CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yaNn99

insuran/takaful

[Copy link]
Post time 26-3-2012 12:35 PM | Show all posts
Insyallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 08:53 PM | Show all posts
risiko utk meninggal, kena sakit kritikal, accident, TPD dan jatuh sakit sentiasa meningkat.
cost juga secara automatik meningkat sbb cost perubatan tidak pernah menurun.

risiko kite tak boleh nak kurangkan, tapi dari segi cost kite boleh kurangkan.
my advice, apply medical card sementara masih sihat dan berkemampuan.
itu adalah salah satu solution yg ada utk anda
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 11:17 AM | Show all posts
Nak share somthing saya tuleh dalam blog saya

Co-Takaful Medical Card Yang Membebankan?
Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki medical card agak tinggi sekarang ini.


Apabila berjumpa dengan prospek Medical Card, ramai yang membandingkan pakej medical card PruBSN Takaful dengan Takaful provider lain yang tidak mempunyai co-takaful. Lebih malang lagi, agent takaful tersebut mendakawa produk Medical Card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai co-takaful.

Apakah sebenarnya co-takaful? Co-takaful adalah sharing cost diantara syarikat takaful dan peserta takaful. Untuk peserta PruBSN Takaful, Co- Takaful yang dikenakan adalah sebanyak 10% dan MAKSIMUM sebanyak RM1,000. Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM100,000 , co-takaful yang perlu dibayar adalah hanya RM1,000 dan bukannya RM10,000. Yang lebihan tue, akan dibayar oleh insurans.

Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful? Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM1,000 untuk rawatan perubatan. Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang tiada co-takaful.


Sebagai contoh, pelan Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur Hidup adalah RM150,000. Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah RM70,000, anda terpaksa top-up RM20k dek kerana pada awalnya ingin berjimat kerana tidak ingin membayar co-takaful.

Berbanding dengan PruBSN Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 dan Had Seumur Hidup adalah RM500,000. Apa yang menarik lagi, jika tiada tuntutan pada tahun itu (selama setahun dari tarikh polisi diluluskan), peserta akan dapat Non Claim Bonus (NCB) sebanyak RM 100. NCB adalah berdasarkan plan Medical Card yang diambil.

Untuk Polisi PruBSN Takaful Medical Card, Co-Takaful tidak tertakluk pada kos rawatan sahaja. Tapi ia juga meliputi Pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization (Outpatient Treatment). Tiada minumam requirement dan maksimum adalah RM2000. Fuyyyoooooooooooo!!!!! Poning den.. Jangan fening.. meh saya nak citer nie... Ok..
Misalnyer maser Pre-hospitalization.. pi klinik jumpa doktor demam dan doktor charge RM 50. Seminggu tak baik demam, so decide nak pi hospital. Dok spital 3 hari nak spital charge RM 1,500. Dan after discharge, kiter pun pi follow up ngan doktor dan chargenyer RM 200. So? How maaaaaaa?

Kiraannyer:-
     Benefits                        Charges           Co-Takaful @ 10%
1. Pre-hospitalization        RM 50                   RM 5
2. In-Hospitalization           RM1,500              RM 300 (Y?) because min 300 n max 1k
3. Post-Hospitalization       RM 200                RM 20

Oleh sebab itu (ayat math fuh!!) total yang anda perlu bayar adalah RM325. Untuk pre-Hospitalization dan Post-Hospitalization akan berlaku semasa claim. Mungkin sesaper yg pernah claim untuk Pre dan Post -Hospitalization pernah tertanya apsal claim sikit dari yg sepatutnyer. pasal nielah!!!! Co-Takaful @ 10%


http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2012/03/co-takaful-medical-card-yang.html
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 08:30 AM | Show all posts
Medikal Kad tradisional mmg murah ... tapi Medikal kad dlm invesment link adalah jauh lebih murah kalau di kira betul2
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 06:28 PM | Show all posts
totally agree
sbb ade allocation utk saving sekali..
meaning that ape yg kite contribute x burn lagi hangus dan terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 06:27 PM | Show all posts
Takaful adalah produk universal Islam yang merupakan salah satu Muamalah Islam. Takaful juga boleh disertai oleh org muslim dan bukan muslim. Selain daripada itu TIADA FAEDAH (BUNGA) dikenakan ke atas pengeluaran wang simpanan and keuntungan diagihkan mengikut nisbah dimana 80% kepada pemegang polisi dan 20% kepada pengendali takaful.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2012 05:50 PM | Show all posts
Apa2 pun sebagai islam.... hendahlah, wajib ada apa2 urusan yang berlandaskan islam. Contoh kalau nak ada kad kredit, ambik yg islamic, nak pinjam dari bank nak beli kereta ambik yang islamic, nak ambik insuran ambik yang islamic. Riba tu haram disegi islam. pikir-pikirkan lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 10:09 PM | Show all posts
terpandang senarai claim akibat penyakit Kritikal yg dibuat tahun oleh seorang bisnessman berumur 48 thn..... Jumlah claim nyer RM 500,000 setelah di diagnos penyakit Cancer Rectum setelah 11 thn sebagai client Prudential.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 12:52 AM | Show all posts

insuran/takaful

Pls recommend best insurans plan for me... thanks


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 07:23 AM | Show all posts
Reply 409# mizz_aurora


    Ok da pm
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 04:40 PM | Show all posts

Ramai yg masih menganggap perlindungan/kad perubatan takaful tidak perlu kerana berada dlm zon selesa. Walaupun kita sedar akan risiko2x mendatang tetapi kita mengambil sikap tunggu dan lihat. Tak keterlaluan ada kalangan kita yg menafikan langsung akan risiko2x hari mendatang. Memiliki polisi takaful bukan seperti kita hendak makan nasi..lapar baru cari. IA PERLU DICARI SEBELUM ANDA LAPAR. Anda Adalah Apa Yang Anda Fikir Dan Laksana
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 11:25 PM | Show all posts
Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai urged the private sector to play a role in providing care in emergency situations regardless of a person's ability to pay.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 11:31 AM | Show all posts
takde insuran ke yang cover untuk anak yang ade masalah kesihatan sejak lahir?my baby boy 7 mo diangnosis with congenital nephrotic syndrome.warded 2 times in january.under follow up @ HKL.penah apply for insurans masa warded.tp menyepi gitu je.malas lak nak call tanye.anyone?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply 413# 800214


    Saya da pm puan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 06:10 PM | Show all posts


Claim Pampasan Penyakit Kritikal Tahun 2011 paid by Prudential.
Paling tinggi adlh seorg BUSINESSMAN berumur 48 tahun, cancer of rectum, sebanyak RM 500k. Paling mude adlh seorg KANAK2 berumur 2 tahun, cancer of lymphatic & haematopoie sebanyak RM 18k. Paling singkat adlh seorg MAKE-UP ARTIST berumur 30 tahun, baru ambil insurance 6 bulan, dh claim RM 100k.

Total amount paid by Prudential utk penyakit kritikal sahaja utk tahun 2011 :
RM 17, 703, 309 ape kate anda?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:05 PM | Show all posts
kenapa yer...di akhir zaman ini mcm2x penyakit pelik timbul...sebab dia adalah pemakanan zaman sekarang yang byk ramuan die yang tak asli....jaga diet anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 10:49 PM | Show all posts
banyak faktor
pemakanan, persekitaran, gaya hidup..
dan sbnrnye kadang2 Allah nak uji hambaNya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 04:45 PM | Show all posts
Salam,

Masih sikit Kaum Hawa mengambil insurans... Di Pru BSN Takaful ader untuk female insuransce.. namer nyer Takaful Puteri.


A.        MANFAAT PENJAGAAN WANITA       
(1)        Kanser berkaitan Wanita/Lupus Sistemik Eritematosus (SLE) dengan Lupus Nefritis
Kanser payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopio, Ovari, Uterus, dan Faraj/Vulva ATAU Lupus Eritamosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

(2)        Karsinoma-In-Situ Payudara atau Uteri Serviks
Sekiranya anda didiagnosiskan menghidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritamosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% dari jumlah dilindungi bagi tempoh hayat

(3)        Perlindungan bagi mana-mana kejadian di bawah
i-artritis rheumatoid dengan kerumitam
ii-pembedahan rekonstruksi muka akibat kemalangan
iii-pemindahan kulit akibat kanser kulit
iv-keretakan osteoporotic pinggul/vertebra
vi-pembedahan rekonstruksi payudara akibat kanser payudara

B.        MANFAAT PENJAGAAN IBU
(4)        Komplikasi Kehamilan
i-penyebaran penggumpulan intravaskular (selepas 7 bulan mengandung)
ii-kehamilan luar rahim
iii-keguguran pada hujung kehamilan (dari hari 126 ke hari 196 tempoh kehamilan)
iv-kematian janin (selepas hari 196 tempoh kehamilan)
v-kematian bayi (di dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

(5)        Penyakit konginental bayi
i-sindrom down
ii-kecacatan septum ventrikel
iii-kecacatan septum atrial
iv-spina bifida
v-lelangit rekah dengan lupus nefritis
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 08:00 AM | Show all posts

Kalau anda seorang wanita,tak sah rasanya kalau anda tidak memiliki sijil / polisi yang diberi nama
TAKAFUL PUTERI.
Kalau setiap bulan, bolehmembelanjakan lebih RM200 untuk kasut tumit dan make up, apa salahnya kalausedikit daripada belanja itu kita simpan untuk masa depan anda. Sambil menabungkita melindungi daripada musibah penyakit-penyakit wanita dan musibah padakehidupan kita sebagai isteri dan ibu pada anak-anak!

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:34 AM | Show all posts
Polisi takaful apa ek yang dia akan autodebit bulan2 from maybank savings account RM40..ada sape2 tau tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.152970 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list