CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bromatt

bahasa orang kerinchi

[Copy link]
Post time 28-7-2008 04:23 PM | Show all posts

Reply #5 klkl's post

kalo keturunan harimau,napa org kerinci xmarah keturunan mereka di lokap di zoo negara?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2008 06:13 PM | Show all posts
hang pandai melawak..... rimau tu tak marah kalau dilokap..
cuba hang masuk dalam lokap tu, hang usap kepala dia, dia marah ke idak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 05:50 PM | Show all posts

Reply #22 bromatt's post



Ape kabor oghang kutai.....jangan ler majukk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by AnisSuraya at 30-7-2008 05:50 PM


Ape kabor oghang kutai.....jangan ler majukk...


kabor baik....oklah yob idak majukkkkk.......:kiss:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2008 10:37 PM | Show all posts
mano uhang kincai ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 07:45 AM | Show all posts

Balas #25 bromatt\ catat

aku orang kerinchi...apo gawe?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2008 12:53 PM | Show all posts

Reply #26 sireh99's post

alamak...nape forum bahasa kerinchi ni sepi je...tak macam bahasa jawa, banja etc...hurm...sape2 yang rase dia orang kerinci tak payah ler memalu..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2008 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by sireh99 at 12-8-2008 07:45 AM
aku orang kerinchi...apo gawe?


dah berjanggut tuk menunggu uhang kincai, baru muncul cucu tuk rimau ni.....!

apo gawe? (apa buat,kerja)

tadi sibuk...kerjo banyek....bahau nak masuk cari forum neh.....!
(tadi sebuk...kerja banyak... baru nak masuk cari forum ni....!)

duduk mano? entah-entah satau kampong dek.....!
(duk mana? entah-entah satu kampung...!)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2008 08:02 AM | Show all posts

Reply #28 bromatt's post

kuang2....aku duk pj nih...hehe..rase cam pelik je berforum dalam kinchai...selama duk kat sini tak penah pun dengar or baca tentang kerinci..hehe..biasanya kat kampung je speaking kerinci...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 01:25 PM | Show all posts
aku duk kerinchi ms kcik2 dlu tp x tau pn bhs krinchi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 12:29 PM | Show all posts
Post at 18-9-2008 12:06 PM Profile Personal Space P.M. Buddy

nak cakap kerinchi orang tak ade...
sori mod..bagi info orang kerinchi sikit...boleh kann.... terima kasih...


tentang bukit nenas... teringat arwah datuk yg pernah tinggal kat situ tahun 1930an dulu...
dimana letak kuburnya anak cucu pun tahu.... meninggal dunia ketika anak-anaknya masih kecil lagi... bromatt..

KUALA LUMPUR: Kampong Haji Abdullah Hukum merupakan salah sebuah penempatan awal orang-orang Melayu di Kuala Lumpur telah diruntuhkan pada awal November baru-baru ini bagi memberi laluan kepada apa yang kononnya dikatakan "pembangunan". Sumber-sumber mengatakan bahawa perkampongan Melayu 'tengah bandar' yang berusia 200 tahun yang terletak bertentangan dengan ibupejabat TNB di Jalan Bangsar tersebut, akan dibangunkan bagi pembinaan kondominium, blok-blok bangunan pejabat dan komplek membeli belah. Ada maklumat mengatakan sebuah hub transit LRT/ monorail / tren komuter juga akan dibina di kawasan tersebut.

Kampong tersebut mengambil sempena nama Haji Abdullah Hukum (gambar), yang nama asalnya Muhammad Rukun, berasal dari Kerinchi, Sumatera, Indonesia dan datang ke Malaya pada usia 15 tahun bersama bapanya pada tahun 1800-an. Beliau telah diberi izin oleh Raja Laut pada masa itu merupakan Raja Muda Selangor untuk membuka tanah pertanian dan kampong-kampong baru di Bukit Nanas dan sebuah kampong di Sungai Putih (kemudiannya dinamakan Kg Hj Abdullah Hukum di Jalan Bangsar) seperti yang ada sekarang. Beliau menetap di kampong tersebut hingga menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 1930-an.

Pada era Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri sekitar 1960-an, kerajaan telah mengalakkan orang-orang Melayu luarbandar untuk berhijrah dan bekerja di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur. Lantaran itu ramailah rakyat luarbandar telah bermastautin ke kawasan-kawasan setinggan yang berselerak dipinggir-pinggir pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu. Dari masa ke semasa ekoran dari pembangunan pesat bandaraya Kuala Lumpur kawasan-kawasan setinggan tadi akhirnya terletak ditengah-tengah kawasan 'urban' perbandaran, dan inilah yang terjadi ke atas Kampong Haji Abdullah Hukum, perkampongan Melayu Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan kampong-kampong lain dipersekitarannya.

Lebih 300 orang penduduk kampong telah dipindahkan oleh DBKL ke rumah-rumahpangsa miliknya di sekitar Kuala Lumpur. Mengikut kata Md. Zaman Md. Tasi Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan (juga bekas Ketua AMK Bahagian Lembah Pantai) bahawa ramai penduduk merasa kecewa kerana sebelum ini mereka telah 'dijanjikan' oleh beberapa orang wakil-wakil rakyat UMNO yang silih berganti sebelum ini untuk mendapati hakmilik lot-lot tanah di kampong tersebut. Sebaliknya apa yang terjadi ialah mereka 'tertipu' dan perkampongan tersebut di 'rampas' dari mereka dan kemudiannya diberikan kepada towkey-towkey komplek membeli-belah, pemaju-pemaju kondomium dan hartanah.

Hari ini nama Haji Abdullah Hukum kekal dalam kenangan sebagai antara orang Melayu terawal yang terlibat dalam membangunkan Kuala Lumpur. Penempatan orang Melayu 'dalam bandar' yang diasaskannya 200 tahun lalu sudah lenyap. Yang kekal hanyalah papan tanda ' Abdullah Hukum' di stesen LRT untuk tatapan anak cucu masa mendatang.



Post at 30-10-2008 12:10 PM Profile Personal Space P.M. Buddy




u org kerinci ka...

setau aku bukit nanas dibuka oleh org kerinci yg disebutkan bromat...bukit tu dinamakan bukit nanas kerana penanaman nenas di bukit tu oleh org2 kerinci..semasa tu kl ni di bawah pemerintahan sultan selangor lagi..memang org kerinci duduk di sana penanaman nanas tu memang digalakkan oleh sultan selangor..

org kerinci ni dah wujud di kl lebih awal daripada tahun 30-an...selain kg kerinci, abdullah hukum, ..org kerinci memiliki tanah di seluruh jln pantai baru sehingga bangsar, universiti malaya dan sungei way...itu tak termsuk kerinci di langat  etc..sehingga kini tanah yg berada di belakang bomba jln pantai baru yg korang nampak mcm setinggan tu adalah milik org kerinci..

dahulu di universiti malaya itu ada sebuah kampung dinamakan kampung pisang dan kebun getah  dan kandang lembu milik org kerinci..para pekerjanya terdiri org  cina dan india..

tapi sekarang...huh tulisan: namakurahsia





[ Last edited by  bromatt at 1-11-2008 12:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 05:36 PM | Show all posts
alamak bromatt skali tengok rupa u memang dah tau owang kincai...

tapi aku nih memang payah owang nak kenal owang kincai coz aku ikut kulit nenek aku gelap cam india...

ikut kata moyang aku (dia meninggal masa aku abis blaja) masa ngandung nenek aku moyang aku nyampah tul ngan india yg jaga lembu kat universiti malaya tu... ..so terkenan la...lahirnya nenek aku jadi gulap lak..

newayss...kuarga aku memang tak reti cakap kincai..tu la kekurangan kitorang walaupun kedua mak pak aku kuat darah kincai...sepatah dua tu leh la paham n sebut.....

words yg paling kitorang adik beradik suka sebut...kanjai...kepujin...pio...hehehe..tk  ingat dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 07:01 PM | Show all posts

Reply #32 namakurahsia's post

generasi baru..bawah umur 30th dah tak tahu cakap kincai....kat rumah emak bapak dari kecik dah biasakan cakap melayu...mereka boleh faham cakap kincai tapi tak reti nak bercakap...
namakurahsia mesti dulu2 duduk kat telekom tu...bro. ade kenal org kincai kat situ...(orang tua..ada lagi sekarang tak taulah...!) kenal juga dengan anaknya..pompuan....ingat2 nak kawin dgn dia..tak jadi pulak.. .boleh juga dia cakap kincai..dah lebih 10 th tak jumpa..dah kahwin ke belum tak taulah...
orang kincai datang dari beberapa kampung di kerinchi,sumetera..spt tanjung tanah,lempor,jujun,semerap,seleman,dan banyak lagi..tak ingatlah..
orang kincai kat situ kebanyakan dari  tanjung tanah, bro pulak dari semerap/lempor..orang kincai dari tanjung tanah ni..cakapnya lembut sikit berbanding dengan kincai semerap..kasar..

dah tengok gambar bro ke...? tau pulak rupa ohang kincai...!

[ Last edited by  bromatt at 5-11-2008 07:24 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 11:54 AM | Show all posts

INFO UHANG KINCAI DI KELUMPO

Sumbangan Abdullah Hukum semakin dilupai
Oleh Abdul Rahman Hashim

BAGAIMANA wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu?

Siapa yang membuka, menghuni dan menyemarakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan besar Haji Abdullah Hukum, pedagang dari Kerinchi, Sumatera yang turut menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula 1850-an.
Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.

Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).

Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.

Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ ? Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai 慗alan Bangsa? sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. 態angsa? kemudian bertukar menjadi 態angsar?.

Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Datuk Dagang menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Alangkah malang jika nama besar ini turut tersisih seperti pupusnya nama Taman Ghazali Shafie dan kampung Paya di Jalan Bangsar berdekatan Kampung Abdullah Hukum, selepas deretan kedai yang menempatkan peniaga Melayu di situ dirobohkan untuk projek pembesaran Jalan Bangsar sekitar 1987. Walaupun peniaga di Taman Ghazali Shafie itu dipindahkan ke Kompleks Bangunan Uda di Bangsar Utama, nama Taman Ghazali Shafie tidak lagi tertera di atas peta Kuala Lumpur.

Kita tidak mahu nama Abdullah Hukum, seorang peneroka awal penempatan Kuala Lumpur tertindih dengan tumpuan terhadap Kapitan Yap Ah Loy sehingga nama Abdullah Hukum turut terpadam di dalam lipatan sejarah Kuala Lumpur.

Demikian iltizam Abdullah Hukum yang menjadi ikon warisan sejarah Kuala Lumpur sejak penerokaannya dalam era 1850-an sehingga ke hari ini. Sejarah 50 tahun Malaysia merdeka tahun ini biarlah dirayakan tanpa meluputkan nama pejuang dan perintis bangsa yang banyak meninggalkan jasa, seperti Abdullah Hukum.

SUMBER:syd
TERIMA KASIH.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 12:01 PM | Show all posts
Abdullah Hukum dari pedagang jadi pembesar
Oleh Mohd Azis Ngah


http://img101.imageshack.us/img101/1769/abdullahhukumdq2.jpg

ABDULLAH Hukum antara pembesar Melayu yang disegani di Kuala Lumpur.

Sultan Selangor lantik Abdullah Ketua Masyarakat Kuala Lumpur

KAMPUNG Hj Abdullah Hukum, Jalan Haji Abdullah Hukum di Bangsar dan yang terbaru, Apartmen Haji Abdullah Hukum adalah antara tempat yang diambil sempena nama Haji Abdullah Hukum.

Siapakah sebenarnya Haji Abdullah Hukum? Tentu ramai generasi muda yang tidak mengetahui nama tokoh besar ini dalam sejarah tanah air dan kaitannya dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

Nama sebenar Haji Abdullah Hukum ialah Muhammad Rukun. Beliau kemudian digelar mengikut adat sebagai Arya Jaya. Ketika menunaikan fardu Haji ke Makkah dan berada di Padang Arafah, beliau digelar sebagai Haji Abdullah Hukum.

Nama itu terus kekal hingga ke akhir hayatnya dan digunakan sehingga sekarang. Tokoh besar ini dilahirkan pada 1835 dan meninggal dunia sekitar tahun 1930-an ketika berusia kira-kira 100 tahun.

Ayahnya dikenali sebagai Sekancing yang bermakna 慿unci pintu? dan bergelar Tuk Pangku. Nama ayahnya kemudian ditukar kepada Haji Abdul Rahim, juga ketika berada di Padang Arafah, Makkah.

http://img254.imageshack.us/img254/9805/abdullahhukumrumahmr8.jpg
RUMAH asal Abdullah Hukum di Kampung Haji Abdullah Hukum.

Haji Abdullah Hukum berketurunan suku kaum Kerinci dan berasal dari kariah Sungai Abu, jajahan Sungai Penoh di Kerinchi, Sumatera, Indonesia.

Beliau datang berdagang bersama ayahnya ke Tanah Melayu pada 1850 ketika berumur 15 tahun. Mereka singgah di Melaka selama tiga malam dan menumpang di rumah Datuk Dagang Haji Said, bapa mentua kepada Tambi Abdullah yang juga seorang hartawan di Kuala Lumpur.

Dari Melaka mereka belayar menuju ke Pengkalan Kempas dan dari situ Abdullah Hukum mengambil upah menggalas kain daripada seorang saudagar kain keturunan Kerinci, iaitu Haji Abdul Rahim untuk pergi ke Sungai Ujong.

Mereka tinggal di situ selama lapan hari dan disebabkan tiada pekerjaan yang sesuai, mereka mengikut rombongan orang menggalas kain pergi ke Kuala Lumpur kerana di situ dikatakan banyak pekerjaan seperti bertanam sayur dan mendulang bijih timah.


PAPAN tanda ke Kampung Haji Abdullah Hukum di Lembah Pantai.

Abdullah Hukum menetap di Selangor selama lebih 85 tahun, iaitu sejak berumur 24 tahun di bawah kerajaan Melayu (1850-1874) dan 61 tahun di bawah pemerintahan kerajaan kolonial British (1874-1930-an).

Menurut catatan riwayatnya, Abdullah Hukum tinggal lama di Tanah Melayu dan hidup di dua zaman yang berlainan iaitu lebih dua dekad di zaman 慿eris dan pemuras? di bawah pemerintahan kerajaan Melayu dan lebih enam dekad selanjutnya di bawah pemerintahan kolonial British.

Ketika Abdullah Hukum tiba di Kuala Lumpur, beliau menumpang tinggal di rumah Haji Abdul Ghani, orang Air Bangis (Minangkabau) yang berniaga di satu lorong yang dikenali sebagai Java Street.

Sungguhpun Kuala Lumpur menjadi semakin maju dan berkembang pesat selepas campur tangan British pada 1875, penduduk Melayu yang berjaya untuk berkongsi kemajuan awal Kuala Lumpur sejak 1850-an mula tersisih daripada arus pembangunannya.

Ketika itu, Abdullah mendapat kebenaran membuka kebun di Bukit Nenas dan membuka kawasan perkampungan Sungai Putih, (sekarang Jalan Bangsar). Beliau akhirnya menetap di Sungai Putih, iaitu di kampung yang kini dikenali sebagai Kampung Haji Abdullah Hukum.

Abdullah kemudian dilantik sebagai seorang daripada ketua masyarakat di Kuala Lumpur dengan gelaran Tuk Dagang Dianjuk. Apabila umurnya meningkat hampir 80 tahun (1912) beliau memohon bersara dari jawatan ketua itu dan mendapat pencen daripada kerajaan.

Abdullah bersama Raja Bilah ialah pembesar bagi masyarakat Kuala Lumpur ketika itu bertugas mengutip hasil dagangan yang lalu lintas melalui Sungai Klang atau Sungai Gombak. Cukai timah ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Beliau dikatakan terbabit secara langsung dalam pembangunan Kuala Lumpur, misalnya beliau adalah ketua yang membuka kawasan Pudu-Bukit Bintang dan membuka kebun di Bukit Nenas, selain kawasan Sungai Putih. Pada hari ini Sungai Putih dikenali sebagai Jalan Bangsar.

Di sekitar kawasan Sungai Putih ada sebuah kampung Melayu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Abdullah yang juga digelar Arya Jaya mengikut adat, pernah dilantik Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad sebagai Ketua Masyarakat Kuala Lumpur dengan gelaran Tuk Dagang Dianjuk.

Sejak Kuala Lumpur dibuka hingga 1890-an, Bukit Nenas adalah pusat kuasa bagi masyarakat Melayu kerana wakil Sultan menetap di situ. Jika terdapat sebarang keramaian tradisional seperti sempena pelantikan ketua atau pembesar masyarakat Melayu, ia akan diadakan di Bukit Nenas.

Antaranya sempena pelantikan Tuk Alam Setapak, Tuk Bela Sungai Cantik, Imam Perang Muhammad Arif, Raja Utih dan Tuk Dagang Dianjak (Haji Abdullah Hukum sendiri), di mana satu keramaian diadakan selama tujuh hari tujuh malam menurut adat keramaian zaman dulu.

Cucu Abdullah, Esah Hassan, 71, ketika ditemui Berita Minggu menjelaskan, arwah datuknya seorang yang sangat tegap, berbadan besar, tinggi dan berkulit cerah.

揔etika umur saya 10 tahun, saya masih ingat atuk hanya duduk terbaring di rumah, dia sakit tua selama beberapa tahun. Emak saya cakap atuk menghidap penyakit bisul di tengkuk, katanya sakit orang kaya.

揝aya pun tak ambil kisah sangat hal itu sebab masih kanak-kanak. Apa yang saya tahu dia memang sakit lama dan selepas beberapa tahun meninggal dunia di rumah emak saudara saya. Sekarang rumah itu saya tinggal bersama suami, Muhamad Amir Mahmud, 75,? katanya.

Esah dan Muhamad Amir adalah sepupu dan kini masih tinggal bersebelahan rumah asal yang dibina Abdullah di Kampung Haji Abdullah Hukum. Rumah yang mempunyai 18 tiang itu dikatakan dibina sejak lebih 100 tahun lalu dan masih kukuh sehingga sekarang.

Tangga batu rumah itu juga dibina berdasarkan ciri rumah orang Melaka, dipercayai mengikut cita rasa isterinya, Zainab Ismail yang berasal dari Melaka.

Ketika kawasan perumahan di kampung itu dirobohkan untuk tujuan pembangunan, keluarga Abdullah merayu agar rumah tinggalan pengasas kampung itu dipelihara dan dikekalkan sebagai warisan sejarah yang boleh dikunjungi generasi akan datang.

揔ami akur diarah berpindah atas nama kemajuan dan tak kisah jika rumah kami dirobohkan. Cuma kami minta kerajaan jangan robohkan rumah pusaka bersejarah ini untuk tatapan akan datang,? katanya.

sumber: sekalung penghargaan kepada saudara syd.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 12:09 PM | Show all posts
Fakta: Abdullah Hukum

# Mengambil upah membuat tali air di Segambut (Batu Lima di Setapak) bekerja dengan Sutan Puasa.

# Mendulang di Setapak.

# Petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah.

# Menjadi juak-juak (orang yang mengiringi Raja atau membawa alat kebesaran) kepada seorang pembesar Selangor, Raja Mahmud Tengku Panglima Raja .

# Memainkan peranan penting dan terbabit dalam beberapa peperangan di Selangor sehingga 1870-an.

# Peniaga kain di Semenyih.

# Membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenan Raja Laut yang ketika itu menjadi Raja Muda Selangor. Beliau diangkat menjadi Penghulu Masjid di Pudu oleh Raja Laut.

# Menjadi nakhoda mengambil upah membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan perahu dan membeli kerbau dari Pahang dan Dungun di Terengganu untuk diniagakan di Kuala Lumpur.

sumber: setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara syd.
tak lupa kpd mod bod bahasa...mrs LS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by bromatt at 5-11-2008 07:01 PM
generasi baru..bawah umur 30th dah tak tahu cakap kincai....kat rumah emak bapak dari kecik dah biasakan cakap melayu...mereka boleh faham cakap kincai tapi tak reti nak bercakap...
namakurahsia ...


aku tak penah duk belakang telekom tu..tapi bapak n macik2 penah la duduk kat situ itupun masa sebelum merdeka..masa tu ada satu umah dorang panggil umah tinggi....kat situ la keluarga bapak aku duk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 10:20 AM | Show all posts
dulu2 baca buku hantu , kalau cerita pasal rimau jadian mesti org kerinchi.. hehee
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 01:23 AM | Show all posts
Mak kalun...
Erkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by bromatt at 14-7-2008 11:21 AM
ORG KERINCHI TOTOK MUNGKIN  DAH LUPUS KAT SITU. YG ADA MUNGKIN KERINCHI PERANAKAN (TAK ASLI DAH KAWIN CAMPUR DGN BANGSA MELAYU YG LAIN) HENDAK YG SEJATI DATANG KG KE BRO KAT LANGAT SAMBIL MANDI A ...


hehe..bromat..camno buleh jumpo kau kek sini ni..? teringat plak den maso jatuh tegelincir kek tanggo maso mandi kek sungai gabai..mmg hampeh..betul2 teduduk dopan mamat2 (bukan bromatt)..maluuuuu..sory bangmat..kuar tajuk

[ Last edited by  ~baju_dalam~ at 16-1-2009 01:09 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.076885 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list