbanding sekarang setiap bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 06:44 PM | Show all posts
owh ada lagik ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2009 03:24 AM | Show all posts
RTES: Tuanku Mizan terlalu sukar dicabar
Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR




TUANKU MIZAN muncul juara
dalam kategori 80km semalam.


STATUS sebagai Yang di-Pertuan Agong bukan halangan untuk muncul juara.

Semalam, Tuanku Mizan Zainal Abidin dinobatkan sebagai juara bagi kategori 80 kilometer Kejohanan Kuda Lasak Royal Terengganu Endurance Stable Ride (RTES) yang diadakan di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong semalam.


Tuanku Mizan berjaya menewaskan pencabar terdekatnya, Anton Reid dengan kelebihan sembilan saat apabila penunggang Australia itu mencatat masa empat jam 48 minit dan 20 saat.

Lebih menarik, baginda yang menunggang kuda jenis Gelding, Jakim Murphy menamatkan perlumbaan lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Tempat ketiga pula dimenangi penunggang Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Abdullah Taib dengan catatan masa 4:48.29s.

Dalam pada itu, penunggang Darul Iman Endurance Team (DIET), Muhammad Alif Sabidi pula menggondol gelaran juara bagi kategori 40km dengan catatan masa 2:09.41s.

Seorang lagi penunggang DIET, Wan Mohd. Kamaluddin Wan Yusoff memenangi tempat kedua selepas mencatat masa 2:09.45s manakala rakan sepasukannya, Ahmad Azura Abdul Ghani ditempat ketiga dengan catatan masa 2:22.43s.

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut menyertai kategori 40km berada ditempat ke-14 manakala kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah di tempat ke-18.

Seramai 19 daripada 25 penunggang yang menyertai kategori 80km berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh ditetapkan manakala bagi kategori 40km, hanya tiga daripada 25 penunggang gagal menamatkan perlumbaan.

Kejohanan berlangsung dalam keadaan mendung dan adakalanya hujan renyai yang dianggap sesuai untuk mengadakan perlumbaan kuda lasak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.079614 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list