CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3174|Reply: 12

Dalil perkahwinan

[Copy link]
Post time 13-6-2008 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Terdapat banyak nas dan dalil al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri, antaranya ialah:

1. Dalil nas al-Quran,iaitu sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang(lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah an-Nur ayat 32)

2. Dalam nas yang lain, Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain) : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara(isteri-isteri kamu)maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah an-Nisa ayat 3)

3. Dalam nas sebagaimana hadis daripada baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku"

(Riwayat Bukhari Muslim)

4. Antara nas hadis baginda yang lain yang sangat memberi galakan kepada golongan remaja yang mampu berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(Riwayat Bukhari Muslim)

http://ilmu-kahwin.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 12:28 PM | Show all posts
kahwin jgn x kahwin.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 01:11 PM | Show all posts
huhu..... kalaulah kahwen tu semudah seperti kita menaip...
dh lame dh aku kawen...

ermm masih menunggu rezeki kawen ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 01:17 PM | Show all posts
dalil poligami x bubuh sekali ke....
x lengkap lg tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 02:47 PM | Show all posts

Reply #4 afja's post

no.2 tu dh ada......
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 02:55 PM | Show all posts
kawen...oh..kawen..
aku nak tawen... :@

[ Last edited by  fatinz at 13-6-2008 02:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2008 03:08 PM | Show all posts

Reply #1 suarapemuda's post

Bagus nie ... memang la nak kahwin susah tapi usaha mau ada lebih sikit ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 03:35 PM | Show all posts

Reply #7 halimijuliana's post

tul2...aku nk berjuang abis2an kali ni..................:cool:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by itik_magic at 13-6-2008 02:47 PM
no.2 tu dh ada......


ada yek....
aku x pasan....
sbb nk rushing wat bajet psl harga minyak la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 09:55 PM | Show all posts
cakap kawen memang mudah...tapi nak cari tu yang payah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #10 shahhana's post

btol tuh...yg penting istiharah...mintak petunjuk dr Allah
kalau itu yg terbaik utk kita.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 10:34 AM | Show all posts
good info...........undefined undefined
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #11 fatinz's post

sebaik-baik pilihan..
aku nak kawen..tp aku takut aku kawen ngan org yg silap..
hurmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062821 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list