CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 1-12-2008 01:39 PM | Show all posts


Kenapa Timbalan Presiden PKR kata Anwar peliwat, agen Amerika, penjual maruah Melayu ?

Kongres PKR telah bermula semalam. Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR memulakan gelanggang dengan merasmikan perhimpunan Wanita dan AMK.

Dalam banyak butiran ucapan Dr Syed Husin Ali, sempat juga beliau melontarkan bola tanggung, tetapi tidak dinafikan sepenuhnya. Kata Timbalan Presiden PKR itu, "Anwar sering dituduh sebagai peliwat, agen Amerika, menjual maruah Melayu, tetapi rakyat Malaysia menolaknya, buktinya lima negeri telah ditawan oleh PR..

Persoalannya wajarkah persoalan itu dilontarkan semasa dalam kongres, terlalu pentingkah persoalan itu dilontarkan, jika tidak dilontarkan, adakah tidak lengkap ucapan Timbalan Presiden PKR ?

Dr Syed Husin pula tidak membalas tuduhan-tuduhan itu dengan hujah-hujah yang menyakinkan sebaliknya hanya berdasarkan perolehi kerusi PR dalam PRU 12..cukup kuatkan ketiga-tiga dakwaan itu hanya bersandarkan keputusan PRU 12, yang sudah berlalu, 9 bulan lepas ?

Pertama, bijakkah Timbalan Presiden PKR melontarkan peluru kepada ahli keluarga sendiri, tanpa kupasan dan penafian yang menyakinkan sesuai dengan statusnya bekas pensyarah Universiti Malaysia. Selalunya tradisi akademik, mengajar anak muridnya supaya berpegang kepada fakta dan hujah-hujah konkrit untuk menerima dan menolak sesuatu dakwaan, tetapi dalam konteks ini, seorang doktor falsafah, Timbalan Presiden PKR membiarkan peluru itu melekat dalam minda ahli, tanpa penyelesaian yang menyakinkan.

Benar ahli-ahli boleh menerima hujah simplistik itu, tetapi bagaimanakah yang bukan ahli, yang baru berjinak-jinak mendekati PKR, adakah mereka boleh menerima penjelasan itu sebagaimana ahli ?

Kedua, jika berdasarkan hujah rakyat menolak hujah-hujah itu, berdasarkan mood penerimaan rakyat kepada PKR semasa PRU 12, tetapi samakah mood itu sebelum PKR memerintah dengan selepas sembilan bulan PKR memerintah, Selangor dan Perak, khususnya ?

Dakwa Syed Husin, Anwar dituduh peliwat, agen Amerika dan gadaikan perjuangan Melayu, ditolak oleh rakyat khususnya Permatang Pauh, dengan kemenangan Anwar dengan penuh bergaya di kubu kuatnya sendiri.

Itu hujah biasa. Shahrir Samad pernah bertanding atas tiket bebas, pun pernah dengan penuh bergaya, kerana Johor Baharu adalah kubu kuatnya. Sesiapapun bertanding di Johor Baharu ketika itu lawan Shahrir, keputusannya sama iaitu tetap berpihak kepada juara di gelanggang sendiri.

Begitu juga dengan Tengku Razaleigh Hamzah, walaupun beliau bertanding atas tiket kunci, beliau tetap memenangi kawasan Gua Musang, kerana itu adalah kubu kuatnya.

Apatah lagi, Anwar mengambil alih parlimen Permatang Pauh dari tangan isterinya yang hanya dianggap sebagai penjaga sementara kawasan kubu kuat Anwar itu. Menang di gelanggang sendiri, tidak membuktikan apa-apa, bukan menambahkan kerusi, sebaliknya mengurangkan kerusi yang sedia ada.

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, si jurufoto dan pembawa limau ke parlimen, awal-awal lagi menawarkan kerusi parlimennya. Khalid Ibrahim yang terbeban dengan dua kerja sebagai MB dan ahli parlimen Bandar Tun Razak juga menawarkan kerusi parlimennya, tetapi Anwar tidak berminat dengan kedua-dua kerusi itu.

Yang Anwar nampak lebih berminat adalah Parlimen Kulim Bandar Baru, itupun berdasarkan faktor berjiran dengan Parlimen Permatang Pauh? Tengok sekarang apa sudah jadi hubungan antara Anwar dan Zulkifli Nordin, ekoran minat pemimpin de facto PKR merampas kerusi milik bekas peguam liwatnya itu. Bertambah baik hubungannya atau bertambah buruk ?

Setelah Anwar menjadi ketua pembangkang di parlimen, adakah Anwar berjaya memimpin PR dengan adil dan berjaya. Adakah semakin kuat seperti mana impian yang digantungkan sebelum PRU 12 ?

Kalau semakin bertambah kuat, kenapa Dr Hassan Ali mewakili PAS Selangor, menyuarakan rasa terpinggirnya PAS di Selangor di bawah pemerintahan PKR ? Mana keadilan untuk Dr Hassan Ali dan PAS Selangor yang mempunyai grass root lebih ramai berbanding dengan PKR ?

Sesiapapun berada di tempat Pesuruhjaya PAS Selangor berhak menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya berdasarkan saham grass root dan bilangan pengundi. Kalau bilangan kerusi PAS paling kecil di Selangor, kenapa PKR dan DAP boleh berkompromi, beri jawatan kepada wakil PAS di Perak. Walhal di Perak bilangan kerusi PAS paling kecil dan PKR dan DAP berlumba-lumba minat jawatan tertinggi di negeri itu ?

Dr Hassan Ali, bukan minta lebih. Hormati kedudukan PAS di Selangor, beri posisi yang lebih sesuai, sekurang-kurangnya Timbalan MB, supaya boleh menjadi sebahagian daripada key master yang menentukan polisi dan hala tuju Selangor.

DAP tidak pernah menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya di bawah pimpinan Anwar kerana DAP telah memperolehi layanan yang melebihi daripada yang sepatutnya. Bukan setakat kedudukan exco paling kanan, setaraf dengan jawatan TMB, malahan kedudukan paling strategik dan mampu mengagihkan kekayaan kepada kroni-kroni bukan Melayu, sekurang-kurangnya untuk 4 tahun akan datang

Apakah faktor semasa ini turut diambil kira oleh Dr Syed Husin Ali semasa berucap di Kongres PKR. Apakah hujah Timbalan Presiden PKR itu mengambil kira survey terkini Merdeka Centre, yang dibiaya oleh Amerika ?

Apa hasil keputusan kajian NGO Amerika itu, apabila Anwar gagal mengotakan janji menjadi PM, 16 September ? Apakah mood rakyat semakin kuat menyokongnya, atau semakin ramai rakyat mula ragu-ragu, termasuk menuduh Anwar pembohong, seperti mana yang diucapkan oleh Dr Syed Husin Ali sendiri. klik di sini

Ingat kembali sejarah lampau, pada 1998, Dr Hassan Ali, Dr Haron Din dan Nasaruddin Mat Isa antara penyokong kuat yang membela Anwar yang ditransfomasi menjadi GERAK ? Bagaimana pula pandangan ketiga orang kuat PAS itu terhadap Anwar sekarang ini ?

Pada 1998, Dr Taha Jabir Al Alawani, sanggup datang ke Malaysia, semata-mata untuk membela Anwar, kenapa tahun ini hanya mengirim surat sahaja. Anwar dakwa Dr Yusof Qardawi menyokongnya, tetapi kenapa ulama tersohor itu tidak sudi datang ke Malaysia, sebagaimana Gus Dur yang berulang alik ke rumah Anwar, termasuk berkempen untuk Permatang Pauh.

Kenapa Dr Yusof Qardawi, tidak sudi datang ke Malaysia bela Anwar. Kalau berasaskan sibuk dan jauh perjalanan, kenapa John Esposito dan John Voll, sanggup datang ke rumah Anwar, walaupun sibuk di Amerika ?

Jadi bijakkah Dr Syed Husin Ali melepaskan peluru sesat itu atau lebih bijak mendiamkan diri sahaja, sebaliknya menumpukan agenda yang lebih penting memperkasakan PKR selain menjadi gelanggang Kongres untuk memuja muji Anwar Ibrahim


AIDC
29 November
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 01:44 PM | Show all posts


Anwar tidak berminat jelaskan isu kegagalan 16 September

Oleh: ROSLAN BIAN

Kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato atau berhujah memang diakui banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN).

Bagi barisan pembangkang serta pengikut-pengikutnya, ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memang ditunggu-tunggu.

Dalam erti kata lain, walaupun berdepan macam-macam isu termasuk tuduhan liwat, Anwar tetapi Anwar yang boleh diibarat sebagai ular yang tidak akan hilang bisa walaupun menyusur akar bila berucap.

Bagaimanapun kebanyakan petugas media yang membuat liputan Kongres Tahunan ke 5, PKR di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:48 PM | Show all posts



ntah kemana hudud nyer ntah...mega babi adala...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:50 PM | Show all posts
Sampai Bilakah Team Erdogan Ingin Bersubahat Dengan Arak?

Pada mulanya penulis agak gembira kerana akhirnya sudah ada satu perkara yang PAS mampu lakukan di Selangor iaitu membataskan penjualan arak di Selangor.Malahan, PAS Selangor sudah hampir berjaya sehinggalah Majlis Bandaraya Shah Alam hampir mahu melaksanakan pengharaman tersebut terutamanya di 7 Eleven dan kedai-kedai yang seumpama dengannya.

Penyokong Khalid Samad gembira dan kembang sehinggakan ada komen-komen yang mengatakan tatkala Khalid dipecat, Shah Alam (di bawah Khalid) telah berjaya mengharamkan arak tetapi ada manusia Islam di Gombak Setia naungan Hassan Ali masih tunggang terbalik dengan khamar.Namun,kembang kempis hidung penyokong Khalid menguncup semula apabila khabar sedih dari pejabat Menteri Besar "menangguhkan" hasrat suci MBSA.

Menurut Khalid,"Keputusan exco negeri hanya (memutus) meningkatkan penguatkuasaan, melarang penjualan alkohol kepada mereka bawah 18 tahun, dan juga kepada masyarakat Islam. Jadi selepas perjumpaan kita dengan mereka yang berkenaan seperti pemilik kedai, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan NGO-NGO, barulah kita akan membuat beberapa keputusan pelaksanaan."

Ternyata keputusan Menteri Besar itu banyak dipengaruhi oleh exco "terkanan" negeri yakni Teresa Kok.Menurut Malaysiakini,Teresa Kok berkata cadangan mengetatkan jualan minuman keras di kedai-kedai 24 Jam dibantah oleh "ramai" exco.Maka, malanglah sekali PAS kerana "ramai" exco Kerajaan Selangor lebih senang dengan arak daripada mengharamkan arak seperti mana yang disyariatkan oleh ugama.

Semalam bermulalah Kongres Tahunan Kelima PKR,di Stadium Melawati. Hadir sama adalah pemuka-pemuka Erdogan PAS iaitu Husam Musa, Kamaruddin Jaafar,Khalid Samad,Nizar Jamaluddin (MB Perak) dan Lo'Lo' Ghazali. MB Selangor,Khalid Ibrahim sekali lagi selepas mengkhianati PAS dalam usaha pengharaman arak mengharapkan parti-parti Pakatan Rakyat agar menghormati antara sesama parti komponen Pakatan Rakyat memetik petikan yang disiarkan dalam Harakahdaily hari ini.

Kita hairan PAS seperti sudah masuk dalam lubang bukan hanya sekali,tetapi banyak kali.Hairan juga sebuah parti yang mengaku Islam ini seolah-olah tidak mendengar sabda Nabi bahawa orang Islam tidak akan masuk ke dalam lubang dua kali. Bukan sekadar tidak menyokong,malahan mengarahkan keputusan mengharamkan arak ditarikbalik di dalam kawasan yang dipimpin oleh orang yang biasa berusrah dan bertamrin.Begitu hinanya mereka diperlakukan tetapi masih belum sedar.

Sudah banyak kali PAS digigit oleh PKR dan DAP dalam hal ehwal melaksanakan hukum Islam tetapi ada di antara pimpinan mereka yang masih terhegeh-hegeh menempel ke majlis manusia-manusia yang tidak menyokong usaha Islamik mereka.

Maka,bolehlah golongan Erdogan PAS ini diumpamakan bagaikan anjing,diberikan makan pun terjulur,tidak diberikan makan pun masih terjulur dengan tiada malunya di majlis-majlis anjuran Anwar dan PKR.

sumber-Maharaja Zhou
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:50 PM | Show all posts
kesian kau copy paste tanpa fakta yg tepat
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:51 PM | Show all posts


ANWAR -PAKAR KRONISME DAN VANDALISME

HJ HADI -PAKAR MENJUAL AGAMA ISLAM DAN PRO SYIAH IRAN

LIM KIT SIANG -PAKAR MELAGA-LAGAKAN BANGSA.BERHASRAT MENGHADIAHKAN BABI KEPADA KELUARGA MELAYU JIKA DAP MEMERINTAH


SYED HUSSIN -SEORANG BEKAS PENSYARAH YANG KECEWA KERANA TIDAK BERKUASA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2008 01:51 PM | Show all posts

Reply #1060 shamsadis's post

mencegah dgn tahan tanpa pendakwaan adakah boleh disebut sebagai banduan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:53 PM | Show all posts

TIGA KAKI LELONG AGAMA ISLAM:HUSAM MUSA, NIK AZIZ DAN HJ HADI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 01:54 PM | Show all posts

PERWATAKAN ANWAR MENYAMAI KUCING HITAM YANG DIPERGUNAKAN OLEH AHLI SIHIR.

Berikut ialah kenyataan Anwar di dalam webnya Anwar 3.5 :



Saya gembira dan terus mengucap syabas kepada rakan saya, Al Gore yang dianugerah hadiah tersebut bersama jawatankuasa PBB mengenai perubahan cuaca.Menurut Al Gore, krisis persekitaran alam menjangkau politik, malah isu yang melibatkan moral dan keyakinan.
ANWAR IBRAHIM




慉n Inconvenient Truth抂/color] adalah sebuah film dokumentari tentang pemanasan global yang dibintangi oleh Al Gore, mantan wakil presiden US pada era Bill Clinton. Filem ini mencatat rekod pendapatan pada hari pertama untuk sebuah filem dokumentari dan merupakan filem dokumentari terlaris ketiga di US setelah Fahrenheit 9/11 dan March of the Penguins.



AL GORE DI ZAMAN ANWAR MENJADI TPM



Anwar Ibrahim bukan sahaja menjadi boneka Barat dan agen CIA tetapi sebenarnya juga talibarut Yahudi. Berikut adalah bukti-buktinya:-


1. Agen Amerika dan CIA menerusi persahabatan rapat dengan Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika memang penyokong kuat Israel dan sentiasa membantu serta mengikut telunjuk Yahudi. Malah Amerika selalu menentang kebangkitan dan kemajuan Islam.


2. Rapat dengan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika (Ketua Yahudi dan CIA). Dalam diam-diam menerima arahan dan sering mengadakan hubungan kerjasama dengan Cohen.


3. Berkawan rapat dengan pengarah urusan IMF, Michelle Camdessus (juga ketua Yahudi yang disegani) dan sering mendapatkan idea dalam perancangannya daripada Camdesus.


4. Mematuhi kehendak IMF (institusi kewangan yang didalangi oleh Yahudi) secara senyap-senyap untuk dijadikan amalan kewangan negara. PM menolak pinjaman IMF tetapi Anwar pula dalam diam mengikut telunjuk sebahagian perancangan IMF.


5. Menurunkan tempoh NPL (Non Performing Loan) - Pinjaman Tidak Berbayar. Ini seperti yang dikehendaki IMF supaya peminjam dan usahawan tempatan sukar mendapat sumber kewangan. Ini strategi untuk memudahkan usahawan asing yang didokongi Yahudi menguasai perniagaan di Malaysia.


6. Mengetatkan kemudahan kredit seperti yang digariskan oleh IMF. Banyak syarikat besar dan sektor perniagaan keseluruhan terjejas dan banyak gulung tikar. Jika tidak dibendung boleh menyebabkan keadaan kewangan dan ekonomi yang lebih teruk. Kita mungkin terpaksa bergantung kepada pinjaman IMF dan ini mungkin niat Anwar.


7. Menaikkan kadar faedah pinjaman bank. Ini juga selaras dengan arahan IMF dan bertujuan menyekat kemudahan pinjaman kepada orang ramai. Kenaikan daripada 8% hingga lebih 15% merudumkan lagi ekonomi negara. Implikasinya rakyat marahkan kerajaan dan ini adalah usaha Anwar untuk usaha konspirasi politiknya.


8. Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Bank Dunia. Jawatan ini mendapat sokongan dan pengaruh Yahudi. Pemilihan beliau juga dipengaruhi ramai pakar ekonomi dan kewangan institusi yang mempunyai penglibatan Yahudi.



Pertimbangan yang perlu kita buat ialah menolak manusia seperti Anwar yang sentiasa mendampingi orang suruhan Yahudi seperti Al Gore.



[ Last edited by  shamsadis at 1-12-2008 01:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:58 PM | Show all posts
PAS PEMBELA BERHALA
KEPIMPINAN ULAMAK YANG BERKEPENTINGAN SEMPIT
-
BERHALA BESAR YANG NIK AZIZ BENARKAN DIBINA DI KELANTAN.

Mengenang kisah Rasulullah SAW yang membawa panji Islam terus berkembang di muka bumi. Islam berkembang kerana dakwahnya dan Islam ada prinsipnya. Itulah Islam yang berdiri tegak atas sifatnya yang diterima umum. Ini berbeza dengan Parti Islam yang tegak kerana inginkan kuasa dan berkepentingan sempit. Lihat sahajalah apa yang berlaku sekarang apabila agama dijual beli oleh PAS. Mereka menuduh UMNO membenarkan pembinaan tokong di kuil Batu Cave . Namun mereka terlupa Nik Aziz pun membenarkan pembinaan tokong besar di Kelantan. Bukan main besar dan lebih besar dari Batu Cave. Persoalannya, mengapakah PAS bersifat munafik dan tidak mahu lihat kelemahan diri. Jika PAS bersandarkan kepada ayat suci Al Quran, maka sebenarnya PAS sedang asyik menghina Al Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:00 PM | Show all posts
BUDAYA KRONISME DALAM PAS




1.Saham terbesar, 90 peratus, syarikat North East Plantation yang memohon tanah itu dimiliki oleh Hishamuddin Yahya, bekas pengarah urusan Harakah dan juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Sanggang, Pahang pada awal 2004. 40 peratus tanah yang diluluskan itu tidak sesuai untuk kelapa sawit kerana berkecerunan lebih 25 darjah dan tanah rezab hutan simpan kekal yang boleh "membawa kesan (kemusnahan) ekologi yang buruk." "Kerana kroni, pengarah Perhutanan Terengganu pula terpaksa (mengambil) tindakan untuk membatalkan pewartawaan hutan simpan berkenaan (atas arahan kerajaan negeri),".



2. Kerajaan Kelantan "menyelewengkan konsesi balak" berjumlah RM300 juta sebagai dana untuk menampung gerak kerja PAS dalam pilihan raya umum .Konsesi seluas 10,000 ekar selama 10 tahun di Hutan Simpan Lebir diberikan kepada pihak ketiga oleh Akademi Yakin Sdn Bhd, sebuah agensi milik kerajaan negeri yang ditubuh untuk mengurus sebuah kolej kerajaan Kelantan yang belum wujud, Kolej Islam Antarabangsa (Kias). Konsesi itu dibayar sebanyak RM10 juta sedangkan anggaran sepatutnya, menurut satu aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), berjumlah RM300 juta.

3. kawasan (balak) ini diberikan tanpa tender. Dipercayai kelulusan (ini) atas campurtangan seorang anggota exco (kerajaan Kelantan) berpengaruh setelah (ahli) lembaga Akademi Yakin mengadakan mesyuaratnya di Kota Bharu.

4. Menteri besar Kelantan meluluskan projek berjumlah RM667.5 juta kepada sebuah syarikat yang dimiliki, antaranya oleh besannya sendiri, yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun

5.Projek raksasa:

Abdul Fatah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat ini, Pubel U-Home Everight Sdn Bhd . Sementara ketua eksekutifnya dipegang oleh seorang pemimpin PAS, Mohd Zahari Awang yang berasal dari Pulau Belanga. Menurut senaskah tabloid yang di baca, nama syarikat tersebut 'Pubel' adalah singkatan daripada 'Pulau Belanga.'

Projek pembangunan bandar pengangkutan automotif bersepadu (Afta City) di kawasan 220.7 hektar di Gual Periok, Rantau Panjang, sukar dijayakan oleh syarikat yang tidak berpengalaman dan hanya bertujuan meraih wang segera (apabila dijual kepada syarikat lain) menjelang pilihanraya umum . Projek mega Afta City diisytihar selepas satu projek raksasa yang diumumkan pada Januari tahun ini. Nik Aziz pernah meluluskan projek 'menara berkembar Kelantan' bernilai RM100 juta dan dijangka siap menjelang 2004.

Selain dua projek mega ini yang diragui kejayaannya, Kelantan sebelumnya pernah gagal membangunkan projek besar di Pengkalan Kubor, Tumpat. Projek pembangunan bandar baru di kawasan 7,200 hektar yang bernilai RM2.3 bilion terpaksa dibatalkan. Selepas projek itu dikecilkan kepada 174 hektar dengan belanja RM200 juta, syarikat yang dipilih MJS Partners Sdn Bhd masih gagal menjayakannya walaupun RM12 juta telah hangus.

Tindakan itu, , mengulangi apa yang pernah berlaku ketika PAS memerintah Kelantan 20 tahun sebelum ini (sebelum ditewaskan 1978) apabila pemimpinnya menggadai kawasan hutan balak di situ.

Di Terengganu pula, Abdul Hadi Awang meluluskan kawasan pembalakan seluas 41,000 ekar dengan nilai RM260 juta kepada seorang pembalak yang telah disenaraihitamkan kerana pernah menceroboh kawasan yang tidak digazetkan. Hutan Simpan Petuang dan Tembat di Kenyir, Ulu Terengganu, diberikan kepada SPT Sdn Bhd .Siasatan menunjukkan berlaku banyak penyelewengan dalam pemberian projek ini, khususnya amalan pilih kasih (nepotisme) kepada SPT Sdn Bhd," dakwa akhbar itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:03 PM | Show all posts
Mat Sabu Syiah??

Mat Sabu mempunyai hubungan rapat dengan Kedutaan Iran yang merupakan wakil Kerajaan Islam Syiah Iran di Malaysia memberi nafas baru kepada pengamal-pengamal Syiah dan Sunni dalam PAS. Melalui kunjungan-kunjungan Mohamad Sabu ke Iran juga telah menaikkan imej PAS di Iran. Percutian belajar Mohammad Sabu satu ketika dahulu untuk meneruskan pengajian ilmu bahasanya ke Lubnan juga telah menunjukkan kepada dunia bahawa PAS mempunyai ikatan yang rapat dengan Hizbullah Syiah Lubnan. Tawaran kepada Mohammad Sabu untuk cuba mempelajari bahasa Arab di Lubnan oleh kumpulan Syiah Lubnan memberi satu pengharapan kepada ahli-ahli untuk menjalinkan hubungan gerakerja diantara dua. Ini juga telah membuktikan kepada dunia bahawa Sunni dan Syiah adalah serupa.Pengunduran Hajah Wan Tom, bekas Ketua Muslimat PAS Kedah setelah diberi kata dua oleh pimpinan PAS Kedah kerana tindakannya menyuburkan fahaman Syiah di kalangan muslimat di Kedah telah membawa kepada impak negatif kepada Hajah Wan Tom. Hajah Wan Tom yang berasa kesal diatas pengundurannya telah meluahkan hasrat hatinya agar Muhammad Sabu dapat dipilih sebagai Naib Presiden PAS supaya penyatuan fahaman Sunni dan Syiah dapat diperjelaskan terutamanya di Kedah. Dengan adanya penyatuan dibawah payung Naib Presiden PAS oleh Mohamad Sabu akan dapat menaikkan semangat waja roh perjuangan seperti Kerajaan Islam Iran bagi menawan Kedah.Adalah diharapkan juga dengan menaikkan Haji Mohamad Sabu sebagai Naib Presiden akan pasti menaikkan semula semangat penganut-penganut syiah di dalam PAS untuk mereka terus aktif menggerakkan aktiviti dan gerakan mereka dengan berimamkan Mohammad Sabu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:05 PM | Show all posts


Jangan dewakan peliwat
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:09 PM | Show all posts
chandra muzafar punya statement ke..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:10 PM | Show all posts
Dolak-Dalik Pemimpin Pas  

Sejak sekian lama Pas tidak pernah konsisten dalam isu penubuhan negara Islam yang menjadi mainan politik parti itu selama ini. Pendirian PAS berhubung isu ini terpaksa disesuaikan dengan keadaan, masa dan tempat.  Antara kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat dalam tempoh tersebut sahaja adalah seperti berikut:

a.Ya, memang matlamat kami mewujudkan negara Islam?, bekas Presiden PAS, Dato? Fadzil Noor (Harakah, 16 April 1999).

b.PAS sedia menggugurkan slogan mewujudkan negara Islam sebagai bukti tolak ansurnya dengan mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengannya?, Dato? Nik Aziz Nik Mat (Berita Harian, 25 Jun 1999).

c. Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam?, Dato? Nik Aziz Nik Mat (Berita Harian 12 Mei 1999).

d. "Negara Islam mesti menguatkuasakan hukum Islam tapi ia belum dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat dan PAS akan terus memperjuangkan?, YAB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Berita Minggu, 12 Ogos 2001).

e. BN terlambat dan tiada matlamat dalam menjadikan Malaysia negara Islam kerana dasar dan undang-undang tubuhnya tidak mempunyai tujuan dan matlamat ke arah itu? Dato? Seri Abdul Hadi Awang (Berita Harian, 28 Jun 2001).

f. Pas tetap akan menubuhkan negara Islam sekalipun ditentang oleh DAP jika pakatan pembangkang berpeluang memenangi pilihan raya umum akan datang? Dato? Nik Aziz Nik Mat (Utusan Malaysia, 30 Julai 2001).

g. Apabila ditanya adakah hasrat menubuhkan negara Islam terkandung dalam manifesto BA 1999, BEKAS Presiden Pas, Dato? Fadzil Noor berkata, ?Tidak ada?memang tidak ada. Dalam manifesto kita menghormati pendirian parti masing-masing? (Berita Minggu, 5 Ogos 2001).  

Kenyataan-kenyataan di atas jelas membuktikan lakonan Pas selama ini. Para pemimpinnya berdolak-dalik dalam isu penubuhan negara Islam sehinggalah Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mencabar Pas untuk mengemukakan secara bertulis perincian konsep negara Islam yang mereka perjuangkan. Cabaran ini dikemukakan oleh Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO, 21 Jun 2001.  
Pas jelas dilihat terperangkap dengan cabaran itu kerana khuatir sandiwara mereka selama ini akan terbongkar. Kerisauan ini tergambar dengan ulasan-ulasan para pemimpin Pas terhadap cabaran tersebut, antaranya:

a. Kalau UMNO ikhlas untuk mengetahui konsep ini, ia boleh dapatkan maklumat-maklumat ini dari institusi yang mereka bentuk seperti IKIM. Pas akan kemukakan kepada rakyat dan bukan kepada Dr Mahathir tentang konsep negara Islam tidak lama lagi? bekas Presiden Pas, Dato? Fadzil Noor (Harakah, 1-15 Ogos 2001).

b. Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh Pas sebenarnya sudah terkandung dalam manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya umum yang lalu. Tidak perlu lagi huraian secara bertulis dalam pelbagai bahasa mengenai konsep negara Islam yang dikehendaki Pas seperti yang dicabar oleh Perdana Menteri? Dato? Nik Aziz Nik Mat (Harakah, 1-15 Ogos 2001)

[ Last edited by  shamsadis at 1-12-2008 02:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:11 PM | Show all posts

Reply #1075 shamsadis's post

amik statement berita harian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 02:24 PM | Show all posts

Balas #1076 aniqq_torres\ catat

ada jugak dari harakah...tak percaya harakah???
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:35 PM | Show all posts
kalu xbtol saman je la..tulis la berunsur fitnah..mcm berita harian ngn utusan dlm proses proseding mahkamah sbb menfitnah skrg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 1-12-2008 11:11 AM
Azizah kata dia blaja kat London...



kalo xsilap Ehsan nama anaknya... ntah2 takut kene doggie kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:58 PM | Show all posts

Reply #1079 irish_cayunkku's post

sian sorang lg penfitnah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.121741 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list