CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3238|Reply: 21

Cabaran kepada Shahrir Samad

[Copy link]
Post time 21-6-2008 07:39 AM | Show all posts |Read mode
BAGI menyahut seruan kerajaan untuk mengubah cara hidup dan berjimat, sebagai permulaan, pada 2 Jun lalu, saya se keluarga buat pertama kali cuba menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dari kediaman kami di Taman Subang Perdana (berhampiran Lapangan Terbang Subang, lama) untuk ke KL Sentral.

Kami menggunakan perkhidmatan bas RapidKL. Sungguh kecewa dan mendukacitakan apabila mengetahui keadaan sebenar perkhidmatan pengangkutan awam kita di sekitar Lembah Klang.

Kami terpaksa menunggu sehingga dua jam sebelum dapat menaiki bas kerana setiap bas yang berhenti penuh sesak dan anak perempuan saya yang berusia lapan tahun tidak berdaya berdiri dalam kesesakan itu.



Kalau tunggu bas kosong sudah tentu hingga malam tidak sampai ke destinasi. Kasihan anak saya kerana terpaksa berhimpit di sepanjang perjalanan selama 40 minit ke KL Sentral.

Keadaan sama juga dialami ketika dalam perjalanan pulang apabila kami menaiki bas dari Terminal Bas RapidKL berhampiran Stesen Bas Klang.

Had muatan 28 orang berdiri dalam bas memang tidak dipatuhi kerana keseluruhannya ada lebih kurang 40 hingga 50 penumpang berdiri.

Kebanyakan penumpang adalah warga asing dan mereka menguasai kebanyakan tempat duduk termasuk tempat duduk orang kurang upaya (OKU).

Mereka tidak berhati perut kerana tidak mempedulikan sesiapa dalam keadaan penuh sesak, sama ada yang berdiri itu daripada golongan lemah seperti orang tua, kanak-kanak atau OKU.

Mereka buat tak tahu saja apabila saya sengaja suruh anak saya duduk atas lantai bas.

Pemandu bas pula tidak mesra dan tidak hirau keselamatan penumpang. Penumpang tegur sedikit, sudah naik angin dan sengaja pandu bas laju-laju dan kemudian brek secara tiba-tiba beberapa kali.

Apabila bas sepatutnya berhenti di perhentian Subang Perdana (kira-kira jam 6 petang), kebiasaannya 20 hingga 30 penumpang akan turun di situ, pemandu bas pula sengaja pecut basnya sejauh dua kilometer hingga ke Pekan Subang, baru membenarkan penumpang turun.

Kemarahannya gara-gara penumpang tekan butang berhenti berkali-kali tetapi loceng berhenti memang tidak kedengaran kerana tidak berfungsi atau sudah lama sengaja ditutup pemandu.

Kalau beginilah keadaannya dengan pengangkutan awam kita, bagaimana hendak menasihat orang ramai menggunakannya kerana memang tidak selesa.

Mungkin perkhidmatan ERL ke Putrajaya selesa kerana tambangnya pun boleh tahan.

Apa kata kalau Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad cuba naik bas tanpa bantuan isteri menghantar dan bantuan pemandu menjemputnya untuk mengetahui keadaan sebenar yang terpaksa dilalui pengguna bas.

Sesuatu tindakan drastik patut dilakukan untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam supaya semua golongan daripada peringkat bawahan ke peringkat eksekutif satu hari nanti tidak keberatan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti di London, Washington DC dan New York.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2008 07:40 AM | Show all posts
Pengakutan awam kita patut ditukar nama kepada Pengakutan Warga Asing....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2008 07:41 AM | Show all posts
Oppp lupa nak cakap kepada Shahrir Samad, supaya tambang bus kepada warga asing ditingkatkan kerana, pengakutan bus menggunakan desel sabsidi.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 08:54 AM | Show all posts
aku mmg tak suka naik bus..macam syial
nak g dari klang ke puncak alam kena tunggu 4jam :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 09:47 AM | Show all posts
tu tak kira lagi bas berenti kat bus stop lama2 sbb nak tunggu penumpang ramai...
benci aku.. tak ada passenger jalan le... tak yah tunggu2, macam :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 09:48 AM | Show all posts
shahril samad patut ditukar ke cheryl samad...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2008 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by kunyit at 21-6-2008 09:48 AM
shahril samad patut ditukar ke cheryl samad...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 12:01 PM | Show all posts
cherry...???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2008 12:21 PM | Show all posts
pak menteri ni tak reti main sim city ni...
buat laa subway..baru beshhh... (bukan subway restorant tu aarr)

bangunan mencanakk... public transporttt.. suckso!..  
contohi laa negara jepangg.. di bandar dlm radius 10km.. aku rasa sure ada
station ketapii......
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 12:28 PM | Show all posts
aku harap pengangkutan awam kat negeri lain pun diberi perhatian jugak.....

bas awam kat tmpt aku ni cam idup segan mati xmau je.....kn tggu sejam br jmpa 1 bas....

lgpun aku dah lama x naik bas psl lg senang naik moto.....

tp aku hrp 1 hari nanti aku leh naik balik bas ni,kalo moto aku rosak,dgn syarat servis dia ok la....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 12:41 PM | Show all posts

Reply #10 tuan_wu's post

buat cam kat indon or thai laa.. ada tok tokk...
baru relevant kott.. tapi make sure dlm ada aircond laa... msia panas gilerrr maah..  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 12:59 PM | Show all posts

Reply #11 takumi86's post

ok gak cadangan tu.....

kete makin byk atas jalan.....jalan makin jammed....

apakata dihadkan penjualan kete.....  mau meraung penjual kete....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 01:30 PM | Show all posts
meh ramai2 naik basikal..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 02:26 PM | Show all posts

Reply #13 unnamed's post

kalau naik basikal, sure kena hon ngan kterr..

bak kata foreignerss.. msia ni negara keterr...
camne nak idup lagi 10 tahun ni..  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 04:03 PM | Show all posts
naik pengangkutan awam..??
rentikan jela...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 06:08 PM | Show all posts
Tak guna mencabar kepada lelaki yg tak bertelo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2008 06:16 PM | Show all posts
dia ada telo lah..cuma mungkin telonya kategori telo pindang, johor mari.
bikin malu kaum je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 06:23 PM | Show all posts
ada ati gak nk merasa naik pengangkutan awam. atleast he got the idea how bad is it.Seingat aku dulu arwah Tan sri yahya pernah buat masa sibuk2 pasal bas intrakota.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2008 10:16 PM | Show all posts
bus sekarang lembab.....paling cepat zaman bus mini......laju tak ingat.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 10:37 PM | Show all posts
btul..aku rindu zaman bas mini..paling efisien skali..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.076345 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list