CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2986|Reply: 3

Pelancong Angkasa Lepas Kembali Ke Bumi -

[Copy link]
Post time 24-10-2008 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Pelancong angkasa lepas selamat kembali ke bumi
24/10/2008

ARKALYK, Kazakhstan 24 Okt. – Kapsul Soyuz yang membawa pelancong angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), Richard Garriott dan angkasawan Rusia kembali ke bumi hari ini apabila selamat mendarat di Kazakhstan.

Garriot yang membayar sebanyak AS$35 juta (RM119 juta) untuk pengembaraan 12 hari ke angkasa lepas berkata, ia satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Kami baru sahaja tiba, saya berasa sihat dan amat baik, termasuk ketika kemasukan semula ke bumi, ia berjalan dengan lancar,” kata Garriot.

Ketika pendaratan, Soyuz memperlahankan kelajuan dengan bantuan payung terjun gergasi dan enjin pesawat dimatikan bagi membolehkan ia mendarat dengan sempurna.

Kapsul berkenaan mendarat di satu kawasan yang dipenuhi rumput dan berpasir iaitu di pa dang yang terletak di kira-kira 80 kilometer dari utara bandar kecil Arkalyk di Kazakhstan ini. - Reuters


***************************************************************************

kalau tak ada RM119 juta  tak yah mimpi nak ergi IIS ye -

but then kalau saya ada RM119 juta - saya buat benda lain -
tak kan spend semua tu sebab nak pergi melancong kat angkasa lepas -

melancong seluruh dunia pun cost much less than that -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2008 12:29 AM | Show all posts
betul betul betul... bnyknya duit Rm119 juta...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 08:49 AM | Show all posts
bukan stakat membazir duit malah masa dan tenaga...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 07:57 PM | Show all posts
Soyuz dalam dilema

Kapsul Soyuz yang membawa Richard mendarat
di sebuah padang di utara Kazakhstan semalam.



MOSCOW - Pengeluar kapal angkasa Rusia semalam memberi amaran akan menghentikan pengeluaran kapal angkasa Soyuz untuk perjalanan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sekiranya tidak ada dana baru disalurkan, kata Presiden Energiya, Vitaly Lopota.

"Kami mempunyai kapal angkasa dan dana untuk dua penerbangan akan datang tetapi saya tidak tahu apa akan terjadi pada ekspedisi yang seterusnya," kata Lopota.

Katanya, Energiya tidak lagi mempunyai dana untuk membina kapal Soyuz melainkan bantuan atau bayaran pendahuluan diberikan dalam tempoh yang terdekat.

Soyuz ialah kapsul kapal angkasa yang sehingga kini sudah melakukan lebih 1,600 penerbangan walaupun ia berhadapan beberapa masalah ketika mendarat.

Pada pendaratan 19 April lalu, kapsul tersebut memasuki ruang atmosfera dengan sudut curam sehingga mengakibatkan krew-krew merasai kuasa graviti melampau dan tersasar 420 kilometer daripada sasarannya.

Namun pendaratan Soyuz yang membawa pelancong angkasa warga Amerika Syarikat (AS), Richard Garriott dan angkasawan Rusia, Sergei Volkov serta Oleg Kononenko, berjalan lancar mengikut perancangan.

Richard dan dua angkasawan Rusia itu selamat selepas kapsul Soyuz mendarat di utara Kazakhstan semalam.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) akan bergantung sepenuhnya dengan Soyuz untuk mengangkut angkasawan dan kargo ke ISS selepas kapal angkasa milik AS akan direhatkan kerana tamat tempoh pada 2010 dan penggantinya akan hanya diterima seawal 2015. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.066351 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list