View: 4049|Reply: 27
|
Keluar teksi berimej Malaysia
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM 25 Jun - Kabinet mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berbincang dengan Proton Holdings Bhd. (Proton) untuk mengeluarkan model baru yang dikhususkan bagi kegunaan teksi di negara ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Proton mengambil langkah mengeluarkan kereta yang mempunyai alat penjimat petrol, selain penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, Proton juga diminta mereka bentuk teksi bagi membolehkan kenderaan itu mempunyai imej tersendiri seperti teksi di London.
"Ketika ini, teksi di Malaysia terdiri daripada pelbagai model. Kabinet mendapati ia terlalu banyak dan mahukan Proton mengeluarkan satu reka bentuk yang mempunyai kesesuaian dengan keadaan pada hari ini daripada segi keselesaan tempat duduk dan tempat menyimpan barang.
"Bila orang nampak, itu teksi Malaysia, ada imej sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara GiatMara dengan Proton di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Noh berkata, kerajaan akan mewajibkan semua teksi di negara ini hanya menggunakan model yang dikeluarkan Proton sahaja berbanding ketika ini yang terdiri daripada pelbagai jenis.
Katanya, terpulang kepada Proton untuk mengkaji cadangan mengeluarkan model kereta yang khusus untuk teksi, memandangkan ia mempunyai pasaran yang tinggi iaitu ketika ini terdapat lebih 38,000 teksi di seluruh Semenanjung dengan 23,000 daripadanya di Lembah Klang.
"Bukan sahaja reka bentuk tetapi Proton hendaklah memastikan ia menjimatkan minyak atau guna NGV bagi membantu pemandu teksi menjimatkan bahan api," katanya.
Sementara itu, Syed Zainal Abidin berkata, Proton menjangkakan mengeluarkan kereta yang lengkap dipasang NGV selewat-lewatnya akhir tahun ini, bagi membantu orang ramai termasuk pemandu teksi menjimatkan penggunaan bahan api ekoran kenaikan harga minyak ketika ini.
Beliau yakin pemasangan terus kelengkapan NGV itu dari Proton juga membolehkan pembeli kereta menjimatkan kos berbanding dengan memasangnya selepas kenderaan dibeli.
Katanya, Proton akan melihat keperluan pasaran, sudah tentu keutamaan ialah kereta yang berkesan daripada segi penggunaan minyak.
"Kereta yang akan dikeluarkan itu boleh menggunakan kedua-duanya, minyak dan NGV, " katanya.
P/S: Camne la agaknye rupa "Teksi Malaysia" nih ye?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu teksi pakai brabus pun, tp driver teksi masih perangai sama...tatak guna maa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 TanSri's post
yang nih lundun punye teksi....besar gile kat belakang tuh...siap boleh buat pelbagai aksi lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
aku naik teksi gi KLIA jerrr.. hiihihihii |
|
|
|
|
|
|
|
ni je yg selayaknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 tossee's post
wuishhhh.....jgn la tepek kat sini.... malu laa...burok benor rupenyaa...
ye lah....buat sendiri. cuma 5% jer aku pakai toyol...hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
ciri-ciri malaysia tu patut driver pun orang malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|